........... Ustaz Azhar @ Kemah Keming - TAHNIAH ! Tapi errr...Layakkah ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ustaz Azhar @ Kemah Keming - TAHNIAH ! Tapi errr...Layakkah ?

Thursday, November 15, 20129comments


Saya selalu ke surau tiapkali Ustaz Azhar datang beri ceramah dikampung, saya takde masalah dengan ceramah beliau. Mungkin isi kandungan nya berbeza kalau dibandingkan ketika memenuhi jemputan ceramah Pas .... yalah, jarang sangat saya dengar ceramah live beliau yang ada kaitan dengan politik seperti yang biasa kita tonton di Youtube.



Peminat dia RAMAI, tiapkali berceramah akan penuhlah ruang mesjid hingga melimpah ke luar. Baguslah, sekurang2nya aura Ustaz Azhar berjaya  mendekatkan anak2 muda ke mesjid.

Terbaru Ustaz Azhar dah ada programnya sendiri di Astro bernama Kemah Keming, bermakna semakin luas pengaruhnya.

Jangan salah faham kalau saya nak tanya satuuuuuu jer soalan kepada sesiapa yang berkenaan.

Apakah KELAYAKAN Ustaz Azhar  untuk diberi tanggungjawab sebegitu besar ?

Tapi kalau untuk berceramah sebagaimana yang dilakukan beliau itu tidak memerlukan sebarang tauliah ATAU sememangnya sudah dipastikan yang Ustaz Azhar LAYAK, maka tak payah layanlah artikel ni.... saya sekadar bertanya jer ..... tak salah kan ? 

Takpun segala soal kelayakan atau tauliah itu cuma sekadar birokrasi jer dan Ustaz Azhar diberi kelonggaran ..... ( KALAU beliau tidak ada kelayakan la )

Apapun saya suka menonton/mendengar ceramah beliau yang begitu santai  dan menghiburkan apalagi jika anda faham loghat Terengganu. Satu Transformasi kepada ceramah agama cara lama ? 


Dibawah adalah Episod 1 Kemah Keming Ustaz Azhar bagi yang berminat ( rasanyalah sebab saya tak nonton pun ) -



Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2012 at 2:31 PM

Maaf cakap, saya salah seorang yang tidak meminatinya langsung sebab tak faham loghat T'ganunya dan juga kerana mendapati dia seorang yang sangat bias(pro-pembangkang) yang cenderung memberi pandangan tentang hukum hakam agama berasaskan politik kepartian. Ada ramai lagi ulama yang lebih berkaliber daripada dia seperti Ustaz Zahazan,Ustaz Zulkifli Al-Bakri, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Fathul Bari, Ustaz Fadhlan dll yang dapat menyampaikan ajaran Islam dengan cara ikhlas dan penuh berhemah.

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2012 at 2:33 PM

Tapi cara ceramah mereka yang saudara sebut itu tidak menghiburkan, tidak banyak gelak tawa hehehehe ...

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2012 at 3:54 PM

Seperkara, saya menanti juga kot2 ada sesiapa nak tanya maksud kemah keming..... semua dah tahu kot ....

Bagi yang tak tahu tapi segan nak tanya, ia loghat teganu, satu bentuk perkataan berganda dimana perkataan kedua menambahkuatkan maksud perkataan pertama.

Kemah - Kemas
Keming - Takde maksud, cuma bagi penyedap bunyi dan menambah kuat level kemas.

Jadi saya terjemahkan kemah keming sebagai - Mantap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2012 at 4:18 PM

Laaaaaa,itu ke maksudnye? Ingat kan ape. Maaflah, saya org swak . Tak pandai sangat loghat org tganu. Selama ini saya ingat ustaz Azhar org kelate? Rupenye org ganu. Oh ya, last 2 question tu macam pernah jadi topik kat blog abang. Pasal gantung gambar pemimpin kat umah n pasal telur penyu, i wondering entah entah abang din yg hantar soalan tu tak? Hahaha.. Anyway, pasal layak tak layak tu,saya no komen sebab saya ni peminat setia ustaz Azhar..
*just noticed that hidung ustaz Azhar 'mancung jambu' macam Zizan. Hmmm, org ganu ni banyak hidung 'mancung jambu' ke?*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2012 at 4:32 PM

Oooooooo... Tuan Puteri Santubong rupanya !

Bagi orang yang faham loghat Teganu, lawak Ustaz Azhar sekali ganda kelakarnya. Stail dia yang umpama borak kat kedai kopi, cara lawak spontan sesama orang kampung.

Orang Ganu hidung mancung ? Errr ...last saya cek, kepek juga hidung saya hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
November 15, 2012 at 7:50 PM

Saya juga tidak bersetuju dgn caranya yg asyik memBODO kan org aja. Uslub dakwah adalah dgn berhemah. Jgn byk ketawa, ia boleh mengeraskan hati. Dakwah bukan boleh dibuat lawak jenaka. Maaf, Ust Zaharuddin juga adalah bias kepartian. Lihat sindiran2nya dlm FB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2012 at 12:02 AM

Dalam dakwah penuh hikmah.....bukan hentam.....maaf ckp sy minat ceramah UAI tapi bila tgk petnah kata TG Nik Aziz batal aqidah sbb menyamakan Nabi Muhammad dgn mamat di kampung.....sy jadi kurg hormat UAI.....ada kala hentam PAS ada kala hentam jkkk.....cari makan......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 16, 2012 at 11:51 AM

Kalau tuan2 perasan, dulu ada seorang ustaz yang sangat masyhur diutara, ala2 UAI ni lah jugak, banyak peminat dan sangat pandai melawak. Tapi setelah beberapa lama, beliau semakin kurang melawak, mungkin ada pihak atau org alim yang tegur beliau. Dan beliau sendiri dlm ceramahnya seolah mengingatkan drinya dan penceramah lain agar kurangkan lawak dlm berdakwah, kerana ketawa akan mengeraskan hati dan tidak disukai oleh rasullullah.
Perlu ditekan kan bahawa sesuatu yang baik dan bermanfaat, sesuatu benda yg kita buat, kalau menurut syariat, maka nafsu dan iblis akan membangkang (tak suka), biasalah... Buat baik kan. Tapi kalau buat sesuatu yang menyebabkan nafsu dan iblis suka, maka senag untuk dibuat dan semua org suka termasuk kita. Jadi bagi saya mudah... Kalau banyak org minat luar biasa, nafsu pun suka, iblis pun suka, maka tentunya ada yg tak betul. Jadi hati2lah UAI, mungkin stail anda sangat disukai iblis..... Kalau nak kepastian, ialah dgn melihat audien anda tak amalkan apa yang anda kata dan masih tak berubah perangai mereka... Macam org pakai tudung maksiat (istilah baru) .... Pakai tudung tapi hanya topeng untuk buat maksiat wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 19, 2012 at 10:22 AM

Berdasarkan wikipedia (selain wiki tiada rujukan boleh dibuat kerana hampir tiada rujukan bebas) Azhar nih belajar agama dari tok2 guru Pattani dan tempatan.

Seeloknya Azhar patut lanjutkan lagi berguru dengan sheikh2 luar pula, jika tidak fasih Arab sila belajar.

Hairannya seolah2 alim ulama menyetujui beliau memberi ceramah atau mmg resmi org Melayu tiada telur utk bersuara?

Post a Comment