Video Penjelasan Haji Hadi tentang isu kafir-mengkafir ? Sikit Pun Tak Jelas !

Monday, December 31, 20126comments

Dibawah  adalah video lama yang hebat dipromosikan oleh pencacai2 Pas semalam dalam mempertahankan Hadi dalam isu kafir mengkafir. Kononnya Hadi DAH LAMA JAWAB.

Kalau kita dengar sepintas lalu memang nampak macam real jer, tapi sebenarnya Hadi tak jawab mana pun. Tak percaya, cuba baca transkrip yang saya buat dibawah.




Isu kafir mengkafir ini ditimbulkan diawal tahun 60an, lingkungan dalam tahun 62, 63. Sehingga beberapa orang ulama2 Pas diKelantan ditahan dibawah ISA. Diantaranya ... padahal Pas tidak pernah melalui isu kafir mengkafir untuk menarik sokongan daripada rakyat. Apa yang berlaku ialah kita menunaikan tanggungjawab dan kewajiban, menyelamatkan umat Islam daripada gejala murtad, gejala penyelewengan akidah kerana menyebut perkataan2 yang boleh merosakkan akidah mereka. Sepatutnya Umno berterimakasih, mengulangkaji ucapan pemimpin2 mereka dalam tahun 60an, 70an, 80an.

2:18 - Kalau mereka boleh menimbulkan ucapan saya tahun 81, saya juga boleh menimbulkan ucapan pemimpin mereka tahun 51, 61, 71. Kita perlu menyedari penulis2 Islam yang terkenal, diantaranya ... ( disebut contoh2 )

 5:57 - .... mereka semua menulis berkenaan dengan bahayanya beberapa perkara baru yang dilakukan oleh umat Islam, kalau dilakukan secara tahu mereka ... boleh merosakkan iman mereka. Boleh merosakkan akidah mereka. Boleh membatalkan Islam mereka. Mudah2an mereka melakukan kerana jahil, kerana mereka tidak tahu.

Diantaranya, fahaman yang memisahkan politik daripada Islam. Mengatakan bahawa politik tidak ada didalam Islam. Politik adalah salah satu daripada keperluan manusia yang dijadikan oleh Allah sejak Nabi Adam AS.

8:16 - Semua Nabi2 dan Rasul2 berpolitik termasuk Nabi Muhammad SAW. Politik atau pemerintahan bukan saja diNaskan, bahkan menjadi ijma para ulama, para sahabat. Apabila jatuhnya kerajaan Otmaniah tahun 1924, umat Islam tidak ada negara. Mereka hanya mempunyai tanahair. Apabila pemerintahan Islam ditinggalkan, menyebabkan umat Islam jahil berkenaan dengan urusan pemerintahan, undang2 yang berkait dengan pemerintahan, ...ekonomi, ...politik, .... semua perkara ini ada didalam Islam.

9:56 - Dalam tahun 30an, 40an, 50an timbulnya cakap2 dikalangan umat Islam yang menghina hukum ugama mereka sendiri secara jahil. Dan orang2 Umno jangan lupa, ada dikalangan pemimpin2 mereka yang bercakap - kalau dilaksanakan hukum hudud tak cukup batu nak buat jalanraya. Kalau dilaksanakan Islam, negeri akan huru hara. Dan ada orang yang menulis buku The Malay Dilemma, sepatutnya Jawatankuasa Fatwa dan IKIM mengkaji buku Malay Dilemma.

11:10 - Dan beberapa kenyataan menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menyelamatkan umat kita kerana mereka yang tahu ugama dalam Umno lebih rela menjadi syaitan2 bisu, tidak bersedia untuk menegur dan menasihati pemimpin2 mereka. Kita memberi nasihat dengan tidak memberitahu si anu bin si anu, dengan tidak menyebut senarai nama. Ini adab kita berdakwah. Adab kita untuk menyelamatkan umat kita.

