Isu kalimah Allah dalam Bible masih belum selesai, setiap hari masih berkumandang media membicarakannya. Ramai yang membantah, alhamdulillah. Pelbagai hujah telah dibentangkan yang bagi saya hanyalah ulangan kepada hujah2 yang pernah diutarakan sebelum ini ketika isu sama menjadi panas, sekali pada tahun 2010 ketika isu penggunaannya dibawa kemahkamah oleh pihak Herald dan kedua pada tahun lepas sewaktu Pilihanraya Sarawak
Menariknya, saya perhatikan para blogers dan media termasuk para ulama kali ini LEBIH VOKAL dan BERSATU SUARA. Namun saya ingin bertanya kepada semua, kepada yang TAHU sebab saya inginkan KEPASTIAN - Sebenarnya apakah STATUS penggunaan kalimah Allah dalam Bible atau alKitab sekarang ini ?
Ya, kita ada undang2 yang mengharamkannya melalui Enakmen Syariah ( cuma 9 negeri saja yang ada ) - KLiK
Ada 25 perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9(1) dan perkataan-perkataan ini adalah seperti berikut:
Allah, Illahi, Firman Allah, Wahyu, Rasul, Iman, Fatwa, Imam, Ulama, Mubaligh, Dakwah, Nabi, Hadith, Syariah, Injil, Sheikh, Ibadah, Qiblat, Salat, Kaabah, Haj, Khalifah, Kadi, Mufti, Wali.
Di bawah seksyen 9 (2), seseorang yang tidak beragama Islam adalah melakukan kesalahan jika dia, dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyen 9(1) menggunakan perbahasaan yang disenaraikan dalam Bahagian II, Jadual kepada Enakmen Selangor. Tidaklah menjadi kesalahan jika perbahasaan tersebut digunakan sebagai petikan atau rujukan. 21
Ada 10 perkataan yang dilarang digunakan bagi maksud seksyen 9(2) dan perkataan itu adalah seperti berikut:
Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillallah, Walillahilham, Allahu Akbar, Insyallah, Astaghfirullahal Azim, Tabaraka Allah, Masyaallah, Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.
Perlu diingat ia cuma sekadar undang2 yang bertulis, bagaimana tentang PENGUATKUASAANNYA ? Bagaimana dengan lain2 negeri yang tidak punya Enakmen itu ? Bagaimana pula dengan Formula 1 Malaysia yang ditawarkan oleh Idris Jala kepada gereja tahun lepas ?
Saya berikan nama Formula 1Malaysia kerana terkandung dalam OFFER itu -
Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.
( Perlu saya ingatkan, alKitab adalah Bible berbahasa Melayu yang dicetak di Indonesia yang mengandungi kalimah Allah bagi merujuk Tuhan Kristian - KLiK )
![]() |
| amacam ? |
Hasil perbincangan antara Najib dengan pihak gereja, akhirnya 35,100 alKitab yang mengandungi kalimah Allah bagi merujuk nama Tuhan Kristian telah dilepaskan masuk ! ( KLiK ). 30ribu di Pelabuhan Kuching dan 5100 di Pelabuhan Klang.
Apakah Enakmen Syariah diatas mampu menahan kemasukan alKitab tersebut ?
Sebelum itu Mufti Perak Harussani telah mencabar Putrajaya membatalkan saja kesemua Enakmen Syariah yang berkaitan kalau berkeras mahu MELANGGARNYA. Ada Najib kisah ?
Mungkin sebagai kompromi, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid menegaskan kitab Injil versi Bahasa Malaysia hanya boleh diagihkan di kalangan penganut Kristian dan tidak dibenarkan sama sekali untuk “berdakwah” kepada umum. KLiK .
Tambah Tamyes, beliau masih percaya penganut Kristian tidak akan menggunakan kalimah “Allah” dalam aktiviti mereka termasuk di gereja.
“Malah paderi-paderi mereka juga tidak akan gunakannya sebab selama ini pun mereka tidak guna (di Selangor),” katanya.
Kata beliau, penggunaan kalimah “Allah” dalam kitab Injil atau Alkitab bukan hanya akan memesongkan akidah umat Islam tapi turut menyumbangkan kepada kerosakan.
Makanya saya inginkan kepastian - BAGAIMANA KEADAANNYA SEKARANG ? Apakah kerajaan sendiri AKUR kepada Enakmen Syariah diatas ?
Kita duk berdebat sekarang tapi for all we know, mungkin saja sudah tidak ada larangan lagi kalimah Allah digunakan dalam Bible. Isunya bukan dalam bentuk permohonan untuk mencetaknya dalam Bible sebab Bible Melayu atau alKitab itu sudah pun wujud dan mampu dicetak berapa juta pun nashkah , tapi isunya bolehkah dibawa masuk kedalam negara ? Isunya bolehkah alKitab itu disebarkan kemerata pelusuk negara ?
Isunya, sekiranya terbukti ada disebarkan dinegeri2 yang punya Enakmen Syariah yang melarang pengedarannya - APAKAH AKAN ADA TINDAKAN ? Bagaimana dengan INI ?
Mungkin ada baiknya jika kita dapatkan kepastian dari kerajaan, apakah status isu alKitab sekarang ? Biar kita tahu duduk perkara sebenar sebelum kita menyalak.
PS - Oya, orang Pas pun TAK terlepas - Kitab Injil BM harus dihormati, kata PAS
PS 2:05 am - Penting untuk saya tambah disini - Isu ini harus dilihat dari sudut memelihara kesucian agama Islam dan dilihat DILUAR permainan politik. SUDAH JELAS, akibat politik kekuatan majoriti yang dimiliki oleh umat Islam telah berpecah dan kesannya ........inilah contoh terbaik.
