........... Allah Dalam Bible - Azmin DiBidas Nik Aziz + Hasan Ali + Harussani + Fathul Bari | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Allah Dalam Bible - Azmin DiBidas Nik Aziz + Hasan Ali + Harussani + Fathul Bari

Saturday, January 19, 201310comments

Azmin yang sebelum ini berkeras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 8 Januari sepertimana diumumkan oleh Presiden Pas Haji Hadi bahawa PR menyokong penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible dan menolak keputusan Majlis Syura Pas yang menentang perkara itu, hari ini dibidas oleh rangkaian 4 'ulama' pakatan baru !

Nik Aziz : Terima keputusan Majlis Syura

“Itu ikut dia, tetapi saya tidak mahu cakap benda yang terang dan jelas ini, benda ini  sudah jelas dah dan kenyataan bertulis telah dikeluarkan.
“Sampai bila nak selesaikan isu ini, kalau tutup buka, tutup buka. Majlis Syura sudah membuat keputusan bertulis dan saya sendiri telah menandatanganinya,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali semalam, yang menegaskan Pakatan Rakyat mempunyai keputusan sebaliknya daripada ketetapan Majlis Syura dan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu.


 Hasan Ali bidas Azmin Ali

Hasan berkata, sikap Azmin menyanggah keputusan Majlis Syura menggambarkan kejahilan beliau Azmin tentang kronologi peristiwa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden membuat keputusan mengenai isu itu.

"Bagi saya, beliau gagal memahami perasaan, cita rasa, hati kecil serta komitmen ahli dan penyokong Pas yang sentiasa memperjuangkan kesucian Islam.

"Mereka juga patuh kepada keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan Majlis Syura," 


Harussani nasihat Azmin isu kalimah

“Apa-apa perkara berkaitan agama, serahkan kepada ulama. Azmin jangan memandai-mandai bercakap hal berkaitan kalimah Allah. Apa perasaan kita kalau satu hari nanti kita tengok ada lambang salib diletakkan pada kalimah Allah?

“Jangan main-main dengan kalimah Allah. Saya bimbang kalau perkara ini tidak dibendung akan menyebabkan pertelingkahan agama di negara kita,”



Fathul Bari - “PAS harus meneliti semula kerjasama dengan PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang. PKR sama sekali tidak akan menghormati pendapat ilmuwan Islam dalam PAS kerana yang lebih penting bagi parti itu ialah menang pilihan raya,”.


Nak kata apa lagi ? Terang2 pandangan Azmin mewakili pendirian Pkr selama ini yang langsung tidak hormat kepada golongan ulama dalam Pas. Kalau selama ini mereka tampak seperti sentiasa bersepakat, itu kerana kebetulan pendirian mereka disamakan dek kerana cita2 politik yang sama, tapi bila Pas terpaksa berdepan dengan ahli2nya yang tidak mahu melihat politik mengatasi syarak dalam isu kalimah ALLAH ini, pemimpin2nya terpaksa mengubah keputusan awal mereka.

Kita menunggu kenyataan dari Presiden Pas sendiri Haji Hadi, apakah Hadi akan hormat keputusan Majlis Syura sebagai mewakili Parti Pas dan seterusnya menarik balik persetujuan secara konsensus Majlis Presiden PR atau terus bersandiwara talam dua muka antara Pas dan PR....

Selagi Hadi selaku Presiden Pas tidak menarik balik persetujuannya bersama PR, selagi itu Azmin @ PR tidak akan menganggap serius pendirian Majlis Syura Pas. 

Apa yang menjadi taruhan sekarang adalah MARUAH MAJLIS SYURA PAS !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2013 at 1:59 PM

Kenapa tidaknya menggantikan majlis syura dengan majlis fatwa kebangsaan? Apa besarnya majlis syura yang begitu tidak konsisten didalam memberikan keputusan a serta dalam sesuatu perkara memberikan keputusan yang hanya memberikan kelebihan kepada PAS? Apa pentingnya perasaan penyokong PAS dibandingkan dengan peerasaan umat Islam yang berada dinegara ini? Kenapa mesti kita “mendaulatkan” parti yang telah nyata memesongkan akidah umat Islam? Kenapa kita tidak perkasakan majlis fatwa kebangsaan agar “semua” penganut agama Islam “termasuk” PAS menerimapakai fatwa yang dikeluarkan serta menghormati keputusan mereka? Artikel artikel yang say abaca dari beberapa blog semuanya “seolah olah” mengagungkan majlis syura dan sekali gus dilihat “seolah olah” segala keputusan yang dibuat “mesti” diterimapakai oleh “semua” umat Islam di Malaysia. Hari ini dilihat “seolah olah” parti PAS yang berkuasa dan masing masing asyik menantikan apa jua bentuk keputusan yang dibuat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2013 at 3:10 PM

Azmin tgh pening lg...kena flipflop dgn pas. Pas klw flipflop mst dgn pnh yakin....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2013 at 3:16 PM

Puak PR ni GILO BABI doh bro...kita doakan semua umat Melayu Islam sedar tntg perkara ini dan menolak mereka ini dalam PRU ni dan biarkan mereka berkubur terus dalam arena politik....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2013 at 3:49 PM

Kalau yg cakap tu UMNO kita lawan juga din. Dgn org UMNO dia kena dgn PAS pun dia kena. Tapi bahasa PAS pada Azmin kira lembut la. Napa ya. Apa pun syabas pada PAS.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 19, 2013 at 4:35 PM

If we zoom out of the picture...islam jadi taruhan kepentingan politik.
Kalau kerajaan perikatann tu amalkan agama suku politik suku takkan islam itu jd agama persekutuan dan diletakan taraf yg lebih tinggi...

....................
Reply To This Comment ...................
January 20, 2013 at 12:05 AM

UMNO pun kena buang ego. Buat perjanjian dengan PAS. Kerjasama untuk kemenangan Islam dalam PRU 13 nanti. Beri jawatan yang penting kepada PAS dalam kabinet.Nik Aziz pernah kata, berikan jawatan menteri Kewangan atau menteri kanan yang lain kepada PAS, baru PAS akan joint UMNO. Perkara ni tidak mustahil kerana PAS pun inginkan kuasa. Negara Islam atau Hudud yang mereka perjuangkan itu hanya method atau tool untuk berkuasa sahaja. Kalau beri mereka sedikit kuasa, mereka sanggup lupakan prinsip mereka tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2013 at 6:47 AM

Tggu 2 3 hari lagi.... takut2 ada pulak konar baring dr mjlis syura. Maklumla.... murshitdool pakatan dh bersuara ~ kptsn kena selari dgn dasar pakatan. Bokeh plk mntk DS Hadi gi pujuk majlis syura supaya tukar kptsn. :),,,

Hehehe ... nk tgk, pas nie lebih takutkan Allah ker atau takutkan si kapal whilcha.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2013 at 8:02 AM

Bro,
PAS's days in pakatan are numbers... We shall see what happen next...

....................
Reply To This Comment ...................
January 20, 2013 at 9:00 AM

Majlis syura itu adalah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk orang Pas ! Mereka hanya menerima fatwa luar yang sehaluan saja.

Kita bukan mengagungkan Majlis Syura Pas, cuma sekadar nak jadi batu api jer hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 20, 2013 at 9:02 AM

Dulu mungkin Pas sanggup ambil 2-3 jawatan Menteri tapi sekarang Pas nak GANTI tempat Umno. Tak main dah peranan adik, mereka nak jadi abang pulak.

Post a Comment