........... Antara Cara Najib Dan Sokong Umno BN - Saya Keliru ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Antara Cara Najib Dan Sokong Umno BN - Saya Keliru !

Sunday, December 2, 201214comments

OK, kali ni serius punya bincang ! Tentang PAU 2012 yang baru selesai, Najib, Umno dan survival bangsa Melayu. 

Hanya satu perkara saja yang melekat diminda tentang Pau 2012 - Sesi Nyanyian Lagu Warisan. Walaupun saya dah komen mengenainya ( KLiK ) tapi terasa seperti belum cukup lagi. Signifikannya masih belum dibincang dengan betul.

Hayati kembali liriknya -

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Lagu yang ramai orang Melayu pernah menyanyikannya, tidak pun pernah dengar dialunkan pada suatu waktu dulu dan kini didengari, dinyanyi dan dibincangkan semula .... TERIMAKASIH kepada anak muda bernama Ariff Yasir dari Kelab Umno Tokyo. 

Ramai perwakilan tangkap syahdu semasa menyanyikannya semula tiga hari lepas. Saya yakin SEMUA faham akan liriknya dan dari situ timbul keinsafan akan perlunya diteruskan perjuangan bangsa, lagu yang setelah berpuluh tahun dinyanyikan masih kekal relevan hingga kehari ini !

Persoalan yang ingin saya bincangkan, apakah pemahaman orang Umno dan anda tentang lirik lagu itu SAMA ?

Tentang NASIB bangsa Melayu kini ..... apakah SAMA ? Adakah Umno dan anda SAMA terima yang orang Melayu masih JAUH KETINGGALAN ? 

Apakah Umno dan anda SAMA terima yang KUASA yang ada pada orang Melayu semakin terhakis ?

Apakah Umno dan anda SAMA terima yang HAK orang Melayu semakin terhakis ?

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Benarkah Umno dan anda SAMA terima yang kita perlu kembalikan harga diri ?

Bagaimana CARA NYA ? Apakah ada dibincangkan semasa PAU 2012 ?

Apakah melalui cara UBAH Najib maka orang Melayu mampu pulihkan harga diri ? Saya tidak boleh terima.


Saya keliru ....... apa yang saya dapat tangkap sepanjang PAU, agenda kepimpinan Umno ada dua -

1- Terima dan Sokong Cara yang dibawa oleh Najib
2- Sokong dan berikan kemenangan kepada Umno BN.

Saya nak tanya , serius ni - Kalau saya terima no 2 saja tapi tak terima no 1 aci tak ? 

Ya saya terima tidak ada pilihan yang lebih baik dari Umno untuk bangsa Melayu tapi saya tidak dapat terima cara yang ingin dibawa oleh Najib.

Ada orang kata, bersatu dan sokong je Umno untuk PRU13 ni, berikan KEMENANGAN kepada Umno BN dulu.....

Saya boleh terima itu tapi MASALAHNYA, saya tidak mahu sokongan saya kepada Umno disalah tafsirkan oleh Najib sebagai menyokong caranya. 

Sebab Najib akan pakej kan keduanya .... sokongan kepadanya akan ditakrifkan sebagai menyokong caranya.

So HOW ? ? ?

Tidak bolehkah Umno JANGAN KAITKAN sokongan kepada Umno dengan sokongan kepada cara Najib ?

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2012 at 3:43 AM

Apa masalah hang dengan Najib Bro?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2012 at 6:26 AM

masalahnya senang dijawap ....
anda undi bn ... itu tandanya anda sokong umno ...
anda tubuhkan dan gerakan ngo ... katakan namanya "suara anak muda pantai timur" ... gunakan kumpulan ini untuk menyatakan hasrat nurani anda ... najib boleh didekati melalui facebook ... buat memorandum ... serah kepada najib ... gunaka laman web / blog / forum ... untuk sebarkan hasrat hati anda ... sampaikan apa yang anda mahu kepada najib melalui facebooknya atau lain-lain medium yang boleh menghubungkan anda dengan najib ... setiap ahli kumpulan olah mesej yang sama tetapi dengan nada yang berlainan dan hantar ... sehingga najib penat membacanya ... apabila penat ... mesej itu akan mudah masuk ke dalam kepalanya ...