Ini tujuan sebenar saya menulis artikel ini. Kita menulis bagai nak rak demi perjuangan .... tapi mereka yang diatas baik dari Umno maupun Pas, lebih mementingkan sokongan politik.
Bukankah lebih baik kita sama2 mendesak pemimpin2 Melayu yang mewakili umat Islam negara kita supaya tidak tunduk kepada apajua desakan yang akhirnya merugikan kita juga ?
JANGAN POLITIKKAN ISU AGAMA !






+ comments + 12 comments
pas lidah mcm biawak lagipn parti sesat malas saya nk comment.tp kerajaan..saya rasa najib dh xnak jwb, dia akan play safe lagi.
tp kenapa?
saya ingin nasihat najib, dlm pentingnya amik undi org lain, agama lebih utama, kalau bab akidah pn kita kene lepas tgn lebih baik jadikan terus kristian agama rasmi (nauzubillah) sbb derang ni xkan redha selagi kita x ikut cara derang. mula2 nama Allah, percaya la derang akan demand lagi, kita ni org msia sudah masak dgn perangai derang. lama2 kalau asyik beralah semuanya boleh. apa nk jadi dgn agama islam? mana janji dulu kata perlembagaan digenggam kemas? apakah datuk seri menipu?
itu pn kalau beralah dan mereka kasi undi. apa jaminan yg kita ada?
buat kesekian kalinya cuba la bertegas, sbb tanpa ketegasan org xkan hormat. drpd pelbagai isu hingggala ke AES semuanya menurut kehendak mereka, kami x mahu pemimpin yg tidak tegas.
akhirnya kalau kerana kelembikan pimpinan maka agama menjadi taruhan bersedia lah najib utk hilang undi kami. sabar kami ade batas.
jgn ingat kami lupa isu al-kitab. sbb keputusan terakhir anda tentang al-kitab kami semakin bencikan dakyah kristian di msia, apa sumbangannya pada keamanan kelak? satu msia? lupakan je la.
so sebenarnya apa kiblat datuk seri? ape yg menjurus segala keputusan datuk seri? undi? agama? org cina? org kristian?
jawapannya sepatutnya senang. kalaupn susah pn kami harap sekurang2nya org yg kami angkat sebagai pemimpin mempunyai kekuatan keberanian dan kebijaksanaan utk membuat keputusan yg betul. atau mungkin msia sudah ketandusan org yg layak menjadi pemimpin.
bertegas la wahai pm. jgn lah asyik menari ikut rentak mereka, manusia yg x pernah bersyukur dan menghargai toleransi kami. baru2 ni hadi membuktikan dirinya seorang pengecut. mungkin ada baiknya kalau datuk seri tunjukkan ketegasan datuk seri sekarang.
melayu hampa.
Saya sokong... Kerajaan patut bersuara menerangkan pada kami mana duduknya perkara ini sekarang.
Sudah sampai masa untuk diwajibkan pemimpin yang ingin diundi mestilah mereka yang ada kelas ajaran tauhid yang mereka sendiri sebagai pengajar.
Biar senang kita kenali samada mereka sebenar-benar liberal, syiah, wahabi, atau AWSJ. Begitu juga yang berugama lain, samada katolik, protestan, atau mormon bagi kristian; begitu juga dengan buddha dan hindu. Memang pegangan
kini ialah ugama dan politik tidak bercampur, tetapi masalahnya ialah adakah
mereka-mereka ini berugama?
Melayu Kristian membaca atau memberikan pengajaran kepada saudara mara mereka yang Islam dengan merujuk ayat-ayat Injil Melayu ataupun orang melayu terjumpa terjemahan Injil melayu, ianya akan mengelirukan bagi yang tidak mahir membezakan antara kandungan Al Quran dengan Injil kerana Injil juga menggunakan "Allah Berfirman". Lihatlah terjemahan dalam Kejadian 1 di atas. Ini terjemahan Al Quran atau Injil?
Salam lari topik... Apa komen Bro Din pasal ni
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=515039595183905&set=at.104160946271774.8132.100000336060564.100000269374994&type=1&theater
Memang pola pemikiran kita SAMA :)
AWSJ - Asian Wall Street Journal ?
“Malah paderi-paderi mereka juga tidak akan gunakannya sebab selama ini pun mereka tidak guna (di Selangor),”
Sebaris kenyataan Datuk Tamyes diatas sudah cukup dalam maknanya
Hadi - Berikan 1jam live coverage utk jawab Amanat ?
Hahahahahaha ......Komen saya ? offhand, candid, one word - POLITIK !
X susah nk teka jwp dia. Lari Dr topic. Xkan sentuh realiti semasa tentang pencacai yg masih amalkan amanat sesat ni. Dan semestinya alih2tiba2 umno.
Sbb kiblat derang asal bukan umno dan bukannya Islam.
Pencacai akan bersorak sakan walaupn jawapan dia xde isi. Mcm biasa setakat menang sorak. Akidah masih terpesong. Dia akan ulang apa yg pencacai duk ckp. Cuma bezanya keluar tv.
Bagi pencacai cukup setakat dia keluar dan jwb. Betul atau tidak x penting
Melayu hampa
Sorila aku tak percaya langsung! Dgn ah jib gor
Kenyataan telor dia dipegang rosmah adalah 'most likely'..
so much hatred~
cukup sembahyang 5 waktu?
buku quran tu dah habis baca ke belum?
bible tu dah baca sampai mukasurat?
manusia ohh..manusia~
Post a Comment