Buku Rosmah - Apa yang Bazirnya RM150 ?

Thursday, January 3, 201350comments





Saya tak faham kenapa Dr Maza memperlekehkan buku biografi Rosmah yang bakal keluar dipasaran tidak lama lagi ...... Kenapa dikatakan RM150 itu satu pembaziran ? Buku tu belum pun keluar lagi, takde siapa baca lagi jadi kita tidak boleh lah tuduh yang bukan2. Kita kena BELI DULU dan BACA , lepas tu baru kita boleh nilaikan apakah ia satu pelaburan yang bermanafaat atau satu pembaziran.

Datin Sri Rosmah .... satu nama BESAR dinegara kita. Bukan calang2 orang tu. Kejayaan beliau menjadi First Lady of Malaysia yang paling terkedepan dan paling berpengaruh antara First-First Ladies of Malaysia harus menjadi kebanggaan setiap rakyat negara ini.

Tidak salah rasanya untuk Rosmah berkongsi pengalamannya, cerita zaman kanak2nya sehinggalah dia jadi besar seperti sekarang .... pasti banyak tuh ceritanya ! Apalah sangat RM150 untuk setiap rakyat berkongsi suka duka, tawa nangis , penderitaan dan kejayaan yang dilalui oleh Rosmah. Banyak pelajaran untuk kita semua baik yang tua maupun muda.

Kita akan dibawa bersama2 Rosmah untuk turut sama mengimbas kembali kehidupan Rosmah sejak zaman kanak-kanak, remaja, zaman persekolahan, universiti, alam pekerjaan, perkahwinan, anak-anak dan keluarga serta kehidupan sebagai isteri pemimpin. Umpana satu pengembaraan ala-ala filem Back To The Future gitu ..... semuanya hanya dengan RM150 sahaja.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah itu kumpulan Giddy Group ? Siapakah ahli kumpulan Giddy Group itu ? Ramai yang tidak tahu ahli2 Giddy Group nakal tetapi cerdik dan pintar dan kebanyakan mereka ini adalah orang yang berjaya. Tidakkah itu satu bentuk pendidikan terutamanya kepada anak2 kita ? Tidakkah anda mahu melihat anak2 anda memulakan kumpulan Giddy Group mereka pula ? Tidakkah anda mahu melihat anak2 anda berjaya dalam hidup ? Bazirkah RM150 ?

Itu belum diambil kira SATU BAB yang khusus bagi menjawab segala tohmahan dan fitnah terhadap Rosmah selama ini. Untuk bab ini saja sudah berbaloi harga RM150 itu ! 

Mungkin kerana itulah, pembangkang TAKUT akan kemunculan buku Rosmah ini kerana ia bakal beri pukulan maut kepada kempen PRU13 pembangkang. Rakyat akan didedahkan kepada perbuatan fitnah mereka terhadap Datin Seri ...... tak cukup tanah mereka nak lari ! Mana mau sembunyi lagi ?? Hahahahahaha ....... makanya pembangkang cuba mensabotaj penjualan buku Rosmah ini dengan memberi gambaran bahawa ia satu pembaziran jika rakyat belanja RM150 untuk memiliki khazanah ilmu dan sumber kebenaran ini.

Mungkin ada eloknya sekira kerajaan dapat menguatkuasakan larangan kepada pengamal media dari menyalin kandungan buku Rosmah untuk disebarkan dalam internet kerana dikhuatiri bakal menjejaskan jualannya kelak. Jika anda ingin tahu Kebenaran, harganya RM150 ! 

Amaran keras harus diberikan khasnya kepada jurublog pro BN kerana mereka cukup efektif dalam penyebaran sebarang maklumat menangkis dakyah pembangkang. Rakyat amat teruja untuk mengetahui isu kandungan SATU BAB itu dan mereka tidak lokek untuk membelanjakan RM150 hanya untuk mengetahui Kebenaran, tapi jika kandungan SATU BAB itu di salin dalam internet, pasti nilai buku Rosmah yang jatuh dimata rakyat dan ini pasti bakal menjejaskan penjualannya.

Saya ingin mengajukan satu cadangan kepada kerajaan...... bagi menggalakkan setiap rakyat atau paling kurang setiap keluarga memiliki buku berharga ini, apakata kerajaan lancarkan - KEMPEN 1RUMAH 1BUKU ROSMAH dari sekarang. 