Tapi ada orang yang bersikap macam orang buta yang mahu menyeberangi jalan yang banyak lopak dan kereta lalulintas, lalu kita menolong dia nak menyelamatkan dia menyeberang ..... tiba2 kita yang dimarah. Alhamdulillah walaupun ada pimpinan kita yang ditahan dibawah ISA, daripada isu kafir mengkafir tahun 60an, bahkan ada orang2 Pas yang menjadi korban pembunuhan - Peristiwa Memali tahun 84, Peristiwa diKampung Tok Dir Kuala Terengganu tahun 82,

13:52 - Seorang Pas telah menjadi mangsa dibunuh. Peristiwa Lebuk Merbau orang Pas dibunuh. Sila sebut nama orang Umno yang dibunuh oleh orang Pas, siapa dia ? Kita bersabar...alhamdulillah saya rasa sejak tahun 82 sehingga sekarang tidak ada lagi pemimpin2 Umno ataupun sesiapa yang berani mengatakan politik tidak ada dalam Islam.

Tidak ada mereka yang berani secara terbuka menghina hukum2 Islam.


Ada tak seperti dakwaan pencacai Pas yang Hadi SUDAH LAMA JAWAB isu kafir mengkafir ?

Dan yang penting sekali, walaupun Hadi sebut 'ucapan saya tahun 81', namun Hadi TIDAK JELASKAN kenapa tahun 81 Perlembagaan Negara diharamkan tapi sekarang Perlembagaan yang SAMA dipertahankan ! ( Sila baca artikel saya sebelum ini - KLiK )

Apa perlu diterangkan terlebih dahulu adalah DEFINASI Politik dalam Islam. Apakah cara Pas berpolitik itu mencerminkan cara berpolitik dalam Islam ?

Saya percaya majoriti orang Islam dinegara kita TERIMA Islam merangkumi segala aspek kehidupan dan ini TERMASUK POLITIK. Tapi bukannya cara Pas berpolitik !

Bukannya berpolitik cara RETORIKS yang hanya pandai menyebut secara UMUM dan menghukum segalanya yang tidak mengikut cara mereka sebagai tidak mengikut Islam. 

Pas hanya BERKATA, mendakwa mereka memperjuangkan Islam tapi apakah cara Pas itu cara Islam ? Benarkah apa yang diperjuangkan Pas itu Islam yang sebenar ? Apakah cara TERJEMAHAN Pas itu diakui dan diterima sebagai cara yang SEBENAR ? 

Saya akui bukanlah ahli dalam hal ini tapi dengan akal yang dikurniakan Allah, mengikut apa yang saya saksikan cara Pas berpolitik selama ini, saya tidak dapat menerima cara politik Pas itu sebagai cara politik Islam yang sebenar.

Apapun saya tidak mahu lari dari topik utama ketika ini iaitu penjelasan dari Hadi mengenai Amanat nya tahun 1981. Dan setakat video diatas, sedikit pun Hadi tidak menerangkan apa-apa !

PS  - Kalau ada pengomen yang nak pertahankan Hadi DAH JAWAB melalui Video diatas, sila tunjukkan bagian mana ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2012 at 5:46 AM

saya dah tegaskan sebelum ni yang hadi takkan sentuh langsung tentang AKIBAT dan KESAN amanat hadi kepada perpaduan ummah. islam menggalakan persaudaraan dan bukannya permusuhan. umno dijadikan sebagai musuh utama pas, sedangkan pada masa yang sama dap dijadikan sahabat karib. umno dicaci, dicerca, dikutuk, difitnah dengan pelbagai tuduhan, tapi dap diberi layanan seolah-olah dap lebih islam dari umno.

memang betul politik itu penting tapi tidak sepenting 5 rukun islam yang diwajibkan bagi setiap orang islam. umno tidak menolak politik, itu adalah satu hakikat yang perlu diterima. atas dasar itulah umno memperkuatkan soal ketuanan melayu. ketuanan melayu bermaksud islam yang menjadi pemerintah dan pemimpin kepada negara. cuma umno tak menggunakan label politik islam, tapi konsepnya tetap sama.

