........... Jom Layan Hujah Dua Pencacai Pas Dalam Isu Amanat Hadi | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jom Layan Hujah Dua Pencacai Pas Dalam Isu Amanat Hadi

Tuesday, December 18, 201212comments


Semalam saya dikejutkan dengan kenyataan dari Harussani yang membangkitkan semula isu Amanat Hadi. SINAR. Namun saya sokong isu ini disebut semula kerana bagi saya ada yang belum selesai. Walaupun telah 3 dekad berlalu, Amanat itu masih tidak ditarik balik, dan masih terdapat orang Pas yang percaya kepadanya.

Bulan Februari tahun ni saya ada memainkan semula isu ini, siap sebarkan Amanat dalam bentuk video dan Suara Hadi yang Original ( KLiK ) tapi isu senyap balik bila tiada respon dari Pas.

Bula April lalu, ADUN BN dari Ajil, Datuk Rosol juga telah bangkitkan isu sama dalam Sidang Dun Terengganu dan meminta Hadi menarik balik Amanat nya demi Perpaduan Umat ( KLiK )

Ketika itu Hadi jawab mudah - “Pas sudah sedia hadir muzakarah, Ngo Islam juga bersedia menjadi orang tengah tetapi Umno tidak hadir. Tahun 1984, kita sanggup hadir tapi dibatalkan,” 

Dan isu senyap balik .........

Semalam bila Harussani bangkitkan semula, saya lebih teruja untuk memerhati reaksi orang Pas. Saya tak mengharapkan sebarang reaksi dari Pas. Saya dah agak Pas akan buat tak tahu dan mereka akan harap sekali lagi isu akan senyap jika tidak dilayan.

MENARIK bila ada 2 pencacai Pas cuba menjawab ! Tambah menarik kerana seorang darinya adalah aaaaaauw.... Milo Suam ! Kita layan mamat ni dulu ... aaaaaauww....

Hujah dia senang jer -



Menggunakan SOP biasa Pas, mamat ni cuma ambil SEBAHAGIAN saja baris dari Amanat Hadi dan buat konklusi -

Tuan Guru Hadi Awang tiada pun menyebut Umno kafir, tapi Umno sendiri yang terasa mereka dikafirkan kah kah kah...

Kemudian serang Umno -

Nampak tak bagaimana Umno perbodohkan orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng? Buat isu meletup-letup, bila orang jawab dia senyap sekejap, tapi lain kali dia akan keluarkan lagi isu tersebut meskipun sudah berpuluh kali dikantoikan.

Baginya, Isu sudah TERJAWAB..... APALAGI MASALAHNYA ? ? Maaf ya kalau saya tanya -  kenapalah BENGONG sangat otak saudara MiloSuam ni ?

Tanyalah SIAPAPUN, kalau dibaca secara penuh KESELURUHAN Amanat itu, SIAPAPUN akan terima yang ia ditujukan kepada Umno. 

Tahun 80an dan 90an, TIDAK ADA SEORANG PUN yang cuba beri alasan bengong seperti saudara MiloSuam kerana SEMUA ORANG terima yang Amanat Hadi itu berkaitan orang Umno. TerimaPakai atau Tidak saja. 

Alih-alih, zaman sekarang ada pulak mamat Pro Pas ( Pas Pro MiloSuam tak ? ) yang nak berikan alasan - Mana ada Hadi sebut Umno .......?  Alahai ...

 SORANG LAGI pencacai Pas, kali ni artikelnya disiarkan Harakah - Alamat besar pembubaran parlimen sudah muncul!

..Mamat ni pula cuba kaitkan kenyataan Harussani sebagai petanda / alamat besar parlimen akan dibubarkan ..... YA, KALI NI SAYA PERCAYA... Saya bet, paling lama pun lagi 4 bulan Parlimen akan dibubarkan hahahahahaha ...

Hujah mamat ni pula, Hadi hanya MENYAMPAIKAN SAJA maksud beberapa ayat Quran - bukan Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO, tetapi Haji Hadi hanya menyampaikan mesej al-Quran.Dengan kata lain, Ayat ayat Allah SWT yang mengecap manusia itu sama ada kafir atau zalim atau paling minimum, fasiq.

