........... Hasan Ali : Isu Kalimah ALLAH - Pendirian Anwar SYIRIK ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hasan Ali : Isu Kalimah ALLAH - Pendirian Anwar SYIRIK !

Thursday, January 24, 201314comments


Satu kenyataan keras, tegas dan tidak mungkin ada salah faham dari Dr Hasan Ali -

Sesiapa yang menyokong pendirian Anwar yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah SYIRIK.

Bagi saya, 'HUKUM' itu bukannya baru. Ia SAMA dan merupakan kesinambungan kepada ketetapan Haron Din  sebelum ini cuma kali ini ia lebih spesifik dengan menyebut nama Anwar.

Jadi orang Pas tak perlulah melompat buat2 terkejut pula dan melemparkan pelbagai cemuhan terhadap Hasan. Ia tidak lari dari pendirian Nik Aziz dan juga Majlis Syura.

Bezanya cuma kerana Hasan Ali lebih spesifik. 

Melalui pengalaman bersama Pas mungkin menyedarkan Hasan bahawa untuk orang Pas benar2 faham dan tahu maksud sebenar sebarang ketetapan adalah dengan merujuk secara spesifik contoh2 yang berlaku didepan mata.

Kalau tidak, orang Pas ni walaupun bagi kita telah jelas, siap dengan contoh yang berlaku tapi mereka masih tak faham kepada siapa ianya ditujukan. Sebab dalam otak mereka musuh cuma satu saja iaitu Umno. 

Kalau merujuk kepada SELAIN Umno, otak mereka akan hang lama .....   kena force close dan restart secara manual ! Itu pun belum tentu dah ok..

BUKIT MERTAJAM 24 Jan. - Pemimpin dan ahli Pas termasuk orang Islam lain yang menyokong pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah tergolong sebagai syirik.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini telah membuat ketetapan sedemikian dan seharusnya dipatuhi terutama oleh semua pemimpin dan ahli parti itu.

Sehubungan itu, tegasnya, kepimpinan tertinggi Pas terutama Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Haron sendiri perlu segera menjelaskan perkara berkenaan supaya tidak mengelirukan umat Islam.

"Saya harap Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Haron beritahu mereka semua ini amalan syirik. "Jangan mati dalam syirik. Jangan nanti mereka (berjuang) dalam parti Islam tetapi mati dalam syirik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas ditemui selepas menjadi panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul. - UTUSAN

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 9:58 PM

sangat berat hukumnya dan saya berharap akan ada susulan dari ulamak ulamak lain untuk memberikan penerangan. Nik Aziz dan majlis syura, saya rasa sepatutnya menerangkan hukum kepada gadaian kalimah itu. saya berpendapat, walaupun Datuk Hassan menyatakan secara spesifik, namun bagi pengikut PAS saya tidak fikir akan menerimanya. Datuk Hassan sudah pun dianggap reject product dan tidak akan memberikan apa apa kesan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2013 at 11:21 PM

Jika Kalimah Allah tidak boleh digunakan secara bertutur, menyanyi lagu Negeri, menyebut "Tuan Allah" memberi pertolongan oleh seorang nyonya disabit sebagai satu kesalahan. Apa hukumnya Dr. Hassan? Orang Pelestine Christian pun berarak dengan menyebut Kalimah Allahuakbar (ALLAH THE GREAT). Adakah ini salah? Ahli Syura PAS, Hj.Hadi TG Nik Aziz, dan Anwar berpendapat mengguna kalimah Allah bukan satu kesalahan. Mereka tidak pernah kata kalimah Allah boleh diterjemahkan dalam Kitab Injil seperti Son of Allah, Allah the Father atau Allah the Holy Spirit. Lebih baik berterus terang dan jangan membuat andaian dan fitnah.
Mengapa Dr. Hassan tidak berani menegur ketua agama atau anak ketua agama yang bakal menjadi pemimpin negeri apabila mereka melakukan perkara yang mungkar yang gambar mereka diposkan dalam UTube dan laman web yang lain. Berani kerana benar. Bukan mencari kesalahan dari intepretasi yang mengelirukan rakyat kenyataan Ahli Syura PAS. Saya hormat Dr. Hassan sehinga mendengar hujah perjuangan PAS di rumah Dr. tetapi kebelakangan ini Dr. Hassan telah hilang peganggan "amal makruf nahi mungkar"

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 11:33 PM

anon 11:21 - Isu adalah mengenai penggunaan Allah menggantikan nama Tuhan Kristian dalam Bible Melayu.

