........... Pas Cakap Tak Serupa Bikin - Lagi Petikan Dari Kafirkah Aku ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pas Cakap Tak Serupa Bikin - Lagi Petikan Dari Kafirkah Aku ?

Tuesday, December 25, 201217comments


Beberapa petikan dari Kafirkah Aku ? mukasurat 37-42 yang saya salin untuk dikongsi bersama -

- ....Sedangkan semua pimpinan Pas tahu isu yang sering dibawa oleh Hj Mohamad Sabu berkaitan DSAI sebelum beliau dipecat. Dalam ceramahnya, Hj Mohamad Sabu sering mengatakan DSAI membuka kilang kunyit, kadang-kadang disebutnya Anwar Al-Juburi, Datuk Seri dan seluruh pimpinan Pas faham maksud disebalik ini. Apabila DSAI dibela dengan begitu rupa, maka seharusnya tindakan pada Mohamad Sabu perlu dikenakan. kerana menabur fitnah kepada DSAI. Apabila Mohamad Sabu tidak diambil tindakan, ertinya memang benar tuduhannya pada DSAI. Sekiranya DSAI melakukan perbuatan keji seperti yang dimaksudkan oleh Mohamad Sabu itu, kenapa pula seluruh pimpinan Pas menyalahkan Tun Dr. Mahathir memecat DSAI ?


- Sebelum ini saya juga amat teruja dengan ketegasan Datuk Seri meempertahankan prinsip perjuangan ketika berdepan dengan pimpinan Umno, terutama mantan PM, Tun Dr. Mahathir. Apa juga alasan yang diberikan oleh Tun ketika itu, langsung tidak dapat diterima oleh Datuk Seri, terutamanya berkaitan dengan hudud. Tetapi, apabila ada pihak persoalkan tentang hudud ketika Datuk Seri jadi MB di Terengganu (1999-2004), Datuk Seri menjawab bahawa hudud itu hanyalah sekadar 0.0001 sahaja dari al-Quran, jadi tak perlu dibincangkan dulu, masih ada agenda lebih penting.

Bagaimana boleh berlaku begitu, sedangkan satu ketika kami ahli Pas sanggup mati kerana menuntut pelaksanaan hudud. Kami berjuang, berkorban untuk kemenangan Islam kerana mahu lihat orang yang mencuri dipotong tangan, mahu melihat orang yang berzina direjam, mahu melihat orang yang mencipta dan sebar fitnah juga dihukum dan mahu melihat orang yang minum arak disebat.


- ... kalau ditanya kepada seluruh rakyat, siapa yang layak memikul amanah Allah ini antara Datuk Seri dengan DSAI, pasti rakyat akan memilih Datuk Seri. Tetapi, kenapakah Datuk Seri bersama AJK Pas Pusat sanggup menghancurkan harapan ahli Pas dan juga kehendak majoriti rakyat dan yang lebih penting amanah dari Allah. Ada yang berkata, dengan menjanjikan DSAI sebagai PM, rakyat lebih yakin atas pengalamannya sebagai TPM sebelum ini. Apakah Datuk Seri turut bersetuju dengan pandangan ini ?

Pada saya, hujah ini adalah alasan basi dan menunjukkan betapa akidah kita semakin longgar sejak bersama Pakatan Rakyat. Secara tidak sedaar, kita menafikan kekuasaan Allah. Sedangkan satu ketika Datuk Seri memberi ingatan kepada kami, jika kita menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kita. Jika digenggam dengan erat ingatan ini, kenapa kemampuan DSAI diletakkan lebih tinggi dari kemampuan Allah. Di mana tauhid kita hendak letakkan ?


- Kalau dirujuk dalam akhbar Fitrah 11 September 2011 bertajuk 'Rakyat Sering Terpengaruh Bangsa Yang Menjajah', Datuk Seri ada menulis,

"Kemerdekaan dalam makna yang lengkap, mengandungi ibadat dan cara hidup seluruhnya. Bukan sahaja menentang syirik yang bersifat ibadat, bahkan termasuk syirik kepada peraturan ciptaan manusia dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah kerana di luar kemampuan akal manusia"

Bermaksud disebalik kenyataan itu Datuk Seri beranggapan mana-mana pemerintahan yang tidak mengikut peraturan Allah itu sebagai syirik kepada ciptaan manusia, jadi bagaimana pula kedudukan kerajaan Pas Kedah yang masih mengekalkan lesen judi, jualan arak, pusat karaoke dan mengekalkan patung burung helang di Langkawi serta banyak lagi berbagai aktiviti yang bercanggah dengan peraturan Allah ? Oleh kerana tidak ada bezanya dengan kerajaan BN/Umno yang Datuk Seri kata syirik, ertinya pemerintah Pas di Kedah juga turut bergelumang dalam kesyirikan ini.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 25, 2012 at 2:34 AM

