........... Kemaskini - Amanat Hadi - Hadi TIDAK PERNAH Berniat Menarik Balik ( Saya Setuju Perbincangan Tertutup ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemaskini - Amanat Hadi - Hadi TIDAK PERNAH Berniat Menarik Balik ( Saya Setuju Perbincangan Tertutup )

Sunday, January 6, 201310comments

KEMASKINI 10:40 am - Hadi baru saja mengesahkan kedegilannya -

“(Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais (Yatim) tak nak bagi peluang (kepadanya menjelaskan perkara itu melalui siaran langsung RTM dan TV3).

"Itu hak dia, tetapi saya tetap dengan pendirian saya, supaya masyarakat berlaku adil kepada semua pihak. Hanya cara (memberi penjelasan melalui siaran langsung) itu boleh memulihkan keadaan, kerana kita (Pas) tiada media. Biar rakyat tahu dan jangan dengar sebelah pihak.

 
“Biar mereka nilai betul atau tidak. Televisyen perlu siarkan satu jam ucapan saya. Amanat itu pentingkan?" sinar


                                 ******************

Artikel asal -


“Satu pembohongan. Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berkait dengan isu amanat ini." kata Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan.

"Bukan kita tidak setuju buat secara tertutup, tetapi masalahnya media arus perdana menghentam dan mengkritik Hadi secara terbuka. Tetapi bila dekat Hadi, nak buat secara tertutup, ini tak adil."

"Sekarang ini pun semakin melampau kritikan dibuat terhadap Hadi, kita tak setuju bukan sebab kita nak lari dari isu, (atau) sebab kita takut, tapi cadangan itu tak adil," kata Tuan Ibrahim kepada cadangan supaya diadakan muzakarah secara tertutup.

"... seperti yang kita katakan sebelum ini, kita mahukan secara langsung. Kita tolak cadangan itu, kalau secara tertutup penjelasan itu tidak akan sampai kepada masyarakat," kata Mustafa Ali yang senada dengan Hadi bila ditawarkan secara rakaman sebelum ini.

Paling baru, Pemuda Pas terbit buku 'Amanat Hadi VS Haji Mahathir & Haji Najib' -

Pelbagai tajuk-tajuk menarik dibincangkan seperti “Amanat Haji Abdul Hadi: Masih Relevan?”, “Ulama Muda Umno, Kenapa baru sekarang”, “Satu kerenah SB (cawangan khas)”, “Dewan Ulama: keluarkan semula amanat Hadi”, “Amanat tiada unsur mengkafir”, dan “JAKIM jangan melatah”.
Sinar



Apakah indikasi yang kesemua diatas berikan berkaitan isu Amanat Hadi ? Tujuan sebenar isu Amanat Hadi ditimbulkan semula ekoran pengakuan ikhlas oleh bekas ahli seumur hidup Pas sendiri adalah supaya Hadi MENARIK BALIK Amanat tersebut, memperbetulkan semula persepsi atau pemahaman ahli-ahli Pas sendiri yang ramai telah bertindak menafikan keIslaman saudara seagama dari Umno.

Tapi dari kenyataan2 diatas, JELAS Hadi tidak berniat langsung untuk berbuat demikian malah rata2 beliau dan Pas melihat isu Amanat ini dari sudut POLITIK semata2. 

Memang sepatutnya keizinan kepada Hadi untuk muncul di kaca TV baik secara LIVE atau rakaman ditarik balik kerana Hadi akan gunakan kesempatan itu BUKAN untuk merungkai permasalahan yang timbul akibat salah faham akan Amanatnya tapi akan tambah menyesatkan umat Islam dengan pelbagai dakyah lain.

Saya setuju jika diadakan Muzakarah secara tertutup antara Hadi dengan Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita bukan mahu melihat Juara atau pihak mana yang menang atau kalah. Kita cuma tidak mahu lihat umat Islam negara ini berpecah belah dek fahaman politik, itu saja.

Sudah terbukti jika ada penonton, apatah lagi jika dirakam lebih2 lagi jika dipancarkan secara LIVE, apa yang berlaku adalah peserta akan BERLAKON. Terlalu besar risiko politiknya kepada peserta malah lebih besar kesannya kepada parti.

Tidak akan wujud lagi keikhlasan bila masing2 berebut centrestage. Kesannya dapat dilihat melalui program2 wacana / debat yang pernah dibuat sebelum ini dimana tumpuan perbincangan pasca debat lebih terhala kepada SIAPA MENANG.

Yang terbaik, berbincanglah secara tertutup. Dan janganlah ada mana2 pihak yang membocorkan apajua yang dibincangkan kecuali diadakan satu kenyataan secara bersama bagi menyatakan hasil perbincangan. 

Dan melihat kepada cabaran Pas terhadap Majlis Fatwa, saya harap jika benar ikhlas, maka bersetujulah akan perbincangan tertutup ini. Dari situ Majlis Fatwa akan keluarkan, ONCE AND FOR ALL, satu fatwa terkini yang jelas akan apa yang dipanggil sebagai Amanat Hadi.

Timbul pula persoalan, dalam Pas mencabar Majlis Fatwa ini, apakah mereka akan menerima dan akur sekiranya Majlis Fatwa keluarkan Fatwa yang tidak sehaluan dengan pendirian mereka ?

Bila tidak ada mereka bising, tapi bila ada mereka perlekehkan.... Jadi amat penting Pas dan kita semua memberikan komitmen untuk akur kepada apajua hasil perbincangan itu TERLEBIH DAHULU sebelum ia diadakan.

Demi KEBENARAN atau demi POLITIK ?