Pihak penerbit atau pencetak dinasihatkan supaya memastikan paling kurang 5 juta naskah sudah siap dicetak pada hari ia dijual kepada umum. Kita tidak mahu nanti akan muncul Ulat2 Buku yang cuba mencari keuntungan segera dengan menjual Buku Rosmah dipasaran gelap dengan harga yang melambung dek permintaan yang melampau melebihi stok.

Kalau RM150 sudah ditohmah sebagai pembaziran, apatah lagi RM300 !

Balik kepada kenyataan Tweet Dr Maza, sudah-sudahla memperlekehkan segala usaha murni Datin Seri Rosmah. Kebenaran akan Terserlah jua .... Janganlah sifat dengki mengaburi pemikiran Dr .......


PS - Kepada Menteri Pendidikan, apakata Buku Biografi Rosmah dijadikan salah satu buku sastera wajib baca oleh murid2 Sekolah Menengah ? Dan apakata digalakkan penubuhan Kelab Giddy Group disetiap sekolah diMalaysia ?

- Lepas saya post artikel ni, saya nak LARI jap ! Petang baru tengok komen kalau ada hehehehe...

Share this article :

+ comments + 50 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 11:22 AM

DR MAZA XDER HAK NAK HALANG ATAU PENGARUHI SESIAPA DARI BELI BUKU TU..TAPI SAYA YAKIN MAKIN DIHALANG MAKIN RAMAI YG AKAN BELI NANTI

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 11:34 AM

haha,..xde sape layan post ko

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 11:41 AM

Ikhlas ke ni? Bunyinya agk sinikal...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 11:42 AM

peril ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 12:04 PM

Hehehe...macam kimak je penjilat dan pembodek umno ni punya entry. Gua macam nak terceret gelak tengok lu punya entri bangang ni din.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 12:21 PM

tak tahu pulak entah BETUL atau SALAHnya rasa aku kali ini. aku rasa ada sesualtu yang tak kena dengan artikel kali ini. entah kenapa aku rasakan saperti satu sindiran. mintak bebanyak maaf kepada penulis kiranya aku tersalah rasa sebab RASA itu sendiri amat luas maknanya. ada yang makan cili terasa pedas dan ada yang tidak dan rasa pada cili itu berubah ubah mengikut keadaanya, saperti cili pada adat RASAnya PEDAS, iaitu kalau dimakan. RASAnya pulak menjadi pedih kalau terkena kat mata ........

aku bantah artikel ini bukan kerana aku sokong MAZA tetapi kerana kepentingan yang ada pada diri DSRM itu sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 12:25 PM

Sejak abg din kena sekat dgn GAP Dan PG... Tulisan dan jadi makan dua Belah... Sabor.. Sabor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 12:37 PM

Din,
Aku dah beritahumu dulu Dr Maza ini parasit tersirat. Segala usahanya untuk memenangkan parasit. Dia selektif dalam komen dan serangkannya. UFB, DHA, Rosmah, Ust Abdullah Sa'amah menjadi sasaran. Isu percehacan Islam masaalah kecil. Ambiga jadi sokongan. Aneh buku yg belum keluar 'difatwakan' jangan bazir beli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 12:41 PM

Eleh din, aku taulah engko saja je buat posting mcm ni. Btol tak, din. Kalo ngan najib bukan main lagi engko ye. Aku pon tertanya2 engko sihat ke tak bila ter'over' sangat puji rosmah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 12:46 PM

Dikhabarkan Dr Maza mahu jadi panel bahas 'Amanat Hadi'. Memberi peluang pada Dr Maza ini adalah satu kesilapkan. Dia akan guna 'smokescreen' ilmiahnya untuk mengkaburkan isu itu sebagai suatu yang tidak besar dan mungkin secara halus serang Kerajaan. Amanat ini merosakan peluang parasit ke Putrajaya. Dr Maza perlu tampil untuk pertahankan Parasit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 12:51 PM

dari aku beli buku x berguna ni,baik aku beli beras pastu sedekah pd mangsa banjir....lagi puas hati...aku kalu apa yg dikeluarkan oleh ahmad maslan aku tau pasti yg dihasilkan lansung x membina minda dan hanya ahli umno yg bengap sahaja yg beli..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 12:59 PM

Aneh 'Ulama Besar' macam Dr Maza terlibat dalam perbuatan memperlekehkan DSR. Ini bukan kali pertama. Dia pernah melatah lekehkan DSR ditwitter bila diacah oleh UFB. Mungkin dia dah lama tak baca Surah AlHujurat. Untunglah DSR diakhirat dapat menuntut pahala dan mengagihkan dosanya pada puak-puak Parasit ini kerana fitnah hebat ke atas dirinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 2:31 PM

berapa kamu dapat komisyen promote buku ni?. Ni lah orang UMNO ngok. Asal dapat duit , mengampu sampai nak mampus

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 2:35 PM

dr maza komen...gituke sikap seorg ulama?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 2:43 PM

salam,

mohon tambah cadangan. bab rosmah memang kita ketar kapla. jeles giler kat rosmah ni. buku dia lebih mahal daripada buku TDM. memang bagus gitu. ada wow lagi.