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2012 at 8:48 AM

Tak kisah setiap orang ada persepsinya tersendiri yang penting UMNO-BN menang dari dok bagi kuasa pada puak-puak fuckatan, habis hak Melayu Islam dirogoliwat oleh puak-puak pencacai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2012 at 9:12 AM

mesti la option 2. najib sekadar mentor je. utk tunjuk option 2. Kalau ahli UMNO bijak dan saya pasti mereka bijak, tentu la option 2.
kerana itu lah PAU2008 mereka tidak pangkah(termasuk saya)BN kerana Pak Lah telah menterjemahkan option 2 yg diberikan pada PAU2004 kepada menantu dan anak nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
December 2, 2012 at 10:16 AM

Din, aku dah tau nak buat apa GE 13 ni, PAU memang mengecewakan. Mengampu mcm biasa. Dan yg paling best blogger papagomo kata UMNO kini adalah pakej untuk semua bangsa. Jadi UMNO sebenarnya bukan lagi untuk Melayu. Presidennya diampu ke tahap maksima dan tiada agenda bangsa yg dibincangkan. MCA dan MIC boleh relaks drpd bekerja kerana Presiden UMNO dan ahlinya yg mcm lembu cucuk hidung tu akan menangkan BN at all cost. Apa guna lagi jadi Melayu jika parti yg dulunya membela Melayu tidak boleh mengangkat Melayu ke tahap yg istimewa sebagaimana termaktub dlm perlembagaan. Yg dimanjakan sangat adalah si KOMUNIS tu. I had enuf with UMNO.

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2012 at 10:19 AM

Saya tidak boleh terima seorang Melayu LIBERAL sebagai pemimpin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2012 at 11:26 AM

Salam,

Kenapa la taksub sangat dgn UMNO seolah-olah takde org lain yg boleh bantu melayu? Suatu ketika dahulu, ketika Tanah Malaya dijajah, hanya satu kerajaan yg berdaulat di nusantara iaitu Acheh yg tinggal. Itupun depa under consistent threat by the Dutch, jadi org Acheh mintak tolong dgn kerajaan Ottoman di Turki nun, berdasarkan konsep naungan. Siap tulis surat offer Ottoman hantar governor utk perintah Acheh daripada org kafir Dutch. Jangan buta sejarah tuan-tuan semua. Takde pun masa tu cakap kena Melayu jugak perintah? Kalau cite Melayu ni, hampir seluruh nusantara itu asalnya org Melayu tapi dek termakan dgn konsep penjajah, maka kita dibahagikan mengikut nasionalisme dan sempadan negara, lantas konsep melayu pun terikut-ikut.

Melayu akan terus hidup dalam darah kita, dalam diri kita. Jangan hanya pilih sejarah yg kita mau, sejarah melayu tu lagi tua dari kebanyakan bangsa lain. Melayu tidak akan terhapus, begitu juga tapuk pemerintahan, selagi kita yakin dgn diri sendiri dan amanah dgn rakyat. Kalau dah kalian semua sememangnya ACKNOWLEDGE betapa pemimpin2 UMNO itu melampau2 kaya diluar kemampuan mereka sendiri, kenapa masih ikut diperalatkan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2012 at 12:12 PM

salam,

ramai dok bunyi pasal persepsi. semua orang ada fikirannya. amat sukar nak tolak kalu dah fikir mengikut persepsi kita. ah jib gor pun ada persepsinya. dia dok ingat bahawa cina merupakan penentu kemenangan. tu yg dok jaga cina sangat.

dari dulu lagi, bn dah ada persepsinya. cina tak akan undi melayu. kalu kawasan tu 60 melayu:40 banyak cina, dah sah calon cina. kalu 60 ramai cina :40 melayu, calon cina. 50:50 calon cina/india juga. kalu kaji balik pru dulu, rasanya yg kalah tu ramai calon cina dan sejak dulu lagi, memang tak ramai cina yg sokong bn melainkan dap.

so bagi saya, buat la macam mana pun, sokongan cina bersebab. dia sokong sebab ada sebab dalam diri mereka bukannya sebab daripada kaum mereka sangat. sekolah cina dan bahasa cina bukanlah sebab yg kuat utk mereka sokong bn. dulu pun mereka sokong juga walaupun tak ada kait sekolah cina.

sokongan kita patutnya pada parti. pemimpin boleh dapatkan sokongan dengan cara bekerja. kerja yg baik seperti TDM, akan mengaitkan sokongan parti dengan pemimpin. kalu pemimpin lupa pada parti, kita sokong parti la. tu pasal kita kritik pemimpin kita supaya dia sedar dia ada kesilapan yg perlu dia betulkan. tapi dah ah jib gor suka lena dibuai pujian dan bodek, maka tak dapat la ahli bawahan nak menyampaikan maksud mereka.