Anwar, Nik Aziz, Haron Din, Majlis Syura dan Dr Hasan semuanya merujuk kepada isu itu.

Perkara ini dah lama diulangsebut. Tolong jangan lari topik.

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2013 at 12:43 AM

Anon 11:21 adalah contoh org2 pas atau pr yang dimaksudkan oleh DT, yang mana walau di restart, otak mereka masih belum pulih dari masaalah berfikir dgn cara betul. Org mcm ni adalah 90% drpd org2 pas sekarang. Kalau Netanyahu mengaku sokong pas, nescaya mereka ini akan berlumba2 menyucikan si yahudi ini macam yang telah mereka lakukan terhadap DAP..... Percayalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 25, 2013 at 2:35 AM

ni mcm kes idiom Tun Mahathir pasal setan n angel...salah TM juga, sapa suruh tak terang satu2...sepatutnya part tu amik masa seminggu dua utk dijelaskan kepada cai2 pembangkang terutamanya PAS...kahkahkah

ni HA ulang benda sama...iya pdgn direct tapi penjelasan tu perlu masa SEBULAN utk diterangkan pada cai2 PAS ni...siapa ANWAR, bentuk tubuh, perwatakan, cara bercakap etc....slow talk la dgn cai2 PAS ni...sian depa...hehe

cuba tanya cai2 PAS, haruan makan anak...mesti depa kata tak salah...ikan biarlah nak makan, bukan ada agama....mindset cai2 pembangkang ni simple n kalau cuba utk berpk diluar kotak alamatnya terbakar fius...kihkihkih

berbalik kpd HA, jika cai2 PAS menentang pandangan HA, maka secara otomatik menentang pandangan DDHD & majlis syura atau lebih tepat NA flip flop.

utk isu nama Allah ni, UFB dah byk kali JELASkan, hukum AWALnya HARUS tetapi mengikut keadaan di Malaysia & melihat kepada perancangan Kristian, maka ia TIDAK DIBENARKAN utk digunapakai di Malaysia....bab perancangan ni kena ada hadis nabi & ayat Quran....pjg nak citer, aku malas la...mau setahun nak terangkan kat cai2 PAS ni...hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2013 at 3:07 AM

Seperti saya tulislah, masih ada yang mahu bercakap secara UMUM.

Kena ulang juga nih - isu kalimah ALLAH adalah berkenaan penggunaan ALLAH dalam Bible Melayu bagi menggantikan nama Tuhan Kristian.

Itu yang dimaksudkan oleh Tokong Lim Guan Eng dan itu yang seharusnya kita bincangkan. Itu yang patut ditumpukan perhatian apakah penggunaan ALLAH itu bakal diSALAHGUNAkan.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 7:36 AM

saperti kata Hassan Basri dalam salah satu ceramahnya iaitu kianya dalam satu tahun ada 365 hari, PAS akan berceramah selama 400 hari. mereka akan berceramah hari hari, siang dan malam. kalau perkara itu puteh, setiap kali berceramah mereka akan katakan hitam. akhirnya pengikut pengikut akan mengatakan hitam. ini bermakna isu kalimah ni, saya setuju kiranya ia dilakukan berterusan. bagitu juga menjawab fitnah fitnah yang dilemparkan itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 8:38 AM

anon 11:21pm ooooi..

dah banyak kali dah orang kata, isu ini melibatkan PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DALAM BIBLE BAHASA MELAYU. bukan sebab sebutan atau perkara seumpamanya. itu pun tak faham2 lagi ke? dari dulu lagi memang korang ada sebut Tuhan Alla, Allah Akbar semua tu..ada umat Islam bising? TAKDE!!!

Tapi bila korang dah start nak memBAHASA MELAYUkan bible...siap nak translate pula god/lord/jesus kepada kalimah ALLAH..itu yg umat Islam bising..ko ni faham ke tak ni? ko ambil contoh Palestin kan? bible di Palestin ada guna kalimah Allah tak? TAKDE!!! so????
kalau tak faham, baca lebih banyak lagi..harap2 ko faham lah apa isu sebenarnya di sini..

