........... Shut Up You Lim Guan Eng ! - Kata Pemimpin2 Pas | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Shut Up You Lim Guan Eng ! - Kata Pemimpin2 Pas

Wednesday, December 26, 20124comments

Alhamdulillah .... kalau diikut kenyataan2 dari pemimpin2 Pas mengenai tuntutan Tokong Lim Guan Eng yang mahukan kebenaran diberikan supaya kitab bible menggunakan nama Allah ( KLiK ), ternyata Pas MEMBANTAH .

Terbaru kenyataan Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim yang turut dimuatkan dalam FB Nik Aziz - ( saya copy dibawah )


Sinar - Pas: Bible BM wajar guna Tuhan, bukan ALLAH - Tuan Ibrahim
         - Pas : Bible perlu guna Tuhan - Datuk Mustafa Ali
         - Kalimah ALLAH: Tuntutan terus dicemuh - Dr Abdul Rani

Cuma saya agak terkilan sedikit, dimana suara-suara ini semasa isu Kalimah Allah ini hebat dimainkan PR semasa Pilihanraya Sarawak tahun lepas ?

Saya masih menantikan kenyataan dari Nik Aziz sendiri sebab semua pun tahu, Nik Aziz punya kuasa veto dalam Pas. Kalaupun semua pemimpin Pas hentam Lim Guan Eng tapi sekali je Nik Aziz  kata I LAP U kepada Tokong, habis semua jadi kelu .....

Dua tahun lepas Nik Aziz berkata -

                                      *****************************

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.

kuala terengganu by election dap dinner 140109 nik azizMenteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.

"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di Kota Bharu hari ini.

 - Bernama

                                          ****************************

Atau mungkin Presiden Pas yang masih HILANG TANPA JASAD MAUPUN SUARA sejak timbul isu Amanat Hadi 10 hari lepas, mahu mengatakan sesuatu ?

Saya cuma berharap Najib juga dapat beri satu jawapan yang JELAS DAN TEGAS terhadap kenyataan Tokong yang bagi saya BIADAP. Yalah... orang kalau nak beri perutusan sempena menyambut Perayaan contohnya Hari Krismas, mestilah bernada Ceria, Gembira dan meraikan Perpaduan TAPI Tokong pula dengan sengaja mahu mencetuskan ketegangan antara kaum / agama !

Terdesak sangatkah Lim Guan Eng @ Dap ? 

Bagaimana pula komen orang2 Melayu yang berada dalam Dap ? Datuk Sak ngan Aspan tak mahu komen ke ?  



Dari FB Nik Aziz -

[admin] PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan

PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.

Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam.

PAS melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak. Bahkan cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk.

Sehubungan itu, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar, bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara), tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik.

Ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
26 Disember 2012

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 2:57 PM

Saya sebarkan daripada komen dalam blog Helen tentang asal-usul kesilapan terjemahan Allah dalam bible:

http://satdthinks.blogspot.com/2010/01/leijdecker-s-original-sin-allah-in.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 3:17 PM

Confirm lps ni najib akan pick up dan sokong kristian lak.. Nak ambil peluang pancing undi kapir lak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 7:39 PM

salam,

semua suara tu bunyi macam kentut di tepi gendang yang banyak sedang di palu bertalu-talu. tak dengar pun. bunyi hanya untuk orang melayu dengar bahawa mereka menentang tetapi di belakang kira lain asalkan kristian mengundi pas. kalid samad tak bunyi lagi, nanti tuan ibrahim pun kata, pemberita salah faham. selagi pemimpin kristian tak bunyi, pemimpin pas boleh beranikan diri untuk bersuara perlahan-lahan. kena jaga hati tuu. ah jib gor pun berucap dalam bahasa inggeris untuk orang kristian malaysia. mungkin mereka tak faham dalam bahasa kebangsaan. nanti mereka tuntut nama god mereka ditukar nama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2014 at 8:40 PM

al quran sudah menerangkan bahawa bible tu palsu dan menipu aje. tak layak untuk diletakkan nama allah sama sekali ......

Post a Comment