........... Amanat Hadi - Blogger BESAR Pas Menyanggah Nik Aziz | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Amanat Hadi - Blogger BESAR Pas Menyanggah Nik Aziz

Thursday, December 20, 201214comments

Saya agak terkejut selepas membaca artikel dari salah seorang blogger BESAR Pas , Mohd Sayuti Omar atau MSO yang mengulas kenyataan Dr MAZA mengenai isu Amanat Hadi dimana Dr Maza menggesa Hadi menarik balik Amanatnya. Artikel beliau di copy oleh Harakah , ada saya copypaste sepenuhnya dibawah.

Selain dari point yang mengatakan langkah menarik balik Amanat itu tidak akan menghentikan Umno dari terus mempolitikkan isu itu, MSO membuat satu pengakuan yang ternyata BERLAWAN ARUS dengan kepimpinan dan ahli Pas !

Asri sendiri sudah faham bahawa isu (amanat) itu tidak berbangkit lagi. Beliau menerima Abdul Hadi mengucapkan kenyataan itu semasa darahnya masih mendidik tentulah berbeza dengan waktu ini. Hari ini Abdul Hadi sendiri menerima yang amanat itu sudah tidak relevan. Pas juga jauh lebih progresif dan terbuka dan lebih realistik.

MSO tidak menyanggah tanggapan DrMaza diatas. Malah MSO menerima yang Amanat itu adalah luahan seorang pemimpin muda yang berdarah panas, yang terlalu BEREMOSI tika diatas pentas ceramah, dan yang paling penting - Amanat itu sudah TIDAK RELEVAN kepada perjuangan Pas kini !

Tidak lagi relevan ! ?  Nak letak mana pula hujah para pencacai Pas yang mendakwa Amanat itu adalah merupakan MESEJ ALQURAN yang dibawa oleh Hadi ? Mesej alQuran yang kini sudah dimakan usia 30 tahun dan tidak lagi relevan ?

Apakah KAYU UKUR untuk menilai sebarang kenyataan pemimpin Pas samada masih relevan atau tidak ? Mengikut usia kenyataan itu ? Atau mengikut usia pemimpin itu ketika mengucapnya ? Atau mengikut tindak tanduk pemimpin parti pada waktu tertentu ?

Seperti tanggapan Asri persepakatan Pas dengan DAP membuktikan yang politik Pas berbeza dan realistik. Persepakatan itu menunjukkan Pas dan Abdul Hadi sendiri tidak berpegang kepada kata-katanya tahun 1981 itu.

Maksud MSO, kenyataan pemimpin2 Pas tahun 1981 TIDAK REALISTIK ? Errr ..... Nik Aziz juga salah seorang pemimpin Pas waktu itu ......

Artikel MSO itu turut menyanggah pendirian Nik Aziz ! Harakah


Satu perkara tetap sama, baik pendirian MSO, Nik Aziz, maupun semua pencacai Pas - mereka semua mengaitkan isu Amanat Hadi dengan politik semata-mata.

Mereka semua tidak nampak atau tidak mahu mengakui bahawa Amanat Hadi itu telah membawa kepada perpecahan umat Islam dan sehingga kini MASIH menjadi pegangan orang Pas yang taksub.

Makanya menjadi satu KEWAJIBAN kepada Hadi MENARIK BALIK Amanat yang diucapnya 31 tahun dahulu, menjelaskan kepada umat Islam terutamanya kepada orang Pas sendiri yang Amanat itu sudah TIDAK RELEVAN lagi dan menyeru kearah Perpaduan umat Islam walaupun berlainan kefahaman politik.

Penarikan Balik Amanat Hadi itu adalah untuk ditujukan kepada ORANG PAS SENDIRI bukannya kepada Umno atau orang bukan Pas.

Jika Amanat sudah TIDAK RELEVAN masakini, makanya ia menjadi RELEVAN supaya Hadi tarik balik !


Cadangan tarik balik amanat sia-sia saja

Cadangan Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar Abdul Hadi Awang menarik balik ucapannya yang dijadikan sebagai amanat atas alasan untuk memberi pencerahan dan menghentikan isu itu, saya rasa ia kurang wajar dan langkah itu tidak akan menghentikan isu itu daripada dijadikan isu politik murahan.

