........... Datuk Yahya DiBantu BaitulMal | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Datuk Yahya DiBantu BaitulMal

Wednesday, December 12, 20125comments


Alhamdulillah..... lega bila dapat tahu penderitaan Datuk Yahya Sulong telah mendapat perhatian BAITULMAL semalam. Sebelum ini telah beberapa kali kisah Pak Ya di siarkan media namun tidak mendapat respon yang sewajarnya, HANYA SETELAH HEBOH DIINTERNET SEMALAM ekoran artikel mStar yang beliau mahu diHALAU KELUAR OLEH DBKL barulah kelam kabut pihak BaitulMal datang membantu.

BAGUSlah .... tiada definisi terlambat dalam soal sebegini. Saya harap pihak BaitulMal dan lain2 agensi yang ditugaskan membantu rakyat susah dapat bertindak PROAKTIF bermula sekarang. ( artikel saya sebelum ini - KLiK )

Oya, saya terbaca dari sebuah artikel lama ( Oktober tahun lalu ) yang Pak Ya pernah berkahwin 4 kali dan punya 11 ORANG ANAK.

PS - Ada kesannya juga kalau kita bising2 diblog ya ......


KUALA LUMPUR: Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan membantu meringankan beban ditanggung pelakon veteran, Datuk Yahya Sulong dan isteri, Datin Alisah Ali yang kini hidup kesusahan.

Penolong Pengurus Kanan Baitulmal, Faridilatras Abd Rahman berkata, bahagian itu akan menjelaskan tunggakan bayaran sewa rumah, selain bantuan perubatan Alisah yang menghidap kanser paru-paru.

“Kami akan meringankan beban mereka dengan bekalan susu tambahan yang disyorkan doktor, selain memastikan bantuan kewangan yang diterima dilanjutkan sehingga tahun depan.


“Baitulmal juga akan pantau perkembangan mereka dari semasa ke semasa untuk pastikan bantuan itu dapat membantu pasangan terbabit,” katanya yang melawat pasangan itu bersama Skuad Jejak Asnaf di Flat Sri Perak, Sentul, semalam.

Harian Metro bulan lalu melaporkan keperitan hidup pelakon veteran berkenaan bersama isteri kerana tunggakan sewa rumah tidak dijelaskan di samping harga makanan tambahan Alisah terlalu tinggi yang tidak mampu ditanggung mereka.


Sementara itu, Yahya berkata, dia terkilan kerana selepas Harian Metro menyiarkan artikel masalah dihadapinya, tiada langsung pihak ambil tahu mengenai kehidupan mereka.
myMetro

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2012 at 10:25 AM

kat mana agaknya silapnya yer? kalau lah benar UMNO nak berkhidmat untuk rakyat, dimana rakyat didahlukan terpakai, sayap pemuda kenalah buat kerja lebih sikit. tak bolehlah suma nak tunggu sayap wanita yang buat. kalau hingga keperingkat global boleh dilakukan, kenapa tidak mereka ini turun padang dan menyiasat keadaan saperti ni. semua sayap pemuda hingga ke peringkat cawangan boleh lakukan kalau nak dan barulah boleh dikatakan mendapingi rakyat dengan membuktikan sebenarnya rakyat didahulukan. buatlah kerja lebih sikit untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dan janji ditepati. bila dah UMNO dampingi rakyat barulah gejala murtad dapat dikekang disamping menyelesaikan masaalah yang rakyat hadapi.

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2012 at 1:28 PM

isteri datuk yahya nafi dbkl halau walau tak bayar 8 bln sewa..

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

....................
Reply To This Comment ...................
December 13, 2012 at 1:48 AM

Zek Zaidi dah mula buat penilaian dan bantuan yang akan diberikan dari SENIMAN?

....................
Reply To This Comment ...................
December 13, 2012 at 11:58 AM

Alamak,tadi nengok gamba Zed Zaidi dok uloq cek ke duit.Dah siap bagi two thumbs up credit lagi...Mana yang betul nih,Baitul Mal yg huluq atau Seniman,atau kedua-dua sekali?Kalau kedua-dua sekali,selamat...Kalau tak tarik balik itu kredit kasi sama Baitul Mal la...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2015 at 11:19 AM

Pemimpin-pemimpin Melayu termasuk orang agama memang bangang dan buta perut.Selesaikah masalah orang miskin itu bila kita beri anugerah Datuk kepadanya?Mana lebih penting bantuan untuk kehidupan atau anugerah Datuk?Apabila Melayu miskin itu diberi anugerah Datuk,maka bertambah hinalah bangsa ini.Apakah tidak ada orang lagi yang mampu berfikir?

Post a Comment