........... Fakta Gempar ! Sekolah Cina - Adakah INI Wawasan 1Malaysia Najib ? ! ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Fakta Gempar ! Sekolah Cina - Adakah INI Wawasan 1Malaysia Najib ? ! !

Saturday, December 1, 20127comments

Satu kenyataan yang MEMBINGUNGKAN dari Chua Soi Lek laporan The Star berkaitan sekolah cina -

Some 92% of Chinese parents send their children to Chinese primary schools ...

92% ibubapa bangsa Cina hantar anak mereka belajar disekolah cina. Dan dari jumlah pelajar sekolah cina, 15% adalah dari kaum bukan Cina.

Adakah itu satu fakta yang harus diBANGGAkan dalam konteks Perpaduan Nasional ?

Saya beri satu perbandingan mudah.....

Kaum Cina merupakan 26% jumlah penduduk jadi dari jumlah 100 orang, 26 adalah Cina. Dari 26 orang Cina itu pula, 24 orang pilih sekolah Cina dan 2 orang saja pilih sekolah Kebangsaan.

Nah .... 24 dari 26 orang generasi Cina akan datang tidak mempunyai pendedahan secukupnya berinteraksi dengan kaum lain, membesar dalam persekitaran ala negara China, dan kita disarankan supaya BERBANGGA dengan fakta ini ?

Membaca artikel The Star itu, saya tidak dapat tidak, terbayang target yang ada dalam kepala Chua Soi Lek adalah 100% orang Cina menghantar anak2 mereka belajar diSekolah Cina !

Kaum cina melalaui Dong Zhong pula terus menuntut LEBIH BANYAK sekolah cina terutama peringkat Sekolah Menengah didirikan ......

820 Universiti dari negara China diIKTIRAF oleh kerajaan Malaysia. Saya ulang - 820 !

Dalam pada itu, sebarang langkah kerajaan untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Kebangsaan dikalangan murid2 sekolah cina dipandang serong oleh mereka.

Fikir sajalah secara LOGIK - Apakah yang bakal menanti generasi masadepan kita ?

APAKAH INI WAWASAN YANG NAJIB @ UMNO PERJUANGKAN ? ? ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 1, 2012 at 2:10 PM

Assalamu alaikum Din,

Tapi dalam PAU yang akan berakhir hari ini kita tak dengar pun satu suara yang menegur Najib Bapak Vernakular tentang hal ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2012 at 2:45 PM

lama-kelamaan malaysia akan diperintah oleh perdana menteri berbangsa cina....tengoklah masanya akan tiba....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2012 at 3:21 PM

mungkin pau 10 tahun lagi kita boleh tgk perwakilan dr puak cina.dan mungkin akan menjawat jawatan naib presiden kalu mcm ni najib punya jilat..pemuda umno ckp berdegar2..tp lebih pd membodek..xde kemajuan lansung..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2012 at 4:20 PM

Wawasan mereput dan menghancurkan negara. Takpe, waktu tu najib dan muhyiddin dah mampus. Anak beranak diorang dah hidup mewah untuk beberapa generasi. Tak payah susah-susah fikir pasal nasib Melayu akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
December 1, 2012 at 4:45 PM

Kenyataan Chua S L ini biasa seiras dengan kaumnya apabila memperkatakan tentang sekolah Cina,saolah-olah memberi gambaran bahawa sekolah Cina menjadi pilihan dan harus diberi keutamaan.

Najib akan mendengar dan menerima statik Chua S L ini dan akan memberi perhatian.
20 tahun semua orang wajib memahmi bahasa cina untok berintreksi dan mengahtawi bahasa Cina syarat wajib kelayakan untok berkerja disyrikat swasta dan mungkin juga disektor awam.
Pelembagaan ,mungkin bolih ditukar mensyaratkan ,bolih menguasaai bahasa Cina bagi melayakan diri sebagai warga negara Malaysia.

Melayu bepolitik ,bebuih mulut meleleh air mata dibuai mimpi dan angan-angan,Cina mengator strategi demi serviveble bangsa mereka dibumi yang mereka teroka.
Kemana kita "Melayu" ,masih bermimpi dengan kata-kata ,'takan Melayu hilang didunia'.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 1, 2012 at 5:15 PM

Semasa saya bersekolah rendah dahulu, saya dihantar ke sekolah rendah yang 80 peratusnya berbangsa Melayu. Pada tika itu tidaklah saya kenal cara interaksi denan kaum2 lain almaklumlah dah ada bangsa sendiri. Selepas mendapat keputusan cemerlang UPSR, saya dihantar ke sekolah bandar yang bilangan bukan Melayu ialah 40 peratus. Yang 40 peratus inilah yang kebanyakannya yang cemerlang . Jadi sebagai Melayu tidak bolehlah kalah kepada bangsa lain. Mahu tidak mahu Melayu di sekolah perlu berinteraksi dengan yang bukan Melayu. Pada tika itulah saya kenal hati budi kaum lain, corak pemikiran dan sebagainya. Dan sampai sekarang mereka yang bukan Melayu memang mempunyai interaksi yang baik dengan yang Melayu. Moralnya ialah, tak perlulah lagi kerajaan memberi banyak dana kepada sekolah2 jenis cina kerana mereka sudah ada dana yang disediakan olah seaudagar2 cina yang kaya raya dan mereka mempunyai kemudahan yang JAUh lebuh baik daripada sekolah kebangsaan. Mungkin sekolah2 india ada yang daif perlulah dibantu. Tapi kerajaan mesti ingat PERPADUAN kaum adalah aset penting tak terhingga dalam menjamin kemakmuran negara. Jangan tunduk kepada sebahagian cina yang bersikap Cauvanis seperti Dong Jiau Zhong.

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2012 at 12:45 AM

Saya tertanya2 apakah yang berlegar dalam fikiran para perwakilan yang tangkap syahdu semasa menyanyikan lagu Warisan ..... apakah mereka faham maksud bait2 lagu itu ?

Post a Comment