........... Ulama Pas Ajak Debat Isu Amanat Hadi .... Haji Hadi Dah MATI ker ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ulama Pas Ajak Debat Isu Amanat Hadi .... Haji Hadi Dah MATI ker ?

Friday, December 28, 201213comments

Cabaran yang dikemukakan oleh Dewan Ulamak Pas Kelantan ( KLiK ) untuk berdebat dengan ulama Umno dalam isu Amanat Hadi saya lihat tidak lebih sebagai COVER LINE mengalihkan perhatian umat Islam yang masih tertanya-tanya kemana menghilangnya Presiden Pas Haji Hadi.

Makanya saya malas nak copy sebarang ayat dari artikel berkenaan sebab NO POINT. Orang yang bertanggungjawab mengucapkan Amanat itu masih hidup, malah sekarang menjadi Presiden Pas. Setelah hampir 2 minggu sejak isu ini menjadi hangat, kelibat Hadi langsung tak kelihatan. 

APAKAH HAJI HADI DAH MATI ?

Jangan marah ya dengan soalan diatas hehehehe ..... cuma hairan yang teramat hairan kenapa Hadi BERSEMBUNYI ? Ulama Pas pula jawab seolah Hadi dah mati, tak boleh nak jawab sendiri.

Kita bukan berbicara tentang satu dakwaan oleh pihak ketiga yang tidak disertakan dengan sebarang bukti. Kalau begitu kesnya, mungkin tidak perlu Hadi layan. Yalah kalau setiap hari ada saja dakwaan tanpa bukti dikemukakan oleh pihak ketiga, jawabnya tak buat kerja lain lah kalau asyik nak menjawab jer.....

Tapi ini mengenai sesuatu yang Hadi sendiri ucapkan dan masalah ditimbulkan oleh orang Pas sendiri yang membuat pelbagai tafsiran songsang dan terus diaplikasikan tafsiran itu dalam kehidupan seharian mereka. Itulah bukti2nya.

Oklah, saya ambil satu ayat dari artikel Harakah diatas untuk disanggah -

“Umno sampai hari ini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan. Ini bererti Umno dan BN menolak tuntutan Islam,”

Errrr ...... adakah ini bermakna Pas MENOLAK Perlembagaan sedia ada ? 31 tahun dahulu semasa market pasaran Pas cuma orang Melayu dikampung2 mungkin Pas menolak Perlembagaan warisan penjajah yang dipraktikkan oleh negara. Waktu itu Pas langsung tidak terfikir kemungkinan satu hari nanti mereka akan berpelukan dengan orang kafir dalam mengejar cita2 kuasa politik. Dunia mereka hanya orang2 Melayu.

Sekarang ? hehehe ... cuba baca IKRAR Pakatan Rakyat


"Bahawasanya kami, Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia; Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.

"Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan. Dengan ini, kami berjanji:

"Pertama: Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;

"Kedua: Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat;

"Ketiga: Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti kompenan Pakatan Rakyat.

"Keempat: Akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang menyokong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;

"Kelima: Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

'Bahawasanya kami dengan ini berikrar akan tetap setia bersama perjuangan Pakatan Rakyat demi rakyat Malaysia".



Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengetuai bacaan ikrar Pakatan Rakyat bersama-sama Penolong Setiausaha Agung PKR, Rosli Abdullah dan Teresa Kok dari DAP. | foto HD


Bagaimana pula dengan ini -



Mustafa Ali berkata -

Minit 1:00 - "MASALAH HUDUD, BUKAN AGENDA BERSAMA DALAM PAKATAN RAKYAT..AGENDA BERSAMA DALAM PAKATAN RAKYAT ADA SINI..MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN, DAN AGAMA-AGAMA LAIN BOLEH DIAMALKAN DENGAN AMAN DAN DAMAI...KEMUDIAN MASALAH HAK ISTIMEWA MELAYU, INSTITUSI RAJA DAN BAHASA MELAYU..INI...BERSAMA KITA"

Sebenarnya pendirian Negara Islam BUKAN Objektif sudah lama dipegang Pas, bukan semasa bersama PR empat tahun lalu, cuma ramai orang Pas sendiri tak tahu. Artikel Utusan diatas bertarikh 1 Oktober 2003 adalah temubual Mustafa Ali dalam program Hardtalk BBC yang dipancarkan keseluruh dunia. ( ingat ya, waktu itu Hadi menjadi MB Terengganu )

Istilah negara Islam tiada tercatat dalam perlembagaan parti kami...kami tidak pernah menyebut mengenai negara Islam dalam perlembagaan kami...kami menyebut bahawa masyarakat perlu mematuhi nilai-nilai baik yang menjadi pegangan Islam. 

