........... Biografi Rosmah - Pheeewiiiiiiiiit ! Steady La Rosmah ! CAYA LAH ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Biografi Rosmah - Pheeewiiiiiiiiit ! Steady La Rosmah ! CAYA LAH !

Monday, December 10, 201216comments

Din, ko baca berita terbaru kat Sinar ?
Yang mana ? 

Alaaaaa .... Jambul ? Jambul ?
Aaaa.... Oooooooooooooooooooooooooooooooooo......... Dimana Joe Jambul ? 

Tok mu !
Gurau je..... Daaaaaaah, baca dah.

Ko tak nak tulis ke ? Puji2 ke ?
Ni yang duk mikir ni ...... Ikut hati memang nak komen, tapiiii........... kena baca dululah baru boleh komen. Kat last sekali tu kan ada ditulis - " ...... apabila kita membaca sebuah buku, kita tidak boleh melihat kulit buku itu tetapi dari dalam,"

Kenapa ngan kulit buku tu .... OK apa ?
Tu la pasal ....

Habis tuh, nak komen tak ?
Ntahla.... aku dalam dilemma. Ginilah, aku copy paste jer. Biar pembaca yang komen, SELAMAT SIKIT !

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah serta Sultanah Kalsom berkenan memperkenalkan buku Biografi Rosmah Mansor yang mengandungi 164 muka surat hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Sebuah biografi yang memaparkan pengalaman dan perjalanan hidup isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sejak zaman kanak-kanak hingga perjuangannya pada masa ini, diperkenalkan hari ini.

Majlis prapelancaran biografi itu disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah. Turut berangkat Sultanah Pahang Sultanah Kalsom.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Pengerusi Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM) yang juga penerbit biografi itu Shamsulbahrin Ludin.

Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancar dan diedar untuk jualan bulan depan.

Pada majlis hari ini, sebuah lagu dicipta khas untuk Rosmah, bertajuk 'Wanita Perdana' didendangkan penyanyi terkenal tanah air, Misha Omar. Lagu itu dicipta oleh Pak Ngah (Datuk Suhaimi Mohd Zain) dan liriknya nukilan penggiat teater serta pengarah filem dan drama, Rosminah Tahir.

Rosmah turut menerima kejutan apabila diberi sambutan hari lahir beliau yang jatuh pada hari ini.

Pada sidang media kemudian, Ahmad yang juga penasihat kepada penerbitan biografi itu, berkata penerbitan buku tersebut diharap dapat memberi gambaran sebenar mengenai Rosmah dan menangkis pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.

Katanya ini kerana kadang kala segala perjuangan yang dilakukan oleh isteri Perdana  Menteri itu disalah anggap dan wujud tuduhan meleset tentang keikhlasan beliau dalam melaksanakan aktiviti untuk rakyat seperti Permata.

"Saya ingin maklumkan dalam buku ini yang pada saya amat menarik dan dinantikan ialah soal jawab oleh kedua-dua penulis dengan Datin Seri Rosmah dan beliau menjawabnya secara terus terang terhadap isu-isu yang dibangkitkan, pelbagai isu tohmahan dan fitnah dan dijawab oleh beliau," katanya.

Beliau berkata buku ini sesuai untuk semua peringkat umur terutama kumpulan dewasa, mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan berikutan terdapat bab khusus mengenai Permata, orang politik dan juga orang biasa.

Shamsulbahrin pada sidang media yang sama, berkata buku itu ditulis secara santai dan idea untuk menerbitkannya tercetus ketika beliau berada di London pada Mei lalu untuk menghadiri majlis bersama Perdana Menteri dan isteri di negara berkenaan.

"Ekoran daripada pertemuan tersebut dan melihat laporan yang tersiar di Internet, saya  mendapati banyak perkara yang dilaporkan bertentangan dengan apa sebenarnya yang terjadi.

