........... Amanat Hadi - Nasihat Khalid Kepada Orang Pas Yang Taksub | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Amanat Hadi - Nasihat Khalid Kepada Orang Pas Yang Taksub

Saturday, December 22, 20129comments


Dibawah adalah kenyataan Khalid Gereja dalam mempertahankan Amanat Hadi -

"Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid.

Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
( Saya salin Amanat Hadi dibawah )


“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”


Dan Bahagian Keduanya yang turut diamanatkan oleh Hadi -

Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja boleh jadi RAKYAT, tapi dia boleh jadi PEMERINTAH, boleh jadi KERAJAAN, boleh jadi PEMIMPIN, tapi hak orang bukan Islam - Dia diizinkan menjadi RAKYAT, TAK BOLEH jadi PEMERINTAH !

"Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir.

"Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam.

Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS.

"Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya.


"Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya.
Mkini



Satu je saya nak tanya Khalid Gereja dan orang2 Pas - Kenyataan diatas oleh Khalid itu sebenarnya lebih sesuai ditujukan kepada SIAPA ?

Kepada orang bukan Pas yang menuntut penjelasan dan penarikan balik Amanat itu jika ternyata ia lebih mendatangkan kemudaratan kepada umat Islam sepertimana yang telah TERBUKTI selama ini ATAU 

Kepada orang Pas yang percaya bulat2 dan menerima pakai Amanat itu lantas menghukum apasaja perbuatan orang Umno sebagai Haram ?

Oya, KENAPA BUKAN HADI YANG CAKAP SEMUA ITU, DIMANA HADI ?

Kalaulah Hadi dapat keluar dari persembunyian dan nyatakan sepertimana kata Khalid diatas - Saya tidak Kafirkan orang Umno melalui Amanat Hadi, kan lebih baik ..


Orang Pas faham atau tidak apa isunya Amanat Hadi ni ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 7:18 PM

Abang Din, mahfuz dah bagi kenyataan ke belum. Bukan apa, seperti yang kita sedia maklum, kenyataan mahfuz adalah lebih bijak, tepat, bernas dan jitu terutama jika melibatkan damage control.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 8:32 PM

ya bro din ..mana mahfuz?...tp dia berjaya jgk dlm isu aes..nak harap pemuda umno?..semua tgh berebut nak jadi calon..hahah

....................
Reply To This Comment ...................
December 22, 2012 at 8:44 PM

Persoalan lebih utama - dimana hadi ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 9:21 PM

Selalunya kalo dah hilang lebih dari 24 jam, keluarga mangsa perlu membuat laporan polis kehilangannya. Polis pula akan buka fail orang hilang. Orang pertama yang mungkin polis cari untuk menjalankan siasatan ialah isteri2nya dan kawan2 memancing.

Saya mencadangkan poster tentang kehilangan hadi ditampal di semua blog. Saya risaukan keselamatan hadi dan harap ianya cuma kehilangan biasa dan bukannya kes penculikan.

Saya mengambil serius tentang kehilangan hadi ni. Blog unspinners dah maklumkan yang hadi dah hilang selama 6 hari. Berita ini sangat membimbangkan kita semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 22, 2012 at 9:31 PM

Kalau macam tu jawapan khalid, amanat atau fatwa mana pulak yg dianuti oleh penyokong PAS? Din kau mungkin tau amanat lain yang berlegar di kalangan 'orang kite' yang membawa penolakan sembelihan, ijab kabul, pengurusan jenazah atau apa saja yg melibat org UMNO. Jgn belit dalam soal agama. Jawab ikut isu pokok yg berlaku dalam masyarakat.

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2012 at 2:09 AM

kepala hotak kau lah khalid. ...

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2012 at 2:12 AM

cuba baca artikel seterusnya selepas yang ini

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2012 at 2:13 AM

AAaaaah sudah, bunyi dah dia....

....................
Reply To This Comment ...................
December 23, 2012 at 10:32 AM

Persoalan yang sangat besar disini dan sejak penubuhan pas, sejak pas di kuasai oleh ulamak terompah ialah PARA PENGANUT PAS TIDAK PERNAH DITEGUR OLEH PEMIMPIN MEREKA WALAUPUN MEREKA BUAT SALAH. Contohnya di dalam daerah saya, telah terangan puak pas memulau sebarang majlis agama, kenduri nikah kawin, solat jumaat dsb dan ini disedari oleh pemimpin disemua peringkat pas termasuk pemimpin atasan. tetapi ianya didiamkan dan tidak langsung ditegur. Pemimpin pas sememangnya mahukan perkara ini terjadi. Bila benda ini tidak ditegur, maka penyokong yg naif akan merasakan apa yang mereka lakukan adalah direstui agama kerana ularmak mereka tidak menegur. sekarang bila benda ini disebut kembali, puak-2 pas termasuk pemimpin mulalah bersilat dan ada riak-2 untuk cuba menyabitkan kesalahan ini adalah kerana umno bla bla bla...
sebab itulah kalau dilihat dari sudut diatas, adalah logik ada yang kata pas sedang menyesatkan umat islam dinegara ini.

Post a Comment