........... Sekolah Cina - 3 Bukti NGO @ Dong Zhong RASIS ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Sekolah Cina - 3 Bukti NGO @ Dong Zhong RASIS !

Friday, December 7, 201213comments

Dibawah adalah artikel mantap saya copy dari Berita Harian 1 Dis 2012 hasil nukilan Teo Kok Seong yang antara lain mengemukakan 3 bukti sekolah cina memperlekehkan Bahasa Kebangsaan dan usaha2 kearah memupuk perpaduan kaum sebaliknya lebih mengutamakan sifat perkauman sempit cina yang boleh ditakrifkan juga sebagai RASIS.

 

Pendidikan aliran Cina halang perpaduan


Pendidikan aliran Cina di Malaysia, yang menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, mempunyai warisan cemerlang yang sudah berusia dua abad. Ia sering dipuji kerana mutu pendidikannya yang tinggi. Ini hasil daripada pengurusan yang cekap serta pembabitan komuniti yang aktif. Kini terdapat 1,280 buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan 60 buah sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, ia selalu dipersepikan sebagai antinasional pada julat yang paling ekstrem dan sebagai isu perkauman saja pada julat yang kurang ekstrem. Hal ini disebabkan, antaranya oleh perjuangan dan tuntutan sesetengah persatuan Cina. Antaranya adalah Dong Zong, iaitu Persatuan Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Jiao Zong, iaitu Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia. Perjuangan dan tuntutan dua persatuan ini sering didapati keterlaluan. Ini kerana mereka tidak mahu mengambil kira Malaysia sebagai masyarakat majmuk, dengan kaum Melayu selaku penduduk asal dan dominan. Sehubungan ini, dalam banyak tindakan mereka, resam di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, sengaja dikesampingkan. 



Usaha parti politik Cina, seperti MCA dan GERAKAN untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah Cina, seperti kesesakan pelajar dan kekurangan guru, bukan saja diperlekeh. Malah, ia ditolak sebagai tidak sesuai untuk pelestarian pendidikan aliran Cina di Malaysia oleh dua persatuan ini.


Akibat keadaan yang tidak mesra kepada bahasa Melayu ini, lepasan sekolah Cina rata-ratanya didapati bukan saja tidak cekap berbahasa Melayu. Tetapi lebih malang lagi mereka tidak mempunyai sikap integratif terhadap bahasa Melayu dan juga orang Melayu selaku penutur jatinya. Sehubungan ini, mereka didapati tidak mampu mempamerkan jati diri kebangsaan, khususnya dalam konteks kecekapan berbahasa Melayu.

Persepsi umum masyarakat Malaysia, khususnya daripada kaum Melayu dan juga sebilangan orang Cina sendiri, mengenai pendidikan aliran Cina adalah penghalang kepada perpaduan yang cuba dipupuk, melalui sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini didapati benar apabila diteliti beberapa tuntutan dan syarat yang pernah dan sedang dihantar sebagai memorandum oleh dua persatuan ini kepada kerajaan.

Pertama ialah keengganan untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk Malaysia Negaraku, mata pelajaran kerakyatan yang sepatutnya mula diajar pada 2011 melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia yang hanya mengambil masa 30 minit seminggu dan ingin disampaikan dalam bahasa Melayu, sebagai lambang negara, untuk membentuk jati diri kebangsaan dalam kalangan golongan muda kita, ditolak atas pelbagai alasan yang tidak munasabah.



Kedua ialah syarat penempatan guru. Semua guru yang berkhidmat di sekolah jenis kebangsaan Cina, dikehendaki memiliki kepujian dalam bahasa Mandarin pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia, walaupun sesetengahnya tidak pun mengajar mata pelajaran yang menggunakan bahasa itu. Dengan pelaksanaan syarat ini, boleh dikatakan semua guru di sekolah Cina, akan terdiri daripada kaum Cina saja. Peraturan begini sudah tentu boleh menjejaskan pemupukan perpaduan di sekolah.

Guru hanya kaum Cina


Ketiga ialah keengganan menambah masa pendidikan bahasa Melayu untuk kedua-dua tahap satu dan dua, serta menyelaraskan sukatan pelajaran bahasa Melayu untuk tahap dua agar sama dengan yang digunakan di sekolah kebangsaan. Tujuannya adalah untuk mempertingkat pengetahuan dan penguasaan pelajar Cina agar menjadi lebih baik lagi.

