........... Amaran Tsunami Di Pantai Terengganu - Takde Apa Pun ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Amaran Tsunami Di Pantai Terengganu - Takde Apa Pun !

Monday, January 7, 201317comments

TERKINI -

SONAMU ? Alhamdulillah SEGALAnya Tenang ...7:40am 7 Jan

                                               **************************

Saya terima sms ni pukul 10 pm tadi. Malas nak layan sebab duk tekun nonton AJL 27. 

Slm. sok djgka ribut. Nm ribut Sonamu. Ombak 5.5 Meter. Pusat tmpt mdarat Pntai Bt Buruk. Hospital djgka bnjir shgga tgkt 2.Skrg ni duk pndah brg2 pnting ke tgkt atas. Generator TNB sume tutup start sok.3hari djgka xde letrik.So, beli brg2 yg prlu skrg..

Tapi saya perasan BANYAK hit masuk ke blog saya menggunakan katakunci amaran tsunami di terengganu, dan  dilinkkan kepada artikel lama saya berkenaan amaran tsunami diSumatera bulan April lepas.

Saya syak  mesej diatas telah disebarkan dengan meluas !

Jadi tadi saya call Hospital Besar Kuala Terengganu untuk dapatkan kepastian dan jawapan mereka - TIDAK ADA SEBARANG PERPINDAHAN EKORAN AMARAN RIBUT SONAMU  atau apajua nama. Operasi hospital berjalan seperti biasa.

Pemerhatian mata kasar juga TIDAK MENUNJUKKAN sebarang tanda2 amaran yang sering dikaitkan dengan kejadian tsunami seperti air surut melampau ..... laut diPantai Batu Buruk tenang, langit juga tak gelap. 

Juga TIDAK ADA mana2 pihak berkuasa meronda dengan lampu lip lap lip lap sepanjang pantai bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Semakan dengan Balai Polis Kuala Terengganu juga menghasilkan jawapan - TIDAK ADA AMARAN TSUNAMI ! Yang ada cuma amaran hujan berlebihan yang kita lihat dimedia.

Nasihat saya - Tidak salah berjaga2 tapi mesej diatas saya anggap sebagai OVER. 

PS - Berita mengenai Sonamu 

Berasas tapi bagian ombak 5.5 meter dan banjir sampai tingkat 2 dan gesaan supaya stok barang makanan, bagi saya OVER. 

KEMASKINI 2:00 am - Bagaimanapun portal Jabatan Meteorologi punya amaran ini -

Dikeluarkan pada pukul 11:53PM, 06 Januari 2013
 
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
Di Perairan Laut China Selatan


Kemaskini :
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 7.1 U dan Longitud 108.8 T, pada jam 11:00 malam 6 Januari 2013, kira-kira 650 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak ke arah Barat-Barat Daya dengan anggaran kelajuan 15 kmsj.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) -

Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Isnin, 7 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Isnin,7 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 12:39 AM

Btol eyh? I kat ganu ni..cuak bace post2 bout sonamu ni:(

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 1:02 AM

spital ganu duk tgh bandar mane nk banjir , kat tmpat lain hujan skit dh banjir lagi angin sonamu pulak .

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2013 at 1:34 AM

Maksud mesej tu, Hospital kan tepi pantai batu buruk, jadi bakal menerima kesan besar jika benar berlaku.

Saya tidak mahu keadaan menjadi panik tanpa alasan kukuh. Mujur keadaan di KT ketika ini tenang, jalanraya pun sepi. Orang dah tidur belaka ..

Ya, bandar KT selamat musim tengkujuh kali ni, kawasan2 lain yang teruk spt Setiu, Dungun dan hulu Terengganu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2013 at 1:35 AM

sy duk betul2 tepi pantai kt marang, terengganu.setakat ni alhamdulillah takde ape2 amaran pn dr pihak berkuasa.mnusia ni kdg2 suka over2.suka panik2 kn org.tokok tambah cerita..dijangka hujan lebat, tp xpasal2 keluar cerita tsunami.jgn smp jd doa sudah la..nauzubillah.

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2013 at 1:36 AM

TerimaKasih diatas info :)

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2013 at 1:47 AM

Sekadar UPDATE 1:45am - Keadaan TENANG. Semua orang dah masuk tidur.

jika ada perubahan saya akan update. Dari rumah saya boleh lihat Pantai Batu Buruk ...dan Laut Cina Selatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 2:58 AM

mcm mane dgn klntan ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2013 at 7:01 AM

Thanks for making this clear. Sy kat kl tp femili kat ktganu, dah bimbang sangat td.

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2013 at 8:13 AM

Terima Kasih..memang Meterological Department ada warning ombak tinggi dan angin kencang..banjir gelombang yang ke 3..
Setakat kini, cuaca kat Kuantan Alhamdulillah syukur.

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2013 at 8:42 AM

As salam,
Alhamdulillah. Lega ambe. Cerita2 over camni mmg boleh buat penduduk KT panik. Ada jugak yg cuba tokok tambah...

Terima kasih dinturtle =)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 8:53 AM

tp my nephew nk operate xjd..phak hospital suh blk..so xjd la operate..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 1:57 PM

Pengkalan chepa, masih terang. Namun ada khabar baru jam 6 pagi esok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 6:58 PM

as a MAS pilot...i'm in Kuala Terengganu and right now i see bad wheather(heavy rain)...but ATC(air traffic control) in Sultan Mahmud Airport just called me and they said to me right now wind speed is soo fast...maybe flight tonight delay or crosswind land...tomorrow is my shift flying a MAS aircraft...It make me scared while i got that news..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 7:09 PM

sama la,,mk sy pun diarahkan balik umah dari spital,,urm,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 11:44 PM

Risau saya, anak saya yang study di Dungun hantar sms bagitahu bahwa semua kena stay bilik sebab tsanami sonamo. Ini yang saya cari info pasal monsun ni.......
Namanya pun baru pertama kali saya dengar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2013 at 4:00 AM

Aku dri mlaka,dok tpi pntai ats bukit,aku mmg dgr sgt bnyi ombak,,serius kuat,,trus aku ke pntai,tp air tenang,so pkcik aku org kapal,die ckp,bnyi akn smpai dlu,baru angin..mntk2 xda ape2 bnda xelok blku sbb adik aku bljr kt ganu skrg..8/1/2013..03.59.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2013 at 4:02 AM

Bkn tokok tmbah kawan,igt..agin dgn bnyi,angn lagi laju kljuan die,,so org yg dok ats bukit mcm aku,akn dgr,,mmg trlalu kuat,,mggigil aku dgr,,aku rsau adik aku stdy kt ganu..

Post a Comment