........... KingMaker Ibrahim ? Hehehehe ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KingMaker Ibrahim ? Hehehehe ...

Friday, December 14, 201216comments

Kalau ikut kepada speech, memang gempak habis ...... tak kira parti Umno atau Pas atau Dap, mesti terketar2 lutut kalau baca. Kelam kabut mereka akan buat brainstorming bagaimana mahu menangani ancaman / peringatan mamat ni. Macamana nak ambil hati dia ....


"Awak boleh kata saya ‘king maker’ tapi Perkasa mempunyai lebih 300,000 ahli, kalau kita tengok dalam satu daerah ada satu atau dua Parlimen ataupun Dun, kalau di peringkat Dun minimum ahli kita ada 300 hingga 400 ahli atau lebih sampai 1,000 orang, kalau di peringkat Parlimen, ada ahli kita 3,000 hingga 4,000 satu daerah, sudah tentu undi ini sangat penting,"

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, "sebab itu saya nak bagi tahu kepada mana-mana pihak, jangan memperkecilkan Perkasa."

"Jangan fikir undi orang lain saja penting, Perkasa tak penting, nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong tercicir,"

"Pendirian Perkasa ialah kita masih NGO dan kita tidak menyebelahi mana-mana parti politik di negara ini, tetapi kita juga terima hakikat dalam memenuhi agenda Melayu, Bumiputera dan keselamatan negara, kita juga mahu melihat kestabilan politik negara, kita juga berhak mengundi, nak tak nak kita kena tentukan pendirian untuk pilihan raya.

"Walaupun kita tak bertanding sekurang-kurangnya nak pandu ahli-ahli kita kepada siapa kita nak memilih,"

KINGMAKER ..... WOW ! Pihak yang mampu menentukan siapa yang bakal menang atau kalah tanpa mereka sendiri terlibat dalam pertandingan. WOW !

SATU jer saya nak tanya Datuk Ibrahim ........ Datuk tujukan pada SIAPA peringatan diatas ?

Kalau dari awal lagi dah umumkan - Dalam pada itu, kata Ibrahim, Perkasa menyokong Barisan Nasional dalam PRU13 - apa barang nak mengaku sebagai TIDAK BERPIHAK ?

Dua tahun dulu mungkin peringatan diatas mampu buat pemimpin2 parti2 politik yang ada berpeluh, tapi sekarang ........ serius cakap, orang dah tak respek Perkasa !

Saya tak mahu cakap bagi pihak orang lain, bagi diri saya sendiri, sekarang saya lihat Perkasa tidak ada beza pun dari Umno. SENYAP DIA SAMA, ANGGUK DIA PUN SAMA.


Dulu pemimpin Umno sendiri kecut dengan Perkasa. Ingat dua tahun lepas waktu orang Melayu heboh dengan MEB yang diumumkan Najib ...... waktu itu berduyun2 orang Umno sendiri protes dan sokong Perkasa hingga ada bunyi2 yang mahu Perkasa gantikan Umno .. Baik Mca mahupun Dap, dua-dua pun kecut telur bila Perkasa berbunyi. TAPI itu DULU la.

Jangan marah ya orang Perkasa. Saya cuma luahkan apa yang saya rasa. 

Baru ni saya ada berbual dengan seorang pemimpin Perkasa dari Pahang, tak pasti level tinggi mana. Memang boleh tahan la cakapnya. Kalau ikut ceritanya, orang Umno sendiri pun geram dengan Perkasa. Cuma saya tak nampak, tak rasa dan tak terhidu pun keberanian itu dari setiap kenyataan media yang pemimpin2 Perkasa luahkan akhir2 ini.

Persepsi yang saya dapat - pemimpin2 tertinggi Perkasa ikut sama berebut dengan pemimpin2 Umno nak jadi Winnable Candidate Najib !

KingMaker ? Hehehehe ....

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2012 at 7:55 AM

Kingmaker tak ada telor!

