........... Kalimah Allah - TAHNIAH Umno dan Pas ... Tapi Selama Mana ? ( LuahanKu - Harap Baca ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - TAHNIAH Umno dan Pas ... Tapi Selama Mana ? ( LuahanKu - Harap Baca )

Thursday, December 27, 20125comments

Melihat kepada perkembangan terkini dalam isu Kalimah Allah yang dicetuskan kembali oleh Lim Guan Eng melalui Perutusan Hari Krismas beliau, hati saya beraasa sejuk. Sebab setelah sekian lama, baru kedengaran suara dari Umno BERSAMA Pas bersatu suara dalam membantah penggunaan kalimah Allah dalam Bible bagi tujuan pengedaran di negara kita.

Buat masa ini saya percaya komen2 yang saya baca dalam media adalah ikhlas, bantahan yang disuarakan datang dari hati dan BUKAN kerana faktor politik. Atas dasar itu - TAHNIAH !

Cuma satu perkara yang saya risau ...... 

Dipihak Pas, apakah pendirian anda semua akan berubah sekiranya Nik Aziz tampil dengan kenyataan yang beliau tidak punya masalah dengan penggunaan Allah dalam Bible ?

Dipihak Umno, apakah bantahan anda tetap berkemundang sekiranya Najib keluarkan kenyataan yang Bible untuk pasaran Sabah Sarawak dibenarkan mengguna nama Allah dan begitu juga diSemenanjung tertakluk kepada syarat ? 

Saya cuma nak mengingatkan anda semua kepada senario semasa Pilihanraya Sarawak awal tahun lepas dimana isu sama berlaku ....... tapi TIDAK KEDENGARAN suara2 protes sepertimana sekarang. Mungkin ada yang tidak perasan persamaannya sebab waktu itu isunya menggunakan nama lain, yakni alKitab dalam Bahasa Melayu dan sekarang isunya adalah kalimah Allah dalam Bible.

Kalau tak silap saya la, KEDUANYA ADALAH SAMA !

Penggunaan kalimah Allah dalam Bible merujuk kepada Bible yang diimport dari Indonesia menggunakan bahasa Melayu dimana kalimah Allah digunakan sebagai gantinama Tuhan Kristian. 

Nah, tidakkah SAMA isunya ?

Apakah anda semua sudah lupa bagaimana pemimpin2 Pas bersekongkol bersama Dap yang memihak kepada gereja dalam isu alKitab waktu itu ? Dimana kenyataan resmi Pas melalui Ketua Penerangannya Tuan Ibrahim yang menyatakan Bible Bahasa Melayu ( atau alKitab ) harus menggantikan istilah God dengan Tuhan ( yakni tidak boleh guna Allah ) waktu itu ?

Apakah anda semua sudah lupa bagaimana Idris Jala yang bertindak atas nama Putrajaya menawarkan Formula 10 perkara bagi mengambil hati pihak gereja beberapa hari sebelum pembuangan undi Sarawak dan antaranya pihak gereja BEBAS untuk mencetak / membawa masuk alKitab ke Sabah Sarawak dan untuk Semenanjung dikenakan sedikit syarat namun pergerakan alKitab bebas antara Sabah/Sarawak dan Semenanjung ? ( KLiK dan semak juga artikel2 lain yang saya tulis pada waktu itu dengan katakunci alKitab)  Dimana suara Umno, para ulama termasuk UFB waktu itu ?

Apakah ada perbezaan isu kalimah Allah dengan isu alKitab ?

Waktu itu dalam keadaan frust, saya menulis artikel ini - KLiK  kerana SEMUA pihak senyap ..... Kerana apa ? Tidak lain dan tidak bukan kerana UNDI !

SATU lagi persamaan antara Umno dan Pas .... keduanya SAMA nada SEBELUM ..... tapi SELEPAS .... keduanya akan mula senyap sepi. Sebelum dan Selepas apa ? 

Bagi pihak Pas - Nik Aziz Bersuara
Bagi pihak Umno - Najib Bersuara

Maaf lah saya cakap dengan terus terang sebab saya tidak melihat isu agama dan bangsa dari sudut politik. Anda nak marah atau berbulu dengan saya pun, terpulanglah tapi ini adalah kenyataan dan telah terbukti.

Makanya saya tulis diawal artikel, hati saya sejuk dengan perkembangan sekarang cuma saya risau selama mana akan bertahan.........  minta2lah tidak ada pemimpin tertinggi Melayu takkiralah dari Umno atau Pas yang cuba bermain politik dalam isu ini.

Kita berpolitiklah hal2 lain, isu rasuah ke, isu seks ke, isu kronisma ke .... ikut pandailah, tapi janganlah dipolitikkan hal agama.

Malahan dalam isu kalimah Allah atau alKitab, kita sudah pun punya undang2 dalam menanganinya, atas kita nak ikut atau nak langgar atau nak kuatkuasakan......

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2012 at 1:24 PM

Tahniah kepada anda kerana menyedari bahawa kedua - dua pihak ini adalah sama dan kemungkinan iluminati telah merebak di dalam parti2 tersebut baik kerajaan mahupun pembangkang. manusia sekarang hanya berfikir dalam persepsi sebelah pihak sahaja dan memekakkan telinga mereka semata2 politik. Perlu diingati bahawa iluminati ini pandai melakonkan watak baik dan jahat semata - mata untuk mengaburi mata kita. Kita bertengkar menyokong mana-mana parti tersebut merupakan slah satu daripada agenda mereka dalam memecahbelahkan perpaduan kita

....................
Reply To This Comment ...................
December 27, 2012 at 1:31 PM

Saya tidaklah berfikir ketahap 'iluminati' sebab jadi berat pulak kepala memikirkannya, pandangan saya simple je, berdasarkan apa yang berlaku dan menilai diluar kotak politik undi.

Apa yang Benar dan apa yang Salah sebenarnya mudah, cuma kita yang menyukarkannya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2012 at 2:09 PM

Bukan Iluminati lah. Tak perlu Iluminati nak campurtangan, kita sendiri dengan ikhlas dan reda bagi kebenaran sebab.....kita perlukan undi. Undi itu tuhan. Dan kerana itu, kita sanggup buat apa saja untuk undi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 27, 2012 at 2:26 PM

katakan lah kebenaran walaupun pahit untuk ditelan,bingit untuk didengar,perit untuk dijerit dan sakit untuk dibuang.....insyaallah buatlah semampu kita untuk menegur dan menerima untuk ditegur...wallahua'lam..

....................
Reply To This Comment ...................
December 27, 2012 at 3:43 PM

Mungkin modus operandi puak iluminati sama iaitu bergerak secara licik, hasilnya sama... cuma dalam kes ini yang jelas pada mata dan pemikiran saya, semuanya kerana KUASA POLITIK.

Post a Comment