........... PR Janji Gaji Minima RM1100 Setiap Pekerja TAPI Kerajaan Dap Penang Janji Cuma RM770 Satu IsiRumah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PR Janji Gaji Minima RM1100 Setiap Pekerja TAPI Kerajaan Dap Penang Janji Cuma RM770 Satu IsiRumah ?

Thursday, December 6, 201215comments

Saya ingin memetik kenyataan Tokong Lim Guan Eng dalam ucapan beliau semasa Majlis Makan Malam MCCBCHST ( Penang Inter-Religious Goodwill ) pada 2 Disember 2012 di Penang.

We should be ashamed of poverty and that is the reason why Penang is implementing the Equitable Economic Agenda to wipe out poverty in Penang by 2013. As the poverty line indicator is RM763 per month for every household, Penang can only be free from poverty if every family is assured of receiving RM770 per month.

To ensure every family gets RM770 per month, the state government will make up the shortfall monthly. In other words, if a family gets RM600 per month, the state government will top up with RM170 every month – not every 5 years or every 50 years. KLiK

 ( Hanya ada versi Omputeh dan Cina saja - Banyaklah Dap punya hormat pada Bahasa Kebangsaan Malaysia ! )

Secara mudah saya diterjemahkan - Penang akan melaksanakan Agenda Kesaksamaan Ekonomi pada tahun 2013 bagi menghapuskan kemiskinan. Penanda aras kemiskinan adalah pendapatan RM763 bagi setiap isirumah. Penang akan bebas kemiskinan jika setiap keluarga dijamin mendapat pendapatan minima RM770 sebulan.

Bagi memastikan setiap keluarga mendapat minima RM770 sebulan, kerajaan Penang akan menCUKUPkan sebarang kekurangan, contohnya jika satu keluarga mendapat RM600 sebulan, kerajaan negeri akan menambah RM170 SETIAP BULAN.

Beberapa perkara segera menerjah fikiran -

1 - Mudahnya Lim Guan Eng main pukul rata RM770 sebulan sebagai menandakan sudah bebas paras kemiskinan bagi sesebuah keluarga ...... berapa orang tanggungan tak diambil kira ? 

Anak sorang, dua, lima atau enam tak ambilkira ? Peringkat persekolahan anak2 pula - rendah, menengah, kolej ? Atau Tokong sudah ambilkira bantuan murid2 sekolah RM100 oleh kerajaan BN dalam perkiraan ?

Bagaimana pula jika turut menanggung ibubapa yang tua ?

2 - Apakah SAMA penanda aras itu bagi mereka yang hidup di bahagian pulau dengan yang tinggal di Seberang Perai ? 

3 - Berapa ramaikah keluarga yang jumlah pendapatan isirumah kurang dari RM770 sebulan ?

4 - Bagaimana pula dengan JANJI Pakatan Rakyat mengenai GAJI MINIMA RM1,100 ?

Dari Roketkini 2 Mei -  Walau bagaimanapun, Pakatan Rakyat menuntut supaya gaji minima sebanyak RM1,100 di Semenanjung Malaysia dan RM 900 untuk Sabah dan Sarawak. Pakatan Rakyat mengumumkan dasar gaji minima yang akan dilaksanakan apabila memegang Putrajaya.

Dari SINAR  14 Mei - Anwar : Pakatan tawar gaji minimum RM1100. Anwar berkata -

“Bagi keluarga di bandar, dengan gaji minimum RM1,100, anak tiga memang tak cukup. Tetapi kita jelaskan, ini hanya permulaan minimum kerana kita tidak mahu kemukakan cadangan yang tidak dapat kita pertahankan.

Ni macamana yang Lim Guan Eng cuma janjikan RM770 untuk SATU ISIRUMAH ? Bukan gaji minima SEORANG PEKERJA tapi SATU ISIRUMAH !

Kenapa Lim Guan Eng MENGENGKARI janji yang telah dipersetujui secara bersama secara KONSENSUS antara pemimpin2 dalam Pakatan Rakyat ?

Mungkin bagi Tokong, RM1100 setiap pekerja itu adalah JANJI MANIFESTO sementara RM770 setiap isirumah adalah JANJI KERAJAAN DAP Penang !

JAUUUUUUH TUH BEZANYA .....

TAK SAMA KE JANJI ANWAR @ PR DENGAN JANJI TOKONG @ KERAJAAN NEGERI DAP PENANG ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2012 at 1:19 PM

tapi kalu dap boleh top up 170 tiap2 bulan kat penduduk penang...kira ok la..nak harapkan umno?...lagi miskin melayu penang la nampaknya..