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2012 at 8:20 AM

Saya secara peribadi rasa Ibrahim Ali ni sebenarnya nak gertak Dato' Najib ambik dia jadi calun..kononnya dia control undi beribu2..tu style dulu.Bolehlah main game tu.

Ibrahim Ali patutnya sudah2 lah.Bagi lah muka baru jadi calun..kalau ye pun. Ambik muka ahli dari Perkasa kalau selak sangat kata Perkasa control sekian2 votes.
Cukup cukup sudah..

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2012 at 8:39 AM

Hai kak, punyalah lama senyap ..... bila keluar je muka Abang Ibrahim kita, tiba2 keluar suara? :))hehehehe

gurau je kak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2012 at 9:13 AM

saya pnah pegi ke pasir mas kelantan. dan pnah juga bersembang ngan penduduknya, bila sy bertanya tentang ibrahim ali, penduduk pasir mas cukup respect beliau. kata mereka ibrahim ali ni jenis ahli parlimen yg buat keje dan rapat ngan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2012 at 10:05 AM

kalau dulu, baru ditubuhkan, saya sangat sanjung dengan perjuanganya. rasa rasakan inilah satu satunya NGO Melayu yang mampu memartabatkan agama, bangsa dan negara. saya masih ingat lagi, sewaktu menyampaikan penerangan ditempat saya, sambil merekrut ahli baru, semangat yang ditunjukkan oleh penceramah penceramahnya sangat dikagumi. issue hangat yang diperingatkan ialah perlembagaan HAK KEISTIMEWAAN ORANG ORANG MELAYU, siap dengan akta dan sejarahnya. saya turut mendaftar sebagai ahli tapi hingga sekarang kad keahlianya masih belum diperolehi lagi. sudah lebih kurang tiga tahun saya rasa. tak berapa lama lepas tuh, Perkasa senyap dan sunyi dan seolah olah hilang tanpa berita. dekat PRU, baru kedengaran untuk memperomosikan diri sebagai winnable candidate. terbaca saja artikel ini, dengan kenyataan tidak berpehak mana mana parti, saya terus teringatkan pengumumanya menyokong BN. tapi malang sungguh, setelah seterusnya saya membaca, penulis telah mencuri apa yang ada dikepala hotak saya. namum sememangnya benar belaiu telah mengumumkan bahawa Perkasa menyokong BN.

antara_kita

....................
Reply To This Comment ...................
Ahli Perkasa dan pengundi UMNO
December 14, 2012 at 10:43 AM

Ibrahim ali memberi petanda kepada PKR dan PAS serta DAP supaya tidak mengenepikan agenda Pribumi yang masih releven khususnya di Sabah Sarawak dan rural Semenanjung dan tidak ketinggalan di kawasan urban tertentu.

Harus diingat bahawa Perkasa sudah membuat resolusi untuk menyokong Barisan Nasional berasaskan kesinambungan perjuangan UMNO untuk membela kaum Pribumi.

Namun harus diingat bahawa dalam UMNO sudah ada puak-puak liberal seperti Khairy, Norjazlan, Saifuddin dll yang mula berkompromi dalam membela nasib orang Melayu khususynya. peringatan ini turut penting.

Harap jangan diperlekehkan mesej Ibrahim Ali kerana ianya keluar dari Ibrahim Ali, tetapi dilihat dengan lebih serius dan strategik.

Perkasa muncul kerana suara Pemuda UMNO sudah pudar dan jadi lemah dalam memperjuangkan Melayu.

Malah Ketua Pemuda UMNO mahu lebih menjadi Ketua Pemuda BN dan lebih utamakan menjaga hati MCA dan Gerakan dari turut sama menengahkan agenda UMNO dalam perkara 3 perlembagaan UMNO.

Keperluan timbul untuk satu suara yang lebih tegas dan berani dalam mengimbangi suara-suara DOng Zong, Hindraf, Hua Zhou, dll.

Kalau Ibrahim Ali tidak sesuai, siapa lagi yang berani? Bukankah sepatutnya peranan ini dimainkan oleh anak2 muda seperti saudara dan bukan hanya syok dalam dunia maya yang bukan dunia realiti?

