BAI'AH PAS ..... Apakebendanya yang kecoh ni ? Komen Haji Hadi yang memulakan perdebatan yang diikuti oleh Tun Mahathir, disusuli pemimpin2 Pas yang lain ada saya copy dibawah. Saya lihat ada yang tak kena dengan timing Haji Hadi menyebut hal baiah ini.
Takde ribut , takde angin .... tiba-tiba jer terpacul dari mulut beliau - Baiah. Benda ni pulak hanya melibatkan calon PRU saja bukan kesemua ahli, jadi tidak perlu ia diwar-warkan. Sebelum ini pun, Pas telah mensyaratkan baiah kepada calon2 mereka, tidak ada heboh pun.
Alih-alih, dalam kesibukan orang membicarakan isu Anwar Mesra Israel dan Nik Aziz pula kelihatan tersepit dek katadua yang diberinya, tiba-tiba Haji Hadi boleh sebut - BAIAH. Nampak tak permainan politik Hadi ? Dia TAK PERLU sebut pun tapi kenapa sebut juga ? Melainkan nak mengalihkan perhatian orang dan menyelamatkan Nik Aziz dari tempias Mat Israel !
Kedua - Hadi hanya sebut perkataan Baiah secara UMUM tanpa memperincikan bagaimana rupa sebutan Baiah Pas yang harus disebut oleh calon2 Pas. Disini kita harus berhati-hati kerana amalan BAIAH sememangnya ada dalam Islam. Ada jenis-jenisnya dan perlu huraian lanjut TAPI Hadi hanya sebut secara umum dan ini bakal memerangkap sesiapa yang tersalah cakap.
Kalau diperhatikan kenyataan2 pemimpin Pas dibawah, mereka semua merujuk kepada Baiah secara umum kecuali Tuan Ibrahim seorang yang secara spesifik ada menyebut kandungan Baiah yang dimaksudkan -
Atas dasar itulah, kata Tuan Ibrahim, PAS membuat bai'ah kepada semua calon, di mana mereka yang menang atas tiket parti adalah dilarang lompat parti, keluar parti bahkan, sekiranya dipecat dari parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenang.
Ia mungkin cuma sebahagian dari Baiah yang lengkap tapi ia memberi satu gambaran yang jelas bahawa Baiah Pas lebih bersifat politik yang menggunakan nama Islam ! Seharusnya kita minta Haji Hadi membaca dulu isi kandungan Baiah Pas yang dimaksudkannya sebelum kita komen supaya jelas perkara yang kita debatkan adalah BAIAH PAS dan bukannya Baiah secara umum atau Baiah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat. Jika tidak, pemimpin Pas akan membandingkan isu Baiah ini dengan sunnah Rasulullah sepertimana yang mereka duk sebut dalam kenyataan2 dibawah.
Perlu jelas bahawa yang diperdebatkan adalah BAIAH PAS.
Ada satu artikel menarik dalam bahasa mudah tentang Baiah dalam bentuk pdf -
KLiK. Kalau boleh bacalah dari mula dan berikan tumpuan dari muka 9 - 13 ( pendek je setiap mukasurat tu, jangan gabra ! ) dibawah tajuk
BATAL BAI'AH GURU ATAU KETUA SESAT kerana ia amat sesuai untuk digunakan dalam kita berdebat tentang Baiah Pas ini.
Antara yang disebut adalah -
Andai seorang murid yang sudah berbai'ah mendapati gurunya sudah menyeleweng, apakah wajar murid itu tetap setia ? Menurut para ulama muktabar, Baiah itu tidak sah lagi, kerana guru yang berkenaan sudah terkeluar dari ajaran Islam.
.............. mematuhi selain daripada Allah swt dan RasulNya hanya dibolehkan jikalau mereka itu mematuhi Allah swt dan RasulNya saja.
Sudah menjadi kewajiban kita untuk sentiasa meneliti guru kita demi memastikan ajaran dan pekertinya tidak bertentangan dengan lunas-lunas Islam. Seseorang murid tarikat atau sesuatu gerakan hendaklah berani kerana benar - sanggup bertanya tentang ajaran-ajaran yang diterimanya agar tidak menyalahi ajaran Islam.
Sebenarnya banyak faktor yang terlibat dalam apajua hukum. Contohnya isu Baiah ini, bagaimana pula hubungan calon2 terpilih Pas itu dengan Pemerintah yakni kerajaan ? Apakah baiah kepada satu parti dalam negara lebih tinggi dari kewajipan terhadap pemerintah ?
Makanya perlu dilihat terlebih dahulu ayat2 yang terkandung dalam Baiah Pas itu. Dan Haji Hadi akan saya anggap sebagai amat tidak bertanggungjawap sekiranya tidak menghuraikannya setelah beliau sendiri bangkitkan isu ini terlebih dahulu. Ini bagi menjelaskan keadaan dan mengelakkan salah faham.
Baca juga dari
Tukang Dok Peghati - Yang lebih MERAPU lagi, Lebai-Lebai PAS lupa bahawa mereka hanyalah seBAHAGIAN atau 1/3 daripada Pakatan RAKYAT (PR)..
