........... Akuan Bersumpah Lajim - Berat Kes RM40juta Nih ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Akuan Bersumpah Lajim - Berat Kes RM40juta Nih ...

Wednesday, December 12, 201212comments



Tidak ramai .... atau hampir tiada blogger pro BN yang komen tentang Akuan Bersumpah Lajim Ukin mengenai apa yang didakwa sebagai derma politik RM40juta oleh Nazri sebelum ini. Beliau bersumpah tidak pernah tahu menahu apapun kaitan tentang wang itu sebagai derma politik dengan Umno.

Oleh yang demikian, kata Lajim, beliau menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal. SINAR

Ini bukan sebarang dakwaan yang dibuat melalui press conference sebagaimana biasa tapi dibuat melalui satu Akuan Bersumpah dimana jika ternyata ia palsu, Lajim boleh dihukum. Beliau juga mendakwa dalam akuannya -

Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal;

BERAT ni ! Diharap Umno dapat bertindak segera menangani isu ini. Bukan saja Nazri tapi Najib sendiri pernah keluarkan kenyataan dana RM40juta itu hanyalah DERMA POLITIK.

Sekarang Malaysia dah halalkan DERMA POLITIK , ek ? Derma bermaksud tidak mengharapkan apa2 balasan ..... kalau ada balasan atau janji, ia dah jadi RASUAH. Sekarang ada individu yang sanggup DERMA RM40JUTA kepada Umno Sabah..... RM40juta bodoh jer tanpa harap balasan ....dan kes tutup ? WOW !

Tapi tak per lah tuh sebab sekarang dah masuk bab lain. Sekarang Umno BN perlu LAWAN Akuan Bersumpah Lajim.

Mungkin satu lagi akuan bersumpah oleh Bos Umno Sabah yang dana itu memang untuk Umno dan beliau SENGAJA merahsiakannya dari pengetahuan Lajim ? Atau akuan yang mendakwa Akuan Lajim satu PEMBOHONGAN ?

Tapi seperti yang saya katakan, Najib sendiri dah sahkan dana itu derma politik ! BERAT NIH ...... 

Saya tuliskan disini sebab saya percaya kes ini akan berpanjangan dan kita tidak dapat mengelak dari berdebat mengenainya. Tak boleh elak. Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya.


Isu itu kini dibawa oleh pembangkang dengan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara tersebut.

Pada 9 Oktober lalu,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Parlimen bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta telah digugurkan.

Nazri dipetik berkata pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Menurut Nazri, dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada Umno Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri
.

Dibawah adalah akuan Bersumpah Lajim yang saya copy dari blog pembangkang.

AKUAN BERSUMPAH

Saya, Lajim Ukin (550615-12-5069) yang beralamat di Pejabat Perhubungan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Lot 18 & 19, Tingkat 1 & 2, Blok C, Millenium Centre, Jalan Lintas Kepayan, Penampang 88200 Kota Kinabalu dengan sesungguhnya dan sebenarnya membuat perakuan berikut:

1. Saya adalah seorang ahli politik yang telah memegang pelbagai jawatan kanan di dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) iaitu parti yang telah memerintah Malaysia sejak
merdeka dalam tahun 1957;

2. Saya telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah sehingga tahun 2004 dan telah menjadi wakil rakyat bagi beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen sejak 1994. Jawatan terakhir saya di dalam Kerajaan Malaysia adalah sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan;

3. Saya meninggalkan Kerajaan Malaysia dalam bulan Ogos 2012 berhubung perbezaan pendapat dan rasa tidak setuju mengenai pelbagai perkara terutamanya nasib rakyat Sabah yang telah lama diabaikan oleh Kerajaan Malaysia;

4. Sepanjang penglibatan saya dengan UMNO, saya telah dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak tahun 2000. Majlis Tertinggi UMNO adalah badan pembuat keputusan yang tertinggi di dalam UMNO dan bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO, termasuklah hal ehwal kewangannya;

