........... Kecoh Gombak Mengalihkan Perhatian Dari SiPenjual Karpet ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kecoh Gombak Mengalihkan Perhatian Dari SiPenjual Karpet ?

Wednesday, December 5, 20123comments


Pagi ini heboh para pencacai PR memperkatakan tentang SERANGAN GANAZZZZ puak Umno terhadap ceramah PR yang dihadiri oleh Anwar semalam di Gombak. Siap baling batu, selipar, KELAPA .... ada yang kena tikam, pecah kepala ..... memang ganazzz bunyinya.



Mereka tidak pula melapurkan kecederaan dipihak lawan, hanya menokok tambah darjah keganasan yang berlaku....

Mangsa tikaman
Mangsa Kepala Luka
Mangsa Balingan Kelapa ?
Malas saya nak layan cerita2 gempak yang sentiasa mengikuti kemana saja Anwar pergi.... Biarlah Polis siasat dulu .... cuma dalam apajua kes perkara pertama yang harus kita fikirkan adalah - Pihak manakah yang bakal mendapat Keuntungan dari Berita Seumpama ini ?

Semalam saya perasan dunia agak sunyi dipihak pencacai PR tatkala para bloggers proUmno memainkan isu Anwar yang KANTOI sebagai dalang dalam kenyataan sipenjual karpet yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes yang tidak ada kena mengena dengan Najib maupun Rosmah !


Klik PapaGomo untuk Pendedahan Eksklusif




Juga baca artikel  Deepak: Anwar Reka Drama Sempena PAU 2012 dari MyKMU yang ditulis SEBELUM video didedahkan. 

Bendanya jelas, terlalu keanak2an .... cuma perlu BUKTI saja untuk disahihkan dan kemunculan bukti itu dalam bentuk pengakuan bervideo Deepak menghentikan terus momentum serangan Penjual Karpet oleh media PR.
  .
Dan alih2 pagi tadi media PR serentak memainkan isu serangan diGombak secara besar2an ........


Aik, tak mahu sambung cerita SiPenjual Karpet dah ke ?


PS - Mengenai kekecohan di Gombak itu, saya teringat laporan teman blogger yang melaporkan kenyataan seorang pemimpin Pkr Cina disebuah ceramah di Kulai, Johor beberapa bulan lepas -

Kata Jui Meng; orang UMNO takutkan orang Cina akan berlaku satu lagi peristiwa 13 Mei, tapi sekarang Cina dah tak takut dengan Melayu. Sekarang Melayu UMNO dah takut dengan Cina. Kalau berlakupun pergaduhan, bukannya Cina bergaduh dengan Melayu, tetapi Melayu akan bergaduh dengan Melayu....PAS dan Melayu PKR tepuk tangan!!! KLiK

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 5, 2012 at 7:15 PM

tapi pelik jugak umno ni..dimana ada ceramah pr disitu jugaklah umno nak buat aktiviti.kemudian akn terjadi provokasi dan pasti akan pergaduhan tercetus.mengapa pemuda umno begitu bebal smpai boleh terpikirkan nak buat mcm tu.adakah kerana terdesak?..ternyata isu ni memberi point pd pr..tahniah pemuda umno...cuma jgn smpai kesabaran pemuda pas smpai batasan...

....................
Reply To This Comment ...................
December 5, 2012 at 7:52 PM

Inilah bahana kalau kita dedahkan kejahatan anwar, pasti dia akan buat provokasi atau huru-harakan keadaan. Dah banyak kali kita dok perhati. Bila saja tembelangnya pecah, pasti akan ada satu kerja buat dia, seolah2 memberi amaran supaya jangan kita bagi malukan dia.
Tapi anwar, kuasa anda terhad, keupayaan anda tidak kemana....... Kebenaran pasti mengatasi kebatilan.

....................
Reply To This Comment ...................
December 6, 2012 at 6:18 AM

Betullah cakap jui meng tu.Melayu akan berbunuh sama Melayu,cina tepuk tangan.Ini belum pru lagi dah main pisau2.Esok kalau dah pru pasti 10 kali lebih hangat lagi.Tak mustahil Melayu sama Melayu yang terlebih pandai ni akan berparang.Kalau sampai berbunuhan tak tahulah mati katak ke mati apa.

Pemuda umno cuba jangan cari pasal,tak kiralah apa alasannya.Mungkin pemuda umno betul tapi kita tahu permainan pembangkang,diorang memang sengaja pasang perangkap buat ceramah di tempat lawan.Biarkan aje.Kalau nak balas buat pula ceramah depan markaz diorang,tengok diorang mengamuk ke tidak.

Post a Comment