........... Isu Pengundi Hantu Terengganu - Baik Umno SAMAN saja Pas ! Serabut dengar .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Pengundi Hantu Terengganu - Baik Umno SAMAN saja Pas ! Serabut dengar ....

Monday, December 17, 201213comments

"Pada tahun 2004 Terengganu berjaya ditawan semula oleh BN bukan atas kehendak rakyat Terengganu. Majoriti rakyat Terengganu memilih PAS ketika itu.

"Bagaimana kerajaan PAS boleh tumbang adalah melalui penipuan pilihan raya yang dibuat oleh Umno."



Husam mendakwa Umno telah memindahkan sekian banyak pengundi dari Selangor ke Terengganu semasa PRU11 tahun 2004. Sebab itu kerajaan Pas Terengganu tumbang walaupun rakyat Terengganu memilih untuk kekalkan Pas sebagai kerajaan.

"Pada tahun 2008 Allah telah membalikkan semula dengan memberikan pengajaran bahawa Selangor yang mereka jangka kuat telah berjaya ditumbangkan kerana sebahagian pengundi Selangor terpaksa mengundi di Terengganu.

"Hari ini mereka nak bawa balik semula pengundi selangor yang mendaftar di Terengganu untuk bantu tawan semula Selangor."
Harakah

Jadi mengikut logik Husam, kemungkinan Selangor akan kembali kepada BN sementara Terengganu pula akan tewas kepada Pas .

Isu penipuan melalui pengundi hantu di Terengganu pernah ditimbulkan Hadi awal tahun ni ( KLiK ) dan kini dimainkan semula oleh Husam. Malas rasa nak berhujah isu ini kalau tidak disertakan tuduhan itu dengan BUKTI. You Know, BUKTI ? - Angka2 yang menguatkan hujah supaya ia tidak dinamakan RETORIKS. Dan supaya tidak dituduh sebagai tidak boleh menerima kekalahan.


TAPI ......... yang ini bukan bermakna saya percaya dakwaan Husam @ Pas diatas tapi dari borak2 dengan orang Pas sendiri dan juga mereka yang atas pagar, satu point yang sering mereka kemukakan adalah - Jika TIDAK BENAR, kenapa Umno tidak mahu SAMAN ?

Selalunya saya akan berhujah, takkanlah SETIAP FITNAH mesti dilayan dengan saman ? 

Cuma kali ini, dalam isu ini, setelah disebarkan dimerata sesi ceramah, dicetak berulang kali oleh media Pas dan sekali lagi dilemparkan didepan ribuan rakyat ...... saya rasa mungkin cara TERBAIK menangani isu ini oleh Umno adalah SAMAN.

Saman dengan RM100 juta ! Biar Pas berhujah dimahkamah dengan bukti2 yang mereka ada. Tutup mulut mereka dengan injunksi.

Pihak SPR juga boleh ikut sama saman atas kapasiti mereka sebagai pihak yang dituduh tidak telus dan gagal dalam melaksanakan tanggungjawab.

Amacam Umno Terengganu ? Errrr .... baik pastikan dulu siapa individu yang berhak dari segi undang2 untuk menyaman bagi pihak Umno, jangan berulang kes digugurkan kerana kesilapan teknikal. ( KLiK )

Serius ni, melalui tindakan saman itu, dengan sendiri Umno bakal beroleh RESPEK dari ramai pengundi atas pagar. Mungkin bakal dibicarakan selepas PRU13 tapi yang penting, rakyat akan lihat KEBENARAN yang biasanya dikaitkan dengan KEBERANIAN.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2012 at 9:21 PM

Kt party islm , spttnya bl dh klh tu redha je la . Aku rsa la kot mcm tu bn pasti akn mng d ua ngri . Pndhkn je pgndi d peti undi yg bn mng bsr ke peti undi yg bn klh , btl tk din ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2012 at 10:27 PM

Sy pon dah bosan dgn sgl permainan fitnah puak pembangkang ini...ch ..kes Farid Ismeth dan DSR..nape nak di biarkn smp berpuloh tahun baru yg empunya diri bangun menafikan...sedangkn dlm sesi ceramah/majlis tabur fitnah, 365 hari/1 tahun, fitnah yg mrk tabur akan trmasuk juga dlm hati sstgh makhlok yg dunia mrk cume harakah dan media2 pembangkang..