Kalau demi Kebenaran, tidak seharusnya timbul isu masa 30 tahun atau 100 tahun sekalipun .... atau diadakan perbincangan secara tertutup atau terbuka.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2013 at 9:53 AM

salam,

mahu ubah dan tarik balik amanat hadi tu. macam nak tukar rimau jadi gajah jer. mana mungkin pemimpin pas nak tarik balik. apa yg pemimpin pas cakap standard dia macam hadis sahih dan ayat quran. tak boleh tukar dan tiada kesalahan langsung. tak boleh bawa berbincang kerana tak mampu untuk orang bawahan berfikir.

ajak la majlis fatwa yg penuh dengan mufti tu untuk berbincang, semua mereka tu bawah tapak kaki tok guru dan hadi awang jer pada pandangan pemimpin pas dan ahli otak tepu pas. dari awal lagi mereka dan anjingkan mufti, cammana nak berbincang. belum lagi dah tolak.

kalu pas menerima ajaran islam yg sebenarnya mengikut ulama dunia, maka pas akan kelihatan lebih buruk daripada pkr, itu pemimpin dia dah nampak. mereka takut hilang undi dan pengaruh. biar buat dosa tak apa kerana dah dapat sorga kerana berjuang untuk undang-undang hudud yg tak mampu untuk umno laungkan. yang lain tu semua dah dibuat umno kecuali undang2 hudud.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2013 at 11:34 AM

ternyata umno lebih pentingkan politik n takut dgn pernintaan satu jam hadi...knp plak umno bimbang yg hadi akan menghentam kerajaan krn penonton bukanya bodoh n mereka berfikir dgn waras.yg nmpak skng umno ketakutn dgn permintaan hadi ni..kemudian serang hadi melalui media perdana tp beliau tidak diberi peluang di tv...ternyata isu ni isu pru bro..pd aku..berikan 1 jam kpd hadi n biar rakyat menilai...buat live dgn mufti n ulama umno bersama2..pasti rating rtm melonjak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2013 at 12:21 PM

Kalo dah degil sangat pas ni, kata putus dari aku ialah engkau (pas) teruskan je ngan amanat engkau, aku dah tak kesah. Buatlah apa engkau suka, janji engkau bahagia.

Teguran mufti pun tak diendahkan, konon bukan lulusan universiti madinah. Permintaan ikhlas cikgu non pon diperlekehkan hanya kerana cikgu non cikgu sekolah rendah ajar abc je. Mulai sekarang kita tak payah bagi nasihat lagi dah. Pelbagai alasan diberikan semata2 untuk mengelakkan perbincangan. Cukup cukup sudah.

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2013 at 12:36 PM

Salam,
mati kerat sepuluh pun hadi awang tak nak tarik balik amanat tu. Setaraf nabi tu.heeee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2013 at 4:38 PM

Kan ker Majlis Fatwa Kebangsaan dah keluarkan FATWA...Haji Hadi sesat!!! Sekarang ni Hj Hadi maseh angkuh..KENAPA TIDAK MAJLIS FATWA KEBANGSAAN AMBIL TINDAKAN,,,KENAPA TIDAK KELUARKAN FATWA BAHAWA HAJI HADI ADALAH MURTAD????

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2013 at 5:34 PM

Dari sudut pandangan Umno dan kebanyakan yang bukan pro Pas, Amanat Hadi menyesatkan. Jadi kalau bukan untuk tarik balik, untuk apa diberikan 1 jam di TV ?

Logik kan ? Hak kerajaan lah yang kawal media. Kalau Pas dah menang nanti, giliran Pas pula kawal media. Standard la tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2013 at 6:07 PM

Kenapa dengki sgt dgn Hadi ni.....sia ulamak tersohor.....sia sealiran dgn ikhwan muslimin Mesir cuma beliau tak sempat ajar Ikhwan jangan guna dacing dan guna bulan........he he

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2013 at 6:27 PM

sebab kita tak boleh sewenang2nya murtad atau kafirkan orang sesuka hati. bukan macam sesetengah orang PAS hati busuk penuh dengan dendam ada sindrom ABU. sebab tu lah aku tak akan percaya PAS ni sampai bila2 sebab nak kata memperjuangkan islam(kononnya) hanya dekat mulut ja.tak boleh ke penyokong PAS fikir sekali? hang kata hang perjuangkan islam.tapi dalam hati penuh dengan hasad dengki dendam yang mendalam hang kata orang tu tak betul ini tak betul. hang Tanya balik diri tu nabi dulu ada dendam dengan orang ke tak?maki2 orang tak? nabi saip doa yang baik2 lagi walaupun orang tu orang kafir. tapi pemimpin PAS?? hang tepuk dada Tanya selera. ni untuk penyokong PAS yang bebal ja

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2013 at 6:30 PM

Sila baca artikel terbaru selepas yang ini dimana saya ketemu satu artikel TERBAIK bagi menyanggah banyak point2 Pas

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2013 at 6:46 PM

Apa kene mengena dgn umno? amanat tu menyesatkan. Dia hanya perlu tarik balik atau explain.

Ape kene mengena dgn umno? Faham x ni bende akidah bukan bende political.

Bukan sbb umno org bercerai berai, sembahyang dua imam makan sembelihan lain2.

Itu je. Apa hadi x rasa bersalah ke? Sebaliknya nk hentam umno.

Mana lagi penting. Perbaiki kesalahan org yg amal amanat sesat atau hentam umno? Xkan bijak pandai2 agama x tau nk bezakan?

Melayu hampa

Post a Comment