1rumah 1buku rosmah 1malaysia, memang gempak, boleh dapat datuk din turtle nanti. kita memang teringin sangat nak tau kisah rosmah, tak perlu lagi la kita bergosip, penulis dah citer kisah rosmah. tapi kalu rakyat tak mampu, boleh la bagi 1malaysia 1bukurosmah free. boleh kaya penulis dan penerbit buku tu. bukan susah nak kasi kaya dengan cara mudah.

dalam buku tu akan ada la citer kisah sapa suami rosmah yg pertama sebelum ah jib gor. kesian kat farid ismeth, boleh la hilang sakit kapla lepas ni. mungkin dia citer kisah najib ngorat dia dan kisah anak dia yg kawin dengan dr fadli( apa ke nama) memang terjawab semua fitnah pembangkang tu. pukulan maut untuk pkr, pas dan dap.

mungkin buku ni juga akan citer kisah rosmah yg terlalu menjaga status isteri menteri dan kepentingan kakitangan kerajaan untuk patuh pada cakap isteri menteri macam dia pun menteri.

memang tak patut dr asri melarang beli buku tu. bukannya buku tu haram.

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 3:47 PM

Dia ada mention ker pasal buku Rosmah din?Bukan apa takut tersalah tuduh jadi fitnah..Kalau betul dia maksudkan buku pasal Rosmah dn mmg dia ckp mcm 2,bagi sy dia MELAMPAU dn MERAPU..

Sy pon bukan minat Rosmah 2 dan sy pon TAK AKAN BELI buku 2..Tapi cara dia ckp seolah2 buku 2 buku yg menyesatkan akidah.Kalau org nk beli pon rasanya HARUS hukumnya tak smpai kpd BERDOSA kan??Apa mslh kalau ada jugak org nk beli??

Kalau nk ikut dia ckp soal FAEDAH,berlmbak buku2 kt luar pon TAKDER FAEDAH.HARAKAH ada FAEDAH TAK???Ohhh ada..FAEDAH UBAT KUAT!

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 4:30 PM

nko ni menyindir ye tk din? hehe.. apa2 pun.. buleh la disimpulkan.. kebenaran ds rosmah itu mahal.. nk fitnah murah ajer, cuma photoshop fp utusan..

a doctor in the house pun hya rm100.. tu kisah ttg seorang bekas pm tuu...

yg aku nk komen sebenarnya mentaliti penyokong2 pakataiks.. walau terpelajar setinggi mana pun masih ada attitude better than thou.. drmaza siap quote 'wallahu a'lam'.. mana dia tahu.. kecuali kalau dia makan fitnah2 cari cai2 pakataiks..

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 4:46 PM

Pandai eh..dah post cabut lari jap..hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 5:25 PM

dalam senyum kau pukul din...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 5:32 PM

Bro,
Apa ni... Doctor in the house dari tun M pun baru rm100.00.saja nak kasi peluang kena tibai kenapalah penasihat si rosmah ni bingai sgt. For sure ada org mastuk ni...

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 6:25 PM

ITULAH TUJUAN SAYA SEBENARNYA ! ! Muahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 6:26 PM

Takperlah, sekurang2nya saudara baca dan komen ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 6:26 PM

TerimaKasih hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 6:27 PM

Saya MAINTAIN dari mula berblog sampai sekarang. Tak percaya tanya follower awal...

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 6:28 PM

Ni yang aku malas ni .... kritik salah, puji salah, over puji pun salah .... :)

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 6:29 PM

Nak buat macamana bang, ni blog kakiampu tegar ! hahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 6:32 PM

Saya memang tak mampu la ... tunggu Rosmah bagi free. Tu yang bodek giler ni, harap2 Rosmah baca hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 6:33 PM

Terkejut juga tengok komen banyak menunggu.. hehehe... Seharian berdebar !

