........... 4 Pemimpin Umno Kantoi Tapisan SPRM - Sinar Mendahului SPRM ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

4 Pemimpin Umno Kantoi Tapisan SPRM - Sinar Mendahului SPRM ?

Friday, January 25, 20136comments


Macam ada yang tak kena jer dengan artikel Sinar ni ..... cuba baca dulu -

4 nama besar dinasihat tak tanding PRU13

SHAH ALAM – Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

Apakah persepsi yang anda dapat dari artikel itu ? SPRM - Namanya pun dah sinonim dengan - TANGKAP PERASUAH. Jadi bila dikatakan telah GAGAL dalam ujian tapisan SPRM, bukankah maksudnya ADA melakukan jenayah rasuah ?

Sinar pula bersandarkan sumber yang boleh dipercayai telah mendakwa dimedia perdana 4 nama besar Umno telah didapati 'bersalah oleh SPRM kerana melakukan rasuah'  walaupun pihak SPRM tidak ada mengeluarkan sebarang kenyataan resmi atau mengesahkan dakwaan itu ketika dihubungi Sinar. 

Bloggers pembangkang pula sudah mula meneka-neka nama2 4 orang besar Umno itu. Saya takut gossip itu akan makin tersebar...... semuanya berpunca dari artikel Sinar diatas.


Saya harap pihak SPRM dapat bertindak segera. Jika benar seperti yang didakwa Sinar, maka bertindaklah keatas nama2 mereka yang GAGAL dalam tapisan itu. Dakwa mereka jika cukup bukti, siasat mendalam jika timbul keraguan.

Pihak Sinar pula, saya tak pasti .... tapi bagi saya yang bukan wartawan, saya anggap artikel diatas amat tidak bertanggungjawab ! Hanya bersandarkan sumber yang boleh dipercayai, Sinar telah mendahului SPRM dalam menghukum beberapa pemimpin2 Umno sebagai penerima Rasuah.

Mungkin tidak disebut secara direct tapi ITULAH PERSEPSINYA.

Bagaimana dengan mereka yang digugurkan dari senarai calon atas sebab2 lain ? Tidakkah mereka juga akan terpalit dengan artikel Sinar diatas ?

Bagaimana pula jika nanti pihak SPRM umumkan SEMUA nama lepas, tidak ada seorang pun yang gagal ........ tidakkah nanti akan ada pula yang menuduh SPRM menutup perbuatan rasuah pemimpin Umno ?


Tidakkah Sinar sepertinya sudah mendahului tapisan pihak SPRM melalui artikel di atas ?


PS - Perlu dijelaskan juga, siasatan jenis bagaimanakah yang dimaksudkan dengan 'ujian tapisan' ?
-  Apakah maksudnya jika dikatakan 'gagal dalam ujian tapisan' ? 
- Adakah 'gagal dalam ujian tapisan' bermakna punya masalah dengan undang2 ? 

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 9:44 PM

SPRM ni pun tak boleh dipercayai. Kalau penuh dengan intergriti, mengapa perlunya bermacam-macam jawatankuasa yg memantaunya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 10:42 PM

Bro,
Sinar harian talam dua muka. Kiri kanan balun... Agak bahaya coz majoriti pembacanya melayu... Seolah jadi batu api utk memecah belahkan kaum melayu...
Dari segi positif ianya agak bagus dari harakan coz tak byk iklan ubat sex. :-)

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2013 at 11:58 PM

....... gagal ujian tapisan kerana masaalah undang undang. undang undang bagaimana yang dimaksudkan? terlalu "UMUM" perkataan yang digunakan hingga boleh menimbulkan pelbagai persepsi. "MUNGKIN" bila disebut sahaja SPRM, ramai yang berpendapat undang undang yang dimaksudkan itu ialah "RASUAH". kiranya benar itulah yang dimaksudkan, bermakna SPRM sudah pun punyai bukti hingga mengagalkan mereka itu dalam tapisan. diharapkan SPRM dapat memajukan kes mereka mereka itu ke muka pengadilan. alang alan mandi biar basah.

....................
Reply To This Comment ...................
January 26, 2013 at 12:04 AM

Antara Kita - dah namanya pun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mestilah ujian tapis dari sudut Rasuah :)

SPRM kena keluarkan kenyataan dan jika palsu, Sinar kena mohon maaf.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2013 at 8:45 AM

ni antara 2 la din..

samada sinar saja create news kasi laku paper die @ mmg sprm ada tali barut sambilan..

almaklumlah, sinar tau KDN xkan panggil diorg mengadap mcm zaman dulu2..

-aldan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2013 at 10:50 PM

Inilah padahnya kalau orang dah tak takut pada kerajaan, khasnya KDN. Buatlah apa saja kecuali menampar muka menteri.

Post a Comment