........... Jika Amanat Benar, Cabar Hadi ULANGSEBUT ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jika Amanat Benar, Cabar Hadi ULANGSEBUT !

Saturday, December 22, 201215comments


Dimana Presiden Pas Haji Hadi ? Kenapa beliau menyepi menghilangkan diri sejak isu Amanat Hadi menjadi panas semula ? Kenapa pemimpin2 Pas LAIN yang bersuara sedangkan yang empunya Amanat sendiri BERSEMBUNYI ? 

Lainlah kalau Haji Hadi dah MATI ! Malah kerana Hadi masih hiduplah maka penting beliau yang menjawap sendiri isu ini. Bayangkan kalau Hadi dah mati ....... gerenti isu Amanat Hadi ini akan menjadi satu POLEMIK berpanjangan yang tiada kesudahannya dimana kedua pihak akan mengeluarkan hujah2 yang entah apa-apa semata2 kerana EGO dan ini bakal memecah belahkan lagi umat Islam.

Bukankah lebih mudah diselesaikan SEKARANG ketika Hadi MASIH HIDUP ? Tidak perlu orang lain tolong back-up apatah lagi mereka yang TIDAK FAHAM isu sebenar disebalik Amanat Hadi ini. Mereka ini tidak nampak dan tidak merasa kesan dari Amanat Hadi ini.

Sembahyang 2 Imam, Perceraian dan Perpecahan Institusi Keluarga, Sembelihan Orang Umno Haram dan lain-lain ...... kekerapan insiden2 diatas meningkat dengan mendadak selepas saja Hadi mengucapkan Amanatnya. 

Apakah orang Pas mahu menafikan yang insiden2 itu tidak ada kaitan dengan Amanat Hadi ?

Kepada pencacai Pas yang mendakwa Amanat itu tidak ada kaitan dengan orang Umno, suka saya bertanya, dalam semua insiden2 itu pihak manakah yang mengaitkan Amanat Hadi dengan Umno ? Yang menuduh apasaja kaitan dengan Umno sebagai HARAM itu orang Pas atau orang Umno ?

Dan kepada mereka yang MENYOKONG Amanat Hadi, apakata anda minta Hadi keluar dari persembunyian dan ULANG SEBUT AMANAT HADI itu sekali lagi, dan lagi dan lagi .... kalau dah ia BENAR, kenapa Hadi atau mana2 pemimpin Pas tidak mahu ulangsebut ?

Kalau dah lupa, saya copy semula AUDIO suara Hadi mengucapkan Amanatnya siap dengan transkrip sekali. Oya, jangan lupa bahagian kedua Amanat itu yang tidak ada seorang pun orang Pas mahu sebut !

Ya, jika Hadi tidak mahu tarik balik kerana beranggapan Amanat itu BENAR, apakata kita cabar Hadi ULANGSEBUT Amanat itu sekali lagi !

KEBENARAN / AYAT ALLAH tidak kenal usia, tidak ada tarikh luput dan tidak akan basi kecuali ia sebenarnya AYAT / AMANAT SYAITAN !


.

“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”


Dan Bahagian Keduanya yang turut diamanatkan oleh Hadi -

Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja boleh jadi RAKYAT, tapi dia boleh jadi PEMERINTAH, boleh jadi KERAJAAN, boleh jadi PEMIMPIN, tapi hak orang bukan Islam - Dia diizinkan menjadi RAKYAT, TAK BOLEH jadi PEMERINTAH !

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 6:25 AM

dulu org PAS memang bodoh. sekarang pun lagi bodoh. tapi semenjak Tun M liberisasi kan internet kat malaysia ni, org PAS lagi bodoh kerana tak reti baca dan bermuhasabah. bukti dah ada, quran online dan terjemahan pun dah ada.
patut la hadi kodi, cakap video besi. takut org dpt video dia kafir kan org.

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2012 at 7:46 AM

Din..agaknya,Dato'Haji Hadi malu sangat nak tarik balik amanat yang dia keluarkan.
Dia tahu dia sudah berdosa besar.
Mungkin dia bimbang kalau dia mengaku, ramai orang PAS akan keluar partinya.
Jadi ye tak ye..dia menghilangkan diri dan membisu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 8:27 AM

Bro din,
Ustazah amenoworld marah ko nnt ulang blk rakaman nih. Tghh,diam sbb bljar kat anuar,diam nnt org lupa.. Xmcm pr,wlw khabar angin,dicanang bagai nk rak,mcm btl2 punya kes... Siap ada cramah,dan ada derma

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 8:54 AM

Bersabarlah, Hadi sedang mencari ayat ayat yang boleh diputarbelitkan untuk mempertahankan amanatnya itu, Beliau belum pun habis buat semakan. Sama sama kita tunggu sedikit saja masa lagi. Diharapkan semua bersabar, jangan marah marah, berastaghafar banyak banyak.

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
December 22, 2012 at 8:59 AM

Kesan dari amanat ini memenag telah "menjerat" ramai pakcik makcik yang usianya lanjut hinggakan telah berlaku perceraian,isu kafir mengkafir dan tak sah berimankan orang UMNO termasuk sembelihannya.

