Kalimah Allah - Persoalan Untuk Ketua Pengarah Jakim

Monday, December 31, 201219comments


Saya nak komen kenyataan Jakim : Kalimah ALLAH hanya untuk Islam sepertimana disiar oleh Sinar.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengulangi kenyataan bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu telah diputuskan pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008.


"Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,"

"Semua pihak seharusnya memaklumi bahawa kes berkaitan penggunaan kalimah ALLAH yang bermula pada tahun 2009 yang lalu masih belum selesai dan masih dalam peringkat rayuan ke Mahkamah Rayuan.

"Oleh yang demikian membicarakan isu berkaitan sama ada penganut Kristian Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan kalimah 'Allah' dalam bible Bahasa Melayu dilihat seolah-olah mendahului mahkamah sendiri dan bersifat 'subjudis'", 

Sila baca apa yang saya luahkan 4 hari lepas diSINI , saya lihat ada yang tak kena dengan kenyataan diatas. Saya bukan berpihak kepada mana2 parti dalam isu ini, saya seperti juga Jakim, mahu menjaga kalimah Allah sebaiknya.

Dikatakan membicarakan isu kalimah Allah dalam alKitab di Sarawak sebagai mendahului mahkamah , kan ? Bagaimana pula dengan Formula 1Malaysia sepertimana yang saya tulis dilink diatas ? Seingat saya Jakim langsung tidak berdecit sepanjang isu itu hangat semasa Pilihanraya Sarawak tahun lepas. 

Formula 1 Malaysia yang dibawa oleh wakil kerajaan yang beragama Kristian, Idris Jala bukan setakat membicarakan isu kalimah Allah lagi dah tapi ketahap MEMBERI IZIN kepada pihak gereja menggunakan alKitab yang mengandungi kalimah Allah sebagai gantinama Tuhan Kristian !

Dan KEIZINAN itu tidak terhad kepada Negeri Sarawak saja kerana -

1- alKitab BEBAS untuk dibawa bersama orang Kristian yang berulangalik Sarawak, Sabah dan Semenanjung

2  - Pelepasan 5100 alKitab di Pelabuhan Klang !

Ada Putrajaya mengambil kira prosiding yang masih berjalan di Mahkamah Rayuan ? Adakah Putraya ambil kisah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 ? SUBJUDIS ?

APA KOMEN Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman ?

Beliau berkata, rakyat Malaysia bertanggungjawab memberi sepenuh kebebasan kepada mahkamah untuk membuat penghakimannya dan Jakim berpegang kepada semangat patuh kepada undang-undang sedia ada iaitu biarlah mahkamah membuat keputusan yang benar-benar adil dan mengambil kira keharmonian semua kaum dan agama di negara ini.

Katanya, tindakan sesetengah pihak yang mengeluarkan pendapat sendiri dan mendahului mahkamah dan mengkucar-kacirkan keharmonian antara kaum dan agama demi meraih keuntungan politik sempit amat dikesali.

Justeru, Jakim menggesa semua pihak supaya kembali menghayati semangat kedaulatan undang-undang yang dilaung-laungkan selama ini untuk memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus terpelihara dan dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Semua pihak harus menyokong keputusan yang dibuat oleh kerajaan yang bermatlamat untuk mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama,"
katanya. - Bernama



Ada dua point yang mungkin menimbulkan konflik, diawal artikel dikatakan kalimah Allah adalah KHUSUS untuk umat Islam dan kita harus mempertahankannya, kemudian diakhir artikel pula kita disarankan menyokong keputusan kerajaan yang bermatlamat mengekalkan keharmonian. 

Saya tidak punya masalah dengan kedua-dua kenyataan itu tapi saya akan berada dalam dilemma jika keduanya dalam keadaan KONFLIK antara satu sama lain -

Bagaimana jika kerajaan buat keputusan beri izin kepada orang Kristian menggunakan kalimah Allah ? Apakah harus disokong keputusan kerajaan itu walaupun ia ternyata berlawanan dengan gesaan supaya kita mempertahankannya ?

Adakah tidak ada cara lain untuk mengekalkan keharmonian selain dari MENGALAH ?

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2012 at 8:41 PM

Perkara ni kalau tidak dipolitikkan tak jadi masalah hingga hari ni.