Alahai .......... 


Kalau itulah pegangan Pas, kenapa Hadi TIDAK LAGI mahu ULANGSEBUT Mesej Quran yang sama SEKARANG ? Mamat tu sendiri yang tulis diartikel yang sama -


Cukup menghairankan apa pasai amanat Haji Hadi yang berusia 31 tahun ini dihidupkan kembali ? Saya yakin  semua orang terutama generasi baru telah melupakan amanat ini dan tak mengambil kisah pun tentang amanat ini..

Nah, jika beliau percaya Hadi cuma menyampaikan Mesej Quran melalui Amanat Hadi, kenapa tidak beliau SOKONG dan GESA Hadi ulang sebut kerana generasi baru telah mula lupa mesej Quran itu ! Kenapa tidak ada sorangpun pencacai atau media Pas yang mahu tolong promosikan kembali Amanat Hadi @ Mesej alQuran ?

Apakah Mesej Quran yang disampaikan oleh Hadi ada TARIKH LUPUT ? Basi setelah 30 tahun ? Kenapa Hadi sendiri mengelak dari mahu membicarakan semula Mesej alQuran yang beliau tolong sampaikan 30 tahun dulu ?

Takkan setakat itu saja kemampuan pencacai Pas nak pertahankan Amanat Hadi ? TAKDE LAGI DAH ?  Alahai .......

Tak perlu berhujah panjang, mereka sendiri patahkan hujah mereka dalam artikel yang sama ! Takkanlah sebodoh itu mereka anggap Harussani bila MUFTI Perak itu berkata -

"Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," 

dan MUFTI Wilayah Persekutuan -

"Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah,"
 
 PS - Lepas ni kalau takde orang nak sambut, isu pasti akan senyap balik ...... Umno pun bengong juga ..

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
December 18, 2012 at 1:09 PM

Salam Abang Din,
Saya pernah tengok umat Islam di kampung-kampung berpatah arang sebab amanat ni. ada yg sapa mati pun dok bertegur sapa waima adik beradik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2012 at 1:15 PM

Dah berulang kali penulis bangkitkan
Kali ini MiloSuam yang jadi kalut
Mufti juga turut timbulkan
Orang UMNO tak terasa kah nak sambut?

Pemimpin UMNO jangan berdiam
Membiarkan blogger turun ke medan
Apa yang tersirat jangan dipendam
Kalau tak sanggup, undurlah, kami alukan

Ke pasar sejenak membeli tawas
Untuk menjernihkan kolam ditaman
Ada kah UMNO berasa puas
Dengan “KAFIR” yang mereka gelarkan?

Pemimpin UMNO janganlah membisu
Kelak undi akan berselerak
Ada kah amanat Hadi dah jadi penentu
Orang UMNO Islamnya tidak?

Irama sumbang Hadi dendangkan
Pencacai PAS ramai dah sesat
Hukum syarak bukan kita tentukan
Pastinya ISLAM merupakan nasihat


antara_kita

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2012 at 1:16 PM

Betul tu din, kupasan tuan yang hanya menggunakan kekuatan akal (belum dgn nas lagi!) pun begitu mantap.
Kalau betul dari AlQuran yang menjadi suluh hingga ke hari kiamat, mengapa tidak diulang? mengapa takut?.... seperti yang sudah diberitahu, bhw haji hadi dan pemimpin pas mengamalkan ciri2 syiah dan khawarij, yang amat suka mengkafirkan sesama islam.

Panjang umur Haji Hadi, mungkin diberi Allah peluang untuk bertaubat dan membetulkan kejahatannya, tapi dia masih lagi sombong dan bongkak untuk memepertahankan amanat syaitan tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2012 at 1:21 PM

Dan mengikut hujah pencacai Pas diatas -

1- semua orang Pas yang terpengaruh dengan Amanat hadi selama 30 tahun ni BODOH BELAKA sebab Hadi tak tuduh pun Umno! padahal yang menerima Amanat itu ditujukan kepada Umno adalah orang Pas sendiri.

