........... Hadi TIDAK Pernah Kafirkan Umno ? Siapa Yang Jerat Diri Sendiri ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hadi TIDAK Pernah Kafirkan Umno ? Siapa Yang Jerat Diri Sendiri ?

Monday, January 7, 20139comments


“Beliau (Hadi) tidak pernah mengatakan mereka (Umno) murtad, namun tanggapan mereka ketika dahulu, ‘politik suku agama suku’ (politik asing agama asing) yang pernah dilontarkan oleh pimpinan pihak berkenaan sebelum ini menjerat diri mereka sendiri.

“Akibatnya, mereka pula yang terasa dengan apa yang mereka hujahkan dan mula menuduh Pas pula yang menimbulkan isu panas itu,” kata Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Mohd Nasaruddin Daud. Sinar

SIAPA pula yang menjerat diri sendiri ? Memanglah Hadi tidak sebut secara direct yang Umno itu kafir tapi sesiapa saja yang membaca Amanat Hadi akan membuat kesimpulan itu. Dan Hadi atau mana2 pemimpin Pas tidak pernah mahu menegur segala perbuatan mungkar ahli2 Pas yang terpengaruh dengan maksud indirect Amanat Hadi itu. Mereka mendiamkan diri dan merelakan segalanya.

Dari artikel saya sebelum ini ( Amanat Hadi - Artikel TERBAIK Menyanggah Pro Hadi. KENA BACA ! ( Sarat dengan Fakta

Mengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut "Kita menentang UMNO.../...BN bukan kerana nama UMNO.../...BN".

Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut "Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini". Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?

Bagaimanakah boleh timbul hukum "Mati Syahid" sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir? Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam. (Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah) 


Apakah Hadi dan Pas mahu menafikan segala perbuatan mungkar seperti sembahyang dua imam, sembelihan orang Umno haram, jurunikah Umno tidak sah dan sebagainya itu tidak berlaku ?

Apakata kita tumpukan kepada perbincangan tentang segala kejadian itu dan minta Hadi komen akan pemahaman orang Pas mengenai Amanatnya sehingga berlakunya insiden2 itu. Kerana itu yang menjadi isu sebenarnya.

Daripada dilayan perdebatan mengenai Konsep dan Pemahaman secara TEORI yang pastinya tidak berkesudahan kerana semuanya bergantung kepada terjemahan, kenapa tidak ditumpukan kepada perkara yang PRAKTIKAL. Senang untuk kita menilai pemahaman tentang Amanat Hadi jika ada contoh2..... contohnya - BENAR atau SALAH menghukum Haram sembelihan orang Umno ? Kan senang untuk didebatkan... Sah atau Tidak berimamkan orang Umno ? 

Kita yang bising tentang Amanat Hadi adalah kerana segala insiden2 yang memecahbelahkan umat Islam itu. Jika tidak ada sebarang kesan negatif kepada umat Islam, saya percaya isu ini tidak akan timbul.

Bagaimana pula dengan kenyataan ini -

"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata"

Sekali lagi saya ulangi - Tolong bahaskan dari sudut KESAN Amanat Hadi supaya senang kita faham dan nilaikan.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 2:06 PM

Aku setuju ngan din. Kita fokus kepada KESAN dan AKIBAT Amanat Hadi. Kalau nak berhujah tentang teori atau fakta, banyaklah nanti konar baringnya. Lepastu mulalah spin yang menjurus kepada konsep dan teori politik Islam mengikut fahaman mereka sendiri. Antaranya tentang hukuman hudud vs hukuman sivil, negara Islam vs negara sekular yang banyak kali telah diterangkan dan diperjelaskan oleh ilmuan Islam bahawa Malaysia adakah negara demokrasi yang menjunjung Islam sebagai agama persekutuan. Malaysia bukan negara sekular kerana Malaysia meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dalam perundangan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 4:09 PM

Ingat.....semua yg Pemimpin PAS semuanya betul.....UMNO jangan mengada2 benda yang takde.....TGHH tu pelajar cemerlang Mesir dan Madinah...bukanya guru sekolah rendah je, ngajar abc je....TGHH seorang alim......kita kena ikut Tok Guru kita kalau mahu menempah syurga.......

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
January 7, 2013 at 6:42 PM

Kalau jumpa ULAR dgn Ularmak PAS baik katok dulu Ularmak PAS.

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2013 at 9:55 PM

Hidung PAS makin penyet apabila ditimpa maksud tersirat amanat Haji Abd Hadi Haji Awang.Pasal itu mereka asyik mengelak je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 10:49 PM

din, bz ke sepanjang hari ni ? Lama tak online.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2013 at 12:45 PM

Tak mengapa jika mereka yang teringin nak duduk di Putrajaya ni tak nak mengaku, asalkan pengikut-pengikut mereka macam yang menulis buku tu dah mula sedar akan kepelikan amanat tersebut. Tunggu sajalah impaknya terhadap PAS pada PRU kali ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2013 at 8:27 PM

BENGONGLAH...DAN JELAS PENGAKUAN BEKAS AHLI2 PAS YANG KELUAR SETIAP HARI KAT UTUSAN YG MEREKA PERCAYA DAN YAKIN YANG AHLI UMNO ITU KAFIR LEPAS DENGAN KATA2 HADI ITU...TU LAH SURAT KHABAR HARIAN XNAK BACA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 1, 2013 at 3:56 PM

Hj hadi kata" kita akan jadi kafir kalau mengamalkan politik suku agama suku" sejak bila perkataan "kita merujuk kepada umno? kalau org pkr amalkan politik suku agama suku, maka kafirlah hukumnya, baik org pas skalipun.. org takkan melenting kalau ayat itu diganti dengan ayat "kita akan menjadi kafir kalau mengatakan arak itu halal".. pasal x kena di batang hidung mereka.. masalahnyer betol ke kita(bukan merujuk kpd umno) jadi kafir kalau amalkan sedemikian.. bahaslah.. ajak ustaz2 bahas.. itu bkn fatwaTGHH, ulama sebelum tu dh ramai yg sebut... ini isu akidah, kita kena hati2, politik2 jugak... jaga akidah kita.. nk sokong apa pun , jaga akidah kita...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2016 at 10:31 PM

orang politik spin isu supaya yang hitam menjadi putih, yang putih menjadi hitam, yang betul menjadi salah, yang salah menjadi betul.

Post a Comment