....................
Reply To This Comment ...................
December 6, 2012 at 2:09 PM

Salam tuan. Blog tuan telah dipautkan. Mohon pautan semula jika tak keberatan
apple-biru.blogspot.com

....................
Reply To This Comment ...................
December 6, 2012 at 3:14 PM

Jangan percaya. Apa yang dijanjikan oleh PR , jangan percaya. Inilah persepsi baru yang mesti ditanam dalam minda rakyat terutama pengundi atas pagar.

....................
Reply To This Comment ...................
December 6, 2012 at 4:34 PM

Sebenarnya kalau nak dikira pendapatan ISIRUMAH RM770, berapa ramai isirumah Penang yang layak ?

Kalau PR tepati janji Gaji Minimanya, makna dengan sendiri agenda Tokong ni dah tak laku...... lainla kalau memang tak pernah ada niat nak tunaikan janji Gaji Minima RM1100 ..... erk !

....................
Reply To This Comment ...................
December 6, 2012 at 4:38 PM

Apple biru sudah terpaut ,TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
December 6, 2012 at 5:03 PM

Sebelum semua parti politik sibuk-sibuk nak buat gaji minima dalam manifesto, eloklah pergi tengok dulu perbezaan antara gaji bukan Cina dan Cina di dalam syarikat Cina dan yg dikuasai olehnya. Apa kata DAP yg sibuk dgn kesamarataan? Public Bank, Alliance Bank, company cina sdn bhd lagila.. Melayu jadi kuli je... Tu ok la jugak... Nak lagi sadis cuba pi join Kan Cheng Kwat dan anak-anak Sdn. Bhd.Kompeni jenih camtu lagi kuat kesamarataan depa. Takde pulak dengar DAP sibuk dgn samarata..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 6, 2012 at 5:30 PM

hahaha.....sian Anon...UMNO/BN cakap & buat (x larat aku nak sebut)...pembangkang?

Manifesto itu BUKAN JANJI.....maksudnya, cakap lepas tu buang longkang...kehkehkeh

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 6, 2012 at 5:33 PM

Lidah manusia lagikan tergigit, inikan pula LIDAH BIAWAK....hehehe

kita2 yg masih WARAS ni dgr boleh, percaya jangan...MENIPU ni ibarat darah yg mengalir dlm urat saraf si Tokong ni.....mana ble manusia waras percaya....ye tak?...hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2012 at 10:02 PM

dah terkena dan sekarang betul betul tobat takkan diberikan undi kpd PR. diharapkan pagar tapi pagar yang memakan padi, diharapkan panas hingga kepetang, rupanya hujan ditengahari. janji hanya tinggal janji dan harapan musnah sama sekali. baru sepenggal diberikan mandat, punah sama sekali dibuatnya. inilah yang dikatakan ubah membawa padah. habis bangsaku berpecah dan agama ku dicemar. benar saperti kata pepatah, ikutkan hati, mati; ikutkan rasa binasa; ikutkan nafsu, lesu; ikutkan harap, terperangkap. mohon maaf kepada semua bangsaku, bersatulah kembali demi agama, bangsa dan negara serta kedaulatan raja raja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 6, 2012 at 11:35 PM

hahaha..lge bg peruntukan 300% lebih tinggi pada majlis agama islam penang lebih dr zaman umno dulu..gerakan plak dh bising psl ni..skng dh nampak sapa yg rembat duit rakyat penang..boleh plak umno diam n sokong pernyataan cina gerakan ni..

....................
Reply To This Comment ...................
December 6, 2012 at 11:52 PM

'hahaha... ' saaudara gelak bangga dengan Tokong ? Saudara ni Islam ke ? Mudahnya ditipu oleh tokong .....

Allah sendiri suruh umatNYA dahulukan sesama Islam.

Percayalah, nanti akan timbul bukti2 berfakta yang bakal menelanjangi niat Tokong .... Jika saudara orang Islam, saudara tidak akan gelak dan berbangga dengan Tokong hanya kerana berita itu !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2012 at 12:02 AM

masa tokong cakap hari tu, pemberita tak tulis ke dia tengah tahan belak. sebab tahan belak, tokong cakap dah jadi macam satu ayat wajib pada ahli pas. tokong tak sempat nak perincikan kerana kena duduk dengan cepat agar masuk balik taik dalam usus. bro kena faham, semua cakap secara umum kerana perincian hanya diberi bila menang dan diminta oleh pengundi. kalu pengundi tak minta, diam-diam ajelah.

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2012 at 12:04 AM

Tak baik tuduh Tokong macam tuh !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2012 at 9:38 AM

INGAT JE BAHAWA MANIFESTO PR TU BUKAN JANJI..KORANG UNDI, NANTI GIGIT JARI..HEHE

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2012 at 8:06 AM

Kenyataan LGE sentuh dua perkara, satu program menghapuskan kemiskinan di mana paras kemiskinan dikira pada RM763. Perkara kedua adalah polisi gaji minima nasional.

Post a Comment