........... Isu Tabung Memali - Petikan Dari Kafirkah Aku ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Tabung Memali - Petikan Dari Kafirkah Aku ?

Monday, December 24, 20124comments


Dibawah adalah petikan yang saya salin semula dari buku Kafirkah Aku ? karya Cikgu Non dari mukasurat  46 dan 47. Buku kecil itu bukan saja berkaitan Amanat Hadi tapi juga banyak menyelongkar sikap HIPOKRIT Pas dalam soal Cakap Tak Serupa Bikin terutamanya berkaitan kepimpinan Kerajaan Pas Kedah.

Petikan dibawah adalah mengenai Tabung Mangsa Memali, saya copy sebab saya TIDAK PERNAH dengar/baca/lihat sebarang jawapan dari siapapun pemimpin Pas mahupun pencacai Pas mengenai isu ini !

Sebenarnya ADA ATAU TIDAK Tabung Mangsa Memali ? Kalau mengikut SOP Pas, wajib wujud Tabung seumpama itu dalam kes2 seperti ini. Persoalannya, APA DAH JADI PADA TABUNG ITU ?

Dah berapa juta kutipan ? Kepada siapa disalurkan ? Apakah masih kutipan derma dijalankan atas nama Memali ? KENAPA PAS SENYAP ?

Tidak adakah WALAU SEORANG PUN pencacai Pas yang punya kesedaran / keinsafan untuk menulis tentang isu ini ? Apakah anda semua turut bersyubahat dengan kepimpinan Pas dalam menzalimi anak-anak yatim mangsa Memali ?

                                ********************

Kalaulah betul berlaku salahguna wang oleh Shahrizat, wang itu adalah hak kerajaan kepada rakyat. Berbeza pula dengan wang tabung Mangsa Memali yang dikutip dari ahli Pas seluruh negara, yang dijanjikan untuk membiayai anak yatim dan balu Memali. Kita menuduh pemerintah zalim kerana membunuh bapa atau suami mereka, sayangnya kita yang faham Islam ini mengulangi kezaliman terhadap anak isteri mereka. Kenapa pimpinan Pas tidak pernah terasa yang selama ini menzalimi keuarga mangsa Memali ?

Apakah tidak rasa hina apabila kita gunakan isu kematian suami atau bapa mereka untuk meraih simpati mengumpul wang berjuta untuk kepentingan parti dan individu tertentu dalam parti ? Apakah orang yang memperalatkan balu dan anak yatim itu lebih mulia dari Datuk Seri Shahrizat ? Lebih penyayang, lebih adil dari Tun Dr. Mahathir ? Dimanakah ketelusan Datuk Seri dan juga para ulama Pas dalam hal ini. Lupakah kepada kuliah Datuk Seri yang pernah mengatakan antara sifat assobiyah itu adalah mempertahankan salahlaku kroni, dan nabi tidak mengaku umat kepada sesiapa yang mengamalkan assobiyyah.

Anggapan saya, bila didedahkan isu tabung Mangsa Memali itu, akan memberi keinsafan dan pengajaran pada pimpinan Pas, rupanya tidak, Saya dipecat dari Pas kerana mempertahankan hak balu dan anak yatim. Namun, saya tidak malu atau menyesal dengan apa yang berlaku. Apa yang saya malu, adalah sikap kepimpinan parti Islam dalam menangani isu yang amat serius ini. Sehingga terlepas pandang amaran Allah dalam surah al-Ma'un ayat 1 dan 2,

"Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama ? # Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak-anak yatim."

Begitu juga peringatan Allah dalam surah an-Nisa' ayat 2,

"Berikanlah kepada anak-anak yatim hartanya dan janganlah kamu tukarkan yang baik dengan yang buruk dan janganlah kamu makan harta mereka bersama harta kamu. Sesungguhnya memakan harta anak yatim itu satu dosa yang besar."

Bagaimana pimpinan Pas hendak berhadapan dengan mereka yang terbunuh itu di Padang Mahsyar kelak, kerana anak isteri mereka dizalimi. Hinggakan seorang dari balu meninggal dunia dengan penuh aib, tidak tergamak saya hendak dedahkan di sini. Majoriti anak-anak yatim sekarang ini hidup dalam keadaan tidak selesa, akibat kehidupan mereka yang tidak terurus sebelumnya. Nasib mereka tidak sebaik anak-anak pimpinan Pas dan anak-anak orang yang diamanahkan mengurus tabung Mangsa Memali, Yusuf Husin sebagai orang yang diamanahkan urus Tabung Memali, hidupnya semakin hari semakin selesa. Rumah makin cantik, kereta pun mewah dan tanah juga mampu beli.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2012 at 2:26 PM

Mcmn tu la org yg bertuhankan kebencian melebihi ketaaatan pada Allah SWT.

Segala tingkah laku bukan kerana Allah tp kerana asal bukan umno. sbb tu bila tgk perangai mereka xde la bersih mana.

Kesian prg sesat mcm ni

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 24, 2012 at 4:33 PM

saya pelik dengan parti pas selama berpuluh-puluh tahun masih menagih derma simpati dari rakyat. tidak adakah kesedaran di hati pemimpin2 pas supaya pas mampu menjana pendapatannya sendiri. jika kita ketepikan sebentar status al-arqam sebagai pertubuhan yang sesat, saya rasa al-arqam lebih hebat dari pas sebab mampu memiliki aset bernilai jutaan ringgit melalui perniagaan berteraskan islam. sedangkan pas pula masih mengikis duit rakyat atas nama derma jihad.

....................
Reply To This Comment ...................
December 24, 2012 at 5:00 PM

Ya, itu salah satu point utama saya bila menulis tentang layak atau tidak Pas memerintah negara. BUKTIkan dulu kemampuan mereka. Jangan hanya pandai cakap ikut mulut saja tapi biar HASIL tindakan yang bercakap

....................
Reply To This Comment ...................
December 24, 2012 at 10:44 PM

Nak wat guane pak din....peluang terbaik untuk membuktikan mereka boleh mentadbir kewangan pun diorang dah gagal untuk buktikan i.e KOHILAL.

Post a Comment