........... Dr MAZA - Hadi Perlu TARIK BALIK Amanat Hadi | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dr MAZA - Hadi Perlu TARIK BALIK Amanat Hadi

Wednesday, December 19, 201214comments


Komen Dr MAZA mengenai isu Amanat Hadi yang menjadi panas semula - ( dari SINAR )

“Pas sekarang sudah lain. Saya melihat kepimpinan hari ini sudah tahu hala tuju perjuangan mereka. Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno.
“Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi,”


“Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera,”


“Seharusnya ia dihentikan. Jika tidak, akan muncul macam-macam lagi termasuk isu 13 Mei. Tutup buku lama.
“Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi,"


Ya, saya juga setuju buku lama harus ditutup tapi umpama kes jenayah, selagi tidak diselesaikan, selamanyalah ia menjadi KIV. Apakah isu Amanat Hadi dah selesai atau masih diperingkat KIV ? Apakah Amanat Hadi itu yang lebih berupa SATU  PENGHUKUMAN sudah ditarik balik untuk ia ditutupbukukan ?

Pencacai Pas yang rata2 belum sunat pun waktu Amanat Hadi diucapkan dulu pun teraba2 dalam kegelapan dalam cubaan mereka mempertahankan nya.... bagi mereka ini, Amanat Hadi perlu dipertahankan hanya kerana ia diucapkan oleh Presiden Pas satu ketika dulu. Kerana bermentalitikan bahawa pemimpin2 Pas itu MAKSUM, maka apasaja tindakan atau kenyataan mereka harus dipertahankan. Bukan KEBENARAN yang menjadi prioriti tapi persepsi KEMAKSUMAN Pemimpin yang harus dipertahankan.

Sebab itu ada pencacai yang cuba memberi alasan Amanat itu tidak pun ditujukan kepada Umno dan ada yang mendakwa Hadi cuma menyampaikan mesej alQuran semata-mata ..... ( KLiK )

Saya malas nak layan point2 dangkal itu sebab selepas 30 tahun Amanat itu berlegar, apakah pencacai Pas tidak terfikir yang point2 sebegitu tidak pernah dibincangkan sebelum ini ? 

Dan kalau mereka yakin sebenarnya apa yang mereka hujahkan, seharusnya mereka sebarkan dan perjelaskan kepada ORANG2 PAS sendiri kerana dalam isu Amanat Hadi ini kalau mereka nak tahu, yang PERCAYA, TAKSUB dan SALAH FAHAM tentangnya adalah ORANG2 PAS !

Yang memegang teguh Amanah itu ketahap memecahbelahkan umat Islam, kafir mengkafir sesama Islam, sembahyang dua imam bla bla bla adalah ORANG2 PAS yang menghukum orang2 Umno !

Jadi sebarang peringatan harus ditujukan kepada orang2 Pas yang masih TAKSUB kepada Amanat Hadi. Tidak ada cara lain yang lebih baik selain dari PENARIKAN BALIK OLEH YANG MENGUCAPKANNYA IAITU PRESIDEN PAS HAJI HADI SENDIRI.

Pada ketika beberapa ulama hari ini menegaskan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajib segera menarik balik amanatnya pada 1981 yang menggambarkan UMNO kafir, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Rabu lalu, penyokong kerajaan, Ramlan Ali (BN-Jabi) (gambar kiri) menegaskan beliau tidak akan memaafkan Presiden PAS itu. Ini kerana menurutnya, Hadi mengkucar-kacirkan hubungan keluarganya sejak sekian lama disebabkan amanat itu.

Dalam nada beremosi, beliau berkata, Amanat Hadi yang dicetuskan di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981 itu masih memberikan kesan berpanjangan baginya. Kesan itu juga turut meresap di kalangan masyarakat di DUN Jabi itu sehingga mereka berpecah-belah.

Walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi Amanat Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar PAS menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa UMNO dan kerajaan
. ( Baca seterusnya - KLiK )


Saya salah seorang ahli PAS yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.
“Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut PAS kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap Umno kafir,


PS -  Baca juga - Unspinner

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2012 at 12:27 PM

Memang amanat tu masih lg dipegang oleh kebanyakkan penyokong pas. sebab itu jika dilihat dimasjid2 terutamanya di kg2 kurang yg dtg berjemaah....golongan ini pergi ke surau2 yg dipelopori oleh'puak2 kite'....mengikut pengalaman sy sendiri yg sering berjemaah di masjid kononnya 'masjid umno' di kws adun pas trg, terdengar suare2 sumbang yg mengatakan tiada nilai sembahyang di masjis'kerajaan'...kosong tak dok nilai di sisi Allah....

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 2:01 PM

Aku tak tahulah samada kesan dari amanat ni ataupun ada sebab lain. Memang benar masih ada penyokong PAS yang lebih selesa memilih masjid yang Pro PAS bila sembahyang jumaat dan sembahyang raya walaupun masjid di kg mereka masih banyak ruang kosong.

Alhamdulillah di Kg aku, masalah ini tidak pernah terjadi. Semua masyarakat bersatu padu. Imam masjid di Kg. aku pula, sorang penyokong kuat UMNO dan sorang lagi penyokong kuat PAS. Maing-masing bergilir-gilir mengimamkan sembahyang ikut giliran masing-masing. Masa Semangat 46 dulu, imam 3 penyokong kuat semangat 46.

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 2:37 PM

Birla Hadi terjun dgn labu-labunya Din.Tika tubuh masih sihat dn bebas berckp apa sahaja mmg la kita tak sedar.Tapi smpai masa,nyawa di halqum maka akan tahu lah TINGGI RENDAH LANGIT...

