........... Amanat Hadi - Ulama Pas VS SEMUA Ulama SELAIN Pas. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Amanat Hadi - Ulama Pas VS SEMUA Ulama SELAIN Pas.

Wednesday, December 19, 201211comments

Mufti Perak, Harussani - "Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir. Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," 

"Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," 

Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi -  "Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah,"

Fathul Bari Mat Jahaya -  perbuatan mengkafirkan sesama Islam adalah sama seperti golongan khawarij.
“Maksud amanat tersebut secara langsung dan jelas bahawa Pas menuduh Umno berpaling dari agama Islam. Mereka (Pas) menuduh Umno kafir kerana membawa ideologi atau fahaman yang boleh menghancurkan umat Islam, sedangkan ia meleset sama sekali,”


Dr Mohd Asri -  “Jika dapat dibuktikan, masih wujud ahli yang berpegang teguh dengan amanat seumpama itu, bermakna Hadi perlu tampil membuat penarikan semula dengan segera,” 
                                         
                                     -  VS  -

Ketua Dewan Ulama Pas , Harun Taib -  “Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut,” 

Mursyidul Am Pas, Nik Aziz - "Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.
"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," 


"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti. Jangan jual harga mufti dengan murah...,"

PS 6:55 pm - Lupa nak tambah sorang lagi Ulama Pas, Ustaz MiloSuam - Tuan Guru Hadi Awang tiada pun menyebut Umno kafir, tapi Umno sendiri yang terasa mereka dikafirkan kah kah kah...


                                            *******************************

Nampak tak trend 'ulama' Pas ....... Pas TIDAK PERNAH dan TIDAK BOLEH buat salah apapun. Pas TIDAK BOLEH ditegur. Siapa saja yang tegur Pas waima ulama berpangkat Mufti sekalipun, akan diperlekehkan. 

Sebarang teguran akan ditakrifkan sebagai bermotifkan politik. Ni lah masalahnya bila Ugama dijadikan modal politik.

Kepada perlekehan ulama Pas, Harussani jawab -

"Saya akan terus bersuara bagi menegur apa yang dilihat salah atau mungkar, tidak kira perkara berkaitan politik, akidah atau apa sahaja demi kepentingan umat.

"Adakah patut saya diam apabila terdapat ahli Pas datang menangis kepada saya mengatakan dia selama ini percaya bahawa UMNO itu kafir sebelum mengetahui perkara sebenarnya. Saya tidak mahu jadi 'syaitan bisu' seperti gelaran yang dikatakan sesetengah pihak," Utusan

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 19, 2012 at 6:38 PM

kerana dendam busuk hati dan nafsu membenci keluar amanat hadi,

bila kesan mula terasa xnak bertanggungjawab.

itula pas. saya syak ahli dia sekarang pn lebih suka menggelar org lain kafir, seolah2 boleh rasa mcm bagus, lebih islam, dan sebagainya, mungkin derang mengaku org lain pn islam tp perbuatan memulaukan imam, masjid tidak kurang buruknya.

satu2nya jasa pas hadi dan nik aziz serta sekalian pencacai adalah memecehkan org islam dan melayu, itu saja jasa meraka yg kita nampak. segala pembangunan berkenaan islam habuk pn xde, malah lagi teruk bertambah2 penyesatan kerana mereka.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 6:48 PM

Mereka yang politikkan ugama, pastinya mahu menonjolkan diri mereka LEBIH Islamik dari orang yang tidak sehaluan. Begitu juga yang berlandaskan Demokrasi, masing2 akan tonjolkan mereka LEBIH Demokratik.

InsyaAllah, mungkin esok akan ada sorang lagi Ulama bukan Pas enter frame :)

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 7:05 PM

"Jika “beban” DS Najib adalah pada DS Rosmah, “beban” DS Anwar pada pelbagai isu moral termasuk jam Omega yang masih susah nak ditunjukkan.. “beban” TG Haji Hadi adalah pada “amanat” ini…"

http://ondastreet.wordpress.com/2012/12/19/ge13-amanat-abdulhadiawang-politikal-atau-agama-penting-atau-tidak/

~ OnDaStreet

....................
Reply To This Comment ...................
December 19, 2012 at 8:01 PM

Ostajah Abby kata apa ek? kehkeh keh

Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2012 at 12:38 AM

Mana mungkin hj hadi menarik balik amanat tersebut kerana dgn amanat itu, pas mendapat laba politik yang tidak terhingga banyaknya. Amanat tersebut umpama satu garisan yang dibuat oleh hadi, garisan pemisah antara umno dan pas, garisan supaya penyokong pas merasa lebih bahagia kerana mereka dapat melihat banyak kafir dikeliling mereka sedangkan mereka sahaja yg islam. Untuk pengetahuan semua, sewaktu saya juga jadi penyokong pas dulu, bila ada pemimpin yang mengecam org umno sebagai toghut, atau kafir, maka terasa sungguh puas dlm diri, rasa padan muka kpd umno, rasa terhibur dsb. Sebenarnya rasa yng begini lahir dari dorongan dan sogokan iblis, bukan dari agama. Agama berkehendakkan kita menambah dan memperbetulkan saudara seislam, mengajak kpd kebaikan dan menyeru kita berduka jika saudara islam kita tersesat... Bukan kah ini bercanggah dari jalan yang dibawa dlm pas?

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 12:45 AM

nik aziz tak pernah mengaku beliau mengkafirkan ahli2 umno tetapi pendirian beliau yang menyokong fatwa songsang hadia awang adalah bukti beliau terlibat sama dalam mengkafirkan ahli2 umno.sekali lagi beliau terbukti bersikap hipokrit seperti munafik asghor...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2012 at 1:13 AM

ostazah abdi akan tetap kata undi pas masuk surga ...
buat apa sahaja pasti akan masuk surga dengan hanya undi pas ...
buleh tuduh tun m tonton vidio lucah dengan cucunya ... akan dicatat oleh malaikat sebagai kebajikan ...
buleh panggil tun dolah badwi sebagai badwi pengjaga babi ... tetap dapat pahala ...
begiti besarnya pahala yang dapat dengan hanya undi pas ... semua yang dibuat dan dinyatakan dikira sebagai kebajikan ...

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 1:49 AM

Juga sebagai TALI PENGIKAT ketaksuban ahli.

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 1:52 AM

Pas tidak pernah balas setiap kali diungkit fatwa2 pelik yang mengkafirkan sesama Islam ..... mereka akan segera ubah topik. Kalau tak silap, ini kali pertama mereka berbalas pantun dlam isu AManat Hadi

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 12:04 PM

Kalau ikut definasi AGAMA SUKU POLITIK SUKU BOLEH JADI KAFIR,maka Nik Aziz dgn Harun Taib pon blh la jd KAFIR.Mana taknya terang2 dia sebut supaya MUFTI MENJAUHI POLITIK DN JANGAN SEKALI-KALI BERPOLITIK..

Konon nk BACK UP Amanat 2 last2 diaorg sekali TERMAKAN AMANAT 2 hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 12:10 PM

Jgn smpai menjadi TALI NERAKA dh la yer Din.Sebab dlm Hadis dan Al-Quran pon byk menceritak berkenaan org yg akan diikat dn diheret ke dalam Neraka.

Post a Comment