........... Abby, Sampai Hati Kau .... ( Maksumkah PR ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Abby, Sampai Hati Kau .... ( Maksumkah PR )

Friday, December 28, 20129comments

Aku tengah tension ni ..... ada member sorang tu SAJAAAAAAA jer nak buat orang bengkerk. Dia sms petang tadi, tak pasal2, orang tak tanya pun, memang dia sajaaaaaaa jer nak kabor. Nak GONG la tuh ...

Din, aku berbalas tweet ngan Abby.
Yalah tu... minah tu tweet secara umum jer, ko jer perasan

Betuul, dia tweet pada aku direct
( Terus saya tak balas dah sms dia ! )

Nanti aku postkan dalam artikel. Adalah isu sikit.
( Saya tak balas juga )

Din ?
( Saya buat tak tahu juga )

Mamat tu call tapi...saya tak jawab. Aaah, malas aku layan !



TIIIiiiiidaaaaaaak ! Sampai hati kau Abby ...... Nak kira hensem, aku hensem lagi. Nak kira mengayat, ayat aku power lagi !  Apa kurangnya aku ? Dimana janji2 manis mu, Abby ? Tapiii .... aku tweeter pun tak main, hp zaman bila ntah, usahkan tweet, nak hantar gambar pun tak boleh ..... hahahaha ...

Ok, serius ... saya layanlah apa yang diorang duk bergayut tadi ....hmmmm rupanya isu MAKSUM.


Abby tak mengaku dia dan mana2 pemimpin  PR sebagai maksum. Memanglah .... siapa pun tak akan mengaku dirinya bebas dari melakukan kesalahan. Itu dalam bentuk pengakuan. Tapi bagaimana dalam bentuk tindakan ? 

Mulut mungkin tidak pernah mengaku sebagai maksum tapi mereka ini pernah atau tidak mengaku kalau ada buat silap ? Pernahkah mana2 pemimpin PR, terutamanya dari Pas yang pernah mengaku silap, minta maaf dan tarik balik apajua tindakan atau kenyataan yang salah itu ?

Atau mereka bukannya maksum cuma kebetulan mereka belum buat silap lagi setakat ini ? Hahahahaha .....

Blogger ODS menimbulkan soal MAKSUM ini kerana -


  1. Setiap kali saya sentuh perkara tentang Pakatan Rakyat, ada sahaja yang tidak kena dan dibalas dengan hujah keburukan UMNO dan Barisan Nasional;
  2.  Setiap kali pertanyaan untuk Pakatan Rakyat, kebanyakan kali jawapan mesti kait dengan keburukan dan kelemahan UMNO dan Barisan Nasional;
  3. Setiap kali teguran dibuat, jawapan balas diterima, UMNO dan Barisan Nasional yang lebih buruk;
  4. Hampir setiap kali dipersoal tentang Pakatan Rakyat, UMNO dan Barisan Nasional juga yang salah, walhal tidak disebut pun;
  5. Hampir setiap kali pujian untuk Barisan Nasional, ada sahaja perkara buruk nak diutamakan oleh pro Pakatan Rakyat, menafikan kebaikan yang dibuat oleh Barisan Nasional;
  6. Hampir setiap teguran untuk Pakatan Rakyat, pasti akan disusuli “engkau pun patut tegur Barisan Nasional”.. tetapi, bilamana teguran untuk Barisan Nasional dibuat, ditokok tambah pula;
  7. PALING UTAMA. Apabila membabitkan hal-hal Islam, apa jua kenyataan atau usaha berkaitan dengan Islam, Pakatan Rakyat akan mengatakan mereka lebih arif, lebih tahu, dan UMNO dan Barisan Nasional tidak Islam.
Hehehehe ... saya percaya ramai yang berkongsi pengalaman dengan ODS. Sepanjang saya menulis dan mengikuti rapat perkembangan politik, belum pernah lagi saya terdengar atau terbaca mana2 pemimpin PR ada mengaku yang mereka silap.

Apalagi kalau Pas, konar lah berapa peratus pun siap tunggang terbalik dari kenyataan terdahulu, mereka pasti punya hujah yang beralaskan agama. Yang haram boleh bertukar halal, yang halal pun boleh jadi haram .... semuanya boleh dalam Pas.

Mungkin seperti yang saya katakan diatas, mereka memang bukan MAKSUM, mereka mengaku sebagai manusia ada buat silap CUMA setakat ini mereka belum buat silap lagi kot..... hahahaha .....

KLiK untuk baca cerita sepenuhnya

Satu permintaan jer pada orang Pas - Tolonglah ......  Cuba berikan SATU contoh yang pemimpin2 Pas pernah buat silap, mengaku dan minta maaf. 

Kepada Abby, Okla, u tak salah.... i yang salah. Maafkan i ye...

PS - Kelas tak ? Mengaku atau tak mengaku pun boleh dijadikan isu hahahahaha .... 

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2012 at 9:17 PM

selain nabi dan keturunannya yg maksum ada lagi yg lebih maksum iaitu makcik maksum yg pernah aku kenal dulu kat perak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2012 at 9:19 PM

Huh!!!
Tak sangka aku. Entry ni hang bodek pula. Tapi bodek pompuan ok la. Boleh aku terima.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2012 at 9:30 PM

Bro...lu xtakut ka sama ini pompuan?..nnt rezeki lu berblogging pro kjaan pon di katakan haram....

Mulut puaka dia wat gua serem...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 28, 2012 at 9:59 PM

kiblat/panduan derang semua pada umno bukan pada Allah SWT, sebab tu jawapan mcm tu. mmg la mcm tin kosong dabik dada mengaku pejuang islam tp mcm din kata perbuatan, tulisan... last semua umno.. x pasal2. pasal akidah pn x pasal2 umno.

mmg sepanjang mengamati politik x pernah dgr derang ni minta maaf atau mengaku salah.

teruk2 najib pn ade jgk ckp maaf hadapan rakyat jelata dlm kaca tv dalam berita.

kalau perasan ulama dan perasan maksum malah perasan memperjuangkan islam mmg susah derang ni nk mengaku salah. paling teruk pn lari pegi africa bila dh xleh kait dgn umno.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2012 at 10:01 PM

Tu bukan bodek tapi meng-ayat hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2012 at 10:02 PM

serem atau gerem ?

....................
Reply To This Comment ...................
December 28, 2012 at 10:02 PM

Mauritius la !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2012 at 12:08 AM

haha stand corrected ! kalau boleh hadi nk lari ke penjuru dunia.

kt dunia boleh la lari. alim2 ketua malaikat dulu pn tumpas akibat angkuh, ni kan pula hanya abdul hadi.

jawab la esok dgn Allah SWT. kalau umno masuk neraka ko pn x kurang jgk. pembela agama konon. more like pemecah belah ummat.

agak2 lepas ni jadi la khawarij yg tulen. khawarij tu kalau ade 6 ciri, 5 ciri dh nampak dekat pas. nasib ko la, dh buta pekak dan bisu, ape2 pn x masuk dh.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 29, 2012 at 11:11 AM

abby pun maksom jgk.. dlm drama hikayat outera shazlan...

Post a Comment