....................
Reply To This Comment ...................
minman
January 25, 2013 at 9:09 AM

majlis syuro pas patut buat press conference beri benerangan lepas nik aziz dan haron din sign ketetapan hari tu tapi dah lari ikut pintu belakang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 10:34 AM

Telah lama saya mengikuti blog saudara untuk membandingkan berita paparan dari blogger kami dan saya amat tertarik dengan hujah baik dari admin mau pun pelawat. Walau pun saya masih lagi setia bersama parti yang saya sokong, namun sudah agak kabur dengan perjuangan pemimpin yang ada.

Saya juga bersetuju dengan komen saudara kita yang mengatakan parti ikutan saya berceramah berterusan dengan tajuk yang serupa sehinggakan ketaksuban saya terhadap parti yang saya sokong bertambah tebal. Sudah tersemat dan terlekat dibenak kepala dan dihati bahawa UMNO tidak langsung mengikut ajaran Islam sebenar, rasuah dan zalim serta berbagai lagi.

Saya berpendapat bukan semua penyokong UMNO yang tidak bermoral baik dari segi kata maupun perilaku. Begitu juga bagi penyokong parti PAS. Bukan semua kami yang tertutup minda dan bukan semuanya saperti yang dituduh UMNO dan penyokongnya. Disini saya lihat, adab dan keperibadian serta tutur kata yang menjadi penyambung diantara kita. Usahlah hendaknya kita mengeluarkan kata kata yang bukan budaya kita, bersabarlah dan anggapkanlah segala yang berlaku ini adalah kehendak dari yang maha kuasa untuk menguji umat Muhammad. Usahlah kita menuding jari siapa yang memulakanya.

Saya yakin bukan sahaja saya, malah ramai lagi rakan rakan yang mengikuti blog saudara. Usahlah minta kami berubah kerana masa dan keadaan yang akan menentukan. Saya rasakan ramai rakan rakan saya yang tidak bersetuju dengan pandangan saya, tapi demi agama dan bangsa saya, tetap saya lakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2013 at 10:42 AM

anon 10:34 - Sering juga penulisan saya tidak mencerminkan pendirian Umno ! hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 11:38 AM

mudahnye beliau nk jatuhkan hukum org syirik n sesat..tp dlm al quran sendri Allah ade sebut yg ahli kitab n musyrikin mengaku yg tuhan itu Allah..so sy rase if gov. nk larang penggunaan kalimah Allah utk elak kekeliruan boleh tp jgnla guna alasan agama yg larang..sbb kuasa mmg ade pd tgn pemerintah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 1:08 PM

Din,saya suka bl blog DT slalu dh baca pihak seberang... Bagus sbb ada yg komen,jd tau la apa yg diorg pk. Blh xbuat blog utk bdebat isu semasa mlalui ruangan komen. Xda caci maki,bkn bdebat sgt la,mcm muzakarah. Org slalu pk dia hebat,iman utuh jd xrisau kes bible bahasa melayu ada kalimah Allah. Saya mnentang sbb 3faktor.1,isu mbenarkan. Skali kita buka ruang utk ceroboh agama kita,xkan bakhir kat situ saja. Itu cuma titik mula.lps tu nk guna nama malaikat dan rasul plak?2,isu bahasa. Klw nk mmartabatkan bahasa kebangsaan la alasan padri,hapuskan skolah jenis kebangsaan dl. Xda skolah cina skolah tamil. Ni,tah2 nk jd hero bahasa utk kitab lak.3,isu bangsa. Bangsa arab ada yg blainan agama.tp bangsa melayu malaysia ada lah org bragama islam. Sabah srawak bible utk bumiputra yg etnik lain. Klw kalimah Allah pon xblh nk pertahankan,jgn la dok gebang nk ubah plembagaan malaysia,nk laksanakan hukum hudud.
Din slalu ckp din atas pagar,tp saya lain sikit. Saya neutral. Saya akan undi umno,tp klw umno slh saya akan hentam gak. Haha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 3:48 PM

salam saudara 10:34am..

akhirnya saya dapat baca isi hati seorang penyokong pas yang boleh dikatakan rasional.

cuma pertanyaan saya..dengan segala isu yang berbangkit yang melibatkan pas sehingga hari ini..dengan segala kecelaruan dan kerumitan yang berlaku setakat ini..apa ertinya tahaluf siyasi pas dgn pkr dan dap?

Post a Comment