Salam bro... Hebat Blog bro... Mohon dapat dipautkan Blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog bro... TQ Bro....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2012 at 6:40 AM

memang benar politik itu sebahagian dari islam. tapi bukan sepanjang masa kita kena berpolitik. kita berpolitik sekadar perlu sahaja. untuk itu, tak salah jika mengamalkan politik suku, agama suku kerana politik islam tidak terhad kepada parti politik semata-mata, malahan lebih dari itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 25, 2012 at 7:06 AM

masalah C.N Al-Afghani samalah dgn masalah kebanyakan penganut & cai2 PAS scr keseluruhannya....mereka melihat kepada SIAPA yg berkata2 bukannya melihat kepada APA yg dikatakan

disebabkan TAKSUB MMELAMPAU pd org yg berkata2 HILANGlah semua cacat cela keburukan ttg apa yg pengucap doktrinkan

biasanya akan dijawab...."biasalah, jiwa muda....darah panas"....habis tu mereka yg tak terpengaruh nak panggil apa walaupun muda?.....JIWA TUA?...sebab tu dah tua-tua baru nak sedar & lihat apa yg diucap bukannya sipengucap sprtmana CNAA ni

jd nak salahkan siapa?....UMNO leee sapa lagi....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 25, 2012 at 7:11 AM

berbalik kpd patung....hehehe

asalkan BUKAN patung Buddha/PENYU ianya WAJIB utk dihancurkan bg menunjukkan keISLEman PAS berbanding UMNO

sedangkan cara pemikiran Hududpun berbeza bg 2 negeri, inikan pula bg peraturan lain....darjat patung juga berbeza2 mengikut tempat & masa.....PASkan sedang mengalami culture shock wave...masalahnya cuma semakin menghampiri keHANCURan......hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
December 25, 2012 at 11:15 AM

Catatan CN ni tiada yang bercanggah dgn pemahaman kita sejah dahulu terhadap pas.... Ianya hanya lebih menguatkan pemahaman kita.
Kalaulah ada cai pas yang membaca artikel ini dan yang terdahulu, maka kita nak tanya, samaadah mereka mengakui atau tidak kebenaran ini atau mahu masih menjadi bodoh sombong, tidak menerima kenyataan?
Allah telah mengatakan bahawa seseorang yang sombong tidak menerima kebenaran, maka mereka tidak mencium syurga..... Nauzubillah. Kebenaran itu pahit, tapi sesiapa yang ingat bhw dunia ini hanya sementara, maka biarlah pahit di dunia, asal jgn diazab di akhirat.... Nauzubillah.

....................
Reply To This Comment ...................
December 25, 2012 at 11:47 AM

sudah sebulan dipautkan :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 25, 2012 at 11:53 AM

Sebenarnya yang mejadi pertikaian 'politik suku agama suku' itu bergantung kepada TAFSIRAN kita yang berbeza. Tapi dari segi niat, saya percaya tidak ada umat Islam yang mahu membezakan politik dari ugama.

Pas hidup atas makanan bernama RETORIKS. Kita bergaduh sesama sendiri selama ini hanya kerana berbeza TAFSIRAN.

....................
Reply To This Comment ...................
December 25, 2012 at 11:58 AM

Ya saya setuju dengan culture shock itu. DiTerengganu dan Kelantan Pas agak selesa dan yakin dengan TEORI mereka kerana orang Melayu merupakan lebih 95% penduduk atau hampir tidak punya suara.

Tapi di Kedah apatah lagi di Selangor / Penang, Pas jadi mati kutu. Apa jua tuduhan yang dilemparkan terhadap Tun Mahathir @ Umno selama ini berasaskan kepada faktor 'berbilang kaum', dan keadaan di Kedah/Selangor membuktikan Pas pun tidak banyak bezanya dengan Umno bila terpaksa berdepan faktor 'berbilang kaum' itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2012 at 1:14 PM

Nak beli kat mana kalau kat Kelantan. Dah cari tapi tak jumpa.

....................
Reply To This Comment ...................
December 25, 2012 at 1:25 PM

Bagi PAS, orang UMNO masuk neraka 1000 tahun, mereka masuk neraka 100 tahun je. Jadi lebih baik masuk neraka 100 tahun dari masuk neraka 1000 tahun. Ini hanya perumpamaan sahaja.Maknanya, orang PAS sendiri sedar mereka pun banyak buat silap, tetapi bagi mereka UMNO laaaagi banyak buat silap.

Semua manusia ni Allah dah tentukan samada mereka masuk Syurga ataupun masuk neraka sejak asal lagi. Manusia ni beramal mengikut ketentuan mereka tulah. Kalau mereka ditentukan masuk syurga, maka mereka akan beramal dengan amalan ahli syurga, begitu juga jika mereka ditentukan masuk neraka, maka mereka akan beramal sebagaimana amalan ahli neraka. Baca hadis 40 karangan Imam Nawawi kalau tak silap aku, ada disentuh bab ini.

