Isu Amanat Hadi - Pas Tak Jatuh Tapi Hadi Yang Jatuh - SIAPA UNTUNG ?

Monday, December 31, 201216comments

Nampak gayanya isu Amanat Hadi ni betul2 buat Haji Hadi berasap punggong.  Para pencacai Pas juga mati akal nak pertahankan isu yang rata2 mereka tidak punya feel kerana 31 tahun dahulu, kebanyakan mereka masih belum sunat lagi. 

Sebab itu beberapa percubaan oleh mereka untuk back-up Hadi waktu Hadi bersembunyi baru ni ternyata macam gampang jer ! Perkara utama sebelum berbicara tentang apapun topik, kita kena betul2 faham isunya tentang apa. Kalau main redah jer, hujah yang dikemukakan hanya menonjolkan kedangkalan sendiri. 

Semalam Hadi keluar dari persembunyian .... suka sangat para pencacai Pas sebab semua dah mati akal nak jawab isu Amanat Hadi ni. Hampir semua menulis yang nadanya lebihkurang macam ni - Hadi dah jawab ! Ambik kau ! Muahahahaha .... Entah kenapa, saya melihat keterujaan pencacai Pas lebih kearah LEGA kerana akhirnya dapat lepaskan beban menjawab kebahu Hadi.

Tapi Hadi sikit pun tak jawab tentang Amanatnya ! Mana ada dia jawab ? Perdengarkan balik setiap patah perkataan Hadi ( KLiK ), ada ke Hadi jawab ? Tidak kan ? 

Hadi lebih kearah MENGALIHKAN topik melalui permintaan 1JAM Siaran LIVE TV sebagai syarat untuk jawab. 

Kenyataannya Hadi memang tidak ada jawapan bagi menjelaskan Amanat yang diucapnya 31 tahun dahulu ! Isu utama Amanat Hadi adalah berkisar tentang PERLEMBAGAAN negara yang disifatkannya sebagai Jahiliyah, warisan penjajah, undang2 kafir dan WAJIB DITENTANG .... itu 31 tahun dulu TAPI kini PERLEMBAGAAN YANG SAMA pula Hadi @ Pas berikrar akan pertahankan.

Hadi kena jawab - Apa yang BEZAnya Perlembagaan Negara 31 tahun dulu dengan sekarang ? Kenapa dulu WAJIB ditentang ketahap mati syahid kalau gugur dalam penentangan tapi kini HARUS dipertahankan ? PERLEMBAGAAN NEGARA MASIH SAMA KAN ?

Nak jawab macamana ? Nak Spin macamana ? Nak konar tang mana lagi ?

Apakah KEFAHAMAN orang Pas tentang Amanat Hadi sehingga mendorong segala perlakuan yang menyesatkan itu diREDHAI oleh Hadi dan Pas ? 

Dah alang2 sebut, kenalah ungkit kembali Peristiwa Memali ..... dan alang2 seluk, perjelaskan sekali TABUNG MEMALI ! Semua tu kira pakej la ......

Tak perlu LIVE melalui RTM atau TV3 untuk menjawab, siar saja diHarakah dan Youtube dan RAMAI yang akan tolong sebarkan 100% tanpa sedikitpun tambahan atau pengurangan.

                                               ****************************

Tadi berdetik juga hati ini, isu ini sudah banyak kali ditimbulkan dan setiapkali itu juga orang Pas tak layan dan dengan sendiri isu dilupakan. Tapi kenapa kali ini orang Pas layan ?

Kenapa buku Kafirkah Aku baru sekarang diterbitkan ?

Ada yang kata semuanya sebahagian dari perancangan Umno dalam berdepan PRU13 .... hmmmm ... boleh diterima juga sebab yang bakal mendapat laba politik pastinya musuh Pas. 

TAPI bila kita ingat2 balik 2 minggu isu ini heboh, serangan lebih kepada INDIVIDU yakni Haji Hadi secara peribadi cuma tempiasnya saja kepada Pas. Kalau pun Hadi tarik balik dan minta maaf, apakah imej Pas akan tercalar teruk ? Tercalar mungkin tapi tidaklah teruk .... cuma yang TERUK tercalar adalah kredibiliti Hadi.

Worse come to worst, Hadi tak perlu bertanding , habis cerita. Lagipun Hadi sendiri pernah suarakan niat tidak mahu bertanding.

Makanya dalam konteks politik, saya lihat isu ini lebih bersifat SERANGAN PERIBADI KEATAS HAJI HADI.

Jadi cuba fikir, siapa lagi yang bakal mendapat keuntungan dari isu ini selain musuh Pas ? Yang keuntungannya lebih bersifat PERIBADI sesuai dengan sifat serangan yang juga bersifat PERIBADI ?

Pas tak jatuh tapi Hadi yang jatuh - SIAPA YANG UNTUNG ? 



Hmmmmm ...... siapakah yang menjadi PESAING KEPADA HADI ? 

Ingat balik sewaktu Muktamar Pas baru ni ....... nama siapa yang diANGKAT mencabar kedudukan Anwar selaku BAKAL PM jika PR menang ?

Pas tak jatuh tapi Hadi yang jatuh !

Ada sesiapa pernah baca /dengar Anwar atau mana2 pemimpin Pkr yang bersungguh2 mempertahankan Hadi dalam kemelut terbaru ini ? Anwar setakat kata isu Amanat Hadi ini isu lama dan Umno ketandusan isu ( KLiK ) tapi itu TIDAK menjawab cuma sekadar satu cubaan lemah mengalih isu. Lepas itu ada Anwar komen apa2 lagi tentang Amanat Hadi ? TIDAK ADA KAN ?

