........... Bila Nik Aziz Hentam Keliling - Bukan Umno Saja Kena ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Nik Aziz Hentam Keliling - Bukan Umno Saja Kena ...

Monday, December 17, 20123comments



Bergantung kepada kefahaman anda, bagaimana anda terjemahkan kenyataan Nik Aziz ini -

Beliau menjelaskan, sebagai penceramah dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran digalakkan sebagai penegasan kepada rakyat sesuai dengan perkembangan semasa.
 

“Apabila ceramah (kita) kena sebut ayat al-Quran. Sekarang ini dekat dengan hari mengundi, (jadi) bacalah ayat sesuai berhubung membentuk kerajaan Islam,” kata Nik Aziz. SINAR

Mungkin ramai yang kata Nik Aziz cuma beri peringatan supaya penceramah Pas kalau berceramah haruslah berpandukan ayat alQuran. Tapi salahkah kalau ada yang menerima kenyataan Nik Aziz sebagai menyuruh penceramah Pas memperalatkan ayat alQuran demi politik ?

Yalah, semuanya bergantung kepada pemilihan dan terjemahan ayat2 yang dipilih.Kalau penceramah hanya memilih sebahagian saja ayat ( maknanya tidak lengkap ) dan diterjemahkan mengikut citarasa mereka supaya bersesuaian dengan agenda politik Pas, tidakkah itu namanya memperalatkan alQuran ?

Sebagai contoh, jika Nik Aziz sedar bahawa Pas TIDAK MAMPU membentuk kerajaan Islam tapi duk sibuk melaungkan kerajaan Islam melalui Pas, tidakkah itu namanya menipu umat Islam ? TIDAK MAMPU itu baik dari segi bilangan kerusi yang ditandingi Pas, maupun perjuangan politik melalui wadah Buku Jingga yang langsung tidak mengiktiraf pemerintahan Islam, maupun NIAT pemimpin2 Pas sendiri apakah benar mereka mahu menegakkan cara Islam atau sebenarnya hanya KUASA yang diidamkan bila begitu mudah tunduk kepada desakan pengundi kafir .

“Pas ada wadah dan jentera untuk laksanakan seruan itu dan kita yang paling layak untuk menunaikan seruan itu seperti mana yang diminta oleh khatib ketika membaca khutbah setiap Jumaat dan bukan Umno,”

BENARKAH bagai dikata ?  BUKTINYA ?

“Tidak boleh ucap ‘hidup Melayu’ dalam masjid. Bagaimana sekiranya ada Cina Muslim atau India Muslim dalam masjid. Tidak boleh kebangsaan, tidak boleh Arab, Melayu, Cina. Semua sama. Lebih lagi apabila Melayu tunjuk perangai jelik dengan menonggeng punggung,”

Kalau nak mengikut Perlembagaan parti semata-mata, semua parti punya perlembagaan yang suci bersih demi kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Tak percaya cuba baca Perlembagaan Dap... Tapi apakah TINDAKAN mencerminkan apa yang tercatat dalam Perlembagaan ? 

Nak diikutkan, Perlembagaan Umno juga tercatat mahu memperjuangkan Islam ! 

Perlembagaan Pas juga SAMA ... apakah tindakan Pas menjunjung Buku Jingga selari dengan apa yang digaris dalam Perlembagaan Parti ?

Pemilihan kepimpinan tertinggi Dap baru ini yang menunjukkan Kehendak Perwakilan / Ahli membuktikan yang Dap tidak lebih hanyalah sebuah parti yang berteraskan Cina ! Orang Melayu Islam ditolak mentah2 oleh perwakilan.

Tajuk artikel sebut Hentam Keliling ....... tang mana pula yang Nik Aziz hentam Anwar @ Pkr ? Hehehehehe .... sendiri terjemah la...

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2012 at 9:21 AM

bagi agama pas ... selepas baca doa supaya lancar dalam berucap baca doa minta berkat, baca selawat, baca al-quran dan baca hadis ... dan berkat semua itu mereka dengan lancarnya menfitnah umat islam yang lain contohnya ada pemimpin mereka menfitnah ada pemimpin kerajaan menonton vidio lucah dengan cucunya ... buleh pulak memberi gelaran badwi malaysia pengjaga babi ... apabila kerajaan halang mereka dari memberi ceramah mereka kata kerajaan berusaha sekat syiar islam yang mereka bawa dan kerajaan gentar dengan ayat al-quran, hadis dan doa yang mereka baca semasa memberi ceramah ... bab mereka menfitnah tadi tidak timbul ... harap engkau syiarkan din ... kerana inilah wajah sebenar pas ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 17, 2012 at 11:43 AM

Contoh terbaik dari party islam yg bergabung dgn party syaitan , malang sunguh umat islam d malaysia , spttmya politk d gunakan untuk meletakkn islm itu dtmpt yg lbh tngi bkn mlcurkn agama islm demi politik dan kuasa

....................
Reply To This Comment ...................
December 17, 2012 at 11:46 AM

Pas mmg buta kayu

Post a Comment