Sesungguhnya tiga tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai perbuatan keterlaluan untuk melindungi bahasa Mandarin selaku bahasa etnik Cina. Malang sekali, ia dilakukan dengan mengetepikan bahasa Melayu, yakni bahasa negara yang diberi peranan untuk menyatukan rakyat dan membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda.

Akibat keadaan yang tidak mesra kepada bahasa Melayu ini, lepasan sekolah Cina rata-ratanya didapati bukan saja tidak cekap berbahasa Melayu. Tetapi lebih malang lagi mereka tidak mempunyai sikap integratif terhadap bahasa Melayu dan juga orang Melayu selaku penutur jatinya. Sehubungan ini, mereka didapati tidak mampu mempamerkan jati diri kebangsaan, khususnya dalam konteks kecekapan berbahasa Melayu.

Oleh sebab keengganan kaum Cina untuk ikut membantu memupuk perpaduan dan membentuk jati diri, melalui bahasa Melayu, tujuan murni kerajaan untuk membina negara bangsa yang bersatu padu dan rakyat yang berjaya mempamerkan jati diri kebangsaan dengan menggunakan lambang dan proses sosiobudaya Melayu, tidak kesampaian.

Sesungguhnya, bahasa Melayu mampu menyatupadukan rakyat kita yang berbilang kaum, serta mampu membentuk jati diri kebangsaan yang utuh dalam kalangan kita semua. Hanya kita sendiri yang menghalangnya atas kejahilan bahawa pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang lebih baik itu, boleh menggugat etnisiti tertentu.

Penulis Profesor Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2012 at 12:22 AM

ada kemungkinan tak ada kaitan akan datang bila mana bahasa melayu dipinggirkan mereka bertujuan untuk.......................pada 15 tahun akan datang..

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2012 at 12:29 AM

Untuk mereka 'dominasi' negara ? Mungkin mereka tidak berniat begitu tapi hasilnya begitulah nampaknya .... jika keadaan seperti sedia ada dibiarkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2012 at 1:48 AM

Tukar semua sekolah jadi sekolah 1Malaysia . Tutupla sekolah cina ni. Tempat dap membiak aje. Mulakan perpaduan di sekolah 1Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2012 at 8:04 AM

saranan saudara sungguh baik, tetapi, masakan BOLEH selagi Najib yang memegang teraju kepimpinan. baru baru ni Najib telah meluluskan RM3 juta lagi peruntukan untuk sekolah Cina. Pandai pandailah jaga diri bang.

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2012 at 8:36 AM

Walaupun guna nama 1Malaysia ? hmmmmm ....sekolah cina lebih diutamakan dari 1Malaysia .......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2012 at 10:15 AM

tak yah gunakan 1Malaysia lagi baik. dengan adanya 1Malaysialah maka tercemar perpaduan kaum. bila dah dikatakan 1Malaysia, maka masing masing bangsa Cina menuntut kesamarataan. kalau boleh mereka nak bina lebih banyak sekolah Cina dan lebih lengkap lagi sama banyak ngan sekolah jenis kebangsaan yang lain. kemudian, secara sedar atau pun tidak, mereka akan memaksa anak anak bangsa lain kesekolah mereka dan belajar bahasa ibunda mereka. akan mereka jadikan bahasa Cina sebagai matapelaran wajib. mereka akan menuntut bahasa mereka menjadi bahasa rasmi negara.

orang orang Melayu yang bodoh dan bacul akan menyokong, terutama dari kalangan Melayu PAS tanpa memikirkan semua hak keistimewaan orang Melayu hendak dirampas.

berharap sangatlah saya supaya PM Najib menghentikan sokongan kepada sekolah Cina kerana akan membuatkan mereka menjadi lebih besar kepala. walau pun hendakkan sokongan mereka, agak agaklah perasaan pengundi Melayu. saya lihat membantu sekolah Cina saperti buang garam ke laut.

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2012 at 10:19 AM

Biarkan Cina dengan bahasa Cinanya. Yang penting bahasa melayu hendaklah diperkasakan dalam bahasa bidang dan semua sektor.

Bahasa Parlimen, Bahasa Dewan Undangan Negeri,bahasa mahkamah, semuanya menggunakan bahasa pengatar bahasa Melayu. Mahkamah nampaknya memberi kelonggaran kepada Bahasa Inggeris.

Apabila orang Cina tidak boleh menguasai Bahasa Melayu, mereka tidak layak menjadi MP dan ADUN. Tak ada harapanlah untuk menjadi pemimpin atau wakil rakyat.Tidak layak menjadi peguam, tidak layak menjadi hakim di mahkamah. Bangsa mereka akan sentiasa bergantung kepada bangsa orang lain.