2- apakah pencacai Pas redho dengan cara penerimaan Mesej Quran @ Amanat hadi oleh orang Pas sendiri tanpa mahu beri penjelasan? Adakah cara PERMUSUHAN SESAMA UMAT itu merupa mesej Allah melalui Quran?

Kenapa isu Amanat ini mahu dipolitikkan juga? Bukan sekarang baru dibangkitkan malah telah berulangkali disebut cuma sekarang je baru pencacai Pas nak komen. Mereka yang sebenarnya menjadikan ia satu isu politik.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
December 18, 2012 at 1:24 PM

Saudara Din ,

Pada saya tak payah layan sahaja benda-benda bagini'amanat hadi',tak pon memberi kesan kapada orang-orang yang mahu berfikir. Biarlah mereka dengan cara mereka ,semoga satu hari nanti mereka-mereka ini akan diberi pertunjuk dan dibuka pintu hati mereka.
Allah tidak akan sesuatu kaum itu melainkan mereka ingin berubah.

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2012 at 3:04 PM

Banyaklah dia punya syahid.

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
December 18, 2012 at 4:03 PM

Ada dua orang tua dikampung saya, abang dgn adik. adik ni orang UMNO, abang orang PAS. bila je amanat keluar, abang dok cakap dengan adik. adik dia ning kebetulan orang hok sokmo semelih lembu di kampung. jadi kalu ada orang wak kenduri, dia la hok semelih lembu kambing, lapah dll. kalu abang dia gi rumoh orang bekwoh, dia tanya dulu bisik-bisik ke orang: "sape semeleh lembu?" biasanya orang jawab, "adik mung la". dia pun balik tanpa menjamah hidangan. gitula sapa si adik mati. adik ni sebelum mati kabo ke anok2 dia nok jupe si abang buat kali terakhir, TIDOK dilayan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2012 at 8:27 PM

Baca dn fahami 10 perkara yg membatal kn akidah kita org Islam.Rukun Islam ada LIMA(5).Rukun Iman ada ENAM(6).Tk prnh dengar ke pemimpin UMNO memperlekeh kn hukum2 yg terdapat dlm Al Quran.Menutup aurat yg WAJIB kpd perempuan dlm Islam pun blh di kata kn HARUS.Tk pernah dengar ke pemimpin UMNO memperlekeh SUNAH Nabi.Sndri mau ingat le.

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2012 at 8:51 PM

Errr ... kaitannya dengan Amanat Hadi ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2012 at 9:36 PM

bila dan dimana pemimpin UMNO perlekehkan hukum islam???bukti anda mana???? bukan pas ke yang perlekehkan hokum islam???dulu kata hokum hudud itu ini lah...bila dah couple dengan dapig apa PASESAT kata???hokum hudud hanya 0.000001% ja dan tak perlu disegerakan apa kes ni????

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 9:53 AM

Yg si milosuam ni pon bengong bin bangang.Boleh pulak dia kata Hadi tak kata pada umno.Tapi umno yg TERASA.Habis 2 ayat:

"Kita menentang umno bukan kerana nama dia umno,kita menenetang BN,bukan kerana nama dia BN.Kita menentang kerana mengekalkan perlembagaan kafir dn Jahiliah"

"Percayalah tuan-tuan,ucapan kita jihad,derma kita jihad.Jika kita mati maka kita mati syahid"

Kalau dh smpai BERJIHAD dn MATI SYAHID,pati la melwan PUAK KAFIR.Seba,tak ada istilah JIHAD pd org yg masih mengucap TIADA TUHAN SELAIN ALLAH,MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU,BERPUASA DI BULAN RAMDHAN,BERZAKAT DAN HAJI!"

Dia ingt semua org bodo dn sekolah tahap srp ker tak faham sgt apa Hadi cakap 2.

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 9:55 AM

1 lg bro Din,Bukan umno tak nak balun Hadi dlm hal ni,tapi dh MALAS.Cuba baca Sinar bila tnya isu ni pd Nik Aziz,dia sembur plak Mufti 2.Dia ckp Hadi awang LULUSAN MADINAH yg cemerlang dan tahu hukum hakam hahhahahah..

Terus surrender la geng2 umno Din..

Post a Comment