........... Pemimpin Datang Dan Pergi Namun Umno Kekal Relevan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pemimpin Datang Dan Pergi Namun Umno Kekal Relevan

Sunday, December 2, 20125comments

Semasa ucapan penggulungan di Perhimpunan Agong UMNO semalam, Najib berikrar;


"DEMI ISLAM, DEMI MELAYU, DEMI MALAYSIA..."
Dah lama kami tertunggu keberanian pemimpin Melayu selepas era Che Det untuk melafazkan kata keramat "Demi Melayu"...dan akhirnya Najib menyebutnya...

Memang kami berharap Najib menyebutnya, sementelah kami agak skeptikal dengan Najib rentetan aksi liberalnya selama 4 tahun ini yang tidak langsung mencerminkan dirinya selaku Presiden sebuah parti Ultra Melayu.

Kami akan beri mandat lagi kepada BN di PRU-13 ini...

TAPI...andai selepas menang PRU, Najib masih lagi mengingkari lafaz "Demi Islam dan Melayu" yang diikrarkannya, serta berterusan dengan sikap liberalnya melukakan hati bangsa Melayu semata-mata untuk menggembirakan kaum lain...AKU tidak akan teragak-agak menentang Najib habis-habisan...

Lagipun Najib masih belum membuktikan apa-apa...


Selain 'ikan' instead of 'pancing' yang dilambakkan kepada rakyat akhir-akhir ini, serta segala pujian melangit perwakilan terhadapnya semasa PAU, polisi Najib hakikatnya tidak dirasakan secara langsung oleh rakyat.


Kejayaan Palestin disenarai sebagai negara pemerhati di PBB, semua orang pun tahu ia usaha berterusan Che Det di belakang tabir sejak sekian lama. Sedangkan Najib tidak pernah sekalipun keluar kenyataan mengkritik barat sejak menjadi Perdana Menteri, bahkan sering kelihatan  berbaik dengan AS. Jadi, kita nak tipu siapa?


Program transformasi hanya membuktikan kakitangan awam naik gaji seiring pertambahan beban kerja, walhal kualiti perkhidmatan masih di takuk lama. MEB, GTP, ETP, NKRA etc. masih belum beri impak yang besar terhadap kualiti hidup rakyat Malaysia keseluruhannya.


Malah Najib belum diuji mengetuai PRU dan memenanginya.


Najib masih PERLU membuktikan kredibilitinya demi kemajuan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.


Jika mahu mengiktiraf Najib kerana mendaulatkan sekolah vernakular sebagai agen perpecahan perpaduan antara kaum, mungkin boleh dipuji; tetapi nak kata Najib banyak berjasa terhadap survival bangsa Melayu...masih terlalu awal untuk dibuat penilaian.

Pemimpin UMNO boleh datang dan pergi...

Hilang Najib sekalipun...UMNO tetap kekal relevan...

Taati Najib pun ada batasnya...
Copypasted Paneh Miang

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2012 at 8:05 PM

Saya turut mengikuti ucapan Najib dan pada saya ucapan beliau tidak lebih dari ucapan yang berupakan rayuan daripada orang orang Melayu. Ada baik sekali kiranya Najib menyedari bahawa orang orang Melayulah yang WAJIB dijaga berdasarkan sejarah. Ada baiknya juga kiranya Najib sudah pun perasan bahawa cara liberalism beliau itu sudah teramat ketara kepada orang orang Melayu. Ada kah Najib benar benar berucap diatas kapasiti sebagai seorang pemimpin UMNO dan bukanya Perdana Menteri?

"DEMI ISLAM, DEMI MELAYU, DEMI MALAYSIA..."

Sejauh mana kah penghayatan beliau akan kata kata keramat itu? Ada kah kata kata keramat sebegitu hanya dilafazkan dimulut dan tidak ditasdiqkan dihati demi meraih simpati dari orang orang Melayu? Sememangnya benar, masih terlalu awal untuk kita sama sama membuat penilaian. Ada kah betul jika hendak kita pertaruhkan masa depan orang orang berbangsa Melayu dengan ungkapan itu yang datangnya dari Najib yang secara terangan telah membina satu tembok pemisah antara bangsa dengan sekolah vernacular? Sejauh mana telah kita membuat penilaian bahawa Najib akan melaksanakan apa yang diungkapkan itu? Dengan kayu pengukur bagaimana yang telah kita gunakan untuk memperkuatkan kepercayaan kita dalam tempoh pimpinanya bahawa beliau adalah pejuang agama, bangsa dan negara?

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2012 at 8:22 PM

Apakah kayu pengukur yang saya pakai bila melabelkan Najib sebagai Melayu Liberal ?

4 tahun pemerintahannya !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2012 at 9:01 PM

saperti saudara, saya juga measakan telah tertipu dengan perjuangan Najib yang sepatutnya, selama 4 tahun beliau sudah sedikit sebanyak mengujudkan perpaduan daripaya menaikkan api kemarahan orang orang berbangsa Melayu terhadap Cina. ada kah nanti, setelah memenangi PRU ini beliau akan melupakan ungkapan keramatnya dan meneruskan sikap leberalisme? saya sayang dan kasihkan UMNO yang telah saya bernaung dibawahnya, tetapi ada kah saya sanggup bersama sama mereka mereka yang akan melenyapkan agama dan bangsa saya sendiri dengan pemimpin Melayu saperti Najib? ada kah saya akan turut didakwa oleh anak cucu saya serta generasi akan datang kiranya Melayu hanyut disatu masa nanti dek sikap liberalisme Pemimipin dengan saya memberikan sokongan kepada UMNO sedangkan saya sedar akan perjuangan yang telah jauh tersasar? semuga sama sama kita diberikan petunjuka............ insya Allah

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2012 at 9:43 PM

Salam Din,

Ontahlah...teraso maso dongar ucapan penggulungan tu macam hipokrit jo. Tetibo den raso sakit hati. Banyak lagi yang Najib kono buktikan. Den nunggu yolah. Najib silap langkah...pakat-pakat hayun reramai.

Paling den meluat bilo dongar Hisham Awww berucap. Apasal la ado akar umbi UMNO yang paloi bonar angkat pondan tu jadi pemimpin...

Camno tu Din?

Apa-apa pun, Terima Kasih Din kerana highlightkan posting kami di blog berprestij tuan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2012 at 11:59 PM

Sotiap kali Najib berucap den raso .... meluat. Mungkin CARA dia bercakap yang mengado-ngado, macam berlakon. Over sangat. Tak natural.

Ekau nak hayun 'reramai'tu, sapo dio yang reramai tu ? Ujang yang bergangnam tu ado sekali ?

Blog den ado prestij ? hahahaha ... sejak akhir ni ramai yang tubek bulu panjang bilo baco. Tapi sayang hari Ahad trafik agak slow..

Post a Comment