kalu pas boleh berdiri sendiri seperti dahulu dan tiada dalam pakatan, saya dah mungkin undi pas. hanya pas parti melayu pilihan selain umno, dulu la. la ni dah tak ada pilihan. antara melayu liberal dan melayu ikut arahan kiasu, lebih baik la melayu liberal walaupun dalam hati bagai terbakar. kalu pas berdiri sendiri, kita boleh lihat dua negeri yg dikuasai melayu 100% dan di tambah lagi kedah dan kelantan. tapi dan ikut ultra kiasu, main angguk angguk geleng geleng. tak ada pilihan nampaknya untuk pru 13 nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
December 2, 2012 at 6:58 PM

Jika Umno lebih pentingkan PARTI dari Pemimpin, seharusnya mereka sudah BERSUARA.

Kenapa tidak orang Melayu yang pimpin pemimpin supaya tidak lari dari asas perjuangan ?

Konsep ini yang masih perlu kita pelajari..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2012 at 8:17 PM

Saya bersama dgn DT dlm isu ini..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 2, 2012 at 11:39 PM

bro dah baca ke buku dr umum. kalu bro baca tentu jumpa cerita TDM pi mesyuarat mt umno. mana ada yg beria-ia nak memartabatkan orang melayu secara praktikal. banyaknya cakap je la, mudah. hanya yg berani dan tak gila kuasa sahaja yg berani bercakap terus terang. yg lain tu belakang je la. hormat katakan la. dari dulu lagi, pemimpin umno ramai yg jaga presiden mereka daripada parti kecuali masa datuk onn.

bila TDM memegang teraju salama 22 tahun, banyak la perubahan tapi tak berubah pun banyak juga. la ni, mereka cuba untuk meningkatkan potensi pemimpin dengan segera dan mudah. bukan lagi melalui cara bekerja dan berfikir. bukan lagi melalui pihak luar yg melihat dan menilai. rakyat tidak diberi peluang untuk menilai pemimpin mereka. hanya diberitahu bahawa pemimpin ini hebat. mereka sendiri mau angkat sama tinggi dengan TDM tetapi lupa beliau dah perintah selama 22 tahun. nak naik pemimpin kena masa yg lama. kerja yg baik dan bagus akan menyebabkan sayang datang dengan sendiri dan tidak secara paksa.

so bila nak bersaing dan melangkaui pemimpin yang dah berada ditahap dunia dengan cepat dan segera, maka guna silap mata la. mesti mau lawan sama BABI kerana BABI sangat terkenal di kalangan pemimpin dunia. cakap dia laku. mr presiden umno cakap pun orang pandang ke laut. so, punaisihat buat kerja la nak buat big boss hebat setaraf pemimpin dunia yg lain. so lagu maggi la, mi segera, cepat dimasak, sedap dimakan. tapi cepat la muak.

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2012 at 12:05 AM

Ya, Najib agak gelojoh. Tak sabar nak pengiktirafan dan orang disekelilingnya juga jenis kaki kipas tegar.

....................
Reply To This Comment ...................
KA
December 3, 2012 at 11:44 AM

saya pun turut bersama saudara Din

....................
Reply To This Comment ...................
December 3, 2012 at 12:01 PM

Bro din,

Dalam hal ni kaedah fekah MENGAMBIL MUDARAT KECIL BAGI MENGELAK MUDARAT BESAR wajib kita implement dlm situasi skrg.Ya,Najib agak LIBERAL!Tapi LIBERAL NAJIB masih jauh jika dibandingkan dgn LIBERAL PAS DN ANWAR IBRAHIM.Najib tidak pernah meLIBERALkan ISLAM demi undi.Najib tidak pernah meLIBERALkan adat ketimuran demi undi.Kita kiena faham baik Najib atau Anwar sedang berentap di pentas DEMOKRASI yg jelas bukan dari ISLAM.Bagaimana kita mengharapkan pemimpin yg SEMPURNA lahir dari acuan yg caca merba??

Oleh itu marilah kita undi umno dan mendoakan supaya Najib INSAF hasildari doa okhlas kita.Kalau dia tak BERUBAH jugak,kita doakan supaya Allah yg MERUBAH beliau.

Post a Comment