........... Kes Aminulrasyid - Khalid Tak Perlu Cari Publisiti Murahan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kes Aminulrasyid - Khalid Tak Perlu Cari Publisiti Murahan

Saturday, December 8, 201216comments


Saya keliru baca tajuk artikel Sinar ni - Desak Koperal Jenain mohon maaf secara terbuka  ...“Dia (Jenain) perlu datang berjumpa, bersemuka dan meminta maaf dengan kami, terutamanya ibu. Kami hendak dengar dari mulut dia sendiri, apa sebenarnya berlaku pada malam tersebut,”

Kemudian terperasan mamat berjambang dalam gambar tu .... laaaa... MP Khalid pun menyibuk ! 

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang hadir di sidang media tersebut, berkata, pihak Peguam Negara mesti menyemak dan melihat semula keputusan mahkamah berkenaan.

Rabu lalu - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menerima rayuan Koperal Jenain Subi dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu. Sinar

Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.

 Jika anda teliti apa yang diucap oleh kakak simangsa .... ' apa sebenarnya yang berlaku pada malam tersebut ' tidakkah bunyinya seperti ada penipuan fakta sepanjang kes didengarkan dalam mahkamah ?

Blogger Rbf ada menulis tentang perkara ini semalam - Jangan Sampai Simpati Bertukar Jadi Menyampah

Kita ada prosedur undang2 dan saluran tertentu bagi rakyat mendapatkan keadilan dan hak mereka. Sebagai wakil parlimen, Khalid sekiranya ikhlas mahu menolong mangsa, berusaha mengikut saluran yang ada. Selaku ahli parlimen Khalid mampu tolong mempercepatkan proses itu ..... BUKANNYA mensensasikan kes ini serta memberi gambaran seolah wujud ketidakadilan dipihak mahkamah.

Saya harap kes ini TIDAK DIPOLITIKKAN kerana saya tidak nampak ada sebarang unsur politik terlibat. Kecuali Khalid sengaja mahu mengambil kesempatan menggunakan keluarga mangsa bagi mencari publisiti murahan. 

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2012 at 12:10 PM

Terimalah Fakta.. Jangan berlindung disebalik Politik Sandiwara. Memang betul ramai yang waras.. dah lama menyampah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2012 at 1:05 PM

Sudah sudahlah. Sendiri tak pandai didik anak keluar malam curi2 bawak kereta bawah umur pula...bila terjadi angkara nak salahkan orang pula?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2012 at 3:00 PM

yerkkk....annoying plk tiba2...redha lh makcik...dh mmg mcmtu suratan anak makcik..untung dia mati awal dosa xbanyak...kalu dia besar jd budak jahat,xsmbayang,merempit sana sini,bwk kereta laju2,etc kan lagi kesian tanggung dosa banyak,,tuhan buat semua ni ad sebab,,pcyalah hikmahnye...adoyai makcik ooo makcik,,,,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2012 at 3:45 PM

NI KELUARGA TAKDE RASA TANGGUNGJAWAB. ASYIK NAK SALAHKAN ORANG LAIN WALHAL MEREKA LAH PUNCA KEPADA INSIDEN ITU. JIKA MEREKA JENIS YANG BERTANGGUNGJAWAB, SUDAH TENTU ARWAH TIDAK DAPAT BAWA KERETA (SUDAH PASTI BAWA KERETA BUKAN KALI PERTAMA SEWAKTU INSIDEN), JIKA TAK DAPAT BAWA KERETA, SUDAH TENTU TAK KENA TEMBAK..IKUT LOGIK PUN KITA DAH TAHU KELUARGA ARWAH ADALAH PUNCA KEPADA MASALAH INI.

SEKARANG NAK TUDING JARI KAT ORANG LAIN PULAK? MENYAMPAH!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2012 at 3:45 PM

biasalah PAS memang pakar dlm carik publisiti murahan melibatkan org mati nie...sbb tu dia suka doa kemusnahan org lain...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2012 at 8:23 PM

Keluarga tu kira bernasib baik bila pihak berkuasa x kenakan tindakan undang2 pd mereka atas kesalahan arwah tu bawak kereta tanpa lesen, langgar kenderaan org sebelum bertembung dgn polis dan melarikan diri bila polis suh berhenti. Meluat sungguh, salah anak sendiri x nak akui, nak salahkan pihak berkuasa pulak. Bawak2 la istighfar, redha itu lebih baik.

AJ

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2012 at 9:49 PM

Tak habis2 keluarga ni nak memanjangkan cerita. Cukup cukup sudah. Benda yang dah lepas tu usah dikenang lagi. Koperal Jenain tak perlu mintak maaf pun kerana dari awal lagi beliau memang tidak bersalah.

Tapi jika keluarga ni nak mendesak juga, saya cadangkan supaya mereka ni didakwa atas pertuduhan cuai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga. Dalam masa yang sama, tuduhan juga dikenakan atas sebab membenarkan seorang budak membawa kereta tanpa lesen. Biarlah mereka ini didakwa di mahkamah sebagai iktibar kepada ibubapa yang lain supaya sentiasa mengawasi anak-anak terutamanya yang sedang meningkat ke usia remaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2012 at 10:32 PM

Betulgak tu. Nasib baik depa tak kena charge atas kecuaian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2012 at 11:27 PM

memaafkan itu baik pada kita..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 8, 2012 at 11:48 PM