5. Saya juga menganggotai Badan Perhubungan UMNO Sabah yang bertanggungjawab terhadap segala keputusan UMNO di peringkat negeri, termasuklah hal ehwal kewangannya;

6. Pada 9 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengejutkan Parlimen apabila beliau mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Dato’ Seri Musa Aman (berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan dengan beliau) telah digugurkan;

7. Menteri berkenaan telah juga mengumumkan bahawa pihak berkuasa turut menggugurkan dakwaan rasuah terhadap seorang niagawan balak dari Sabah bernama Michael Chia, yang sebelum ini dikaitkan dengan tuduhan rasuah berhubung lesen pembalakan melibatkan Dato’ Seri Musa Aman;

8. Menurut kenyataan menteri tersebut di Parlimen, dakwaan rasuah terhadap Dato’ Seri Musa Aman dan Michael Chia digugurkan atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri;

9. Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa sepanjang penglibatan dan pengalaman saya dalam pelbagai kedudukan kepimpinan dan pengurusan di dalam UMNO di peringkat pusat dan negeri, saya tidak pernah tahu atau diberitahu mengenai:

                     i. Sebarang perbincangan yang berlaku di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah mengenai usaha mendapatkan derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

                    ii. Sebarang pengisytiharan yang dibuat di peringkat Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa derma politik sejumlah RM40 juta telah dibuat kepada UMNO Sabah, seperti yang didakwa menteri berkenaan di Parlimen;

            iii. Sebarang bukti urusniaga, transaksi atau urusan yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah yang boleh membuktikan bahawa UMNO
Sabah adalah penerima derma politik RM40 juta itu; dan

                    iv. Sebarang laporan atau bukti yang dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah bahawa UMNO telah mendapat manfaat dari derma politik RM40
juta itu;

10. Oleh yang demikian, saya menyimpulkan bahawa kenyataan menteri berkenaan kepada Parlimen adalah tidak benar, menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah yang hanya menguntungkan beberapa orang sedang rakyat dan negeri Sabah tidak mendapat pulangan setimpal;

11. Buat sekian lama, pembalakan telah menjadi sumber untuk mengkayakan diri bagi segelintir ahli politik dan pemimpin kerajaan Sabah. Dari pengalaman saya sendiri sebagai Timbalan Ketua Menteri, saya mengesyaki bahawa lesen pembalakan sering dianugerahkan kepada individu yang rapat dengan pemimpin kerajaan Sabah;

12. Wang haram dari kegiatan rasuah ini disyaki disimpan di luar negara menggunakan ejen yang mengendalikan penjualan balak pada harga yang rendah dan merugikan Kerajaan Negeri. Keuntungan dari penjualan balak pada harga rendah ini kemudiannya disalurkan sebagai rasuah dan dimasukkan ke pelbagai akaun di luar negara, yang akhirnya dipindahkan semula untuk manfaat ahli politik utama dan pemimpin kerajaan Sabah;

13. Saya bersedia untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa dari mana-mana negara yang menyiasat perkara ini untuk menghentikan jaringan rasuah yang melibatkan anugerah lesen pembalakan yang telah lama merugikan rakyat Sabah;

14. Saya yakin pengalaman, pengetahuan dan maklumat dalaman yang saya ada mengenai perjalanan UMNO dan kerajaan di peringkat pusat dan negeri akan membantu siasatan.

Dan saya membuat Surat Akuan Sumpah ini dengan kepercayaan bahawa
apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta
Akuan Berkanun 1960.



Diperbuat dengan sebenarnya dan                  )

diakui oleh yang tersebut namanya                 )

di atas di Kota Kinabalu                                 )

dalam negeri Sabah                                        )
……………………………….

pada 10 haribulan Disember, 2012                 )           LAJIM BIN UKIN





Dihadapan saya,



…………………………………….