"Hasil daripada kesedaran tersebut, saya berunding dengan Datuk Ahmad Maslan untuk merangka gerak kerja bagi menyediakan biografi ini, dengan dibantu dua penulis tersebut untuk menyediakan buku ini melalui proses penyelidikan, temu bual dan temu ramah terutama bersama Datin Seri Rosmah dan orang yang dikenal pasti," katanya.

Shamsulbahrin berkata penyediaan buku tersebut telah selesai dan pada masa ini dalam proses penelitian dan rebiu  bagi tujuan percetakan.

Siti Rohayah pula berkata terdapat 12 bab dalam buku itu dan  memaparkan kehidupan Rosmah sejak zaman kanak-kanak, remaja, zaman persekolahan, universiti, alam pekerjaan, perkahwinan, anak-anak dan keluarga serta kehidupan sebagai isteri pemimpin.

Terdapat pandangan rakan dan kenalan lama antaranya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, rakan-rakan yang dikenali sejak 1964 di Kolej Tunku Kursiah yang mana pada zaman itu, beliau mempunyai empat rakan yang digelar pengetuanya sebagai 'the giddy group', mereka nakal tetapi cerdik dan pintar dan kebanyakan mereka ini adalah orang yang berjaya," katanya.

Katanya beliau mengenali isteri perdana menteri itu sejak awal perkahwinan Rosmah dan Najib, bukan selepas menjadi isteri timbalan perdana menteri atau perdana menteri.

"Kenapa saya bersetuju untuk menulis buku ini, saya menulis buku ini kerana saya sayang Datin Seri Rosmah dan saya mengenali hati budinya. Oleh kerana itu, apabila kita membaca sebuah buku, kita tidak boleh melihat kulit buku itu tetapi dari dalam," katanya. - Bernama

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2012 at 9:36 PM

Saya lebih berminat untuk membeli buku tentang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary daripada Rosmah.

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2012 at 10:08 PM

udahlah. tak larat nak baca abis. apa pulak artikel camni dimuatkan diblog tuan. artikel yang berterangan bermaksud BODEK memBODEK. tak payahlah Najib nak memperomosikan SEMUA anggota keluarga untuk dijadikan liputan sejarah. tak usahlah nak dibukukan kesah minah ni atau adakah mungkin promosi untuk calun PRU nanti. tempat Syarizat pun kosong tuh. tunggu jer lah komen komen untuk dilayan.

antara_kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2012 at 10:11 PM

betul gak tuh bang, banyak boleh kita pelajara dari kejayaan beliau. macam minah tuh mencari populariti dari prestij dan digniti orang lain. apa ada heran? dah memang pun dia cari glamor, dengan jambunyalah dengan gayanyalah, ooooooooohhh!!!! hentikannnnnnn!!!!

antara_kita

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2012 at 10:14 PM

Loya dan muak..apa kejadahnya sebok nak buat...bodoh bangang sungguh laki dia. aku rasa semua ini akan menjadi peluru hidup untuk pembangkang. Terkengkang kengkang lah puak umno bawahan nak jawab. Bila dah tak boleh jawab - depa join dan tibai sekali.

aku rasa ini satu tamparan hebat buat blogger umno yang cuba mempertahan, satu penghinaan kerana mereka di atas tidak pernah mendengar pandangan blogger picisan macam din...kahkahkah...maaflah din, aku rasa inilah penghinaan terbesar di penghunung pengorbanan mempertahankan umno untuk para blogger.

Tapi selepas ini ada juga blogger yang terus menjilat...suka hati depa lah - berbayar dengan tidak berbayar tentulah 'beer'beza.

