........... Kes Datuk Yahya DiHalau DBKL - WHAT THE FUCK ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kes Datuk Yahya DiHalau DBKL - WHAT THE FUCK ? ?

Tuesday, December 11, 201212comments


Saya ingin merujuk kepada kes Datuk Yahya Sulung yang menerima notis KELUAR RUMAH @ DIHALAU keluar dari rumah flet Bandar Baru Sentul mereka dari DBKL kerana kegagalan membayar tunggakan sewa rumah 8 bulan sebanyak RM800 @ RM100 sebulan. ( KLiK )

Saya macam tak percaya berita itu ..... Bayangkan kalau cerita itu tidak disiarkan oleh media, atau penyewa BUKAN golongan artis, .... apakah pasangan orang tua itu benar2 akan kena HALAU KELUAR dari rumah ? 

HALLO ! Bukan ke orang Melayu sekarang dah KAYA ? Dah BERJAYA sehingga pemimpin  Melayu sendiri berkira2 hendak menghapuskan Kuota Bumiputera ,,, TIDAK PERLU DAH SEMUA TUH ! Kantung BaitulMal juga MELIMPAHRUAH ....tak reti dah nak beri kepada siapa DALAM NEGARA ... ketahap berkira2 hendak beri sumbangan diperingkat GLOBAL pula...

BLA BLA BLA ....... tup tup hari ni saya baca seorang yang dianugerah pangkat Datuk bersama isterinya mahu dihalau keluar dari rumah kerana tidak mampu bayar sewa RM100 sebulan selama 8 bulan ...... Tuan rumah pula agensi kerajaan DBKL.

Macam tak percaya la ........

Ingat tahun lepas waktu kes Murtad DUMC heboh diperkatakan dan topik paling hangat adalah - Kenapa mereka2 itu tidak dibantu oleh pihak yang telah diberi tanggungjawab untuk bantu ? Ramailah yang marah2 dan beri teguran kepada pihak BaitulMal yang KAYA RAYA supaya KELUAR dari bangunan moden beraircond ke lapangan dan CARI  mereka yang perlukan bantuan BUKANNYA duduk menunggu orang datang merayu bantuan dipejabat,

Keluar dan cari itu zaman dulu .... itu satu bentuk perumpamaan walaupun masih relevan dan boleh dipraktiskan lagi. Zaman sekarang dimana segalanya menggunakan komputer berjalur lebar atau sempit sekalipun, kita mampu keluar walaupun jasad masih dalam pejabat beraircond.

Saya gunakan contoh Datuk Yahya diatas ..... seharusnya kes2 sebegini mendapat perhatian INGIN BANTU bukannya INGIN HALAU ! Ya, DBKL mungkin bukan agensi welfare tapi DBKL mampu rujuk kes2 sebegitu kepada agensi welfare yang ada.

Kalau tak mahu bantu atau tak mampu nak bantu pun..... KENA KE HALAU ? Kenapa tak rujuk kepada pihak yang mampu dan tugas mereka untuk bantu ? JANGAN LEPAS TANGAN !

Kenapa tidak kes2 sebegitu secara otomatik membunyikan alarm atau menaikkan bendera merah untuk menarik sesiapa beri perhatian ?

UBAH .... dari SOP MAHU HALAU kepada SOP BAGAIMANA MAHU BANTU !

Seharusnya wujud satu file dimana mereka yang bermasalah seperti itu secara OTOMATIS nama mereka masuk dalam list dan kes2 mereka secara OTOMATIS tiba kepihak2 tertentu seperti BaitulMal untuk diberi perhatian sewajarnya.

Begitu juga agensi2 lain yang mampu detect mereka yang bermasalah seperti TNB dan pembekal air. 

JADI PROAKTIF bukan duduk tunggu orang datang merayu. Dalam kes Datuk Yahya, dah keluar media pun mungkin pihak2 berwajib masih menunggu arahan dari bos atau pun menunggu Datuk Yahya sendiri masuk kepejabat mereka untuk isi borang memohon bantuan baru lah hendak dipertimbangkan apakah wajar beliau diberi bantuan.... kan ?

