........... Gandingan 2M Yang Mujur Tak Jadi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Gandingan 2M Yang Mujur Tak Jadi !

Friday, January 25, 20136comments



Satu Selingan - Sekadar nak refresh cerita lama ...... waktu Tun Mahathir bergaduh dengan Pak Lah, tidak kurang juga drama ditepi gelanggang. Cuba tengok siapa pelakonnya !


PAS ingin bincang dengan Tun Dr Mahathir - 18 Mei 2006


KUALA LUMPUR: PAS menyatakan hasrat untuk menemui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membincangkan isu-isu politik semasa khususnya berkaitan kepentingan negara.

Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mahfuz Omar berkata surat mengenai perkara itu telah dihantar kepada Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya dan terpulang kepada Dr Mahathir untuk menetapkan tarikh serta tempat pertemuan tersebut.

"Saya berharap Tun (Dr Mahathir) dapat meluangkan masa untuk pertemuan itu," katanya kepada pemberita di pejabat PAS di Taman Melewar, Gombak di sini hari ini.

Beliau berkata PAS ingin mendengar sendiri pandangan serta pendapat Dr Mahathir mengenai beberapa isu seperti pengagihan permit import (AP), masalah Proton dan pembatalan projek 'Jambatan Indah' dan soal kebebasan media.

"Saya percaya Tun (Dr Mahathir) tidak lokek untuk berkongsi (pendapat) dengan pelbagai pihak," katanya sambil menambah bahawa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga akan menyertai pertemuan itu jika Dr Mahathir bersetuju.

Beliau berkata PAS juga berhasrat menemui bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan pelbagai perkara mengenai hala tuju politik dan kepentingan negara. BERNAMA


Waktu dianggap sebagai musuh no 1, Tun lah Maha Segala SETAN, Maha Firaun, Maha Zalim, Maha Apasaja Yang Negatif.......

TAPI bila nampak keadaan seperti boleh dimanafaatkan secara politik ........ saya harap Tun dapat meluangkan masa ...... saya percaya Tun tidak lokek .... alahaaaaai... BM peringkat SRP gerenti boleh dapat A !


Samalah macamana Pas layan Dap sekarang ni .....Selagi ada kepentingan politik, Daplah intan payung, bantal bucuk, buah hati pengarang jantung ... Dap hina Quran, Nabi, umat Islam ....semuanya tetap direstui Pas. Takperlah,  mereka kafir, bukannya tahu apapun ... DULU ?

Hmmmm ..... HAMPEH !

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 11:07 AM

hehehe..sama la dgn ustaz nasha n hassan ali..semasa dlm pas merekalah yg mengamalkan politik sempit la..penyebab perpecahan melayu la...dll hahahah..skng diangkat sbg pakar akidah n pejuang melayu tulen lagi...hahaha..ustaz nasha siap boleh escort pm pg gaza lagi...hahahha..xkan la ustaz nasha je yg reti cakap arab dlm berjuta ahli umno...hehheh...
kesian ahli umno yg berjuang berpuluh2 tahun...jgnkan nak escort pm..ketua bahagian pun x dpt..hahah..benarlah kata bijak pandai umno..kalu nak naik dlm umno kena masuk pembangkang dulu n masuk umno..dan anda akan diangkat sebagai dewa spt zul kulim,ezam kotak katik n hassan ali..

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2013 at 11:12 AM

anon 11:07 - Jadi SAMA lah perangai Pas ngan Umno ? hehehehe ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 11:54 AM

hehe.. mende la anon kat atas tue..

umno amik ustaz nasha, padan la, title uztaz die tetap x hilang walau die kuar pas..

yg pas amik kadir (saya dengar suara tuhan), lawyer zaid yang dulu pas bukan main kutuk konon kaki minum kes terpencil ker? ahha jgn wat2 lupe, pas amik anwar dek.. kaki apa die tue? hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 12:46 PM

Sbb tu org tua dl2 ckp,jgn benci org sgt,nnt jd syg...
Sbnrnya, baik pihak pas atau umno,jgn tlalu mbenci dgn org yg xsealiran dgn kita. Saya xbenci org pas,tp saya xsuka cara pas. Dlm aspek pas buat kptsn atau mjwb isu. Jd,saya xbenci dia,cuma xsuka cara dia bfikir.klw brubah cara dia bfikir, baik pas atau umno saya xkutuk.
Utk anon teratas td, pnh xanda fikir sapa musuh utama pbangkang sblm 1998?bkn mahathir,tp anuar. Mcm2 kata kat dia,kroni,rasuah,politik wang,kaki ppuan,kaki liwat.mcm tu gak anuar kat kat pas,wali trompah,kaki betina,curi bini org. Tp lps anuar jd geng pas,pnh xpas tarik blk kenyataan lama dl? Nk tanya gak,anuar dh insaf tobat nasuha atau dl pas saka buat fitnah?

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2013 at 12:59 PM

anon 12:46 - hehehe lupa saya contoh Anwar - Pas. Betul la, dua-dua pun tak pernah tarik balik segala tuduhan mereka, salam2 minta maaf .. Mat Sabu pernah tarik balik gelaran alJuburi ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 2:58 PM

Untuk anon yg kat atas sekali tu, ust nasha dan dr hassan ditempelak kerana waktu tu mereka bawa ideologi pas, skrg mereka tidak lagi.... Jadi yg umno kondem ialah pas dan ideologinya, bukan orangnya. Puak pas mcm awk, bila org dedah buruk perangai hangpa, hangpa akan cari buruk orang pulak..... Jadi mana yg kata islamnya pas tu? Kalau islam, mesti lebih baik dari yang moderate ni, tapi nampaknya sekarang, lebih teruk.... Dah tu bakal pee emm hangpa pulak lagi lagi teruk, bakal menteri kewangan dan menteri2 utama hangpa (dap) pun adik bEradik yahudi pap.

Post a Comment