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2012 at 10:18 PM

Terusterang ya, sebelum sesiapa mula puji memuji lebih baik saya MULAkan dulu ! ( harap faham maksud saya )

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
December 10, 2012 at 10:23 PM

bagi aku ok je buku ni.....cuma kenapa MAHAL SANGAT?

cuma PASTI akan timbul persoalan

1) Kenapa DSR ?...bukan DSN?
2) Penting ke buku ni utk meningkatkan ekonomi etc?
3) Macam nak BODEK DSR & DSN je....tapi siapa PM sebnarnya?

tapi bagi aku, insyaAllah aku nak beli buku ni sbb ada dinyatakan DSR ada menjawab TOHMAHAN yg dilemparkan pembangkang dlm buku tu.....& aku nak PASTIkan, bagaimanakah DSR ada menabung dlm tabung buluh sejak dr kecil sehingga mampu beli cincin RM24juta sebagaimana FITNAH pembangkang.

cuma secara JUJURnya...bila terbaca & terlihat....satu ayat terlintas dlm kepala....KENAPA DS. ROSMAH & bukan AKU?...huh??....>_<

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2012 at 10:32 PM

RM150 .... hmmm Buku Coffee Table orang2 kaya je lah ....

Tapi komen saudara memang ada stail tersendiri :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2012 at 10:34 PM

'Timing' dia tuh....... alahai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2012 at 10:39 PM

bor' hiburkan hati dengan lagu ini:

http://www.youtube.com/watch?v=5bMybiwabGQ

antara_kita

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2012 at 10:39 PM

Mahal jugak buku ni berharga RM0.91 satu muka surat tidak termasuk kulit. Dibandingkan buku A Doctor In The House ( biografi Tun Mahathir) yang berharga RM0.11 satu mukasurat. Tak tahulah sape yang beli. Mungkin yang beli tu ada sebab tertentu kenapa mereka beli.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2012 at 10:42 PM

dari statement kamu, saya rasakan tidaklah OK. kalau OK takkanlah pulak banyak sangat soal. saya suka statement yang akhir tuh, benar menampakkan KEJURURAN. steadylah!!!!!!

antara_kita

....................
Reply To This Comment ...................
December 10, 2012 at 10:49 PM

Tu hardcopy, Nanti keluar softcopy mungkin murah sikit kot.. kalau RM19.90 saya belilah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 10, 2012 at 11:24 PM

kalau saya, sayang pulak nak keluar duit. nampaknya not worth reading. tapi kalau Din beli buatlah posting kat sini nanti. OK?

antara_kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 11, 2012 at 1:28 AM

Betul.mahal sangat.siapa yang nak beli?

....................
Reply To This Comment ...................
December 31, 2012 at 6:35 AM

Pakai BR1M dapat murah kot..haha.... Tapi bagi aku, banyak lagi 'wanita perdana' yg boleh kita bukukan biografinya, dan boleh dijadikan motivasi, yg berdiri di atas kaki sendiri, bukan suami.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 24, 2013 at 7:25 PM

bagi saya banyak lagi tokoh2 lain yang lebih layak dibiografikan. biografi biasanya menceritakan tentang pengalaman dan pencapaian seseorang dan biasanya ttg tokoh2 yang memberi impak dalam konteks sejarah sesuatu tak kira sejarah negeri, negara atau peristiwa, tetapi kalau tengok di negara barat, orang2 biasa pun banyak tulis biografi tentang diri sendiri...sebab diorang rasa pengalaman dan pencapaian hidup itu adalah penting sekurang2nya utk tatapan diri sendiri, keluarga dan rakan.

saya memang sinis dengan penghasilan buku ni. bagi saya tak lebih dari usaha Ahmad Maslan nak bodek, dan kebetulan ada orang nampak peluang $$$$$ dari projek buku ni. biasanya buku2 mahal ni....jarang orang beli. Jadi biasanya dah ada deal antara penerbit dengan bakal pembeli yang biasanya adalah sekolah2, agensi2 kerajaan, swasta yang TERPAKSA BELI???konon2nya utk memenuhi rak perpustakaan mereka.

percayalah...buku biografi Rosmah akan dilitupi debu dan orang akan lupa atau tak tahu langsung kewujudan buku tu. self-promoting jela tujuan buku ni. harap2nya membantu PM & BN tapi rasanya tak...

Post a Comment