Cina ni sebenarnya bimbang bangsa mereka akan diasimilasikan menjadi melayu. Paling pantang bagi seorang cina apabila mereka menjadi melayu atau dikaitkan dengan melayu, sehinggakan mereka menentang cina masuk Islam kerana mereka beranggapan apabila masuk Islam, maka mereka telah dikatakan masuk melayu.

Kenapa mereka sangat pantang untuk dikaitkan dengan melayu.Ada pendapat mengatakan, kerana mereka beranggapan bahawa bahawa bangsa melayu ni adalah bangsa yang malas dan tidak maju. Satu bangsa yang suka rasuah sedangkan mereka tidak sedar bahasa bangsa mereka adalah bangsa yang pengotor, berak tidak cuci, pagi tidak mandi.

Orang melayu pun satu, kenapa hendak sangat hendak melayan cina ni pasal apa. Biarlah cina pergi 'm*mp*s' dengan bahasa mereka dan pada masa yang sama bahasa kebangsaan hendaklah diperhebatkan pengunaannya di Malaysia ni. Kalau dia orang tak mahukan perpaduan, biarkan asalkan kita sesama melayu dan bangsa lain selain cina erat berpadu. Geram dah ni....

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2012 at 10:32 AM

Ya, saya setuju .... bagian saudara dah geram ! hahahahaa ....

Komen paling ganazzzz saudara dalam masa 2 tahun ni :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2012 at 10:34 AM

Orang Melayu masih tidak pandai berpolitik. Pemimpin Melayu yang menentukan halatuju kaum Melayu berbeza ngan kaum cina dimana pemimpin mereka terpaksa ikut kehendak kaum mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2012 at 12:05 PM

cilaka cilanat bangsa cina tak bersunat. Selagi diampu, bangsa Cina tidak akan berubah. Mungkin mereka dah terperasan bahawa mereka yang menjadi tuan dan wajib dilayan dan ditunaikan segala permintaan. Terkilan juga kerana tiada pun pejuang bangsa Melayu yang berani menyarakan hasrat dan harapan orang Melayu. Suara yang lantang dan kuat dari pejuang bangsa untuk menenggelamkan laungan bangsa yang tidak mengenang untung.

Peruntukan demi peruntukan disalurkan kepada sekolah Cina. Setiap kali PRU dan PRK, sekolah Cina yang mengaut untung. Tahap bodek kerajaan sudah pun sampai ke maxima mungkin sehinggakan kelihatan tahut dengan bangsa ini. Sehingga bila kah adengan ini akan berakhir, atau ada kah sehingga matlamat 1Malaysia dicapai? 1Malaysia yang memberikan kedudukan yang sama dan keistimewaan yang serupa dengan bangsa Melayu?

Apa hal pula dengan “hak keistimewaan orang orang Melayu yang tersimpan kemas dalam peti” dan sehingga bila kah ianya hendak dilaksanakan. Bangsa Cina, melalui parti politik dan NGO asyik mengasak, manakala kerajaan pula memihak kepada mereka; dan bangsa Melayu yang punyai majoriti penduduk pula ashik berundur.

Penggunaan Bahasa Melayu sudah jelas tidak diendahkan lalgi. Baru baru ini saya ada menerima surat mohon derma dari sebuah badan kebajikan ”HOPE WORLDWIDE MALAYSIA” dimana samada surat atau pun borang dermanya tidak langsung mengandungi perkataan Melayu. Tertera hanya bahasa Inggeris di ikuti dengan Bahasa Cina. Ada banyak lagi surat surat yang diterima dari syarikat dan badan badan kebajikan yang lain yang tidak langsung menggunakan Bahasa Melayu. Soal : Ada kah ini yang menjadi matlamat bantuan Kerajaan kepada sekolah sekolah Cina?

antara_kita

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
December 7, 2012 at 2:31 PM

Gua dah tak tau nak ckp apa...

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
December 7, 2012 at 5:27 PM

Sausara Din,

Dah malas nak cakap pasal issue ini,rumusan saya senang sahaja ,selagi wujudnya sekolah vernacular tidak akan ada 1 Malaysia . Sologan 1malaysia tu sisa-sia sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2012 at 5:44 PM

Tahniah, saudara masih bersemangat nak komen panjang berbanding dua saudara kita dibawah ni .... :))

Post a Comment