Mana tidaknya bila seorang Tuan Guru memberi fatwa siapa lagi yang nak dipakai?. Apatah lagi bila dijaja pula orang ustaz dan lebai kampung yang "serasi" dengan parti tersebut keserata pelusuk dan tempat maka timbullah perkara diatas hingga menular dengan cepat dan memecah belahkan sesama Melayu.

Walaupun demikian perenggan 2 yang merah tu tak pula dijaja ....agak-agak nak dapatkan undi Cin... dan In.. kot....????? walahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 9:04 AM

Salam bro... demi agama... dan demi perpaduan Melayu... marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah s.w.t. membuka pintu hati Haji Hadi untuk "berani" keluar bagi menjelaskan "amanat" yang telah memecah belahkan orang Melayu selama ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 9:57 AM

hahhahah..sapa la yg pedulikan isu amanat hadi yg berpuluh tahun dulu dan hanya keluar ketika dkt pru sahaja.bila dekat pru je jemput la dua tiga mufti n media mainkan isu ini.bagi kami amanat hadi tu tak penting..bagi kami yg penting adalah hapuskan rasuah dlm umno...kurangkan kos sara hidup..pendidikan percuma..rumah mampu milik..gaji yg sepadan..kereta yg murah...pengagihan kekayaan yg sama rata..amanat hadi hanya boleh memperbodohkan sedikit orang je bro...hahahah..orang dh cerdik skng ni..dh boleh fikir..jgn menafikan kebijaksanaan org lain..hahahh

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2012 at 10:54 AM

Biasa kan kita dengar ayat - Ustaz kata ini..... Ustaz kata begitu ...

Semua itu jenis ikut buta. Apatah lagi bila dikaitkan dengan agama

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2012 at 10:55 AM

saudara ni dah sunat tahun 1981 ? Atau belum dilahirkan ?

Kenapa Hadi BERSEMBUNYI ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 12:31 PM

ITU JE YANG PENTING BAGI HANG? DALAM DAP TAKDE RASUAH? DALAM PKR TAKDE RASUAH? DALAM PAS TAKDE RASUAH? KONON CERDIK, TAK FAHAM LAGI KE APA ISI AMANAT ITU? SBG CONTOH, AGIH KEKAYAAN KE TANAH KAT KELANTAN DAPAT DEK KAFIR DARI PERAK? NAMPAK SANGAT LA HANG NI BEBAL NAK MAMPOS!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 3:58 PM

NI LA ORANG KATA BODOH NATI DIA MARAH TAPI BILA WAT AYAT MACAM ORANG TAK PAKAI OTAK!!! DOK TUDUH UMNO RASUAH PENAH KAH KAU TERPIKIR DIMANA WANG2 DERMA YANG BANYK PERISTIWA MEMALI TU PEGI???MGKN KO TAK PKIR SBB OTAK KAU DAH TERSUMBAT AGAKNYA SBB KNA SUMBAT DENGAN PEPMPIN PAS YANG AGAK KHWARIJ TU!!!APA YANG KAU SEBUT TU ADA DIANTARA NYA TENGAH DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN KALAU SEMUA BENDA NAK FREE NAK MURAH MAMPUS LA MACAM TU HIDUP TAK YAH KEJA GOYANG KAKI SEMUA DAPAT FREE GOBLONG!!! MUNGKIN PEMIMPIN PAS SELAMA NI KEJA MAKAN BENDA FREE JA KOT DARI HASIL DUIT DERMA CERAMAH TU??PTOT LA SEMUA NAK FREE JA KESIAN AKU TGK DENGAN PUAK KHAWARIJ NI!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2012 at 4:30 PM

sakit telinga aku orang main jerit2 ni :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 8:13 PM

Masalahnya gelaran tu. Ulama dan ustaz. Mana kelayakan. Setakat pencacai deranf panggil ulama tuk guru dll. Padahal ntah sape2 diangkat.

Kita kene tegaskan derang ni x layak jadi pewaris nabi. Yg gelaran ulama ustaz pada org sesat ni pencacai derang yg kasi. Kita x perlu ikut iktiraf.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 8:17 PM

Maksud dia yg matinya ibrahim libya tu remeh je. Mcm tu jgk dgn pepecahan keluarga. Cerai berai yg Allah SWT paling benci sbb amanat ni

Sampaikan matinya abg adik kandung xnak jenguk.

Semua tu remeh je sbb tuk guru sesat derang buat silap.

Baik ko pegi sembah hadi la kalau mcm tu. Mcm ni oeg panggil bodoh piang. Mayb bila jad kt keluarga sendiri baru nk sedar.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2012 at 11:02 AM

Kalau pembela hantu raya meninggal dunia, maka dia meninggalkan hantunya merayau-2 mengganggu orang kampung. haji Hadi juga ingin meninggalkan legasinya dgn amanat hadi sebagai 'panduan hidup bersengketa'. kalau panduan hidup secara aman damai di seru dan dipelopori oleh agama islam, maka Hj Hadi pun ingin berinovasi juga dengan 'panduan hidup bersengketa', jadi ini adalah inovasi Hj Hadi, kita patut bangga.....
Walau bagaimana pun kita berdoa agar sebelum meninggal, Hadi kaji sekali lagi amanat ini. Tidak dpt dibayangkan sekiranya amanat hadi ini didapati sesat (dihadapan Allah) kelak. Berbaloikah Hadi untuk menerima balasannya.... fikirlah Hadi.

Post a Comment