di bawah umno, islam akan tetap memerintah dan bukannya diperintah. umno menjaga kedaulatan raja kerana raja yang menaungi hal ehwal agama islam. umno telah lama menjaga kesucian islam melalui politik. oleh sebab itulah tun m berani mengisytiharkan malaysia sebagai sebuah negara islam. segala tuntutan islam telah umno penuhi dan laksanakan kecuali hudud. bukan umno tak mau laksanakan hudud, cuma ianya ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. takkan hanya kerana itu umno terus dicop sebagai kafir. tapi dengan dap, pas memberikan layanan yang cukup berbeza seolah-olah dap lebih islam dari umno.

oleh itu, apa yang berlaku pasca amanat hadi hanyalah dendam politik yang tidak berkesudahan. pas meletakkan umno sebagai musuh yang WAJIB diperangi. soal persaudaraan sesama islam ditolak ke tepi demi cita-cita politik untuk menakluk putrajaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2012 at 7:47 AM

Haji Hadi tidak menjelaskan isu "Amanat Hadi 1981".
Haji Hadi hanya berhujah sana, sini, depan, belakang, atas dan bawah yang tidak mampu menjelaskan Amanat Hadi 1981. Beliau umpama manusia yang sangat mengetahui semua perkara tetapi sekadar asas A,B dan C sahaja. Maksudnya terlalu umum.

Berapa ramai lulusan agama luar negara atau dalam negara menghabiskan masa bukan untuk menuntut ilmu yang sepatutnya tetapi lebih mencari musuh untuk dijadikan seteru?

Kelakar sungguh Haji Hadi seorang ni..?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2012 at 8:10 AM

Ini olang bagi cakap lalam tv 5 ali 5 malam pun takte abis. Ta tau ape die cakap. Baik RTM letak iklan biskut wa selama 15 second dari letak ini olang punye muke sueyy selama sejam. Buang mase buang luit!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2012 at 8:48 AM

Ini mmg cantik nk smash org pas...

Selama ni mereka jual hudud laris mcm ayam goreng...
Mcm la hudud tu 1 1nya hukum dlm islam...
Apa kalo org bcerai guna hudud?
Nk bernikah guna hudud?
Pembahagian harta guna hudud?
Loan umh pkai hudud?

Jadi..dimanakah hukum islam yg langsung kt x gunakn dlm kehidupan seharian sekarang spai pas nk kata org lain kafir?
Ironi nya...bila ustaz pakatan kena tahan sb khalwat...mati2an mereka pertahankn mereka...

Nmpk x betapa skrang dsempitkn pemikiran seolah2 tiada hukum islam dlaksanakan..sb itu hudud ni lg elok x dilaksanakn spy pas blh jual sampai bila2..kalo dilaksanakan mmg bubar terus pas ni...
Sekarang org melayu islam malaysia ni cuak sgt dan menentukn islam ke x depa ni dgn 1je undang2 jenayah islam...

After all..kelantan lg takut dgn sepucuk surat dr mahathir dr takut Allah s.w.t utk melaksanakan hudud

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2012 at 10:31 AM

Pokok pangkal nya satu jer bro din ~ taksub berpolitik ... hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2012 at 2:02 PM

Tp mula2kita kene tau adakah ini jawapan rasmi hadi pasal amanat dia.

Second dh agak dia akan Lari dr topic. Tuduh umno tentang bende yg x berkait dgn amanat dia. Sudah la tuduhan xde bukti. Standard pas La fitnah memanjang dr lidah so called ulama.

N then dia ckp bende agama yg betul tp x berkait Lansing dgn amanat dia. Taktik lama pas. Kalau derang ckp bende lain betul means isu pokok pn derang betul. Mcm kes hadith iman dgn Hak melayu.

Tp kita semua dh duga format jawapan yg Lari dr topic dan kait umno tiba2.

Orgnderang takbir La mcm org bodoh padahal ape mamat tu ckp x justify amanat dia pn dan ummah masih berpecah sbb amanat sesat dia

Melayu hampa

Post a Comment