Kalaupun Abdul Hadi menarik balik ia tidak menjamin isu itu tidak akan diungkit lagi. Umno dalam keadaan kehabisan modal dan tertekan akan menggunakan perkara itu dan juga perkara-perkara lain yang sudah lama ditutup selagi ia ada keuntungan politik.
Seperti isu 13 Mei ia telah lama ditutup dan menjadi kenangan sejarah, tetapi ia masih juga dibuka dari masa ke semasa mengikut keadaan. Begitu juga dengan 'pensedekahan' Temasik kepada Lee Kuan Yew adalah perkara lama yang sudah diketahui oleh dunia, tetapi pada masa-masa tertentu juga dibangkitkan.

Asri seperti mana dipetik dari laporan menyebut; "Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat".

Sekiranya Asri mengharap isu itu tidak akan dibangkit ia adalah satu harapan yang sia-sia. Selagi ada politik di negara ini dan didukung oleh dua kumpulan serumpun dan berbeza ideologi politik ia akan berlaku. Bukan saja dari pihak Umno di pihak lain juga.

Asri sendiri sudah faham bahawa isu (amanat) itu tidak berbangkit lagi. Beliau menerima Abdul Hadi mengucapkan kenyataan itu semasa darahnya masih mendidik tentulah berbeza dengan waktu ini. Hari ini Abdul Hadi sendiri menerima yang amanat itu sudah tidak relevan. Pas juga jauh lebih progresif dan terbuka dan lebih realistik.

Seperti tanggapan Asri persepakatan Pas dengan DAP membuktikan yang politik Pas berbeza dan realistik. Persepakatan itu menunjukkan Pas dan Abdul Hadi sendiri tidak berpegang kepada kata-katanya tahun 1981 itu.

Jadi di mana relevannya bagi Abdul Hadi membuat penarikan atau apologetik. Kepada saya tindakan menarik balik hatta membuat penjelasan perkara itu hanya sia-sia dan ia memberi modal kepada Umno. Bukan saja isu seperti amanat itu isu-isu lain tidak perlu penjelasan walaupun atas tujuan pencerahaan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Atas sifat politik apa saja isu ia boleh dipusing 360 darjah mengikut kesesuaiaan iklim semasa dan juga atas perubahan dalaman manusia itu sendiri. Jadi saranan Asri itu hendaklah diabaikan saja dan biarlah Umno terus memutarbelitkan isu itu semahu mana yang dikehendakinya. - http://msomelayu.blogspot.com

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2012 at 6:39 AM

Satu persoalan yang masih bermain-main dalam fikiran saya hingga kini ialah jika hudud dan negara islam bukan lagi keutamaan bagi pas. Adakah perlu kubur ibrahim libya dibongkar semula semata2 untuk dimandi, disembahyang dan dikafankan semula sama seperti jenazah-jenazah biasa yang lain.

Oleh itu, saya melihat pas mempertahankan amanat hadi semata2 kerana keuntungan politik untuk mempergunakan peristiwa memali supaya umno "halal" dipertanggungjawabkan sampai bila2 pun.

Samalah seperti yahudi yang memperalatkan peristiwa holocaust demi meraih simpati dunia. Hitler yang melakukan pembunuhan beramai2 bangsa yahudi tapi sebaliknya penduduk palestin pula yang menjadi mangsa.

Saya taklah berniat nak mengungkit kembali tentang peristiwa memali. Cuma pada pandangan saya jika amanat hadi tiada, peristiwa memali tidak akan berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2012 at 6:55 AM

tu la.. lain kali buat la sembahyang hajat KO tu, KO ini. org PAS ni mcm tak percaya pulak ALLAH itu wujud. tapi betul la rakyat sekarang cakap PAS tu lagi kafir dari DAP.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2012 at 8:24 AM

tiba2 pulak bagi alasan tidak relevan?

waktu bersendirian dulu, kemain lagi amanat itulah yang dijadikan modal berkempen.

kini, bila dah jadi anjing dap, senang2 je cakap tidak relevan dan tidak berbangkit lagi? jadi selama 30 tahun sebelum ini pas memang menipu la ye.. amanat itu pun sebenarnya amanat TIPU.. berkat ke sumbangan, gaji sbg wakil rakyat dsb sejak 30 tahun lalu?

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 8:44 AM

Bagaimana pula dengan segala Permusuhan, Perceraian dan hukum-menghukum yang berlaku selama ini dek angkara Amanat Hadi ... ? Bolehkah sesenang itu diTIDAK RELEVANkan sekarang ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2012 at 10:14 AM

Mmg senang lepqs tgn bila dh sebabkan pepecahan.

Sedangkan mana2 pn di.msia masih ade yg berpegang tguh pada amanat ni. Sbb tu ramai berani mati bila menentang FRU dulu.