Kalau semua org Islam di Malaysia bersatu dan bertegas, kalimah Allah hanya boleh di diguna oleh org Islam, maka org bukan Islam akan ikut sebab Islam majoriti dan agama rasmi...

Masalah kita sekarang, ada org islam dlm Parti tertentu bersetuju pulak yg kalimah Allah boleh diguna oleh org bukan islam...Ini disahkan sendiri dlm twitter Ngeh yg dia sendiri kata PAS benarkan guna , kenapa kerajaan UMNO/BN nak halang????

Keapad org islam di Malaysia, marilah kita bersatu...

Percayalah!!!!, niat sebenar mereka ialah untuk menyesatkan org melayu/islam dgn penggunaan nama Allah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2012 at 10:21 PM

MENGALAHkan memang strategi terbaek umno dulu kini dan selamanya..

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
December 31, 2012 at 11:08 PM


Kalau dah semua jalan buntu ,dan semua akta yang ada tidak dapat mengawalselia kekalutan yang belaku, orang Islam hanya ada satu pilihan ,gunakan "Akat Tepok Dada Tanya Selera".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2013 at 12:00 AM

Untuk siapa Bible terjemahan bahasa Melayu tu? Bangsa lain tidak akan berminat dengan Bible versi BM.Jadi apa yang tersirat bagi LGE tu ialah untuk melemahkan orang Melayu dengan memurtadkan orang Melayu yang hampir 100% beragama Islam.Orang yang pernah belajar di University Oxford sekali pun tetap akan menterjemahkan The God sebagai Tuhan ( dalam bahasa Melayu ).Allah ialah nama khas dan ia tidak boleh diterjemahkan.Allah hanya disebut dalam Al Quran dan Hadith dan ia khas untuk agama Islam sahaja. Kalau sudah suka sangat nak guna Allah,peluk sahaja agama Islam,habis cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
January 1, 2013 at 1:24 AM

Saya percaya semua pemimpin Islam baik dari Umno maupun Pas tahu akan perkara ini ... tapi demi UNDI ..... ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2013 at 8:50 AM

Saudara anon, sudah tertulis diatas bahawa kitab bible tu untuk kegunaan sabah dan sarawak. Majoriti yang menganut agama kristian adalah kaum bumiputera seperti iban, bidayuh,org ulu dll. Saudara ingat mereka semua fasih berbahasa inggeris? Tak semua. Oleh itu lah, mereka menterjemahkan bible ke bahasa melayu agar mudah untuk mereka yang tidak fasih berbahasa inggeris.Bukan kah bahasa melayu bahasa kebangsaan? Tak wajarlah anda menuduh begitu.. Saya yakin bukan itu niat mereka.
Tentang peggunaan Allah dlm kitab mereka, saya juga tidak bersetuju.Kalau boleh, pihak tertentu buat lah keputusan yg tbaik utk kedua dua pihak.*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2013 at 12:22 PM

PAS benarkan penggunaan kalimah Allah...? PAS siapa nak benarkan..? Dia penguasa umat Islam Melayu ke...?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2013 at 4:14 PM

mengapa tidak translate sahaja kepada tuhan? mengapa tetap berkeras mahukan Allah? saya percaya mereka2 yang baca bible ini adalah mereka2 yang baik dan berpegang kepada ajaran agama kristian.

jadi, jika anda sememangnya baik dan ada sifat toleransi, sudah tentu anda tidak mahu menyebabkan rakan umat Islam marah dan terasa dgn tindak-tanduk anda. anda tahu amat ramai umat Islam yg tidak bersetuju, tetapi mengapa terikut2 dengan rentak parti sial dap itu? dap itu politician..mereka bukannya agamawan.

lagipun, kaum2 seperti iban, bidayuh, orang ulu dll ada bahasa dialek /loghat mereka sendiri. mengapa tidak translate sahaja bible atau perkataan tuhan itu kepada bahasa dialek/loghat mereka? nampak tak? so jangan jadikan bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan sbg alasan. contohnya parti sial dap itu, bible hendak dibahasa melayukan, tetapi surat menyurat, pertuturan, nama company, lantik pekerja semuanya diskriminasi. tidak dibahasa melayukan pulak?

cuba fikirkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2013 at 4:15 PM

JAKIM dah bersuara..

nampak sgt pas cuma sebuah parti politik yang kemaruk undi.
sesungguhnya aku tidak redha. jadi kepada sesiapa yang redha tu, cepat2lah bertaubat.