Bagaimana kalau saya buat satu TERJAHAN - Isu terbaru Amanat Hadi ini ADALAH SATU KONSPIRASI ANWAR IBRAHIM bagi membunuh pesaingnya selaku satu-satunya calon PR bagi kerusi PM  !

Pas tak jatuh tapi Hadi yang jatuh !

Line sudah kasi clear !

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2012 at 9:36 PM

Hadi adalah beban dlm tranformasi PAS yg berusaha memaparkn wajah yg liberal kepada org islam dan bukan islam terutamanya. Selain isu amanat, Hadi juga terlibat dlm kerajaan perpaduan. Kesetiaan hadi pd PR diragui. Bbrp blogger yg pro PAS mmg diketahui anti Hadi. Din kau mungkin lebih tau siapa mereka itu.
Tapi ini bukan soal parti atau kerajaan. Tapi soal agama dan umat melayu yg terbarai kerana amanat itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2012 at 9:55 PM

wah..anuar sudah bersama umno...hahahhaah..bg pengikut pas, semua isu ni hanya timbul menjelang pru..isu ni dah x relevan dgn zaman skng bro..peduli apa amanat hadi ka...amanat pok nik ka..yg penting umno mesti dikuburkan.bg ahli pas..umno itu rasuah..hahahha..yg penting mcmna nak survive hidup kat malaysia yg serba serbi mahal..hahaha..pedulik apa dgn amanat hadi..amanat tu bukannya penyebab stadium runtuh pun..

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
December 30, 2012 at 10:03 PM

Salam Abang Din,
buleh tahang gok teori tu. Saya percaya kebanyakang masaloh yg terjadi kpd pemimpin pembangkang adalah berpunca dari persaingan sesama mereka sendiri. pemimpin BN lebih tumpu kepada kerja. mereka ada kerja hakiki tapi kalu orang alik tu, walaupun mereka banyok berpolitik tapi masih banyok lagi masa yg lebih. jadi logik kalu masa tu digunakang utk buat benda-benda gitu.

....................
Reply To This Comment ...................
tv3.
December 30, 2012 at 10:15 PM

aku rasa jawapan 1jam tu pon bang non yg tlg karangkan setelah menunggu lama sngt DS Hadi nk menjawab.Matilah mcm ni.. bakal PM kita bengap, jawapan pon style bang Non.

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2012 at 10:15 PM

Setengah orang berbicara dari sudut agama, setengahnya pula melihat dari sudut politik yang menggunakan agama.... sekadar memakai baju lain :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2012 at 10:16 PM

saudara mesti belum sunat tahu 1981 kan ? :))

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2012 at 10:18 PM

TEORI KONSPIRASI .... boleh pening kepala kalau dilayan sangat hahahaha ... tapi ada kalanya elok juga kita perhatikan dari segala sudut. Tak naklah kita duk menyalak dibawah sedangkan hakikat sebenarnya kita dijadikan buah catur oleh para konspirator

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2012 at 10:50 PM

Org yg pandang rendah pada penderitaan org lain x layak utk bercakap tentang isu morale

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2012 at 10:53 PM

Interesting. Kalau kenal perangai Anwar kemungkinan itu bukan xde.

Tp kalau dia harap org pas akan boikot hadi sbb tu Rasanya Anwar masih mentah bab2ketaksuban pas.

Ni xkan menyebabkan org pas sokong Anwar. Sbb Setauket saya org pas mmg tau Anwar ade isu morale. Cuma derang boleh2 tahan jijik pada Anwar sbb kebencian pada umno yg melampau

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
December 30, 2012 at 10:55 PM

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Abang Din.. Cuba BACA teori KONSPIRASI aku pulak..

http://sensecredaccountability.blogspot.com/2012/12/anda-yakin-pas-tak-akan-halang.html

HE!HE!HE!

Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2012 at 11:00 PM

satu lagi isu yang menggusarkan pak sheikh ialah hadi tak konsisten dalam isu penggunaan kalimat Allah oleh kristian. hadi masih belum menetapkan kata putus tentang isu kalimat Allah, meskipun pakatan rakyat pada dasarnya telah mencapai persetujuan bersama.

satu lagi perkara yang menarik perhatian ialah kenapa sebelum ini boleh timbulnya cadangan supaya hadi bertanding di pekan dalam pru13 nanti. bukankah cadangan tersebut seolah-olah nak menamatkan hayat politik hadi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 30, 2012 at 11:45 PM

Cepat2 lah terangkan maksud 'amanat hadi' tu.... Kalau benar 8 perkara tu encik hadi benar2 cakap sila jelaskan kepada rakyat... Kalau takut bgs potong pelir sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2012 at 2:45 AM

Sepatutnya bila timbul sebarang isu, kepimpinan Pas harus SEGERA berikan pandangan, bukannya menunggu melihat arah angin politik baru nak jawab.

Dan kalau anda perasan, pendirian2 Pas sering berubah2 ... padahal dikatakan mereka menggunakan asas2 Islam dalam perjuangan.

Itu bukannya memperjuangkan tapi memalukan Islam !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 6:53 AM

melayu hampa?
Apakah tidak cukup lagi tangan menyuap saudara?
Adakah saudara perlu disuap segala galanya.. tanpa berikhtiar langsung?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 3, 2013 at 6:55 AM

apa yang membuat saudara hampa?

....................
Reply To This Comment ...................
January 3, 2013 at 6:57 AM

Amanat Hadi dah bertukar jadi

"PENAT HADI"

Post a Comment