Dengan KATA lain, PAS MENANG atau KALAH dalam PRU-13 sekali pun PAS tetap akan 'TerIKAT' dengan KEPUTUSAN puak-puak KAFIR dalam DAP La'anatullah atau SPESIS berOTAK PLURALISME dalam PKR.. Jadik apa MAKNAnya BAI'AH Lebai-Lebai PAS ini sedangkan BAI'AH di zaman Rasulullah SAW BAI'AH itu jelas untuk meLINDUNGi Rasulullah SAW sebagai 'KHALIFAH' yang membawa ajaran ISLAM? PAS berBAI'AH demi kePENTINGan DAP
*************************************
Antara kenyataan2 pemimpin -
21/2 -
Hj Hadi - Calon Pas wajib ambil
spm bai'ah .
Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai'ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat dari bersumpah. Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya. sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat."
Kemudian diulas oleh
Tun Mahathir keesokannya. 22/2 -
manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia. "Dia orang (pemimpin Pas) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini,"
Selain itu, Mahathir berkata, bai'ah yang dibuat oleh Pas bertujuan untuk mengongkong pemikiran ahlinya agar tidak menerima pendapat yang berlainan daripada matlamat parti itu. "Bai'ah ialah kita bersumpah setia pada pemimpin. Mereka manusia dan buat salah. Malah banyak pemimpin Pas yang buat salah dari segi agama,"
Hari ni 23/2 beberapa pemimpin Pas turut beri komen -
Mustafa Ali - “Selama ini memang Pas praktikkan bai’ah. Setiap calon wajib berbai’ah Hanya individu yang telah dicalonkan sahaja dibenarkan berbaiah, belum jadi calon tidak boleh bai’ah. “Anggapan bahawa bai’ah suatu tindakan tidak wajar adalah tidak tepat kerana ia bertujuan memberi syarat kepada seorang pemimpin untuk menunaikan janji mempertahankan Islam, tidak menyeleweng perintah ALLAH dan Rasul,”
Sambil mengulas bahawa Umno tidak pernah menerima kaedah bai’ah kerana parti itu dianggap tidak memperjuangkan Islam, Mustafa menyifatkan kebelakangan ini, bai’ah dilihat sebagai keperluan kepada parti lawannya itu. “Kalau tidak masakan Najib (Datuk Seri) menyebut perkataan bai’ah ketika konvensyen mereka yang terakhir. Mungkin dia rasa bai’ah pun dah jadi satu keperluan kepada dia dan Umno,”
Nik Aziz - "Semalam Dr. Mahathir ada komen mengenai bai'ah yang diamalkan oleh Pas. Ia semacam mentohmahkan cara bai'ah Pas sebagai ketaksuban kepada pemimpin tidak Kepada Allah SWT. "Sebenarnya, Pas tidak mengamal sebegitu. Pas mengajar ahli dan pemimpinnya berbai'ah tetap kepada Allah dan Rasul serta kepatuhan kepada rukun berjamaah, bukannya pemimpin,"
... jelas sekali Dr. Mahathir sudah tersasar dalam menterjemahkan Pas sebagai sebuah gerakan politik Islam yang meletakkan akidah perjuangan Islam sebagai keutamaan.
Mustafa Ali dari Harakah - "Sebab itu saya kata, Mahathir tidak perlu ulas semua perkara. Dia tidak tahu hal bai'ah ini," bai'ah dalam PAS sangat tersendiri kerana kesemua pemimpinnya berbai'ah untuk menegakkan perjuangan Islam di negara ini.
"Oleh itu, bila Mahathir minta kita berbai'ah kepada Allah dan bukan pemimpin, saya kata Mahathir tak perlulah ulas semua benda atas dunia ini...buat malu sahaja,"
Dewan Pemuda Pas - Dr Raja Ahmad - "Pemuda PAS sedia menawarkan kepada Tun Dr Mahathir sesi pengajian untuk memberikan kefahaman mengenai isu bai’ah ini. "Bai’ah adalah satu perjanjian di antara dua pihak yang menuntut kepada kesetiaan. Bai’ah yang dilakukan di dalam PAS bukan seperti mana ikrar atau sumpah yang diucapkan oleh ahli Umno dalam memberi kesetiaan dan ketaatan kepada pemimpinnya,"
Tuan Ibrahim ( yang menjawab kenyataan Harussani ) - “Mereka yang telah memenangi kerusi samada Dun atau Parlimen mesti sedar ia menang di atas pilihan rakyat. "Kalau selepas mereka menang lalu dengan tawaran jutaan ringgit akhirnya ia khianat dan lompat parti sehingga tumbang sesuatu kerajaan yang dipilih rakyat, apakah tindakan begini kita boleh terima dan dibenarkan syarak,"
Atas dasar itulah, kata Tuan Ibrahim, PAS membuat bai'ah kepada semua calon, di mana mereka yang menang atas tiket parti adalah dilarang lompat parti, keluar parti bahkan, sekiranya dipecat dari parti, mereka mesti mengosongkan kerusi yang dimenang
“Kerana asas kemenangan mereka atas lambang parti yang diwakilinya. Tidak timbul soal perkara yang bertentangan dengan hukum syarak. Kerana dalam ba’iah itu, jelas dinyatakan ia tidak diwajibkan taat kepada perkara bertentangan dengan syarak.
Dewan Ulama Pas -
Harun Taib - "Tak ada salahnya di sisi Islam amalan bai'ah yang dilakukan PAS. Sumpah yang dilafazkan hanya menyebut bahawa individu berkenaan tidak akan mengkhianati perjuangan parti serta perjuangan Islam,"
Kita tak minta pemimpin yang nak bertanding dalam pilihan raya bersumpah untuk gadaikan hubungan kekeluargaan. "Sumpah hanya untuk ikrar taat setia kepada parti dan Islam, tidak lebih daripada itu,"