........... Felda Di Terengganu DiLimpahi Gelombang Oren ! Habislah ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Felda Di Terengganu DiLimpahi Gelombang Oren ! Habislah .....

Saturday, December 8, 20120 comments

Cubaan FITNAH ke atas FELDA gagal lagi !!! 

( copypasted dari blog Rakyat Tranung )

Sesungguhnya sejuta kebaikan yang diperolehi tidak mampu mengubah persepsi orang dengan fitnah-fitnah jahat. Semua dari kita sedar bahawa warga peneroka Felda termasuklah anak-anak peneroka dan cucu-cucu peneroka merupakan golongan paling beruntung di dunia kerana menerima nikmat ALLAH melalui jasa-jasa FELDA sejak dulu lagi. Taraf hidup mereka yang amat miskin dulu kini berubah menjadi masyarakat berpendapatan kelas pertengahan hasil usaha kerajaan melalui FELDA.

Namun malangnya, sejak akhir-akhir ini iaitu apabila hampir pilihanraya maka berteraburanlah FITNAH ke atas organisasi yg paling banyak berjasa kepada masyarakat FELDA ini. Mereka ini tidak pernah menampakkan muka membela masyarakat FELDA sebelum ini dan hanya keluar mencari publisiti murahan apabila menjelang pilihanraya. 


Hari ini, geng-geng pembawa FITNAH ini cuba masuk ke dalam FELDA di Terengganu. Namun, aktiviti jahat mereka dapat dihidu oleh masyarakat FELDA dan masyarakat FELDA bangun dan bangkit menyatakan perasaan marah mereka kerana pembawa-pembawa FITNAH ini cuba memporak peranda kerukunan, kenikmatan dan kedamaian yang diperelohi warga Felda selama ini.

Seorang peneroka yang ditemui berkata "FELDA umpama ayah dan ibu kita yang telah membesarkan kita dengan berjayanya. Namun hari ini, mereka datang nak memburukkan dan fitnah kpd ayah dan mak kita. Mestilah kita marah dan bersuara... Cuba mak ayah kamu yang difitnah apa tindakan kamu".... jeritnya dengan penuh perasaan kecewa.

Warga FELDA berkumpul aman tadi melahirkan rasa kecewa
dengan fitnah-fitnah ke atas FELDA menjelang pilihanraya


Warga Felda di Selasih, Terengganu

Hari ini penabur fitnah ke Felda Kertih, Jerangau dan Felda Bukit Bading. Kembara Oren diketuai presiden persatuan haram ANAK, Malan Aliman tidak mendapat sambutan drpd seluruh warga Felda terutamanya Generasi Baru dan Kedua.. Di gugusan Felda Kertih, ramai warga Felda berhimpun membantah Kembara Oreng. Namun Malan Aliman tidak kelihatan. Mungkin hanya bersembunyi di atas kenderaan pacuan empat roda, Cumanya Saiful Bahri berucap. Tapi dlm lima minit sahaja . Di Felda jerangau, dia orang diberi kesempatan berceramah termasuk Malan Aliman. Ucapan pembohongan disampaikan hanya didengar pengikut kembara iaitu dalam 50 orang sahaja. Di Felda Bukit Bading. Rombongan Kembara hanya disambut lima enam orang penyokong PAS.

KECEWA: Kerukunan dan kedamaian masyarakat Felda cuba
diperokperandakan dengan fitnah bukan-bukan. 
Dia orang masuk ke kawasan Felda untuk mencari sokongan dengan membawa "kaki putar alam.". Namun ketika Peneroka Felda berpusu-pusu ke masjid utk menunaikan solat jumaat dan imam baca quran di masjid Felda Jerangau pun mereka masih berceramah dengan fitnah-fitnah yang tiada asasnya. Akhirnya warga FELDA yang ditemui menyatakan perasaan marah dan benci dengan gelagat kurang ajar mereka. Peneroka yang ditemui berkata "Dahlah masuk ke perkampungan orang dengan niat jahat dan nak pecah belahkan kami, tak hormat pula dengan budaya kami", katanya kesal dengan gerombolan kembara yg tidak hormatkan cara dan budaya masyarakat sebelum sembahyang jumaat diadakan.

Terima kasih atas fitnah-fitnah anda. Berkopiah tapi berhati busuk ???
Rombongan yang dikhabarkan 80 buah kenderaan padahal belas-belas pun tak sampai.

Share this article :

Post a Comment