........... Buku Rosmah - Permintaan Ikhlas Kepada Rosmah, Harap Beliau Baca. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Buku Rosmah - Permintaan Ikhlas Kepada Rosmah, Harap Beliau Baca.

Tuesday, December 11, 20124comments


Ada satu perkara penting yang saya rasa perlu ditulis sebagai sambungan kepada story Buku Rosmah Mansur.

Dari artikel sebelum ini -

"Ekoran daripada pertemuan tersebut dan melihat laporan yang tersiar di Internet, saya  mendapati banyak perkara yang dilaporkan bertentangan dengan apa sebenarnya yang terjadi.
"Hasil daripada kesedaran tersebut, saya berunding dengan Datuk Ahmad Maslan untuk merangka gerak kerja bagi menyediakan biografi ini, dengan dibantu dua penulis tersebut untuk menyediakan buku ini melalui proses penyelidikan, temu bual dan temu ramah terutama bersama Datin Seri Rosmah dan orang yang dikenal pasti," 



Dan dari Antarapos

"Bab menarik dalam buku ini ialah bab soal jawab secara terus terang dan beliau (Rosmah) akan jawab secara terus terang tentang pelbagai isu dan fitnah," katanya.

"Kalau ada 10 objektif (penerbitan buku), salah satu objektifnya ialah nak jawab tohmahan dan ceritakan siapa sebenarnya beliau yang kadang-kadang disalah anggap dan pelbagai tuduhan telah dibuat," katanya.

"Bukan nak jawab tuduhan (semata-mata) tapi untuk gambarkan siapakah sebenarnya Datin Seri Rosmah dan perjuangannya," kata Ahmad Maslan.


Ahmad bagaimanapun enggan mengulas apakah dakwaan fitnah yang akan diperjelaskan Rosmah dalam buku berkenaan.


Sebelum itu biar saya tulis satu perkara yang saya percaya tidak ramai bloggers berani tulis. PRU13 dah makin dekat, dah takde masa nak main pusing2 jadi biar saya cakap direct jer.

Setiap kali ada isu yang melibatkan Rosmah, saya MALAS nak pertahankan beliau kerana perkara2 yang dibangkitkan walaupun sering tampak remeh, tapi kebanyakannya REAL. Dengan alasan2 yang entah darimana sumbernya, ada jugalah bloggers yang cuba pertahankan Rosmah tapi jujur cakap, saya terasa seperti memperbodohkan diri sendiri jika ikut sama menggunakan alasan2 yang sebegitu LONGGAR.

( Kecuali 2-3 isu yang jelas berupa fitnah melampau oleh pembangkang yang langsung tidak disertakan bukti kukuh )

Kenyataannya diluar sana, dalam kehidupan REAL dimana undi dipangkah, nama DS Rosmah sering dijadikan bahan sindiran pembangkang dan juga rakyat dan sering mengundang gelak tawa sinis. Nak marah pun marahlah, tapi ini betul punya cakap. Saya tak dapat apa kalau tipu ! Malah saya tulis ini pun tak dapat apa.. 

Jangan sangka setiap 'kemenangan' didunia blog akan diterjemahkan sebagai 'kemenangan' didunia nyata.

Makanya saya amat berharap DS Rosmah dapat berMURAH HATI untuk membekalkan maklumat2 yang berkaitan sebarang isu2 berkaitan fitnah terhadap beliau sebagaimana dinyatakan diatas dengan kadar SEGERA tanpa perlu menunggu hari buku itu dipasarkan ATAU tanpa perlu membelinya.

Janganlah penjelasan terhadap isu2 itu dijadikan modal pelaris buku pula ! Para bloggers banyak membantu perjuangan Umno BN dalam menangkis pelbagai tohmahan pembangkang dan waktu sama kami turut menyerang mereka TAPI semuanya perlukan peluru dalam bentuk MAKLUMAT.

Nah, sekarang kami diberitahu DS Rosmah ada maklumat2 yang mampu menjelaskan keadaan terhadap pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau .... KENAPA TIDAK DIBEKALKAN SAJA SEKARANG SECARA PERCUMA KEPADA KAMI ?

Semuanya untuk membersihkan nama DS Rosmah juga, dan Najib, dan Umno dan BN juga ..... takkanlah nak kena tunggu sebulan lagi waktu buku itu mula dipasarkan ?

Saya juga percaya buku itu akan tetap LARIS walaupun maklumat2 berkaitan isu2 itu sudah diketahui umum terlebih dahulu. RAMAI yang akan tetap beli untuk mengenali secara lebih dekat isteri Perdana Menteri  melalui penceritaan kisah hidupnya. PERCAYALAH ......

Ini bagi membantu usaha kemenangan Umno BN dalam PRU13 ...... dan seperti saya sebut, takkan itu pun nak kena beli dikedai buku bulan depan ?

Semoga permintaan saya ini mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak DS Rosmah dan saya dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2012 at 1:55 AM

salam bang din..minta tolong abg din link kan blog saya dalam blog abg Din ye http://sangkakalajari9.blogspot.com

....................
Reply To This Comment ...................
December 11, 2012 at 1:58 AM

Sudah dilinkkan ,TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 11:55 AM

aku tak peduli!....aku tak peduliiiiiii!!!!!...tak kira lah...apa2 promosi berkaitan Rosmah Mansur.. aku tetap sokong THE FIRST LADY OF M'SIA.
Ohhhh UMNO !..trima kasih pd mu kerna tahu mana yg patut di dahulukan dan mana yg patut dikemudian kan.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 31, 2012 at 12:23 PM

lebih baik aku bli buku agama daripada bku rosmah yang membazirkan wang dan tidak berfaedah langsung

Post a Comment