Samada ahli Perkasa akan mengundi berdasarkan arah perjuangan Perkasa, kita tidak tahu lagi. Namun begitu, mahukah anda jika 300,000 ahli Perkasa dan potensi pengundi UMNO ini protes dengan tidak mengundi?

Harus diingat kepimpinan UMNO kelihatan bertambah hari bertambah lemah dan polisi kerajaan nampaknya asyik berkompromi dalam hal kepentingan bangsa dan ini tidak lagi disebut ketirisan yang dulu, kini dan ....?

Lebih parah jika ahli-ahli perkasa yang sebahagian besar bukan ahli atau orang UMNO hilang kepercayaan dan terus tidak mahu lagi memberi UMNO peluang dan mengundi kumpulan lain. Hari ini tiada kumpulan lain dari UMNO, tetapi bagaimana ada muncul pula?

Oleh itu, buanglah sikap angkuh UMNO saudara!

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2012 at 11:01 AM

Hehehe..:))

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2012 at 11:09 AM

Assalamualaikum tuan.

Teringat peribahasa : 'Ayam bertelor sebiji ; riuh sekampong. Soalnya orang dah mempersoalkan...betulkah ada telor? :P

Tak ada maknanya isytihar diri sebagai 'Kingmaker' padahal kedudukan sendiri pun tidak terjamin. Dulu bukan kah jalak lenteng ini menumpang reban pentas PAS?

Nampaknya PRU kali ke 13 ini, nak bertenggek dimana pulak ye?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2012 at 1:00 PM

apa kata brahing arahkankan 300000 ahli perkasa tu jgn keluar mengundi...pasti umno kehilangan 300000 undi kerana semua ahli perkasa adalah ahli umno..hahahhaah...ni semua trick nak jadi calon la..umno pasir mas dh reject mamat ni.hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2012 at 1:59 PM

WOW,seandainya benar bagai dikata, seharusnya pengundi Pasir Mas beri mesej kepada Najib supaya dilantik Ibrahim jadi WC proksi Umno dan menangkan beliau !

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2012 at 2:00 PM

Nampaknya saya tak keseorangan ... TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2012 at 2:06 PM

Komen saudara SAMA seperti pemimpin Perkasa dari Pahang saya sebut diatas. MASALAHNYA semua itu hanya cakap2 belakang, cakap2 depan saya tak dengar pun ?

Sekiranya benar komen saudara, ternyata ia hanya berlegar sesama sendiri, orang luar tak tahu / tak dengar. Makna kata - SYOK SENDIRI.

Sikap angkuh Umno saya ? hehehehe..... Umno sendiri tunggu masa dan peluang nak sekeh kepala saya !

Apapun TerimaKasih diatas komen ikhlas saudara, sekurang2nya kita baca pandangan ahli Perkasa.

Oya, saya juga ada mohon jadi ahli Perkasa dulu tapi sampai sekarang tak berjawab.

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2012 at 2:09 PM

Ya, itu baru betul. Jangan umumkan lagi baru suara kita ada nilai pengaruh. Kita nak pastikan Umno ikut nasihat kita tapi awal2 lagi dah umum akan sokong- APA BARANG ?

....................
Reply To This Comment ...................
December 14, 2012 at 2:15 PM

Sorang lagi yang lama tak muncul tapi bila gambar Ibrahim keluar, jadi sensitif juga dia hehehehe

Lama tak nampak tuan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2012 at 9:15 PM

Ibrahim Ali ibarat lilin yang membakar diri. Sanggup berdepan dengan segala tohmahan dari puak-puak liberal PKR, DAP & PAS demi memperkatakan kebenaran. Saya respek beliau dan menyokong perjuangan perkasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 14, 2012 at 9:19 PM

Din, cuba buat liputan semua kes-kes (saman menyaman) mahkamah yang nampaknya akhir-akhir ni memihak kepada pembangkang. Bila tengok nama hakim yang terbabit, saya berfikir, no wonder diaorang menang.

Post a Comment