........... Perjuangan Kena IKHLAS | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perjuangan Kena IKHLAS

Sunday, December 2, 20121comments

salam,

bagi saya, ahli umno kena bebenar ikhlas dalam perjuangan parti iaitu ikut betul perlembagaan parti. tidak ada yg mempunyai agenda untuk kaya sehingga cicit piut dengan harta yg saya dapat selepas berjasa kepada umno, bangsa, agama dan negara. perkara menjadi kaya sekaya-kaya tanpa berniaga seperti syed mukhtar perlu dielakkan. mampu atau tidak untuk berubah? org yg diangkat perlu ikhlas dalam perjuangan parti ikut perlembagaan. pemimpin pas mereka ikut perlembagaan mereka iaitu menyanyikan lagu hudud. buat tak buat belakang kira asalkan depan ahli lagu hudud. sama la macam pemimpin umno. dok nyanyi lagu melayu dan perpaduan, taat setia. tapi yg taat dan setia adalah ahli yg tak dapat apa pun. yg dapat kekayaan tak setia pun. tak dapat kami lawan. sapa yg lawan pemimpin? orang atasan juga yg dapat kekayaan. ahli bawah mana berani. kena cantas lagi ada la bila bagi usul berkenaan rakyat bawahan.

masa pau adalah masa ahli nak dapat belanja orang atasan. duduk kat hotel berhimpit demi parti dan semangat, tapi yg bahas dapat bilik tak berhimpit. yg nangis tu yg tak dapat bilik besar macam kat pan dan mall. tu nangis sebab dapat bilik kecil agaknya. perjuangan macam mana? mampu atau tak mampu untuk bertindak tanpa bayaran seperti ahli bawahan pas. ahli bawahan umno, ada yg tak dapat apa pun tapi semangat ada. yg kat atas ni, ada semangat tak kalu tak ada bayaran. mau tutup pusat kempen. cakap biar berterus terang dan berbicara biar ikhlas. kita tak ada agenda tapi memang ahli biasa-biasa umno. so dengar la orang yg paling bawah ni cakap. kita tak terima wang pun untuk menyokong tapi pemimpin kita terima wang untuk sokong individu tertentu. jangan pula tak ngaku pasal ada blogger terima wang untuk menyokong. tanpa wang, mereka nak sokong tak macam beberapa blogger yg ngaku tidak bertuan. sungguh ke bagai dikata?

pemimpin pun sebenarnya takut kalah dan tak diterima ahli. so kena bayar la kat ahli yg mampu menarik ramai ahli untuk sokong. betul ke ramai yg sokong bang hisham. kalu tengok dia sebagai menteri, mau aje tukar orang lain. kalu kat pejabat, dah lama kena tukar. tu nazri, ye ke ramai yg suka kat dia? kalu tak bayar, dah lama orang tolak. betulkan ahli umno terima wang? ahli atasan la, bukan bawahan.

saya cakap ni pasal berjumpa ramai ahli umno atasan dan setengah atas, tak berapa atas, antara bawah dan atas sikit. kalu cerita bab kekayaan, wow gitu, tak perlu belajar asalkan mampu membodek tahap tak perlu solat tapi boleh masuk sorga la, boleh la berjaya menjadi pemimpin umno peringkat bawahan. boleh dapat bayaran dengan segala kontrak besar kecil.

nangis la selagi boleh menunjukkan rasa insaf sekejap. balik rumah abis lupa macam pi dengar ceramah ustaz azhar idrus. gelak sampai pecah perut, tapi tak ikut pun apa yg didengar. lupa dah bila bangun tidur esok pagi. nak buat camna, hanya mampu berdoa agar kita terus diberkati oleh Allah dan diberi petunjuk dan cahaya keimanan serta dirahmatiNya setiap masa.


Cilok dari Komen seorang Pembaca. di artikel sebelum ini.

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2012 at 1:58 PM

Tun m kata dia tetap sokong mana2 Calon walapun dia kurang berkenan pada orang itu atas prinsip Calon itu adalah pilihan presiden

Jadi nazri, syed hamid, din temerloh antara yang bernaib baik...

Post a Comment