........... TerimaKasih Dan Tahniah Umno BN ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TerimaKasih Dan Tahniah Umno BN !

Sunday, December 9, 20122comments


Untuk benar2 menghayati NILAI sumbangan kerajaan sepertimana artikel dibawah, sila KLiK artikel bergambar yang saya post tahun lepas. Dan kalau ada masa, tonton kembali Iklan Raya Petronas 2001 ini -



55,000 Nelayan Akan Dilindungi Insurans - Mohd Jidin

Kira-kira 55,000 nelayan di seluruh negara bakal dilindungi insurans kemalangan diri berkuat kuasa tahun depan seiring dengan langkah transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjaga kebajikan serta menjamin masa depan golongan itu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mohd. Jidin Shafee berkata,
semua nelayan yang memegang kad e-petrol dan e-diesel layak menikmati kemudahan itu yang memperuntukkan pampasan berjumlah RM100,000 jika terlibat dalam kemalangan maut di laut.

Katanya, bagi melayakkan nelayan menikmati kemudahan itu, sebanyak RM100 akan dipotong sekali dalam setahun daripada bayaran sara hidup nelayan untuk caruman kepada insurans tersebut.

Menurutnya, beberapa program baru selaras dengan transformasi kerajaan sedang dirangka bagi memenuhi kehendak rakyat dan disesuaikan dengan tuntutan semasa demi kesejahteraan kaum nelayan negara ini.


"Dengan adanya kemudahan insurans yang disediakan kerajaan, masa depan kaum nelayan di negara ini serta keluarga mereka akan lebih terjamin,'' katanya yang juga Ahli Parlimen Setiu kepada pemberita selepas merasmikan Kem Kesihatan Klinik Kesihatan Jabi di Dewan Sivik Kampung Pak Wong kelmarin.


TERIMAKASIH  DAN  TAHNIAH  UMNO BN  !

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 10, 2012 at 8:50 AM

Tahniah UMNO/BN!!!

kalau diikutkan pemikiran pembaangkang, isu ni masih ada yg boleh dieksploit utk nampak keburukannya....sbg contoh:

1) dah nak PRU baru nak buat....dulu kenapa x buat? nak RASUAH rakyat?

2) itu mmg TANGGUNGJAWAB pemerintah....apa nak kecoh2?

3) Pampasan tu pun dr duit nelayan sendiri...BUKANnya duit kerajaan...kerajaan tak buat apa2 pun.

4) kalau kemalangan MAUT je dpt duit?....yg kemalangan tercedera/cacat mcm mana pulak?....nampak sgt minta rakyat mati baru dpt duit....kerajaan UMNO/BN ZALIM, firaun, zionis

mungkin ada tambahan lagi....sbb cai2 pembangkang mmg PINTAR buat benda2 gini....hehehe....susah bila berhadapan dgn manusia yg berfikiran DANGKAL ni sebenarnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2012 at 12:44 PM

salam,

orang akan kenang dan ingat kalu buat kerja. tapi kena la berterusan. sekarang ni, rakyat nak tengok dulu la insuran tu bila belaku kesukaran kepada nelayan yg pi ke laut tu. bagaimana dan bila semuanya orang nak tahu. harap pekerjaan yg baik akan diteruskan dan rakyat akan menilainya. tak perlu pembodek-pembodek yg akan bertukar haluan mengikut pemimpin yg naik.

Post a Comment