BAGAIMAN PULA DENGAN KES-KES LAIN YANG TIDAK MENDAPAT PERHATIAN MEDIA ?

PS - Luahan ketika masih geram ....

PS2 5:30pm - Bayangkan senario ni - Satu panggilan talipon atau kunjungan rumah -

Assalamualaikum .... saya dari XXX, saya dapat lapuran berkomputer dari DBKL yang menunjukkan tuan berdepan tunggakan sewa 8 bulan ..... Tuan ada apa-apa masalah yang boleh kami bantu ?

KAN CANTIIIIIK BEGITU .... 

TERKINI 12/12 - Datuk Yahya Dibantu BaitulMal 

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 5:14 PM

Ingat bro, birokrat di DBKL itu bukan semuanya golongan atas pagar. kalau tak silap lebih ramai beranutan pembangkang dari golongan neutral. mungkin kes ini sengaja dibuat untuk mencemarkan nama baik DBKL itu sendiri?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 6:05 PM

MP mana yang teramai di Wilayah Persekutuan? Tidakkah kes sebegini juga bawah bidang kebajikan seorang MP?

Makanya takkanlah dalam ramai-ramai itu seorang pun tak ada keperihatinan untuk membantu seorang warga emas yang memerlukan?

Kalau lagu nih, apa maknanya laungan-laungan negara berkebajikan kalau kes sebegini MP pembangkang seolah-olah hendak sapu ianya bawah karpet.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 6:20 PM

inilah namanya ketuanan melayu..cakap bergegar dlm pau hari tu..hidup melayu!!!..ternyata ramai lagi yg memerlukan bantuan dr kerajaan.ramai lg melayu yg miskin bandar..drpd habiskan duit bantu rakyat luar..baik kita bantu rakyat kita sendiri..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 7:14 PM

inilah antara sebab kenapa Melayu harus kekal jadi pemerintah, iaitu untuk pastikan bukan saja perumahan rakyat bandar terus didirikan tetapi untuk pastikan Melayu tidak di'halau' secara halus sebagaimana di Pulau Mutiara apabila kerajaan Kim Guan sengaja tidak membina rumah pangsa. ada nampak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 7:25 PM

Apa salhnya klau dbkl rujuk kes ni ke pusat zakat ! Bknkh pusat zakat wp bnyk duit zakat ,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 7:39 PM

Sememangnya benar BaitulMal banyak duit dan malang sekali tidak diketahui kemana disalurkan wang semua tuh. Gejala seperti ini berlaku dimana mana saya kira dan sangat dikesalkan seolah olah mereka mereka disitu tidak langsung berasa bertanggungjawab untuk memperbaiki nasib orang orang Melayu yang beragama Islam. Segala galanya mereka menunggu pehak kerajaan untuk menyelesaikan. Mereka bekerja semata mata bergantung kepada aduan dan sentiasa mengambilkira pihak masjid, sidang dan JKKK yang akan mengadukan kepada mereka kiranya bantuan diperlukan. Jika sekiranya masjid, siding dan JKKK tidak menjalankan tugas, mangsa akan terus merana dan apabila menjadi parah, barulah masing masing bangun, itu pun akan menggunakan arahan atas arahan.

Diperingkat inilah, perkara yang selalu kita dengar, mubaligh kristian mengambil alih tugas. Diatas desakan hidup, bagi mereka yang imanya lemah akan terpedaya. Saya yakin semua peringkat orang Islam faham akan peranan mubaligh kristian didalam mengembangkan ajaran mereka dan sentiasa mengambil peluang atas keadaan sebegini. Persoalanya kenapa tidak dilakukan tindakan pro aktif?

Saperti kata penulis, perhubungan letronik yang canggih boleh digunakan untuk mempermudahkan kerja. Pendekata tak payah turun naik pejabat dan hanya bekerja dari pejabat sahaja. Mengapa pula tidak dilaksanakan? Adakah hendak menunggu sehingga pehak atasan mengajarkan caranya?