Jadi sblm PAS meneruskn sesi menabur fitnah tanpa ada sbrg tindakan dr UMNO (seolah2 mmbenarkn tohmahan mrk) lakukn la sesuatu utk kebenaran...

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2012 at 11:10 PM

Bila PAS menang besar 1999, tok guru dia kata tangan malaikat undi dia.....bila umno mng besar 2004, tok guru kata pengundi hantu unsi bn.....tok mung......

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2012 at 11:24 PM

Kena buat cepat ni.. sebab puak mereka ni kaki dan pakar tangguh kes bila kena ke batang hidung sendiri. Sokong tindakan saman ni. Husam ni tahu, yang suka sangat pindah-pindahkan pengundi ni ialah PAS dulu kini dan selamanya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 16, 2012 at 11:26 PM

Fitnah2 yang berterusan yang di buat oleh Pashit terhadap UMNO dan tidak di balas balik, bukan bererti yang fitnah2 tersebut benar. Nasihat...jangan sampai *Dia*
yang membalas fitnah2 tersebut. Dan jika itu kesudahan nya , Pashit masih tidak dapat menerima kenyataan...bermakna makin jauh lah PASHIT dari nikmatNya.

....................
Reply To This Comment ...................
December 16, 2012 at 11:49 PM

Kalau begitulah pendirian Umno, maka konsistenlah. Tapi kenapa bila kena 'peribadi', pandai pula sesetengah pemimpin Umno cabar nak bawa kemahkamah ? Kenapa tidak dibiarkan saja ....?

Ikhlas ni, sedikit sebanyak ADA kesan kepada minda pengundi atas pagar. Saya sekadar beri peringatan jer..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2012 at 12:48 AM

UMNO tak sinonin ngan SAMAN
din, pemimpin UMNO lembut lembut belaka, sopan santun, berbudi bahasa dan ramah tamah malah sanggup bagi kunci rumah kpd pendatang kemudian di halau oleh pendatang tersebut pun dia tak kisah, takdir katanya..

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
December 17, 2012 at 8:44 AM

Salam buat Bro Din....
Lama juga Pakcu dok perhati gelagat tuduhan adanya pengundi hantu ni...macam-macam boleh direka dan dicipta...terlalu senang buat tuduhan....tapi yang sebenarnya siapa yang perlu DISAMAN?

Kalau benar UMNO bawa pengundi hantu..kenapa PAS tak saman UMNO???...NI pakai main tuduh-tuduh...lagilah jadi hantu dan pontianak...

Bawa aja ke mahkamah selesai kes....kalu berani..
Nak jaja sana sini bukanlah cara orang educated.Cuma cari publisiti murahan..begitu juga isu minyak yang Datuk Husam gempar gempur tu..selesai ikut mahkamah baru rakyat tahu siapa yang betul ?. Kalau setakat lepas mulut,macamlah..cakap kedai kopi je......
Sorrylah kalu komen Pakcu agak pedas.....

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2012 at 8:59 AM

Saya tunggu juga komen sebegitu, standby dah.. :)

Ini bukan soal BENAR atau FITNAH tapi soal penerimaan PENGUNDI.Bukankah UNDI adalah segala2nya dalam politik negara kita ? Mungkin Pas hanya tahu melalak dan tidak berani saman kerana tiada bukti tapi tindakan mereka punya kesan pada pengundi atas pagar dan itu yang penting.

Jadi kenapa tidak Umno cabar Pas dengan cabaran bernilai RM100 juta dan waktu sama beri kesan positif kepada pengundi atas pagar ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2012 at 12:30 PM

Nak pindah pengundi berpuluh ribu..? Banyak keje tu din....tapi satu testimoni pun xde. Bawa la sorang pengundi yg telah "dihantukan" sebagai bukti....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2012 at 3:56 PM

isu pengundi hantu ni dh berpuluh tahun kite dengar, dari dulu sampai sekarang tak kan pas tak dapat tangkap 'sekor' pun wat bukti dari ratus ribu ekor tu....tak kan la tak de 'sekor' pun mengaku bahawa dia tu pengundi hantu....pelik2....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 18, 2012 at 12:09 PM

HEHEHE PEGUAM KERAJAAN X POWER LAH DIN..ASYIK KALAH JER...

....................
Reply To This Comment ...................
December 18, 2012 at 12:17 PM

Tapi lepas kalah, nak pulak Anwar terima jadi peguam dia !

Post a Comment