Tp now dh terbukti salah gelabah dan nk abaikan mcm tu je.

Hoi ! Bertanggungjwb la sikit. Berapa ramai mati x dikunjungi sedara. Berapa ramai bercerai berai. Hubungan keluarga retak. mcm mana pula dn balu2 di memali? Xkan xde sekelumit pn rasa berasah? kalau saya antara mangsa di atas mati pn xkan maafkan hadi.

Mcm ni kononnya pewaris nabi? Mcm ni parti dabik dada memperjuangkan islam. Jasa ketara parti kononnya memperjuangkan islam ini adalah memecahbelahkan umat. Itu pn masih xnk bertanggungjwb.

Parti pas boleh pergi jahanam. Busuk2 umno pn masih x sampai pecah belahka umat dan menyesatkan umat. Kalau dh dasar pegangan khawarij mmg itu la sikapnya.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 10:20 AM

inilah putar belit politik:-
kata MSO "Jadi di mana relevannya bagi Abdul Hadi membuat penarikan atau apologetik. Kepada saya tindakan menarik balik hatta membuat penjelasan perkara itu hanya sia-sia dan ia memberi modal kepada Umno. walaupun atas tujuan pencerahaan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah".
kata lain, kalau hadi tarik balik, maka pas akan kehilangan maruah dan sokongan, .... biarlah agama porak poranda asal pas tidak hilang sokongan, maruah dan ego lebih utama....itulah yang mso maksudkan, bagi pas, ternyata keuntungan dunia lebih utama dari tuntutan agama.

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 11:43 AM

Disebabkan bimbang dipolitikkan, pemimpin PAS kuburkan permohonan maaf mereka bersama jasad. Akhirnya siapa yang rugi di akhirat kelak?

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 11:58 AM

Ala Din,

Anggap jer ini PANDANGAN PERIBADI Hj.Hadi.Tak ada kena mengena dgn PAS pon.Mcm tak biasa plak Din hahahha..Nama pon AMANAT HADI.So,mesti la PANDANGAN PERIBADI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 20, 2012 at 12:13 PM

Atas sifat politik apa saja isu ia boleh dipusing 360 darjah mengikut kesesuaiaan iklim semasa dan juga atas perubahan dalaman manusia itu sendiri. Jadi saranan Asri itu hendaklah diabaikan saja dan biarlah Umno terus memutarbelitkan isu itu semahu mana yang dikehendakinya. - http://msomelayu.blogspot.com

EH? BUKAN KE PAS YANG DAH PUSING 360 DARJAH DALAM ISU INI DAN KINI BERMATI2AN MEMUTARBELIT DAN MENCARI ALASAN DANGKAL SEPERTI DALAM ARTIKEL MSO ITU???? KAH KAH KAH

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 7:27 PM

Sebelum Amanat diucapkan Hadi, Pas memng sudah mula menjadi EKSTRIM. Perkataan2 Taghut, Munafik , Hukum Allah vs Hukum Manusia dll menjadi mainan bibir orang Pas waktu itu. Amanat Hadi merupakan kemuncaknya dn menjadi rubber stamp kepada perjuangan Pas waktu itu. Sebab itu ia begitu mudh diterima dan diamalkan oleh orang Pas

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 7:30 PM

Orng Pas bila sebut tentang Amanat Hadi, mereka tidak sentuh langsung KESAN DAN AKIBAT ketaksuban mereka dalam menganuti apa yang tersurat. Apakah mereka sedang tercari2 alasan untuk menidakkan semua itu adalah hasil tarbiah Amanat Hadi ?

....................
Reply To This Comment ...................
December 20, 2012 at 7:32 PM

Hahaha ... tengok diorng berani ke tidak nak sebut begitu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 21, 2012 at 12:31 AM

Tak boleh jadi pandangan peribadi dah bro..dah raaaaamai sgt yg ikut dan patuh pd amanat itu. Sebab tu takde sorang pun berani jawab camtu. Hehe

....................
Reply To This Comment ...................
December 21, 2012 at 8:29 PM

Mcm wartawan tnya pd Dr.Haron Din.Apa pandangan beliau bila Anwar hadir sebagai VIP pada majlis pelancaran buku olesh seorang ahli parlimen India berfahaman liberal(maaf saya lupa nama).Dia jawab ringkas.:

"Maaf itu cuma PAERBUATAN ANWAR(PERIBADI),JANGAN CUBA KAIKAN DGN PAS"..Senang2 jer mereka berlepas diri bila dh kantoi kan..

Post a Comment