....................
Reply To This Comment ...................
January 1, 2013 at 4:19 PM

Haron din tim. Mursyidul am PAS kata siapa yg sokong penggunaan kalalimah Allah oleh pihak gereja boleh membawa kepada kufur.. Siapa pulak dari PAS yg benarkan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2013 at 4:35 PM

Ok then, cuba anda bayang kan berapa jenis bahasa yg akan diterjemahkan utk kaum spt diatas? Tidakkah itu merumitkan? Saya bukanlah hendak menyebelahi sesiapa, cuma saya rasa tak salah bible itu diterjemahkan kpd bahasa melayu. Kalau tak disilap saya sejak dulu lagi sudah ada versi bm..or bahasa indonesia.. Tentang perkataan Allah tu, saya pun tak nak komen banyak sangat.. Saya juga spt anda , tidak mahu nama Allah dipergunakan oleh agama lain. Its just not fair kalau anda menuduh kitab bible cuba memurtadkan org islam. Hey, org islam tak bodoh la. *!*

....................
Reply To This Comment ...................
January 1, 2013 at 5:14 PM

Tidak ada masalah kalau Bible mahu diterjemahkan kedalam Bahasa Melayu. Itu bukan isu nya.

Yang menjadi pertikaian adalah penggunaan kalimah Allah sebagai gantinama tuhan Kristian didalam Bible Melayu.

Jangan salah faham

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 1, 2013 at 5:20 PM

Ya betul tu. . . Saya faham maksud abg . Cuma saya tak puas hati, saudara anon tu cakap tujuan bible di terjemah kpd bahasa melayu adalah utk menyesatkan kita org islam..saya cuma nak kritik dia kat situ je. Jangan buruk sangka. *!*

....................
Reply To This Comment ...................
January 1, 2013 at 10:01 PM

Timb. Mursyidul am PAS kata siapa yg sokong pihak gereja guna kalimah Allah boleh jadi kufur.. Hadi awang kata apa ya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2013 at 6:42 AM

Ingatlah..yahud dan nasrani tidak akan senang dgn kamu selagi kamu tidak ikut jejak langkah mereka. Org islam mmg tidak bodoh tetapi iman umat islam berbeza2. Klu kamu fikir iman kamu kuat then fine tetapi adakah kamu yakin iman anak cucu cicit kamu sekuatkamu? Kt dah tgk contoh yg berlaku di indonesia. Takkan msh tak mahu belajar dr situ.
Adakah kamu fkr golongan evangelist akan memurtadkan umat islam secara terang2an wahai anon 5:20 dan anon 4:35 yg saya tahu adalah org yg sama. Sdh tentu secara sembunyi2. Kalau itu pun kamu tidak faham. Saya cadangkan kamu keluar merantau. Jgn jadi katak bwh tempurung.
Adakah menterjemah bible ke bahasa loghat msg2 menyusahkan? Jika ya, mengapa hendak ambil jln mudah dgn menyebabkan kemarahan umat islam? Sdh saya katakan..yg baca bible sdh tentu org yg baik pd fitrahnya. Jadi? Nampak tak ada contradict di situ?
Terjemah ke bahasa melayu? Go ahead..tp kalimah Allah itu? Dan tolong jgn jadi hipokrit. Bible hendak dimelayukan..yg lain2 maintain dtatus quo? Hipokrit bukan? Hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2013 at 7:27 AM

Lagipun..org ulu..iban..bidayuh itu hanya di sarawak dan sabah sahaja. Yg kafir2 dap semenanjung nak join semangkuk psl kalimah itu apehal? Bln cari pasal ke namanya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2013 at 9:00 AM

AKU SOKONG ANON 4:14PM DAN ANON 6:42AM.

KITA TIDAK PERLU BERFIKIR SECARA MENDALAM. SECARA LUARAN SAJA PUN DAH TAHU MATLAMAT SEBENAR MEREKA ITU. ORANG ISLAM MEMANG TIDAK BODOH TETAPI JANGAN JADI BODOH BOLEH TAK?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 2, 2013 at 5:39 PM

Very tired discussing this issue.. I'm out from this topic. Anggap saja saya salah dan awak menang. Ok? Abang? Any comment?*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
January 2, 2013 at 6:26 PM

hahaha ... sebab tu tak semua orang boleh jadi bloger politik ! :)

Post a Comment