( Sila klik dan baca artikel lama yang menarik itu .......  OK, ok, ada yang akan kata, Negara Islam TIDAK SAMA dengan Perlembagaan Islam. Hehehehe ... saja jer nak bubuh link artikel tu... )


Balik kepada kenyataan Mustafa dalam video diatas - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang disebut itu adakah BERBEZA dengan apa yang disebut dalam Amanat Hadi - perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah ?

Sama ? Tak Sama ?

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2012 at 5:24 PM

Payoh manusio macam ni.. Suka main kata2, apo dorang panggil semantik ke mantik ke? Kalu dah membohong dipanggil membohong juga.. Ishh...

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
December 28, 2012 at 6:40 PM

salam Abang Din,
hok ning saya pong ada heran sikek. orang2 ning masih berani menegakkan benang yg basoh nitik nitik tu. saya setuju kalu kita bahah dgn mereka, nok dengo dia belit kot ane. bagi saya sudoh terang beno mereka ning saloh.

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2012 at 7:34 PM

dalam soal berdebat ni, kalau dilayan mereka akan keluarkan segala tok nenek hujah untuk pertahankan dari segi TEORI. Sedangkan apa yang menjadi masalah adalah 'apa yang diterjemah' oleh orang Pas yang terlibat dalam segala kes2 yang disebut

....................
Reply To This Comment ...................
gua melayu beb
December 28, 2012 at 8:24 PM

Perkara yg dh di putus kn oleh Majlis Fatwa Kebangsaan membuat kn UMNO meroyan.Semakin dekat PRU,smkin giat mrk menggali isu2 yg dh lama pupus.Org PR dok sibuk memikir perancangan masa depan UMNO dok sibuk dgn hal lama dn lucah.

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
December 28, 2012 at 8:24 PM

haji hadi dok tengoh pikir modal nok jawak guane ning... pening pale dia. dok tengoh korek mane jawapang tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
December 28, 2012 at 8:27 PM

maksud saya dengang basoh menitik-nitik tu bukang amanat aji adi tapi pasa pas kata, “Umno sampai hari ini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan. Ini bererti Umno dan BN menolak tuntutan Islam,”. tu nok kabo ke orang dia tolok perlembagaang malaysia. pah tu ada ikrar dll hok kate dia doh terime perlembagaang tu.

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2012 at 9:46 PM

'Org PR dok sibuk memikir perancangan masa depan ...' - fuyoooooooh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2012 at 9:53 PM

Bodo benar bila org berpecah belah dia kata isu lama.

Kalau dh Mata duk fikir duniawi mcm tu La.

Ingat kan yg mengaku lebih Islam ni prihatin La sket pasal perpaduan ummah Dan akidah ni duk fikir PRU.

Kalau dh majlis fatwa kata salah tp pencacai duk membodoh lagi mengkafirkan org kene la kita perbetul.

Lari La Dan elak La kot mana pn, semua pencacai dan pemimpin derang kene bertanggungjwb dgn amanat sesat ni.

Perghh bila dh kacau bilau ummah senang je kata isu lapok. Mmg x boleh diharap utk memimpin. Ingat kan so called ulama ni baguih.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2012 at 10:58 PM

Bole kongsi tak perancangan pr tu, teruja aku.. Kiki

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2012 at 8:19 AM

bodoh ke puok PAS ni? dia yg buat amanat, dia yg sebar dan fitnah UMNO, sekarang nak debat dgn UMNO? eh, gile la pikiran puok PAS ni.

....................
Reply To This Comment ...................
December 29, 2012 at 10:08 AM

Yang mereka dok belasah TDM tu pasal masa depan lah tu? TDM tu pemimpin masa depan ke? Cuba tanya Azizan Razak pasal masa depan Kedah selepas kehabisan balak? Dan masa depan penang selepas kehabisan tanah untuk dibuat perumahan juta2an?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 7, 2013 at 6:50 AM

macam ni le...cuba fikir sikit kenapa debat ini Menteri Umno tak nak siarkan secara lansung dalam TV...bukanke katanya isu ini amat penting bagi umat Islam Malaysia??? Adakah kerana isu ini sudah lapuk dan UMNO ketandusan idea utk PR kali ini...Lagipun agak ramai barua-barua UMNO dah kena tangkap rasuah dsbnya

....................
Reply To This Comment ...................
January 7, 2013 at 7:17 AM

macam ni le... secara REALISTIK nya,kedua2 Pas dan Umno melihat isu ini dari sudut politik !

Post a Comment