Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
- (a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
- (b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
- (c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'ketenteraman awam' ?
Apakah isu penggunaan kalimah ALLAH oleh pihak Kristian tidak menganggu ketenteraman awam ?
Apakah perlu ketenteraman awam itu diganggu terlebih dahulu sebagai bukti sebarang tindakan itu boleh menggugat ketenteraman awam ?
Apakah kayu pengukur pada Menteri Dalam Negeri yang ketenteraman awam sudah diganggu ?
Ke saja jer letak perkara (5) itu ?
Sekadar bertanya .....




+ comments + 4 comments
Dalam perkara ini ada menyebut " Perkara Ini". Perkara apa yang dimaksudkan oleh perkara 5 ini? Adakah ianya bermaksud kebebasan menganuti agama dan mengamalkannya ataupun ianya merujuk kepada kaedah mengembangkan agama?
salam,
kita yg bukan ahli dalam undang2 dan bukan kerjaya ahli politik akan memahami perkara dalam perlembagaan dengan cara yg berbeza dgn mereka ini. ketenteraman awam pada mereka mungkin berlaku kekecohan. tapi bila bersih berhimpun tak kecoh dan ganggu ketenyeraman awam tetapi polis yg cuba buat kecoh ganggu orang awam dan provokasi sehingga orang awam dicederakan. itu ikut cara pengamal undang2 yg bersih.
jadi bila berbicara bab agama, mereka tak kecoh kira aman. mereka cakap ajer nak guna. tapi orang melayu yg kecoh, so orang melayu yg tak aman dan perlu dikenakan tindakan kerana menimbulkan ketidaktenteraman awam di kalangan geng sebelah lagi tu.
kita patuh pada arahan polis kerana beranggapan mereka penguatkuasa undang2 dan arahan mereka adalah mengikut peraturan dan undang2. tapi bagi pihak lain pulak, arahan polis adalah arahan daripada pihak politik. polis hanya kakitangan kerajaan dan bukannya tahu pun undang2.
kita sakit kapla pikir. we lap pm.( pm tu macam dalam buku shahnon ahmad).
Dua-dua pun boleh ..... kot.
Apakah bergantung kepada terjemahan Menteri atau ada kayu ukur standard ?
Post a Comment