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2012 at 9:19 AM

Sebenarnya cacian serta maki hamun PAS kpd ulama2 yg tidak sehaluan dgn mereka spt ANJING KERAJAAN,ULAMA BISU,MUFTI TIDAK HARUS BERPOLITIK GUNA JUBAH MUFTI dll jelas menunjukkan mereka mengamalkan POLITIK SUKU AGAMA SUKU.Lst2 diaorg pon jd 3 suku.

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2012 at 9:52 AM

Apa maksud penulis - "Bagaimana boleh berlaku begitu, sedangkan satu ketika kami ahli Pas sanggup mati kerana menuntut pelaksanaan hudud. Kami berjuang, berkorban untuk kemenangan Islam kerana mahu lihat orang yang mencuri dipotong tangan, mahu melihat orang yang berzina direjam, mahu melihat orang yang mencipta dan sebar fitnah juga dihukum dan mahu melihat orang yang minum arak disebat."?

Macam pelik je berjuang nak tengok orang mencuri kena potong tangan. Bukankah patutnya berjuang nak tengok tak ada kes kecurian lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 1:30 PM

Apa yang di maksudkan "nak melihat mencuri potong tangan", adalah mereka mahu perlaksanan hukom hudod , hukom islam yang sejati...apa punya bo**...camtu pon takpaham...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 3:10 PM

bro din...sbnrnya anon 9.52 tu faham tp sbb taksub punya pasal buat2 xfaham..ayat mudah mcm tu sukar utk mrk faham apatah lg sesuatu yg lbh sukar dr ayat tersebut...pemikiran tertutup apa blh buat...

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2012 at 3:57 PM

Hati-hati bro dengan pilihan tutur bicara. Bo** saya mungkin juga lebih cerdik dari saudara. Kerana ini blog proUmno, sebarang komen berbaur anti Umno segera dihentam. Tenanglah sikit. Apa yang saya nak tekankan di sini, pada kebanyakan orang Islam, penggunaan bahasa seperti ini mampu memberi pemahaman berbeza. Nampak sangat yang memandu kita bukan akal tapi emosi.

Cuba lihat dalam kebanyakan komen isu perarakan sambutan kristian di Sarawak, dalam Yahoo News baru-baru ni. Lihat juga mana-mana berita berkisar agama. Kebanyakan ulasan bukan Islam banyak berasaskan maksud literal ayat daripada maksud dasar sesuatu hukum. Sebab itu ramai bukan Islam masih tak faham Hudud, maksud sebenar sembelihan, haram dan halal pendapatan kita, etc. Nabi Muhammad s.a.w sendiri menggunakan bahasa yang paling mudah dalam penyampaiannya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 10:04 PM

Saudara putraRahman...

Maaf, saya kurang setuju dgn kenyataan saudara tentang semua manusia telah ditentukan samada akan masuk syurga atau neraka dari awal2 lagi...kalo org itu telah ditentukan utk masuk neraka awal2 lagi oleh Allah...Apakah org itu masih punya peluang utk menjadi penghuni syurga...adakah saudara rasa org itu telah diperlakukan dgn keadilan? Adakah kita mahu mengatakan yg Allah telah berlaku tidak adil kerana telah menetapkan sekian2 org ini utk masuk neraka awal2 lagi sebelum mereka itu sendiri wujud di dunia ini? Pada saya, manusia itu sendiri yg memilih jalan yg mana mahu dikuti...Panduan, contoh teladan dan syiar Islam yg ada pada hari ini adalah pilihan manusia hari ini utk mengikutinya...samada org itu akan menjadi penghuni neraka atau syurga...itu adalah pilihannya sendiri...Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya...Maaf kiranya saya tersilap dalam hal ini...

Yg cetek ilmu...

....................
Reply To This Comment ...................
December 27, 2012 at 10:55 AM

Tak perlulah mengadu dengan bro Din, boleh ajukan pada saya. :-)

Biarlah apa kata orang, taksub atau apa, atau di pihak mana saya ini. Sebabnya politik itu prinsip, kalau dikata macam mana pun silapnya, prinsip itu takkan goyah dalam hati seseorang. Sebab itu, saya utarakan pandangan bukan dari sudut politik, tapi dari sudut pemahaman agama, dan penerimaan orang yang tak pernah dengar tentang Islam. Kita semua, sebenarnya diamanahkan atas setiap apa yang kita lakukan, termasuklah apa yang kita tulis. Kalau salah penulisan kita, salah penerimaan orang, salah jugalah kita.

Daripada semua jawapan saudara, saya yakin yang semua pembaca mampu memberi penjelasan dengan mudah kepada yang bukan Islam, mengapa kita tak boleh makan daging sembelihan bukan Islam, mengapa kita tidak boleh menerima seks bebas, etc. Moga-moga saya pun boleh jadi secerdik semua.

Post a Comment