Kerana seorang budak yang keluar malam memandu Tanpa lesen dan engkar arahan polis untuk berhenti hingga polis terpaksa bertindak telah menyebabkan keluarga, mak ayah, isteri Dan anak seorang Anggota polis berpangkat rendah telah terseksa jiwa Dan raga ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 9, 2012 at 9:56 AM

keluarga tu asyik sibuk pikir anak dia yg dah mati, tak terpikir ker dia tentang kesedihan dan tekanan anak2 koperal tu, bila bapa mereka di tuduh sedemikian rupa ketika menjalankan tugas. Ikut logik akal, Koperal tu bukan kenal pun keluarga si mati SEBELUM tu, apa hal lak koperal tu saja2 nak tembak budak tu.
Kalulah budak tu terlanggar anak MP Khalid sampai mati ketika kejadian ?? so, nak kata apa ?? tak kan keluarga budak ni nak kata ,anak MP tu yg bodoh sbb tak pandai elak bila nampak "kete pinjam" anak dia yg tgh pandu laju ????
Kalu di tanya 10 org yg bukan org politik, rasa2 nya 10 10 kata budak tu sendiri yg cari penyakit.
Bagi aku, org politik "murahan" mcm MP Khalid ni dah berfikiran lebih BODOH dari BINATANG

....................
Reply To This Comment ...................
December 9, 2012 at 5:37 PM

Ya, saya setuju dengan para pengomen - Kesalahan lebih berat dibahu keluarga mangsa. Jika ada pemantauan dan disiplin, kejadian itu mungkin dapat dielakkan. Tak usahlah menuding jari mencari kambing hitam.

Sudah2la, redholah dengan pemergian arwah.

Adalah lebih baik jika keluarga mangsa dapat bekerjasama dengan kerajaan bagi menyedarkan para ibubapa supaya lebih mengambil berat perilaku anak2 remaja, tolong cegah dari berulang.

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2012 at 10:48 AM

Saya ketengahkan pandangan saya, tak lama selepas kejadian berlaku. Minta maaflah panjang lebar.

http://kolekkecil.blogspot.com/2010/07/assalamualaikum-w.html

Dahulu, ketika saya bersekolah pelbagai jenis denda yang dikenakan terhadap saya atas kesalahan yang saya lakukan. Pembaris kayu, besi, rotan, paip getah antara medium penyampai mesej betapa sesuatu tindakan saya itu adalah satu kesalahan. Tak cukup dengan itu, denda secara konsisten juga dikenakan. Sujud 45 minit, duduk separuh dan pelbagai lagi. Dan apa yang dikenakan terhadap saya disokong oleh ibu dan ayah saya. Bahkan mereka mengucapkan terima kasih kepada guru yang memberi saya pengajaran sedemikian. Hari ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru saya. Jasa anda tidak ternilai.

Sehinggalah ketika berlakunya beberapa kes, guru menyebabkan kecederaan anak murid dan mendapat bangkangan daripada ibubapa. Ia semakin merebak ibarat wabak yang tidak terkawal. Bagaikan bermusim, semua tindakan guru dipersalahkan. Hinggakan kesalahan beberapa tahun lalu juga diungkit semula. Guru disaman, diminta memohon maaf secara terbuka, sekolah dilabel dengan status kurang baik dan sebagainya. Impaknya kini, institusi perguruan hanya dipandang sebagai satu medan peluang pekerjaan dan bukannya ruang untuk mendidik anak bangsa. Jadi guru gaji tinggi, cuti sekolah panjang. Kurang amat ungkapan "Jadi guru mulia sebab jasa mendidik anak bangsa." Tindakan guru dihadkan. Ibubapa melihat sebarang denda sebagai penderaan. Tafisran ini dibuat akibat daripada pemula kes awal yang semakin merebak. Tiada lagi kepercayaan total di dalam hal ini.

Lagi sambungannya di dalam link yang saya berikan...

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2012 at 10:49 AM

Pembangkang kalau hal mahkamah yg tidak menyebelahi mereka,mereka tanpa malu dn segan menghina segala tindakan mahkamah.Tgk mcm Khalid Samad ni.Tak pasal2 dia plak tlg jd jurucakap family ni yg terang2 menghina mahkamah!Kalau tak puas hati guna saluran betul!

Masa kes Saiful dulu,bila dgr jer Saiful dn keluarga nk merayu,pencacai2 nuar ni tanpa malu menyalak pd Saiful dn pihak AG suapaya tiada rayuan dibuat.Konon segala rayuan AKAN MEMBUANG MASA RAKYAT!

Mmg bangsat dn celaka sungguh pencacai PR!

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2012 at 10:58 AM

Mungkin kurang sesuai untuk terus memberikan komen atas keluarga. Apa pula tindakan kita kalau jadi pada kita, jadi saya komen pada perkembangan masyarakat, mengikut pemahaman dan pengamatan saya.

Yang pasti, mari kita didik anak kita supaya mematuhi undang-undang, tidak memandu laju, jangan tembak pistol sesuka hati, jangan spray AES, jangan join demonstrasi, jangan pijak bendera, jangan makan rasuah, jangan doakan keburukan orang dan jangan murtadkan orang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2012 at 1:53 PM

pada saya komen ibu arwah tu ada asasnya..naluri keibuannya tetap kuat walaupun dah 2 tahun berlalu dan amat malang sekali isu ini dah disensasikan oleh khalid samad. Harap tukang komen yang lain beri pendapat yang lebih 'dewasa' serta berpada-pada dan bukannya memperlekehkan ibu dan keluarga arwah...mgkin kalau perkara yang sama berlaku kepada anak atau keluarga tukang komen yang amat bijaksana seperti anon 9.56, 9.49, 8.23, 1.05 dll, mgkin mereka akan lebih faham maksud saya...

Alfatihah buat allahyarham Amirul dan kepada Koperal Jenain...hanya kamu lebih tahu apa yang tersurat dan tersirat didalam hati kamu ketika kamu melepaskan tembakan...

Jimizul

Post a Comment