........... Bicara Minda Tun Mahathir 2013 | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bicara Minda Tun Mahathir 2013

Friday, January 18, 20133comments


Orang Melayu belum selamat, kata Mahathir

“Bagi yang sedar mereka akan kekalkan kedudukan ini, bagi yang tidak sedar mereka akan kata keadaan sekarang adalah biasa dan kita tidak perlu identiti diri kita sebagai Melayu lagi dan kita juga akan berjaya.

“Saya berpendapat walaupun sudah ada orang Melayu yang berjaya, tetapi umumnya masih ramai tidak berjaya dan tidak mungkin berjaya jika tidak beri tongkat (bantuan),”


"Hakikatnya, Melayu masih belum selamat. Kalau boleh, sedarkan mereka, jangan terlalu mengutamakan kepentingan diri dan fahaman kolot.

Dr Mahathir: BN gagal dua pertiga makna 'kemenangan kosong'

“Untuk menghadapi PRU13, pemimpin-pemimpin kena berani menonjolkan diri, jangan takut, jika terus takut maka kerajaan akan terus diserang dari pelbagai penjuru.

“Jadi sekiranya kerajaan sekarang gagal mendapat dua pertiga, maka kerajaan yang ada sekarang adalah lemah,”


Selain itu, Dr Mahathir turut menegur kerajaan sekarang yang dilihat terlalu berlembut dengan tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak pembangkang sehinggakan keputusan tersebut amat merugikan.


Sambil memberi contoh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Dr Mahathir menegaskan pelbagai negara seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat (AS) meniru Malaysia, walaupun pernah menuduh akta ini menindas hak asasi manusia.


“Di Malaysia, tangkapan ISA masih tertakluk di bawah undang-undang, tetapi AS terus menangkap tanpa apa-apa undang-undang dan menempatkan mereka di Teluk Guantanamo sehingga 10 tahun lebih,” 


PRU13: Orang Melayu ada 2 pilihan, kata Mahathir

“orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.

“Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita?


“Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.


"Bagi yang sedar, mereka akan mempertahankan kedudukan mereka dan bagi yang tidak sedar, mereka akan berkata keadaan adalah biasa... kami orang Malaysia dan kita tidak perlu kaitkan diri kita dengan Melayu lagi, kita juga akan berjaya,”


"Kita juga harus ingat orang Melayu ini juga yang beragama Islam."

"Kalau orang Melayu gagal, disingkir dan diketepikan dan menjadi kaum yang termiskin dalam negara kita ini, percayalah agama Islam juga akan menghadapi masalah,"



Mahathir: Isu kalimah ALLAH bantah dengan hujah

“Kita malas membaca buku dan membekal diri dengan ilmu pengetahuan. Dengan itu tiada pengetahuan. Kita hanya ada emosi dan kita marah. Itu  tidak kena, seharusnya alasan perlu diberikan dan selepas itu barulah  dipertikai.

“Jika ada  yang kata perkataan ALLAH itu boleh digunakan dalam sebarang agama, itu adalah tidak tepat. Yang tepat perkataan ALLAH itu bermula dengan agama Islam,”


"Sekiranya ada pihak lain mahu menggunakan kalimah tersebut, apa tujuannya selain jika bukan untuk menipu pemikiran supaya orang lain menganggap perkataan ALLAH sama dengan agama lain.

“Unsur penipuan itu memang ada, sebab itu kita tidak boleh terima penggunaan perkataan ALLAH, tetapi apa yang kita tahu, kita tidak bersetuju sahaja. Kita perlu jelaskan mengapa (perkataan ALLAH) bukan mereka punya dan kita (orang Islam) punya,”


"Untuk mengembangkan agama mereka, tuhan ditukar sebagai ALLAH. Selepas itu diterjemah Bible untuk bangsa-bangsa lain. Oleh sebab itu di Indonesia, memang perkataan ALLAH digunakan dan  juga di Malaysia, ketika zaman sebelum merdeka di Sabah dan Sarawak, mereka menggunakan  Bible yang sama menggunakan perkataan ALLAH ,”


Bicara Minda Tun Mahathir - Masa depan Melayu dan Islam Selepas PRU13

Part 1 - Latarbelakang / sejarah




Salah orang Melayu sendiri yang melihat orang asing masuk kenegara ini

Pada satu ketika, pendatang asing MELEBIHI orang Melayu ! Kerana Depression 1929-1930, mereka kembali ke negara asal dan Melayu kembali jadi majoriti....

Part 2



Sejarah bagaimana Melayu Umno berpecah .....erk ! Golongan Ulama Umno minta 10 kerusi tapi Tunku cuma beri 1 sebab katanya kita perlukan Pentadbir bukan Orang Baca Doa. Sorang cukuplah nak baca doa ! Hahahahaha ..... Dari situ timbul tak puas hati dan mula berpecah.

Melayu punya 2 pilihan,

Jika kuasa bangsa Melayu hilang, kuasa umat Islam juga akan hilang

Kita tidak minta banyak, cuma minta bahagian kita - 30% jer, itu pun tak tercapai

Part 3



Ada yang berjaya melalui DEB kerana mereka pandai menggunakan peluang yang diberi.

Pandangan Tun mengenai Kronisma - Menarik ! Menjadi Kroni hanya jika mereka berjaya tapi jika gagal tidak pula disebut Kroni.  Lebih baik dituduh mengamalkan Kronisma ( kerana ramai yang berjaya ) dari melihat bangsa gagal !

Melayu menjadi kuat kerana Bersatu bukan kerana bijak atau kaya. Melayu belum selamat.

Pas memperalatkan agama Islam demi kepentingan diri.

Kerajaan sekarang lemah




Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 12:13 PM

TQ bro atas perkongsian maklumat ini :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2013 at 2:41 PM

Tun dr mahathir ni mpunyai pmikiran yg btl2 sgt istimewa. Amat bbeza pmikiran diluar kotak beliau dgn mahfuz. Part plg stuju,krajaan skrg sgt lembut,tambah2 dgn kaum cina.tkt sgt dlabel pkauman,padahal,pkauman utk mnguatkan bangsa bkn nk mnindas bangsa lain

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2013 at 6:19 PM

Memang yes...itulah result PRU 13

Post a Comment