........... Anwar Runsing Isu Melayu Islam Dijadikan Bahan Kempen Pru ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Anwar Runsing Isu Melayu Islam Dijadikan Bahan Kempen Pru ?

Tuesday, January 29, 20139comments


Saya jadi terpegun sebentar membaca tajuk artikel Sinar ni -

Anwar: Pihak lawan guna Islam, Melayu isu kempen PRU

Isu agama Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen yang kuat digunakan pihak lawan dalam usaha menghalang pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

Justeru, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan kepimpinan PR dengan dibantu penyokong perlu kuat melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar, kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat Keadilan, Pas, DAP kita ikhtiar, akhirnya kita bertawakal kepada ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH beri kita ukhwah," katanya. Bla bla bla ....

Yang buat saya kaget adalah ..... Adakah itu menjadi satu masalah kepada Anwar @ PR ? 

Bukankah itu juga menjadi perjuangan Anwar, Pkr, Pas atau Dap iaitu memperjuangkan isu2 bangsa Melayu dan agama Islam ? Seharusnya semua orang Melayu Islam bersatu dan jadikan PRU13 sebagai medan perjuangan untuk kedua isu utama itu.

Sekarang semua isu dilihat dalam konteks politik. Itu pun angkara parti2 dalam PR juga yang sering mempolitikkan isu2 perkauman dan agama demi meraih sokongan pengundi dan memberi tekanan kepada kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan2 mereka.

Tapi saya tahu kenapa kedua isu itu menjadi MASALAH BESAR buat Anwar ...... sebab semua sedia maklum Pakatan Rakyat tidak berpakat dalam isu2 tersebut ! Mereka hanya tahu Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju.

Itulah masalahnya bila TIDAK ADA parti yang DOMINAN dalam satu pakatan. Tidak ada lagi Hak2 Istimewa atau Rezab atau dalam konteks Islam, kelebihan status sebagai agama resmi. Sebab SEMUAnya akan dikaji semula dan penilaian baru dibuat berdasarkan KONSENSUS. 

Semuanya akan diSAMARATAkan dibawah Pakatan Rakyat.

Sekarang ini pun kita dah boleh lihat bagaimana pengaruh besar yang dimiliki oleh Dap dalam menentukan sesuatu keputusan dalam PR..... hinggakan keputusan yang sudah lebih 10 tahun berjalan dinegeri Kelantan dimana Dap tidak punya seorang pun wakil boleh dikaji semula bilamana Dap bersuara !

Bayangkanlah nanti kalau ditakdirkan PR mengambilalih Putrajaya .......

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2013 at 9:38 PM

Huru hara dibuatnya nnt.. Baik dijauhkan.. Nauzubillah min zalik..

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
January 29, 2013 at 9:45 PM

Salam Abang Din,

Melayunya sudah hilang, Islamnya sejarah silam. Maksiat, seks bebas, dosa dosa besar menghitamkan hati, entah sempat bertaubat Allah saje yg tau.

Abang Din tau siapa yg saya maksudkan

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
January 29, 2013 at 9:54 PM

bg muslim agama meliputi segala aspek kehidupan, dan politik sbhgn drnya. dr itu apapun yg dilakukan tak boleh lari dr hukum agama. jika tidak susah nanti di akhirat.

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2013 at 11:52 PM

Xmau bayangkan,sbb mmg xmau pon depa printah...
Isu hak keistimewaan ni slalu dipandang serong geng2 pr. Di istilahkan sbg kroni,penyekat kebebasan,penindas mcm2 la. Harap diorg xlupa,dimana diorg brada mungkin disebabkan hak keistimewaan yg dberikan. Nk sgt undi kaum minoriti smpai melemahkan majoriti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2013 at 12:20 AM

PAS mahukan Islam. DAP mahukan hak kesamarataan bagi semua kaum di Malaysia. Bagaimana Anwar nak menyatukan PAS dan DAP walaupun berbeza ideologi? Satu-satunya cara ialah Anwar mesti "meneutralkan" PAS. Modal politik PAS seperti hudud dan negara Islam perlu disorok dan disimpan di dalam almari demi menggapai impian ke putrajaya.

....................
Reply To This Comment ...................
January 30, 2013 at 2:09 AM

@terjun tirukSebenarnya artikel ni lebih kepada peringatan kepada DUA-DUA pihak supaya jangan lupa isu bangsa dan agama

....................
Reply To This Comment ...................
January 30, 2013 at 2:11 AM

@AnonymousTanpa Anwar pun kita boleh lihat bagaimana Pas tunduk kepada Dap. Pas tewas kepada nafsu diri sendiri...

....................
Reply To This Comment ...................
January 30, 2013 at 8:19 AM

Yap,sgt stuju dgn din... Klw pemerintah skrg buat slh mmg ptt ditegur.. Klw main hanguk semua itu jd pembodek,pencacai. Ada kptsn krajaan yg xbkenan dihati,tp bagaimana pbangkang jdkan isu tanpa bg idea pnyelesaian itu xbg harapan. Umno bnasib baik,sbb pbangkang pon xbagus... Bg saya la

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2013 at 11:28 AM

Pembangkang kat malaysia ni low class.cuma tau bising itu salah ini x betul tp idea dan action plan x de.setakat ckp modal air liur ank aku umur 2 tahun pun pandai.

Undi aku sah2 bkn utk puak bangsat ni!

Post a Comment