........... Amanat Hadi Hanyalah Amanat POLITIK Semata2. ( Terbaik Dari YB Zul ! ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Amanat Hadi Hanyalah Amanat POLITIK Semata2. ( Terbaik Dari YB Zul ! )

Tuesday, December 25, 201213comments

Dibawah saya copy dari artikel terbaru YB Zul mengenai Amanat Hadi.  Beliau kemukakan bukti kenapa Hadi wajib menarik balik Amanatnya dulu, bukti dalam bentuk pendirian dan tindakan Hadi sendiri yang tidak konsisten. 

Jelas Amanat Hadi dulu adalah sebenarnya AMANAT POLITIK. Diucap ketika MARKET / PASARAN Pas terhad pada orang2 Melayu Islam semata-mata. Namun bila Hadi @ Pas sudah mula berangan2 dengan cita2 yang lebih besar, melangkaui politik Melayu, maka kita dapat lihat bagaimana Hadi tanpa sedikit pun merasa bersalah, dengan selambanya boleh mengeluarkan fatwa yang membatalkan secara dasar / prinsip apa yang terkandung dalam Amanat Hadi 1981.

Semuanya kerana UNDI KAFIR.

                                   ***************************************
Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan DS Hadi Awang sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan".

Ucapan sepanjang 13 mukasurat itu dibuat sewaktu DS Hadi Awang memangku jawatan Presiden PAS selepas kematian Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, DS Hadi Awang juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas PAS memenangi PRU 10 pada tahun 1999. PAS memenangi DUN Terengganu dalam PRU 10 selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO akibat masalah meliwat kakitangannya. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama antara parti cauvinis, rasis dan extremis DAP dengan PAS akibat fahaman Negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir.

Dalam menuju PRU 11 (yang berlaku pada 2004 dimana Kerajaan PAS Terengganu tumbang), PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihanraya. Maka PAS membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, DS Hadi Awang berkata dimukasurat 10;

"Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR_PAS) dahulu, maka PAS perlu membuat satu perngorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat Federal. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan kini di peringkat Federal. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan Demokratik dan Adil diperingkat Federal atau Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981 diatas. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai "kafir, jahiliyyah & berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas "peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan di peringkat Federal"!!!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Datuk Seri Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!


Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. DS Hadi Awang sendiri telah pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jinggay, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan perlaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na'uzubillah) memenangi PRU 13 dan memerintah Malaysia (na'uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan DS Hadi Awang sendiri semasa Muktamar Agong PAS Tahun 2011 yang jelas menyatakan bahawa "PAS mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (Al Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam Al Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan PAS. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda PAS bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?


Untuk baca sepenuhnya Perutusan Pada Hari Krismas oleh YB Zul - KLiK

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 25, 2012 at 9:42 PM

Bro,
Sorry off topic sikit. Nak tanya haji hadi ni ada berapa org bini?

....................
Reply To This Comment ...................
December 25, 2012 at 10:22 PM

Tambah / tukar bini takde masalah.....yg jadi masalah tukar arah perjuangan, tukar2 hukum(org buat haram, dia buat halal)....kalu org pas boleh fikir dgn matang pasti mereka tahu ucapan hadi 20 tahun dulu bertentangan dg ucapan dia pd masa ini.....hukum dulu lain dgn hukum skrg, bilangan bini hadi dulu lain dgn bilangan bini hadi skrg.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 12:20 AM

nak tanya skit,pernah undi PAS ke?Klau tk pernah tk perlu nk menyebok hal PAS tukar arah perjuangan.Lg satu tk perasaan ke yg UMNO dh tukar syarat keahlian UMNO.Bkn lg "terbuka kpd org2 Melayu dn bumiputera Islam sahaja". Knp tk ada org UMNO bising pun?

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2012 at 2:32 AM

hahahaha ... terasa nampak :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 3:39 AM

Kira lebong ke guaner?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 5:36 AM

anon December 26, 2012 12:20 AM

aku penah bebeapa kali sblum ni undi PAS...tapi rasa macam haramjadah jer sekarang...sialan punya pemimpin PAS...feel hohoh macam bewak...masuk poket semua sapu....halal haram tidak perlu soalan...

anti PAScib*i

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 8:39 AM

terasa nampak umporno ibarat kata siapa makan cili dia merasa pedas.

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2012 at 10:00 AM

nak tanya sikit yg atas tu, pernah undi umno ke?kalau tak pernah tak pyh nyibuk komen umno lah.....yg pas kata dulu haram pakat dgn kafir, kenapa skrg awk pakat pula?.....ahli2 pas sendiri keliru......pas jadi bahan ketawa....kih kih kih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 10:24 AM

Aik isu akidah nk samakan dgn isu politik?

Kata bangga sgt kononnya lebih islam dr org bukan penyokong pas xkan mcm ni kot mentaliti

Kenela menyibuk dh bende ni menyebabkan kesesatan sampai org mati mcm.ibrahim.libya.

Walaupn iman kami amatlah nipis banding dgn org2 pas ni xkan la nk peluk tubuh je.

Terima la hakikat parti ko tu parti sesat. Tu la padah memperguna agama

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 10:37 AM

Hahaha...bro, aku dah agak dah sure ada fanatik supporter yg akan terasa...
Bagi aku, org banyak bini ni selalunya akal panjang utk membelit dan bagi alasan. Bila nak terbelit, mulalah diam buat muka seposen!!!!


Anon 9.42

....................
Reply To This Comment ...................
December 26, 2012 at 12:10 PM

Kira Undi jer..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 1:24 PM

PAS ni parti kelukkelek...satu sen tkleh pakai...dunia tkleh pakai...akhirat lg ler...

anti PAScib*i

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 26, 2012 at 8:02 PM

Like sgt hahaha

AJ

Post a Comment