........... Gagal Bayar Sewa, Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Gagal Bayar Sewa, Yahya Sulung & Isteri Diarahkan Keluar Rumah

Tuesday, December 11, 201213comments


PETALING JAYA: Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.

Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.

Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.

"Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.

Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.

Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.

“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.

Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.

Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.

"Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah," ujarnya. mStar



PS - Pihak DBKL takde rasa apa-apa ke ?

PS2 - Mungkin tak ramai yang tahu berita ni, tapi sekarang bila dah tahu, saya harap agensi2 yang boleh dan mampu bantu dapat tampil dengan kadar segera membantu ! Apatah lagi agensi yang sememangnya diberi TANGGUNGJAWAB untuk menolong kes2 sebegini.

TERKINI  12/12 -  Datuk Yahya DiBantu BaitulMal

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 1:20 PM

sorry to say
inilah akibat pada waktu senang dulu tidak belajar menyimpan
artis zaman dulu dapat duit sikit terus enjoy
sekarang terjadilah akibatnya
walaubagaimanapun sebagai rakyat prihatin kita patut menonolong warga emas ini

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2012 at 2:19 PM

x boleh salah kn dia... masalah kite & masalah dia x same....

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2012 at 2:21 PM

saya dari brunei dan saya dengan ikhlas ingin membantu bagaimana caranya boleh transfer wang atau beri melalui kedutaan malaysia kat brunei

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 2:34 PM

Kebiasaannya mubaligh kristian akan ambil peluang, menyedihkan lagi baitulmal susah nak membantu. Mereka perlu keluar dari kotak pemikirab asnaf shj..
Contoh di negara2 Arab keluarga amat2 rapat ini membolehkan mana2 anak2 yatim dikalangan mereka dijaga dan diberi perhatian, di Malaysia khusus Melayu budaya ini sudah hilang menyebabkan anak2 yatim tertindas dan dimanipulasi sesetengah pihak. Baitulmal hendaklah berani dan selamatkan maruah anak2 yatim tersebut (jika dah buat Alhamdullillah).
Dan Baitulmal lah diharapkan untuk menyelesaikan permasalahan ummah, para mukmin berzakat dengan niat menaikkan syiar Islam dan untuk membantu sesama ummah maka tanggungjawap Baitulmal la laksanakan dengan bijaksana.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 2:40 PM

Jgn men sdap mulut je ckp. Mn awak tau dia enjoy ke x duit tu? Mn awk tau cmne Datuk sara hidup sekeluarga? Tambahan lak Datuk sakit. Berape byk kos perubatan nk tanggung. Artis dulu bkn mcm artis skrg. Awk nk tlg awk tlg tp jgn sesuka hati nk tuduh org tua. Klu jd kt atuk nenek mak bapak awk ape perasaan awk? Pikir dlu sblm ckp.

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2012 at 3:14 PM

Aaa...Presiden Seniman(Zed Zaidi) tak tau ke perkara ini?Sonyap jo...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 3:57 PM

bro..artis zaman dulu berapa ringgit sgt dpt pun..beragak la nk ckp pun..dia sakit pun dh lama.bkn baru.lu balik muhasabah diri dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 11, 2012 at 4:56 PM

sedara belum baca sampai habis

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 11, 2012 at 5:00 PM

betul2 KERING hati mereka yg menjalankan kerja ni.....aishhh bila difikir2kan TAKUT sebenarnya kalau keadaan mcm ni berlaku pada diri sendiri/sedara mara...mereka2 yg memberi arahan keluar rumah tu tak fikir ke bagaimana sekiranya mereka berada di tempat seniman & isteri tersebut?.....harap2 SENIMAN percepatkan usaha membantu keluarga berkenaan......hidup SENIMAN!!!

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2012 at 5:10 PM

Saya sambung komen di artikel terbaru selepas yang ini ... TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 6:13 PM

Answer is simple..DBKL x study kes..klu DBKL da kaji dan prihatin..notis kuar rumah tu xkan dikeluarkan...sedih baca keadaan Pakcik Yahya Sulung ni...PRIHATIN LA SIKIT..tergamak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 8:07 PM

nanti semua JAI.....tangkap.kecoh nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2012 at 11:14 PM

setiap muslim perlu membayar zakat... dan jika semua orang yang wajib kena bayar zakat membayarnya dan wang wang zakat itu di urus sebaik mungkin nescaya orang yang mengalami kesempitan hidup dapa di bantu. sekarang pergi mana wang zakat....

Post a Comment