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 6:34 PM

Mana ada ? ? Ada bukti yang kuat lagi kukuh ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 7:59 PM

Macam lukisan abstrak, hanya pakar tau maksudnya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 8:21 PM

apa yg fitnah tntang DSR bro?Semua rakyat Malaysia tau tntang kegemaran ny.Bkn ny perkara baru.Hubungan dia dgn ank ny Azreen Soraya pun org tau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 9:10 PM

tak sangka pula blog yang aku gemar ikuti terserlah membodeknya. apa kena dengan penulisnya yer? Najib bodek Cina, Din pulak bodek Rosmah; tapi Din selalu kritik Najib membodek Cina. kalau Najib bodek bangsa Cina demi undi, Din pulak bodek Rosmah (boleh ker kita kata bodek pada pompuan?) demi apa pulak tuh?

kalau macam ni baik aku sokong PR kerana dah tak nampak cerahnya dalam UMNO. mmmmmm PR?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 9:11 PM

penulis dah lupa makan ubat tuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 9:14 PM

nampaknya kena senyum dalam tangisan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 9:41 PM

Blog ini hanya untuk mereka yang tahu berfikir panjang tentang sebarang isu..... kalau jenis tafsir secara direct dan buta tuli terima, memang sengsara jiwa kalau baca hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 10:00 PM

Hahaha...nampak sgt ramai yg tak faham maksud tersirat dintetel dlm artikel ni. Dahla tak fhm yg tersirat..terus kutuk dintetel pulak tu..malu wei..lurus bendool btl la..
Klu yg biasa dgn dintetel ni..confirm fhm mksd tersirat artikel nih..hehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 10:35 PM

Saudara ni masa sekolah dulu pun masuk Giddy Group ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 7:18 AM

Giddy group? Tak kenal bro..
Kitorang Vertigo Group.hihi

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 9:00 AM

dia tak faham din..sabar je lah ok?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 10:07 AM

bro DT...tu komen dari anon Jan 3 2013 11.34 pg adalah terbodoh dari kumpulan parti terbodoh di bumi ini....bangang btul...dia baca dia komen pastu cakap tk sapa nk layan post bro...HAHAHA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 11:39 AM

Dr mana kamu tahu?klw kamu tahu dr mulut org ke mulut org,org mcm kamu ni mmg suka ngupat petang..p baca blog hiburan gosip nuh...syoh syoh

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 4:10 PM

Entah anon dari mana kau TAHU yg semua org dh TAHU..Sudah2 la 2 berasakan diri 2 AHLI SYURGA..Kan Rasulullah dah pesan pd kita

"setiap perkataan kamu kpd saudara kamu jika salah ia merupakan FITNAH.Jika BETUL ia merupakan MENGUMPAT"

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 4:11 PM

Kesian pencacai2 yg tak faham STYLE din turtle berBLOG hahahha..Sekilas baca pon dh tahu SINDIRAN din ni hahahha..Kesian pencacai yg mengutuk bro din hahha

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 5:12 PM

Memang pencacai macam nilah yang menjadi penyongkong tegar PR. Tak boleh mendalami maksud tersirat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 5:32 PM

Saya takkan beli langsung buku tu. Bazir duit jer. Baik saya guna rm150 tu utk pergi shopping. Takpun, belanja abang dt makan.. Hehehe,:-)*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 7:04 PM

BILA ? BILA ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 7:37 PM

Nampaknya Din dah ada peminat tegar. Awek cun lak tu. Ni yang aku jeles ni....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 7:49 PM

Cun ? Awek ? Mana ko tahu ..... ?

Ni kira berani mati jer ni hahahahaha ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 11:22 PM

soal pokok adalah perangai maza.

bukan kejutan bagi kita, kalau tgk twitt dia sejak dulu seolah ade rasa benci dekat rosmah.

nampaknya dgn penuh ilmu kt dada pn perangai masih mcm ni. soalnya adakah seorang beridentiti islam bertwitt mcm tu?

kita semua tau dia penah kene tahan dulu di perlis. mungkin ade dendam yg belum dpt maza redakan dlm hati terhadap kerajaan.

nampaknya sama mcm org pas, dia terperangkap dgn nafsu benci.

org mcm saya nampak org mcm ni, x payah la kita panggil dia ulama. bagi saya taraf ulama pewaris nabi adalah amat tinggi pangkatnya, x sesuai org berperangai mcm ni jadi pewaris nabi.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Aaron
January 7, 2013 at 1:00 AM

anon 2:31 ni tak berapa cherap ilmu mantik, ilmu bacaan celah tulisan, jadi nak salahkan dia tak bolehlah, jadi tak adil. Orang macam ni lurus bendul dan sebab tu senang jadi pengikut tegar PKR leader tu.

Post a Comment