PESURUHJAYA SUMPAH

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2012 at 2:43 AM

Sumpah politik. Dulu awat Lajim diamkan diri?. Lajim kaya raya kerana rasuah dilakukannya setiap kali pilihanraya dan pemilihan parti. Tak caya tanya orang Bufort.

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2012 at 2:55 AM

Akuan Sumpah Politik ? hehehehe .... Tak kisahlah apa nama pun, masalahnya pembangkang BERTINDAK , apakah Umno BERTINDAK SAMA ? Saya PERCAYA Lajim kaya sebab politik, begitu juga SEMUA orang politik ! Anwar lagi GANAZZZZZ ....

TAPI ADA UMNO BERTINDAK ? Selamanyalah bertahan ....



....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2012 at 7:56 AM

Macamlah dia pemimpin UMNO Sabah paling bersih. Pooooraaah. Orang bodoh je yang terpengaruh dengan Lajim Akim ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2012 at 8:50 AM

Ini la dia, dia tu penyangak mangkuk tu penyamun dah kena dah penyamun tipu penyangak.. Kiki ( aku olah skit dialog pramlee)

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2012 at 8:57 AM

Apapun, saya nak tahu penyudahnya cerita RM40juta itu .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2012 at 10:05 AM

SAYA PUN NAK TAHU PENYUDAHNYA..

TAK MUSTAHIL INI SATU LAGI REKAYASA ANUGERAH TUHAN DAN TEAM PEMFITNAH MEREKA.

CUMA YANG PELIKNYA, KENAPA SELAMA INI DIDIAMKAN? BILA DAH TAK DAPAT BAHAGIAN, BARU NAK SUARAKAN? TUNGGU DAN LIHAT JE LA. UMNO SABAH SEGERALAH BERTINDAK.

THAT'S WHY I NEVER TRUST ANY POLITICIANS..EVEN A SINGLE ONE..

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2012 at 11:14 AM

Yang haritu ada cerita MACC plus badan anti-rasuah Hong Kong clearkan KM Musa Aman dari 'derma RM 40 juta' tu apa dia?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 12, 2012 at 11:55 AM

Msing2 nk tunjuk yg mereka pembela rakyat , yg tertipu akhirnya rakyat jg

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2012 at 2:57 PM

Kalau tak silap, Peguam Negara kata takde kes ( sebab Najib kata takde kes ? ) tapi terbaru minggu lepas SPRM tulis surat permohonan kepada PN supaya dibuka semula kes. wallahualam...

Tapi bagi saya,kalaupun ia sememangnya Derma Parti, seharusnya ada akuan bersumpah ( ! ) dari sipemberi yang mengatakan RM40juta itu dikira DERMA, tak mengharap apa2pun balasan ! RM40juta tuh !

Kenapa Umno Sabah ? Kenapa tidak Umno Pusat ? Apakah ada lagi derma2 ikhlas seumpama itu kepada mana2 Umno Negeri / Pusat yang tidak diberitahu ?

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2012 at 3:34 PM

Ni pon dh berjangkit perangai ANUGERAH TUHAN 2..Masa dlm umno semua diam.sebab masing2 MASYUK..Bila kena buang atau melompat mula bercakap mcm MALAIKAT yg bebas dari segala dosa..Puiiii..

UMNO dengan DERMA POLITIK..PAS dengan DERMA JIHAD..Sama2 pembohong!

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2012 at 3:37 PM

Din DERMA ni sama tak dengan SEDEKAH SOROS KPD PKR yg masuk melalui Suara Inisiatif sdn.bhd a.k.a SUARA HARAM JADAH 2 hehehhe..

Kan diaorg kata SOROS ikhlas untk MEMBANTU MEREKA MEWUJUDKAN NEGARA DEMOKRATIK hahahaha..

....................
Reply To This Comment ...................
December 12, 2012 at 3:39 PM

Itulah persoalan yang saya berkali2 fikir samada nak letak dalam artikel atau tidak !

Post a Comment