Sebab 2 bila fikirkan balik walau marah saya dgn Najib sebab terlampau manjakan Cina,bagi saya itu MUDARAT KECIL berbanding memeilih org yg sanggup melacurkan agama demi kuasa yg sudah menjadi MUDARAT BESAR.WAJIB bagi saya utk menolak Pas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2012 at 3:12 PM

Aku kurang berminat dgn Dr. Maza ni...ucapan2 beliau selalu menampakkan yg beliau seorg yg pro sebelah sana...pelik aarr dgn dia ni...konon nak nampak neutral tapi org bole ke sebelah mana dia ni condong...aku quote apa dia ckp...

1."Hadi juga sudah bertemu dengan pemimpin parti lain termasuk Umno.
“Jadi, ahli parti itu sudah boleh mengagak dan tahu amanat lama sudah tidak ada lagi" - maknanya org PAS dah tak berpegang lagi dgn amanat tu...so, buat apa kecoh lagi...bende kira dah settle...

2. "Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan..." - bukti dah memang depan mata, kalo tak C.N Al Afghani pun tak bercakap pasal bende ni...apa punya statement aarrr...tu pasal aku ckp dia ni konon nak nampak neutral tapi....

3. "Semua pihak perlu melihat ke depan bukan membongkar kisah lama lagi. Ia sudah tidak relevan lagi" - maknanya apa2 isu lama yg masih tergantung dah tak payah bincang lagi dah...mana bole mcm tu...pasal byk isu2 lama yg masih ada kesan buruknya pada masyarakat, jadi perlu ditimbulkan semula dan dibincang bagi diselesaikan...specifik bagi isu ni...seolah2 bende ni dah secara automatik settle pasal dah lama sgt dah, padahal Si Hadi tu takde pun buat pengumuman tarik balik ke, mintak maaf ke...apa pon tarak..

Last sekali, aku susah dah nak dgr ckp Dr. Maza ni...tahap menyampah aku kat dia dah menghampiri paras bahaya...boring tul...

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 4:44 PM

Kita berhujah ikut kenyataan bukan mengikut persepsi kita terhadap siapapun...

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 4:45 PM

Kalau dah tulis tentang satu2 isu tu, saya tak kiralah siapapun yang saya nak kritik :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 5:34 PM

Psst Din..Prof Dato' MAZA ada how many wives?
Quota dah penuh ker? ^_^

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 5:53 PM

Harap Dr MAZA baca dan jawap terus ke blog kakak hehehehe ....

personal saya tak campur.

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 6:28 PM

hihihi..sakit perut ketawa..:))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2012 at 8:55 PM

Setuju. Exactly apa saya fikir. Dan mmg x pernah suka maza

Melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2012 at 10:29 PM

Bro din risik2la...hehehe.... kabo kat dia ader yg nk tunggu...hihihi.

Berbalik psl kafir mengkafir nie ... sebenarnya berlaku pada keluarga saya. Ayah, seorang imam dan juga ustaz sekolah menengah, pernah terlibat dlm abin zaman anwar dulu tapi amek kptsn kuar dari abim masa tue sbb dia dh nmpak ader benda tak betul berjalan... nk tau kena tya dialah.hehehe... dia jgk seorang penyokong kuat UMNO.

Ditakdirkan, masa dia jadi imam kat sebuah masjid di kelantan, ketika itu tgh panas psl imam umno xleh wat ikut smyg, sembelih xleh mkn, klau akad nikah kena akad lagi sekali & yg plg teruk ader yg smpai bercerai berai. Saya masih ingat lagi waktu masa budak2, saat nak bersolat jumaat kdg2 kn tggu smpai setengah jan slps azan utk br imam bleh baca khutbah, sebabnya makmunx ckp korum 40 org. Sbb x cukup ramai yg lari pi cari masjid yg tok imambya org pas. Walaubagaimanapun takdir Allah SWT x pernah terjadi kat masjid tue smpai xleh nk buat smyg jumaat sbb akhirnya cukup jgk jemaah. Hal ini berterusan smpailah imam baru dilantik yg kbtln org pas.

Masa budak2 dulu, saya x terpikir psl nie, ingat nk seronok2 pi masjid.huhuhu.... ttp bila dewasa baru terpikir klaulah masjid tue
smpai x cukup jemaah sebab semata2 imam dan makmun berlainan parti, maka x pelik klau smpai saat nanti manusia sdh tak terpikir bahawa tiap2 muslim itu adalah bersaudara...

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 10:59 PM

Din...bagi notis 3 bulan kalau berjaya yea..kena buang 30kg.
Terima kasih 10.29 kerana memberi sokongan padu..hihihi..:)

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 1:43 AM

30 kg ? ? erk .... seperti saya cakap tadi - Bukan tak mahu campur dah tapi tak BERANI campur !

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 12:20 PM

Sy setuju dgn Din.Kita harus terus mengkritik.Itu HAK kita.Tapi bagi saya suka tidak suka kita terpaksa MEMBUAT PILIHAN.

Kadang2 kita sesat dlm hutan,hampir mati kebuluran akibat kehilngan arah,maka agama memberikan KELONGGARAN untuk memakan apa sahaja yg blh menyelamatkan nyawa kita.Bukan untuk KESERONOKAN atau KEKENYANGAN tapi utk SURVIVAL.

MENGAMBIL MUDARAT KECIL DEMI MENOLAK MUDARAT BESAR.

Post a Comment