........... Najib Perlu Mandat Rakyat Untuk Ubah Umno ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Perlu Mandat Rakyat Untuk Ubah Umno ?

Friday, December 7, 20127comments

TMI ( versi Omputeh ) melaporkan kenyataan Najib ketika ditemuramah oleh Malay Mail -

“Jika saya mahu mereformasikan parti, saya perlukan mandat daripada orang ramai. Tanpa mandat daripada pengundi, mana mungkin saya boleh mereformasikan parti?”

Beliau berikrar dalam temu bual itu bahawa dengan mandat kuat, beliau percaya BN benar-benar akan berubah untuk mencerminkan kehendak orang ramai.

“Saya pemimpin mereka dan jika mereka adalah penyokong saya, mereka juga mesti percaya pada saya kerana apa yang saya lakukan bukan untuk saya. Ia adalah untuk rakyat.


“Jika anda tidak berubah, anda akan diubah,” katanya.

Presiden Umno itu juga menyatakan kebimbangan BN akhirnya akan kembali kepada “cara buruk lama,” menunjukkan bahawa landskap politik sudah berubah dengan orang ramai yang mengundi kini lebih sedar tentang hak mereka.

( Saya tak jumpa artikel asal di Malay Mail jadi saya ambil petikan yang saya kira diambil oleh TMI dari sana )

Jujur ni, KALAU saya orang Umno, saya akan sedikit terganggu dengan kenyataan Najib diatas.

Saya tidak pasti apakah blogger pro Umno akan menyiarkan kenyataan Najib itu .... yalah maksud saya, kalau melihat kepada cara lapuran mereka semasa PAU baru ni - TIDAK ADA KRITIKAN LANGSUNG TERHADAP NAJIB - mungkin mereka akan berhati2 sebelum menyiarkannya.

Saya tak nak komen banyak cuma DUA persoalan jer saya nak timbulkan - 

1 - Benarkah Umno perlu diUbah ?

2 - Umno nak jadi BN ke ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 7, 2012 at 4:54 PM

UMNO tak perlu diubah

org2 dlm UMNO tu yg perlu diubah....sesiapa sahaja yg jd nanah, daki, kudis, pisau, gunting waima udang di sebalik batu perlu di sapu jauh dr UMNO

lama2 tgk mcm ada benda pelik dgn DSN ni....perubahan apa yg nak dibuat dgn UMNO...ceciter...ceciter bagi JELAS

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2012 at 5:42 PM

Hmmm... takde blogger yang nak pickup kenyataan Najib ni .... kenapa ek ?

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
December 7, 2012 at 5:49 PM

Najib sial ni memang barua Cina.. dia nak liberalkan UMNO. UMNO bukan lagi pejuang Melayu. Tapi sibuk nak perjuangkan semua bangsa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2012 at 6:05 PM

dsn dh tau yg dia akan diubah next pru nnt..najib tau yg beliau akan disabotaj oleh umno sendiri masa pru kalu tak dicalonkan..najib dh semakin tertekan..org2 pak lah dh ready nak humbankan najib kalu mereka tidak dipilih...najib yg pasti akan diubah..

....................
Reply To This Comment ...................
December 7, 2012 at 7:45 PM

semuga kita semua bermuhasabah diri dan bersama berubah. berubah dari berburuk sangka kepada sentiasa berdoa kepada Allah SWT.

GEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara di TENDANG TERAJANG

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2012 at 9:35 PM

UMNO tiada apa untuk diubah tetapi sikap mereka mereka yang berada didalam UMNO sepatutnya diubah terutamanya pucuk pimpinan. Kembalilah keperjuangan asal UMNO, demi agama, bangsa dan negara. Disebabkan para pemimpin yang rakus, rasuah dan liberal maka UMNO tidak lagi relevan kepada setengah orang Melayu dan senantiasa menjadi musuh kepada parti lawan terutama PAS. Perjuangan UMNO sepatutnya adalah semata mata untuk memperjuangkan bangsa Melayu dari segi bahasa, persekolahan, ekonomi dll. UMNO adalah sebuah parti Melayu dan seMESTInyalah memperjuangkan bangsa Melayu yang beragama Islam berlandaskan hukum. Usah diberikan ruang kepada pehak lawan untuk mencari kesalahan. Jadilah pemimpin contoh kepada bangsa Melayu seluruhnya. Usahlah disimpan kemas didalam peti berkunci hak keistimewaan orang Melayu, keluarkanlah dan gunapakai segala apa yang termaktub didalamnya. Insya Allah bangsa Melayu akan bertaut kembali.

UMNO bukanya BN dan hanyalah komponen BN. Namun memperjuangkan masa hadapan Melayu dengan lebih gemilang dan cermerlang lagi MESTIlah menjadi agenda terpenting untuk UMNO tidak mengira dimana berada. Walaupun Presiden UMNO juga sebagai Perdana Menteri, agenda Melayu MESTIlah tetap dijunjung. Sudah ramai orang orang yang berbangsa Melayu yang kecewa dan hampa dengan SIKAP Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO yang terlalu mengistimewakan orang berbangsa Cina. Kalaulah pengundi Cina boleh menentukan kemenangan BN, maka lupakan sahaja pengundi Melayu yang majoritinya adalah pengundi SETIA.

Justeru, SIKAP pemimpin UMNO yang perlu diUBAH dan UMNO tetap UMNO.

antara_kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 7, 2012 at 9:52 PM

Tak sanggup nak baca interview Malay Mail dengan Najib ni. Takut kecewa.

Post a Comment