Antara_kita

....................
Reply To This Comment ...................
KA
December 11, 2012 at 7:41 PM

tu lah kan. Boleh je kalau nak bantu. Kes penyewa dkt klcc tu mcm mana plak Din? Dah settle ke?

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2012 at 7:43 PM

KLCC ? Hari Sabtu nanti :)

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 11, 2012 at 9:57 PM

dekat mana2 agensi, masalah HATI KERING ni mmg berleluasa.....kerapkali mereka yg BERKUASA mengeluarkan arahan ni LUPA utk memandang ke bawah...disebabkan sudah HIDUP SENANG....rakyat marhaen ni umpama antara wujud atau tak

aku tak kira la mereka sokong mana2 pihak....tapi ingat TUGAS tu jgn terlalu ikut prosedur.....kadang2 kena juga gunakan HATI & PERASAAN

spt yg bro DT nyatakan, ketuk pintu tanya masalah dulu...bukan bg surat & blah...ni org atas kena minta anak buah praktikkan.....jgn buat dono je.

PS: dah selalu jumpa org atasan mcm ni....bila bg pandangan mengelak...kalau x nak galas tanggungjawab tu...bg je org lain....elaun, nama, pangkat nak...tanggungjawab HANCUR!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2012 at 11:10 PM

Sepatutnya masalah ini sudah lama dicadangkan jalan penyelesaiannya jika di DBKL tu ada unit rujukan atau unit kaunseling. Mereka boleh bawa berbincang dan cadangkan jalan penyelesaian kepada mangsa keadaan macam ni.

Salah satu jalan penyelesaiannya ialah dirujuk kes Datuk Yahya ni kepada pemimpin UMNO. Berapalah sangat harga sebuah rumah kos rendah untuk diberikan kepada Datuk Yahya Sulong. Datuk Yahya Sulong bukan orang biasa. Dia ada jasanya kepada rakyat negara ini dalam bentuknya tersendiri.

Kes Datuk Yahya Sulong ni boleh juga dijadikan panduan dan contoh kepada golongan artis kita supaya pandai dan bijak menguruskan kewangan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2012 at 12:19 AM

salam,

kebanyakan pekerja makan gaji. tak ada power. ikut arahan lebih mudah daripada kena fikir macam nak buat kerja. tu yg banyak berlaku sekarang ni. kita kena bagi arahan, baru buat kerja. kalu setakat cakap je, tak jalan.

bila dah ada power, nak tunjuk kuasa la pulak. tu yg berlaku macam tu. saya ikut arahan, encik kena keluar hari ni juga. saya tak tahu. boss saya kata, encik kena keluar kerana tak bayar sewa 8 bulan. tak ada duit, saya bukan bank nak kasi duit. boss suruh encik keluar. saya ikut arahan. kalu tidak boss marah. boss kata KPI kena jaga. KPI boss, semua penyewa kena bayar. tak ada tunggakan. Pemandu akan tanya boss, kenapa ada tunggakan sewa. kenapa tak kutip. KPI boss jatuh markah prestasi dan boss tak boleh naik pangkat lebih cepat. audit pun akan tanya, kenapa berlaku tunggakan? kenapa tak selesaikan ? dalam dbkl ada jabatan kebajikan orang ramai ke? datuk yahya tak pi jabatan kebajikan masyarakat? tak minta tolong persatuan ? persatuan kan dah dapat bantuan untuk kasi pencen sama artis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2012 at 10:08 AM

KALAU MAKAN GAJI BUTA, MEMANG PATUT KENA MAKIHAMUN JE.

TAPI PEKERJA BAWAHAN ADA SOP YANG KENA DIPATUHI. UNSUR2 BIROKRASI INILAH YANG SELALU MERENCATKAN TINDAKAN2 AGENSI2 YANG BERKAITAN.

Post a Comment